Kesaksian Damai Sejahtera
| |

Kesaksian Damai Sejahtera

Sdri. Tang En Hui

Dalam nama Tuhan Yesus Kristus menyampaikan kesaksian. Saya ialah saudari Tang En Hui, berasal dari Gereja Sandakan.

Syukur atas kasih dan penjagaan Tuhan yang telah menyelamatkan saya dari dua buah kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Pada 2 Februari tahun 2012, disebabkan suami saya telah pergi bekerja di Lahad Datu, maka saya pun memandu sebuah kereta Kenari untuk pergi bekerja.

Pada waktu petang, apabila kerja telah selesai, saya pun membawa adik ipar saya (Pung Siew Li) bersama untuk pulang ke rumah. Oleh kerana jarak dari tempat kerja saya dan rumah agak jauh, jadi saya mengambil masa selama 40 minit untuk pulang ke rumah. Selepas saya memandu lebih kurang 15 minit, saya melepasi sebuah sekolah. Pada masa itu, saya berada di lorong kanan iaitu lorong yang cepat. Saya merasakan kereta di hadapan saya bergerak dengan terlalu perlahan sehingga saya tidak dapat bersabar. Saya melihat pada cermin pandang belakang untuk memastikan tiada kenderaan. Selepas saya membuat isyarat ke kiri, dengan segera saya memusingkan stereng saya ke kiri. Tanpa disedari, kebetulan terdapat seorang pelajar melayu perempuan sedang berdiri di tengah-tengah jalan raya sambil menunggu untuk melintasi jalan raya. Dengan segera saya menekan brek kereta saya, memusingkan stereng saya ke arah kanan sambil menekan hon sebagai amaran bagi pelajar tersebut.

Syukur pada pimpinan Tuhan kerana mengelakkan saya daripada satu kemalangan. Saya meneruskan perjalanan saya. Selepas memasuki lorong ke rumah saya (Jalan Ranggu), iaitu kebun yang ditanami dengan pokok kelapa. Semasa kejadian berlaku, saya mendapati di hadapan saya iaitu jarak lebih kurang 3 buah kereta, sepohon pokok kelapa yang ditanam di tepi jalan sedang tumbang dengan perlahan ke arah jalan raya. Ketika melihat keadaan ini, saya pun memperlahankan kelajuan kereta saya. Akhirnya pokok kelapa tersebut tumbang di depan kereta saya, jarak lebih kurang sebuah kereta jauh. Selepas menghentikan kereta, saya berasa sangat bahaya dan amat bersyukur kepada Tuhan. Selepas itu, saya dan Siew Li pun keluar dari kereta untuk melihat samada masih terdapat ruang di sebelah pokok kelapa tersebut untuk dilalui atau tidak.

Disebabkan ada longkang di tepi jalan, maka kereta kami tidak dapat melaluinya. Selepas itu, semakin banyak kenderaan yang beratur di belakang kereta saya dan juga lorong dari arah yang bertentangan. Pada masa itu baru habis kerja. Justeru itu, banyak kenderaan yang berlalu-lalang. Secara kebetulan, penduduk yang berhampiran telah melihat kejadian tersebut. Mereka kembali ke rumah untuk mengambil parang. Dua orang tersebut mula memotong pokok kelapa itu secara bergilir-gilir. Sementara menunggu, kami mengambil gambar dan ada juga orang yang mengutip buah kelapa.

Tidak lama kemudian, jalan telah dibersihkan dan boleh dilalui. Oleh sebab kenderaan saya berada di tempat yang paling depan, maka saya melaluinya terlebih daulu. Akhirnya, kami selamat sampai di rumah. Kami bersyukur kepada Tuhan dengan sepenuh hati. Selapas mandi, saya mengimbas kembali kejadian-kejadian tersebut. Walaupun dalam perjalanan pulang ke rumah yang pendek itu, iaitu hanya selama 40 minit, tetapi Tuhan telah menjaga dan mengelakkan saya daripada terlibat dalam dua kemalangan. Dengan spontannya, saya berlutut dan berdoa mengucap syukur kepada Tuhan.

Semoga segala kemuliaan, kehormatan, kuasa dan puji-pujian diberi kepada Yesus Kristus sampai selama-lamanya. Amin.

Kesaksian Mengenai Kebakaran Di Gereja Inanam
| |

Kesaksian Mengenai Kebakaran Di Gereja Inanam

Sdri. Chia Siew Chu

Tarikh​: 25.04.2009 (Hari Sabat)
Masa​: 5.10 petang
Tempat​: Inanam Business Center

Haleluya, dalam nama Tuhan Yesus Kristus saya menyampaikan kesaksian.

Seperti biasa, saya pergi ke gereja yang terletak di tingkat tiga untuk memegang hari Sabat dengan hati yang girang. Disebabkan saya melancong ke luar negara sebelum ini, maka saya telah kehilangan berkat hari Sabat sebanyak dua kali. Oleh itu, saya berasa agak lain pada hari Sabat tersebut.

Selepas kebaktian Sabat berakhir, Koir Grace menjalankan latihan seperti biasa. Koir Grace telah diatur untuk membuat persembahan bagi malam penginjilan melalui kidung pada 9 Mei di gereja Penampang. Oleh sebab saya telah gagal menghadiri latihan sebanyak dua kali, saya pun menumpukan sepenuh perhatian dalam latihan. Saya berharap dapat melatih kidung ini dengan baik supaya dapat membuat persembahan bersama untuk memuji Tuhan. Selepas membuat latihan suara, menyanyi not lagu dan lirik lagu beberapa kali, tiba-tiba saudari Florence (masih pelajar) yang duduk di sebelah saya menutup hidung dengan menggunakan tangannya dan memberitahu sangat bau. Saya menenangkan hati saya untuk menghidu dengan teliti, saya turut berpendapat sedemikian.

Dengan segera, saya memanggil saudara Donny untuk memantau bersama di bahagian luar aula gereja (sebenarnya saudara-saudari yang lain juga turut terhidu bau tersebut). Beberapa orang saudara juga ikut bersama untuk memantau. Salah seorang saudara telah berlari ke tingkat bawah dan beberapa orang di antara kami telah melihat ke luar melalui dapur. Kami melihat penduduk yang berada di lot berhadapan dengan kami itu melihat ke bawah sambil menunjuk-nunjuk dengan tangan mereka untuk memberitahu kami bahawa terdapat kebakaran di tingkat satu.

Dengan segera saya berlari masuk ke aula gereja dan dengan kuat berkata: “Cepat! Semua turun bawah, bakar!”. Dengan itu, semua ahli koir bergegas untuk berlari ke arah pintu gereja. Saya tidak mengetahui adakah mereka telah mengambil barang masing-masing. Sementara saya mengemas barang saya, saudara Donny menelefon pihak bomba tanpa mengetahui bagaimana keadaan di bawah. Tiba-tiba saya teringat puan Pendeta Yap dan dua orang anaknya yang tinggal di lot sebelah, tingkat yang sama. Lalu saya pergi ke bilik mereka dan melihat puan Pendeta Yap sedang menelefon pendeta untuk menyuruhnya supaya balik segera. Dia memberitahu pendeta bahawa kebakaran telah berlaku di bawah gereja. Saya mendukung anak bongsunya yang sedang berdiri di sebelah dengan segera tanpa mengetahui apa yang berlaku. Saya berlari ke luar sambil menyeru puan pendeta untuk turun bersama dengan segera (anak sulungnya telah berlari ke bawah).

Sampai di tingkat bawah, saya menyerahkan anak tersebut kepada seorang saudara untuk menjaga keselamatannya. Selepas itu, saya mengalihkan kenderaan saya yang terletak di bawah bangunan yang terbakar itu. Selepas itu, saya memandang ke arah gereja dan melihat terdapat asap hitam yang tebal keluar daripada bahagian atas pintu besi gereja. Tidak lama kemudian terdengar bunyi siren ambulans. Terdapat ahli koir serta orang ramai yang sedang berdiri untuk melihat dan ada juga mereka yang duduk di tepi jalan untuk melihat kebakaran tersebut. Dalam beberapa minit sahaja, pintu besi hadapan dan pintu kaca tersebut telah dipecahkan oleh ahli bomba, lalu kelihatan asap hitam yang terkurung di dalam keluar melalui ruang tersebut. Pada masa itu, saya menjerit dalam hati: “Tuhan Yesus, gereja kami, gereja kami… pasti Tuhan akan memberkati”. Ketika itu kedengaran suara puan pendeta berkata, “Marilah sehati berdoa”. Tanpa menghiraukan pandangan orang ramai, kami berkumpul di bawah sebuah pokok besar. Suara doa seramai 30 orang ahli koir yang kedengaran dalam gumpulan asap turut didengari Tuhan.

Bau asap di udara telah menyebabkan saya yang memang kurang sihat waktu itu bertambah tidak selesa. Saya khuatir diri saya akan pengsan dan menyusahkan orang lain. Oleh itu saya pun berehat di dalam kereta. Sebenarnya saya ingin balik ke rumah, tetapi saya membuat keputusan untuk berada di sana kerana saya berasa bimbang akan gereja. Selepas berehat seketika, saya berasa lebih bersemangat, lalu saya pun meninggalkan kereta dan berjalan ke arah belakang gereja. Saya berdoa dalam hati dan meminta Tuhan memberkati. Pintu besi belakang kedai tersebut kelihatan lebih kukuh, ia hanya dapat dibuka selepas menggunakan pelbagai alatan termasuk alat memotong elekrik.

​Berbanding dengan keadaan di hadapan, keadaan di belakang kedai adalah lebih serius dan kelihatan api sedang membara. Oleh sebab api dan asap yang sedang membakar ke atas, maka papan tanda gereja yang digantung di luar kelihatan dengan jelas. Apabila terfikir bahawa tepat pada bahagian atas tempat tersebut adalah dapur gereja kita dan ada tong gas terletak di dalam, maka jika suhu dalam dapur terus meningkat, ia akan menyebabkan tong gas tersebut meletup. Kesudahannya memang susah digambarkan. Api semakin kuat, walaupun pintu belakang telah dibuka, tetapi pergerakan pihak bomba amat lembap (mungkin bomba yang baru terlatih) serta pancutan air yang lemah. Iman memberitahu saya bahawa rumuh Tuhan tidak akan dijilat api.

Selepas kembali ke bahagian depan, saudara-saudari melihat kebakaran tersebut dengan penuh perhatian, kami semua mempunyai perasaan yang sama. Selepas sejam menjalankan kerja penyelamatan, api di depan kelihatan semakin berkurang. Seorang saudari berkata: “Mengapakah hanya nampak asap di depan kedai dan tidak ada api? Adakah Tuhan telah menahannya?’’. Kami berlari ke belakang kedai dan melihat, keadaanya masih sama, pihak bomba masih sedang menyelamatkan keadaan. Pada jam 7 lebih, api tersebut baru dapat dipadamkan. Semua barang-barang dalam kedai tersebut telah musnah dan kelihatan gelap gulita. Seorang polis datang kepada kami untuk meminta kunci gereja, pendeta dibenarkan naik bersama untuk melihat keadaan di atas. Berdasarkan makluman pendeta selepas turun dari atas, ruang aula gereja dipenuhi dengan asap tebal yang berwarna putih sehingga menyebabkan matanya merasa pedih dan sesak nafas. Dia tidak dapat melihat apa-apa pun. Syukur kepada Tuhan, bait Tuhan telah selamat, nama-Nya patut dipuji. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah masing-masing dengan hati yang penuh kesyukuran.

​Pada pukul 8 keesokan hari, saya membawa ibu saya untuk bersarapan di kedai yang berhampiran dengan gereja. Saya mengambil kesempatan itu untuk melihat gereja kita, papan tanda gereja kita ‘Gereja Yesus Benar’ masih tergantung tinggi dalam keadaan yang cantik dan sempurna, ia langsung tidak ada kesan terbakar atau sebarang kerosakan. Saya pun masuk ke dalam aula gereja untuk melihat keadaan di dalam. Tidak ada lagi asap di dalam aula gereja tetapi bau asap itu masih ada. Ada dua pasu bunga yang seolah-olah sedang melambai-lambaikan tangannya terhadap saya dan menunjukkan senyuman kemenangan. Bunga-bunga tersebut tidak dicemari asap sehingga kehilangan kecantikannya. Hati saya berasa begitu ghairah! Kemudian saya melihat keadaan di sekeliling aula gereja, siling, dinding dan langsir masih kelihatan putih. Barang-barang lain masih seperti sedia ada. Bekalan air dan elektrik juga tidak terputus. Selepas diteliti, selain daripada habuk dan simen lantai menjadi longgar, yang lainnya masih lagi dalam keadaan yang sempurna.

​Pada jam 2 petang hari yang sama, kami sebanyak 15 orang seiman, pendeta Yap, puan pendeta Yap serta saudari Su Jin sehati bekerjasama untuk membersihkan tempat di dalam dan di luar aula gereja. Selepas 3 jam dan beberapa baldi air kotor telah ditukar, gereja yang lebih bersih daripada yang sebelum itu telah terpapar di depan mata kita. Maka, dapat dilihat bahawa kerja pembersihan yang dilakukan sebelum ini hanyalah sekadar kerja permukaan sahaja. Kebakaran ini telah memberi petunjuk kepada kita bahawa Gereja merupakan bait Allah dan bait Allah adalah jemaat (1 Kor 3: 16-17). Sikap iman kepercayaan kita juga haruslah sama seperti kerja pembersihan yang dijalankan selepas kebakaran ini, iaitu dibersihkan sepenuhnya, membersihkan pencemaran dalam hati kita yang tidak disedari (2 Kor 7: 1). Hal ini juga mengingatkan saya akan mujizat Tuhan terhadap Yunus, iaitu hukuman dan pengajaran yang diterima manusia apabila membelakangi kehendak Tuhan. Tuhan yang kita sembah merupakan Tuhan yang mencipta segala sesuatu dalam alam semesta, Tuhan yang berkuasa dan berkekuatan. Adakah Tuhan yang tidak boleh dinista itu akan membenarkan bait-Nya kehilangan kemuliaan?

Kiranya Tuhan membuatkan kita lebih giat dalam tugas pelayanan menerusi kebakaran ini, sehingga kita berpegang pada pemikiran yang murni, membetulkan konsep kita yang salah terhadap Tuhan dan manusia, saling memperbetulkan dan memperbaharui diri dalam segala perkara. Semoga kuasa Roh Kudus membolehkan pertuturan dan kepecayaan kita berkenan kepada Tuhan. Di samping bersikap rendah hati, taat setia dan menuruti pengajaran Tuhan, Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Tuhan. Kesimpulannya, ini bukanlah kebakaran yang biasa, tetapi ia merupakan kebakaran yang amat bermakna.

Hari kiamat semakin mendekat, sebagai pemercaya Gereja Benar, kita haruslah berjaga-jaga, menghargai nyawa rohani kita yang berharga, memahami kehendak Tuhan serta perbuatan Iblis. Alkitab mencatatkan bahawa si Iblis, berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya (1 Ptr 5:8). Syukur atas penjagaan Tuhan kerana memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada gereja kita. Tuhan mengasihi setiap pemercaya-Nya, tetapi kasih-Nya juga menjadi peringatan kepada kita (Ibr 12: 5-6). Sebab mereka mendidik kita dalam waktu yang pendek sesuai dengan apa yang mereka anggap baik, tetapi Dia menghajar kita untuk kebaikan kita, supaya beroleh bahgian dalam kekudusan-Nya (Ibr 12: 10). Syukur pada dorongan Roh Kudus kerana membolehkan saya menulis kesaksian ini sebagai dorongan bersama. Semoga segala kemuliaan, kehormatan, kuasa dan puji-pujian diberi kepada Yesus Kristus sampai selama-lamanya. Amin.

Catatan akhir:
Melalui seruan puan pendeta: ”Marilah sehati berdoa” (di bawah pokok besar), telah menyedarkan kita untuk bersandar dan beriman kepada Tuhan. Di sini saya mewakili seiman gereja Inanam untuk berterima kasih kepada bantuan doa dan keprihatinan penatua, pendeta, diaken dan seiman dari pelbagai tempat. Di sini saya juga berterima kasih kepada saudara Bernard Wong kerana mengingati hal ini walaupun beliau sakit. Kuasa dan kasih agung Tuhan menyelamatkan gereja dari kebakaran ini. Tidak lupa juga berterima kasih kepada saudari Su Jin, saudari Chui Phin, saudara Dudi Pan dan saudari-saudari lain yang nama-namanya tidak tercatat di sini kerana telah melawat tempat kejadian dan memberi pertolongan. Semoga Tuhan memperingati kasih sayang dan memberkati kalian.

Bahagian 3: Kesaksian Suara Hati
| | | | | |

Bahagian 3: Kesaksian Suara Hati

Bahagian 3: Kesaksian Suara Hati

Nas Kitab: 1:12, 14

Prakata

Disebabkan Paulus terpaksa mengubahkan arah perjalanannya dan tidak dapat pergi ke Korintus mengikut waktu yang ditetapkan, maka jemaat di situ bukan sahaja tidak memahami keadaannya, bahkan memfitnahnya, lantas mencurigai firman kebenaran yang diberitakannya. Paulus mengambil kesempatan untuk menjelaskan keadaan sebenar, juga membuktikan bahawa firman Allah dan janji Allah yang diberitakan adalah sebenar-benarnya.

[1] Paulus Melakukan Segala Dengan Penuh Ikhlas

i. Yang dimegahkan adalah berdasarkan suara hati: “suara hati kami memberi kesaksian” (1:12).

Δ “Sampai kepada hari ini aku tetap hidup dengan hati nurani yang murni di hadapan Allah” (Kis 23:1).

Δ Versi Sze Gau: “Yang kami megahkan ialah kesaksian suara hati kami” (1:12).

“Hidup kami di dunia ini, bukan oleh hikmat duniawi, tetapi oleh kekuatan kasih karunia Allah” (1:12).

Δ “Demikian pula, ketika aku datang kepadamu, saudara-saudara, aku tidak datang dengan kata-kata yang indah atau dengan hikmat untuk menyampaikan kesaksian Allah kepada kamu, tetapi dengan keyakinan akan kekuatan Roh” (I Kor 2:1-5).

Δ “Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku” (Flp 4:13).

ii. “Khususnya dalam hubungan kami dengan kamu” (1:12b).

[2] Berharap Sungguh-sungguh Mereka Akan Mengenali Personaliti Paulus

i. Perkataan-perkataan yang ia tuliskan kepada mereka adalah terang-terangan dan ikhlas: “Apa yang dapat kamu baca dan fahamkan”.

ii. Pada waktu tersebut, hanya sebahagian pemercaya mengenalinya, justeru, ia berharap mereka akan keseluruhannya mengenalinya.

– “Aku harap, mudah-mudahn kamu akan memahaminya sepenuhnya, seperti yang telah kamu pahamkan sebagiannya dari kami” (1:13, 14).

iii. Pada hari Tuhan Yesus kamu akan bermegah atas kami seperti kami juga akan bermegah atas kamu (1:14b).

[3] Penjelasan Pertama Tentang Pengubahan Perjalanan

i. Rancangan asal: Mula-mula berangkat ke Makedonia, baru kemudian ke Korintus (I Kor 16:4-5).

– “Aku pernah merencanakan untuk mengunjungi kamu dahulu” (1:15b)

ii. Kemudian mengubahkan keputusan: merancang pergi dahulu ke Korintus, berangkat ke Makedonia dan balik lagi ke Korintus.

– “Kemudian aku mau meneruskan perjalananku ke Makedonia, lalu dari Makedonia kembali lagi kepada kamu” (1:13,14).

iii. Pada hari Tuhan Yesus kamu akan bermegah atas kami seperti kami juga akan bermegah atas kamu (1:14b).

[4] Kesejahteraan Mesej Yang Diberikan Paulus Dalam Bahasa Akal

  1. Firman yang diberikan: janji kami kepada kamu bukanlah serentak ‘ya’ dan ‘tidak’ (1:18).
  2. Kristus yang diberitakan: Yesus Kristus, Anak Allah, yang telah kami beritakan di tengah-tengah kamu, bukanlah ‘ya’ dan ‘tidak’, tetapi di dalam Dia hanya ada ‘ya’ (1:19).
  3. Janji yang diberitakan: adalah ‘ya’ bagi semua janji Allah ~ Amin (1:20).
  4. Apa yang diberitakan adalah dimeterai Allah ~ memeteraikan tanda milikNya atas kita dan yang memberikan Roh Kudus di dalam hati kita sebagai jaminan (1:21-22).

[5] Menjelaskan Sebab Mengubahkan Perjalanan

  1. Memohon Allah menjadi saksiku: “Aku memanggil Allah sebagai saksiku” (1:23).
  2. Tidak mahu memunculkan diri selagi masalah antara jemaat belum diselesaikan ~ “Sebabnya aku tidak datang ke Korintus ialah untuk menyayangkan kamu” (1:23b).
  3. Menangguhkan kunjungannya supaya semua merasa lebih senang apabila bertemu nanti “bukan kami mau memerintahkan apa yang harus kamu percayai, melainkan kami mau turut bekerja untuk sukacitamu” (1:24a).
  4. “Aku telah mengambil keputusan di dalam hatiku, bahawa aku tidak akan datang lagi kepadamu dalam dukacita” (2:1).
  5. “Kerana kamu berdiri teguh dalam imanmu” (1:24b).