Hujan Musim Semi 44: Hidup Oleh Iman

Hujan Musim Semi 44: Hidup Oleh Iman


[dflip id="7849" ][/dflip]

Apakah itu Iman? Pengarang Ibrani telah memberi definisi “Iman” sebagai dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat (Ibr 11:1). Iman membuat kita mengerti bahawa alam semesta telah dijadikan oleh firman Tuhan, sehingga apa yang kita lihat telah terjadi dari apa yang tidak dapat kita lihat (Ibr 11:3). Rasul Paulus dalam suratnya kepada jemaat di Roma menyatakan “… orang benar akan hidup oleh iman.” (Roma 1:7) Iman yang sedemikian ialah iman yang yakin akan Injil iaitu Injil yang menyatakan kebenaran Tuhan.

Kehidupan Yang Lebih Berlimpah
| |

Kehidupan Yang Lebih Berlimpah

KEHIDUPAN YANG LEBIH BERLIMPAH

“Aku datang, supaya mereka mempunyai hidup,dan mempunyainya dalam segala kelimpahan”-Yohanes.10:10

Kehidupan yang berlimpah adalah kehidupan baru yang Tuhan Yesus inginkan bagi kita. Kehidupan ini bukanlah kehidupan kita yang lama,tetapi adalah kehidupan rohani yang bersemangat, yang telah mengatasi kehidupan kemerosotan dalam dunia yang dahulu. Bila hidupmu tidak sepenuh seperti yang kamu harapkan, kamu harus berusaha untuk mencari kehidupan berkelimpahan yang Yesus janjikan.

Aku pernah mengamati kawanan domba-ada yang gemuk, ada yang kuat, dan yang lain nampak segar dan penuh aktiviti. Namun selalu saja ada domba yang nampak suram dan lesu. Aku juga mengamati bunga-bunga anggrek ; sebagian pohon menghasilkan banyak buah yang segar dan manis, tetapi ada juga yang tidak berbuah sama sekali. Pohon-pohon yang tidak menghasilkan buah ini mengingatkan kita bahawa mereka menyia-nyiakan bidang tanah yang mereka tempati. Apakah pengajaran yang biasa kita dapat dari pengalaman ini? Baik domba dan pohon-pohon buah, keduanya mempunyai sifat untuk menghasilkan aktivtis yang berharga, tetapi tidak semua mempunyai hidup yang berkelimpahan.

Sebagian orang Kristian hidup dengan seturut kepada Tuhan dalam segala sesuatu. Dalam doa, mahupun dalam perkara-perkara kecil, yang pertama kali mereka fikirkan adalah kehendak Allah; mereka penuh dengan rasa syukur,damai dan sukacita dalam Kristus Yesus. Lalu ada orang Kritian yang hidup dengan menempatkan dirinya sendiri sebagai pusatnya. Mereka berdoa atau melayani untuk memenuhi keinginan mereka sendiri; mereka seringkali mengeluhkan penderitaan mereka-tidak ada damai dalam hati mereka. Perbedaaan kehidupan Kristian yang kentara ini ada di antara jemaat. Mengapa? Kerana kehidupan yang mereka terima ada yang berkelimpahan, tetapi ada pula yang hanya menerima sedikit.

Izebel ingin membunuh Elia, dan Elia melarikan diri ke Bersheba, tempat ia jatuh di bawah sebuah pohon dan memohon kematian. Elia kelelahan, dan jatuh tertidur. Lalu seorang malaikat Tuhan datang sebanyak 2 kali untuk membangunkannya dan menawari makan, berkata, “Bangunlah, makanlah! Sebab kalau tidak, perjalananmu nanti terlalu jauh bagimu” Maka bagunlah dia, dan oleh kekuatan makanan itu ia berjalan 40 hari 40 malam lamanya sampai ke gunung Allah, yakni gunung Horeb(I Raj.19:1-8)

Seperti Elia, ada masa-masa iman kita lemah. Perjalanan yang harus kita tempuh, baik itu iman kerohanian dan dalam pelayanan, adalah perjalanan yang jauh dan kadangkala membuat hati kita tawar. Tetapi, seperti Elia, kita harus belajar makan dan minum hingga kenyang; dengan menerima firman Allah dan dipenuhi dengan RohNya, sehingga kehidupan kita yang terdalam menjadi penuh semangat. Sebuah kehidupan yang berlimpah adalah kehidupan yang dapat menyelesaikan perjalanan yang Tuhan tetapakn bagi kita-untuk mencapai gunung Allah yang kudus. Mari kita makan dan minum hingga kenyang.

Telah Mati, Hidup Kembali
| |

Telah Mati, Hidup Kembali

Matias Yohanes

Dalam nama Tuhan Yesus menyampaikan kesaksian. Peristiwa ini berlaku ke atas adik bongsu saya iaitu Hamry bin Akal pada tahun 1983, ketika itu adik saya berumur 2 tahun. Sebenarnya keluarga kami menetap di kampung Sungai Apih tetapi pada waktu itu kami sekeluarga berada di kampung Pangarawan kerana ibu bapa saya sedang mengusahakan tanah di situ.

Pada suatu petang, abang saya iaitu Kasim bin Akal telah membawa adik bongsu kami bersiar-siar di kawasan sekitar. Rumah kediaman kami agak jauh dari perumahan lain. Selepas pulang ke rumah, adik saya kelihatan sihat sahaja dan selepas makan malam lalu kami tidur. Lebih kurang jam 3 pagi, saya terjaga dari tidur kerana terdengar suara doa yang kuat. Rupa-rupanya ibu bapa saya sedang berdoa untuk adik saya. Menurut bapa saya, adik saya tiba-tiba sakit demam dan suhu badannya meningkat secara mendadak. Pada masa itu kami sekeluarga berdoa bersama-sama untuk satu jangka masa namun, keadaan adik saya tidak ada perubahan malah suhu badannya semakin naik menyebabkan kami semua sangat risau dan mulai menangis.

Jarak hospital yang terdekat letaknya lebih kurang 20 kilometer dari rumah kami, sedangkan tidak ada kenderaan untuk menghantarnya ke hospital. Tambahan pula rumah kami jauh dari rumah-rumah yang lain dan sukar untuk mendapatkan bantuan. Pada waktu itu, saya merasakan tidak ada harapan lagi. Adik saya pasti akan mati; keadaannya sudah begitu lemah. Sejurus kemudian, saya sedar hari sudah mulai siang. Keadaan adik saya pula semakin tenat, malah nafas dan nadinya telahpun terhenti. Bapa saya mengatakan bahawa adik saya sudah tiada harapan lagi[1].  Bapa saya mulai menangis tetapi kami terus berdoa. Selepas jam 11 pagi, tiba-tiba keadaan adik saya mulai menampakkan perubahan. Mukanya yang pucat kembali seperti keadaan semula. Pada saat itu, kami sekeluarga amat gembira dan terus berdoa. Pada masa yang sama, jemaat kampung Pangarawan juga telah datang dan turut membantu doa. Syukur kepada Tuhan Yesus, akhirnya doa kami didengar-Nya. Keadaan adik saya beransur-ansur pulih.

Sejak kejadian itu, iman saya telah dibangunkan dan semangat untuk melayani Tuhan terus berkobar-kobar. Beberapa tahun kemudian saya telah berkhidmat untuk Ibu Gereja sebagai guru penuh masa (GPM). Selepas beberapa tahun sebagai GPM, saya telah mempersembahkan diri sebagai pendeta. Ayah saya merupakan diaken (Dn. Yohanes) di gereja Sungai Apih. Syukur kepada Tuhan Yesus yang telah memimpin dan menjaga keluarga saya. Semoga segala pujian dan kemuliaan diberikan kepada nama-Nya yang kudus.  Amin.


[1] Maksudnya adik saya itu sudah mati.

Perihal Hidup Dalam Kitab Yakobus
| | |

Perihal Hidup Dalam Kitab Yakobus

[Che Fu Ming]

Prakata:

Tuhan memberitahukan kepadaku jalan kehidupan (Mzm 16:11).

 I. Kehidupan Jasmani

1. Tanpa roh adalah mati (Yak 2:6).

Δ       Allah mengaruniakan nafas hidup, demikianlah manusia menjadi makhluk yang hidup (Kej 2:7; Pkh 12:7).

2. Seperti uap yang sebentar saja kelihatan lalu lenyap (Yak 4:14).

Δ       Seperti kabut pagi dan seperti embun yang hilang pagi-pagi benar (Hos 13:3).

3. Seperti bunga yang layu dan gugur (Yak 1:9-11).

Δ       Hari-hari manusia seperti rumput dan bunga di padang (Mzm 103:14-16; Yes 40:6-8).

@   Memohon kepada Tuhan agar mengajar kita menghitung hari-hari kita sedemikian, hingga kita beroleh hati yang bijaksana (Mzm 90:10-12).

II.  Kehidupan Yang Diperbaharui

1. Tuhan telah menjadikan kita oleh firman kebenaran (Yak 1:18).

Δ       Dibaharui di dalam roh dan fikiran (Ef 4:20-24).

2. Terimalah firman yang berkuasa menyelamatkan jiwa (Yak 1:21).

Δ       Firman kehidupan (Yoh 5:39).

3. Mengejar tumbesaran dan kemajuan kehidupan (Yak 1:22-25).

Δ       Menjadi orang-orang dewasa dan beralih kepada perkembangan yang penuh (Ibr 5:12-14; 6:1).

@   Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru (II Kor 5:17).

III. Kehidupan Yang Kekal Abadi

1. Roda kehidupan (Yak 3:6).

Δ       Dinyalakan oleh api neraka (Yak 3:6; Mrk 9:48; Why 20:24).

Perhatian:  Berkenaan “Yak 3:6”

Versi New Chinese: “Lidahpun adalah api; ia merupakan suatu dunia kejahatan dan mengambil tempat di antara anggota-anggota tubuh dan menyalakan roda kehidupan kita, sedang ia sendiri dinyalakan oleh api neraka” (Yak 3:16)

Versi Li Zheng Zhong: “Lidah adalah api yang di dalam tubuh kita. Lidah ini telah menjadi dunia yang tidak benar yang menodai seluruh tubuh dan menyalakan roda kehidupan kita sedang ia dinyalakan oleh api yang membakar di lubang sampah (ianya ditujukan kepada satu lembah di sebelah selatan Yerusalem – Lembah Hinom, yang dianggap sebagai hukuman neraka).

Roda digunakan sebagai perumpamaan; roda-roda pada sebuah kereta adalah dipasang dengan sebatang besi pemutar yang membolehkan roda tersebut berpusing. Kiranya pusingan besi pemutar tersebut adalah terlalu cepat dan terlalu lama dan tidak dibubuh minyak maka besi itu akan bergeseran menjadi terlalu panas dan keras sehingga tidak dapat berpusing lagi dan ianya akan merosakkan keseluruhan kereta sehingga tidak dapat lagi beroperasi ~ demikian juga dengan kehidupan manusia.

2. Mahkota kehidupan (Yak 1:12).

Δ       Menerima upah hidup kekal (Why 2:10; II Tim 4:7-8).

3. Menghargai nilai kehidupan  (Yak 5:19-20).

Δ       Menyelamatkan jiwa agar ia tidak mati (I Tim 2:4; II Ptr 3:9; Luk 12:15-21).

@   Dan sama seperti manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi (Ibr 9:27).

Penutup:

Apa gunanya seorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan nyawanya? (Mat 16:26).

34. Hidup Yang Berpengharapan
|

34. Hidup Yang Berpengharapan

Kehidupan umat Kristian yang sesungguhnya adalah kehidupan yang berpengharapan (Ef 2 : 12-13;  1 Ptr 1 : 3-4).

I.       KEHIDUPAN YANG SUKACITA

1.      Memandang dunia seperti sampah, merasa cukup apabila ada pakaian dan makanan (Flp 3 : 8;  1 Tim 6 : 7-10).

2.      Penderitaan apapun juga tidak difikirkan (Rm 8 : 18;  2 Kor 4 : 17).

3.      Pergi, diam dengan Kristus memang lebih baik (2 Kor 5 : 1-2, 6-9;  Flp 1 : 23).

  • Merasa cukup, tidak takut menderita, mati lebih baik, apakah kehidupan yang demikian tidak senang?

II.     KEHIDUPAN YANG DIPELIHARA

1.      Semuanya adalah anak-anak terang (1 Tes 5 : 5-11).

2.      Menyiapkan akal budi (1 Ptr 1 : 13;  Ams 4 : 23).

3.      Melatih tubuh dan menguasai seluruhnya (1 Kor 9 : 27;  Rm 8 : 13).

  • Menjaga kesucian selamanya (2 Ptr 3 : 14;  1 Yoh 3 : 2-3).

III.    KEHIDUPAN YANG BERSEMANGAT UNTUK MEMPEROLEH KEMAJUAN

1.      Giat berlari-lari kepada tujuan (Flp 3 : 10-14;  Ibr 4 : 11).

2.      Melayani Tuhan seumur hidup tanpa malas (Rm 12 : 11).

3.      Tidak berputus asa melakukan kebajikan (Gal 6 : 9-10).

4.      Giat mengerjakan pekerjaan Tuhan (1 kor 15 : 58).

5.      Lebih rajin menyelamatkan manusia (1 Kor 9 : 22-23;  2 Tim 4 : 1-2;  Pkh 11 : 6).

  • Pasti masuk dalam Kerajaan Allah dengan berlimpah-limpah (2 Ptr 1 : 10-11).