Apakah itu Hidup?
|

Apakah itu Hidup?

Pra Kata: Setiap manusia mempunyai hidup, namun tidak tahu apakah hidup sebenarnya? Manusia tidak mengenali hidupnya sendiri, sama dengan tidak ada tujuan yang tepat dalam hidup yang tidak tahu mengasihi diri dan mengejarkan kebahagiaan kekal.

(1) Apakah itu hidup?

(I) Nafas hidup yang dihembuskan oleh Tuhan. (Kej 2: 7; Yeh 37: 5,10,14) Jika tubuh itu tidak bernyawa, ia adalah kebendaan tanpa nyawa sebab tubuh itu adalah debu tanah.

(II) Nyawa bukan kebendaan :

    • Nyawa berbeza dengan tubuh. Tubuh milik kebendaan tetapi nyawa milik kerohanian.

(a) Tak kelihatan, tanpa badan, tawar dan tidak berwarna.

(b) Tak kelihatan, tidak dapat dijamah.

(III) Nyawa adalah roh yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. (Luk 9: 56; Yes 38 : 17)

(2)   Nilai hidup– Sungguhpun ia tak kelihatan, namun ia sangat dihargai.

(I) Melebihi mata wang.

(II) Melebihi keseluruhan dunia. “Apakah gunanya seorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan nyawanya?” (Mat 16: 26)

(III) Nilai nyawa tak terharga, “Apakah yang diberikannya sebagai ganti nyawanya?” (Mat 16 : 26)

(3)   Kemulian hidup.

(I) Mulia manusia bukan badan, melainkan nyawa yang di dalamnya.

(II) Tubuh yang bernyawa dapat melihatkan nilai tubuhnya kerana ada rupa Tuhan di dalamnya. Ia lebih mulia daripada segala haiwan dan makluk hidup yang lain.

(III) Apabila tubuh kehilangan nyawa, rupa Tuhan sudah tiada, tubuh tidak ada nilainya lagi. Ia lebih tidak bernilai berbanding dengan haiwan atau makluk hidup yang lain.

(4) Ah! Hidup tidak panjang.

(I) Hidup sama seperti wap. (Yak 4: 14)

(II) Hidup sama seperti keluhan. (Maz 90 : 9-10)

(III) Hidup sama seperti pendatang dan perantau. (2 Ptr 2: 11)

    • Tiada seorang pun berkuasa menahan angin dan tiada seorang pun berkuasa atas hari kematian. (Pkh 8: 8)

(5)   Mengejarkan hidup kekal. (kehidupan abadi)

  • Hidup sangat bernilai, kita harus mengejarkan hidup kekal.
  • Maharaja Qin yang berusaha untuk mencari ubat yang dapat hidup selama-lamanya. Semangatnya memang dikagumi tetapi caranya tidak betul.
  • Memang tidak ada ubat untuk hidup selama-lamanya tetapi untuk mencari kebenaran tentang hidup kekal itu memang benar.

(I) Mengejarkan kidup kekal.

(i) Percayalah Tuhan Yesus untuk beroleh hidup kekal. (Yoh 14:6 Yoh 3: 16-18)

(ii) Bertobat, dibaptis dan menerima Roh Kudus. (Kis 2: 38; Yoh 3: 5) (Meninggalkan dosa, dosa diampuni, dimeteraikan Roh)

(iii) Menjalinkan hubungan anak-bapa dengan Bapa sorga yang hidup. (Rujuk Rm 11: 24) untuk memperoleh hidup dan berjalan dalam firmanNya. “Tuhan adalah jalan, kebenaran dan hidup” —-iaitu hidup kekal.

(II) Hargailah nyawa. ( Topik mengenai penyempurnaan rohani)

(i) Menjalankan kehidupan yang baik.

(a) Kehidupan melanjutkan hidup, tanpa kehidupan, memang susah untuk hidup.

(b) Kehidupan harus diserasikan dalam keperluan hidup.

(c) Tubuh jasmani memerlukan keperluan asas dalam kehidupan jasmaniah, manakala jiwa rohani memerlukan keperluan asas dalam kehidupan rohaniah.

      • Pakaian : Mengenakan Kristus : Perbuatan baik, supaya tubuh jangan telanjang. (Kej 3: 21; Gal 3: 27; Why 16 :15)
      • Makanan : Firman yang keluar dari mulut Allah. (Mat 4: 4; Yer 15: 16; Yoh 6: 63)
      • Tempat tinggal : Tinggal dalam bait Allah, giat berkebaktian, menjadi milik kepunyaan Gereja. Menuruti firman –Nya, diam bersama-sama dengan dia. (Yoh 14 : 23; 1Yoh 2 : 5-6)
      • Jalan : Menjalankan firman kehidupan kekal. Jalan : berjalan dan melakukan pekerjaan Tuhan.

(ii) Mementingkan kesihatan – Keinginan hawa nafsu seperti bakteria : mencerobohi kesihatan, “sakit” (dosa).

(a) Harus menjaga kesihatan rohani dari segi telinga, mata dan mulut.

      • Tidak mendengar secara sembarangan : injil palsu (Gal 1: 8-10), injil yang berbeda dengan Injil Kristus.
      • Tidak melihat secara sembarangan : kenajisan, kejahatan dan keganasan.
      • Tidak mengucap secara sembarangan : Tidak mengeluarkan kata-kata yang kotor. Siapa yang lebar bibir, akan ditimpa kebinasaan. (Ams 13: 3)

(b)   Membasuh jubahnya (bersih) (Why 22: 14). Menanggalkan tabiat-tabiat buruk.

(c)    Selalu bercermin : Selalu membaca Alkitab untuk merenungi dan menyelidikinya.

(iii) Mencegah daripada serangan musuh.

(a) Jangan beri kesempatan kepada Iblis. (Efs 4: 25-28)

(b) Berjaga-jaga dan berdoalah. (1Pet 5: 7-9; Mat 26: 41)

(c) Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah. (untuk perlindungan nyawa) (Efs 6: 11-18)

Kesimpulan : Hidup sangat mulia dan sangat berharga, harus percaya kepada Tuhan Yesus untuk beroleh hidup kekal. Tempat kediaman kita di bumi akan dibongkar, seperti kemah. Apabila meninggal dunia, akan masuk suatu tempat kediaman sorgawi yang kekal. (Tubuh roh) (2 Kor 5: 1-5)

Kajian Kitab Amsal : Hidup dan Mati
|

Kajian Kitab Amsal : Hidup dan Mati

Unit Dua Belas: HIDUP DAN MATI

‘Hidup’ dan ‘mati’ perlu difahami secara kualitatif dan berdasarkan berbagai peringkat.

[1] Hidup

(1) Material dan sosial.

‘Hidup’ menandakan pekembangan secara mewah dan indah hal-hal ehwal seseorang (16.15) dan di dalam 15.27, ‘hidup’ bermaksud menikmati keharmonian kehidupan keluarga.

(2) Peribadi atau psikologikal.

Hikmat dan mendiamkan diri adalah seperti ‘kehidupan bagi jiwamu, dan perhiasan bagi lehermu’ (3.22), di mana ianya merujuk kepada vitaliti/daya hidup seseorang secara keseluruhannya dan pembawa/penampilan lahiriahnya seseorang. Di 14.30, ‘hati ygn tenang’ (atau ‘fikiran yang tenteram’, RSV) adalah ‘menyegarkan tubuh, tetapi iri hati membusukkan tulang’.

(3) Moral dan rohani.

Siapa yang mendapatkan aku, akan mendapati bahawa Hikmat itu sendiri adalah hidup (8.35), dan berkenan menerima (Yes 56.7; contoh ‘daripada Tuhan’). Di 9.6, ‘buanglah kebodohan, maka kamu akan hidup’ merangkumi ‘berjalan di atas jalan pengertian’ (cf. 21.21; 19.23; cf.Mzm 17.15) Pohon dan mata air kehidupan ditujukan kepada sumber pembaharuan Allah, duniawi dan rohani: contoh: kesan daripada kata-kata hiburan yang menyenangkan (15.14), atau hajat yang terkabul akhirnya (13.12). Mereka memaparkan pengaruh seorang yang baik terhadap orang lain. Ia memenangkan orang lain melalui keperibadiannya yang benar dan baik (11.30) dan melalui ‘perkataan’ (10.11). Secara lebih mendalam, pohon dan mata air ini adalah simbol berkat atas perhubungan yang tepat dengan Allah. Dalam erti kata lain, iaitu hikmat (3.18), akal budi (16.22) dan takut akan Tuhan (14.27), dipupuk dengan ‘ajaran orang bijak’ (13.14).

Perkataan lorong atau jalan kehidupan, menggunakan istilah ‘kehidupan’ secara kualitatif dengan berkesan. Ia bertentangan dengan jalan yang membawa turun kepada kematian (contoh: 15.24; 6.23; 9.6). Ungkapan ‘jalan kehidupan’ merujuk kepada mod kewujudan (dengan penekanan ke atas ‘jalan’), tetapi (dengan penekanan terhadap kehidupan) atau landasan yang memimpin kepada, atau ditandakan dengan kewujudan kehidupan secara benar dan penuh (11.7-8; 14.32. cf. Mzm 16.11).

[2] Mati

Perkataan ‘kematian’ atau ‘maut’ muncul antara 20 hingga 30 kali di dalam kitab Amsal.

Ianya dikaitkan dengan dunia orang mati [Sheol] (1.12; 5.5; 7.27; 9.18; 15.11,24; 23.14; 27.20; 30.16), kebinasaan [Abaddon; destruction] (15.11;27.20), liang kubur [the pit] (1.12; 28.17), arwah-arwah [the Rephaim; the shades] (2.18; 9.18; 21.16).

Dalam Perjanjian Lama, maut adalah seluruh alam yang berkonflik dengan hidup dan suatu misteri di hadirat Allah (15.11). Maut menggelapkan kehidupan seseorang melalui penyakit (cf. Mzm 116.3), malapetaka (Ul 30.15) dan khasnya, melalui dosa (Kej 2.17). Kesudahan mereka yang jahat ialah ‘ia mati’ (5.23). Demi memperolehi hidup yang benar, seorang ayah menyelamatkan anaknya dari dunia orang mati (Sheol) melalui didikan dan disiplin pada waktu-waktu yang perlu (23.13,14). Seperti yang diingatkan oleh hikmat: ‘semua orang yang membenci aku, mencintai maut’ (8.36; cf. Tetamu-tetamu yang diundang oleh perempuan yang bodoh ialah ‘orang-orang yang diundang di dalam dunia orang mati seperti di 9.18).

Namun, terdapat dua kenyataan berkenaan maut secara naturel, yang ada kaitannya dengan pengharapan dan keyakinan percaya yang telah diabaikan oleh orang-orang jahat (11.7; cf.14.32). Bahawa ‘dalam persekutuan dengan Tuhan, jerih payahmu tidak sia-sia’ menginspirasikan satu pengharapan untuk berusaha mencarikan dan meneriman satu jawapan yang mantap (cf. Why 14.14; I Kor 15.58).

Unit Tiga Belas: RINGKASAN DAN KESIMPULAN

[1] Fikirkan arahan-arahan pengajaran Tuhan Yesus Kristus dalam ‘Mission Discourse’/ kerja pemberitaan injil (Mat 10; Luk 10) dan pengajaran tentang akhir zaman (Mat 24-25; Luk 17 dan 21).

[2] Efesus 5.15-21.

[3] Kepentingan hikmat rohani dalam I Kor 1.18-2.5; 2.11-13;3.6-15; Ef 6.10-19.

[4] Bincangkan bagaimana menjadi seorang berhikmat dan bijak dalam kehidupan seharian serta alam pelayanan kerja-kerja suci.

Mati dan Hidup
|

Mati dan Hidup

Ayat Kitab: 1Kor 15: 35-36

1. Keinginan daging adalah maut (Rm 8:5-6).

  • Keinginan daging adalah perseteruan terhadap Tuhan (Rm 8:7).
  • Keinginan daging berlawanan dengan keinginan Roh, orang tidak mampu melakukan firman, iman mereka adalah mati (Gal 5:17; Yak 2:18).

2. Hidup menurut daging, akan mati (Rm 8:13).

  • Kerana dalam tubuh badan tiada sesuatu yang baik, dan ada kuasa berdosa menawan manusia (Rm 7:18, 23-24).
  • Sesiapa menabur dalam dagingnya, ia akan menuai kebinasaan dari dagingnya (Gal 6:8).

3. Dukacita yang dari dunia ini menghasilkan kematian (2Kor 7:10).

  • Kekhuatiran masa kini meletihkan hati manusia (Luk 21:34).
  • Kekhuatiran dunia menghimpit firman itu sehingga tidak berbuah (Mat 13:22).

4. Dengan Roh mematikan perbuatan-perbuatan tubuh, akan hidup (Rm 8:13).

  • Sesiapa menabur dalam Roh, ia akan menuai hidup yang kekal dari Roh itu (Gal 6:8).
  • Harus menyalibkan daging dengan segala hawa nafsu dan keinginan (Gal 5:24).

5. Mati terhadap dosa, hidup untuk kebenaran (1Ptr 2:24; Rm 6:16).

  • Sakramen Pembaptisan ialah mati dalam dosa, selepas itu harus hidup demi Tuhan (Rm 6:2-4).
  • Harus memandangkan diri telah mati bagi dosa, tetapi hidup bagi Tuhan (Rm 6:11).

6. Setia sampai mati dalam firman, akan menerima mahkota kehidupan (Why 2:10).

  • Menyangkal diri, memikul salib dan mengikut Yesus (Mat 16:24-25).
  • Paulus senantisa membawa kematian Yesus, supaya kehidupan Yesus menjadi nyata di dalam tubuhnya (2Kor 4:10).

Kesimpulan: Orang yang mengasihi (menurut) daging, akan kehilangan nyawa, orang yang benci (mematikan) kejahatan tubuh, akan memelihara untuk hidup yang kekal (Yoh 12:25).