I. ISI ANUGERAH KESELAMATAN
1. Dari segi pesimis
(1) Menyelamatkan manusia lepas dari kematian.
Δ Kerana manusia berdosa, maka rohnya telah mati (Kej 2:17; Ef 2:1; Luk 9:60).
Δ Jika tidak diselamatkan pasti akan masuk ke dalam kematian yang kekal (Why 21:8; Mat 25:41, 46).
Δ Tuhan boleh menyelamatkan kita lepas dari kematian (II Kor 1:10; Why 20:6).
Δ Oleh kematianNya, Ia memusnahkan Iblis yang memegang kuasa maut (Ibr 2:14; I Kor 15:54-57).
(2) Menyelamatkan manusia lepas dari dosa.
Δ Maut berasal dari dosa, jikalau dosa tidak diampuni, maka tidak akan luput dari maut (Rm 6:23; 5:12).
Δ Menurut hukum Taurat, dosa tidak akan diampuni tanpa penumpahan darah (Ibr 9:22).
Δ Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang berdosa (I Tim 1:15; Mat 1:21).
Δ Tuhan mati dan mengalirkan darahNya untuk menebus dosa manusia (Tit 2:14; Ibr 9:12-14).
(3) Menyelamatkan manusia terlepas dari hukum Taurat.
Δ Sengat maut ialah dosa dan kuasa dosa ialah hukum Taurat (I Kor 15:56; Rm 5:13).
Δ Tuhan dilahirkan di bawah hukum Taurat untuk menebus orang-orang yang takluk kepada hukum Taurat (Gal 4:4, 5).
Δ Yesus menerima kutukan demi kita – dipakukan di salib untuk menebus kita lepas dari kutukan hukum Taurat (Gal 3:13; Kol 2:14, 16, 17).
Δ Umat Kristen sudah ditebus sehingga tidak lagi berada di bawah hukum Taurat, dan lepas dari ikatan-ikatan hukum Taurat (Rm 6:14; 7:4, 6).
(4) Menyelamatkan manusia lepas dari kuasa Iblis.
Δ Iblis menggoda manusia berbuat dosa, adalah si jahat yang menjerumuskan manusia ke dalam maut (Yoh 8:44; Yak 3:14-16; Why 20:10).
Δ Semua orang berada di tangan Iblis (I Yoh 5:19).
Δ Tuhan telah mengalahkannya dalam segala hal (Yoh 16:33; Why 3:21; Ibr 2:14; 4:15).
Δ Barangsiapa yang percaya kepada Tuhan, pasti akan lepas dari kuasa Iblis (Kis 26:18; I Yoh 5:4, 5, 18).
2. Dari segi optimis
(1) Menyelamatkan manusia masuk ke dalam Syurga.
Δ Tuhan Yesus memberitakan ‘Injil Syurga’ (Mat 4:17).
Δ Murid-muridnya juga memberitakan ‘Injil Syurga’ (Mat 10:7).
Δ Barangsiapa percaya, Injil Tuhan pasti menyelamatkannya masuk ke Syurga (II Tim 4:18).
Δ Roh Kudus adalah jaminan memperoleh Kerajaan Syurga (Ef 1:13, 14).
(2) Memberikan hidup kekal.
Δ Firman Tuhan adalah ‘Firman hidup kekal’ (Yoh 6:68; Kis 5:20).
Δ Anugerah keselamatan juga disebut ‘kasih karunia kehidupan’ (I Ptr 3:7).
Δ Tuhan berkorban untuk memberikan kita ‘hidup kekal’ (I Yoh 2:25; Rm 5:21; Yoh 3:16, 36).
Δ Memperoleh hidup kekal kerana Roh Kudus yang diberikanNya (Yoh 4:14; Why 22:17; Yoh 7:37-39).
(3) Memberikan kemuliaan.
Δ Anugerah Allah tak terhingga, Dia bukan saja menguduskan orang-orang yang dipanggil olehNya, juga akan memberi mereka kemuliaan (Rm 8:30; Ibr 2:10).
Δ Tuhan akan mengubah tubuh kita yang hina ini, sehingga serupa dengan tubuhNya yang mulia (Flp 3:21).
Δ Memberikan warisan yang mulia, yang tersimpan di Syurga kepada murid-murid (I Ptr 1:4; Kol 3:24).
Δ Memberikan mahkota mulia yang tidak dapat layu (I Ptr 5:4, 10).
II. RENCANA KESELAMATAN(Lihat: II Tim 1:9, 10; Ef 1:3-5).
1. Kepastian Allah menyelamatkan manusia.
(1) Manusia yang diam dalam maut, tidak akan dapat menolong diri sendiri
Δ Seluruh dunia berada di bawah kuasa si jahat (I Yoh 5:19; Ef 2:1-3).
Δ Dibelenggu dosa sehingga tak dapat melepaskan diri (Yer23:23; Rm 7:14, 15, 24).
Δ Akhirnya dihakimi dan mendapat hukuman kekal (Rm 6:23; Why 21:8).
(2) Allah itu kasih, Dia tidak akan membiarkan umat manusia binasa.
Δ Allah sangat menghargai manusia yang diciptakanNya (Mzm 8:3,4; 144:3).
Δ Allah tidak suka manusia yang diciptaNya binasa (Yeh 33:11; II Ptr 3:9).
Δ Allah yang Pengasih pasti akan mengikhtiarkan cara penyelamatan untuk manusia yang akan binasa (I Yoh 4:8, 16; Yes 49:15; Mzm 103:13; Ams 24:11, 12).
2. Janji Allah untuk menyelamatkan manusia.
(1) Allah berkata pada Iblis, keturunan perempuan akan melukai kepalanya (Kej 3:15).
(2) Allah berjanji pada Abraham, bapa leluhur umat pilihan, bahawa akan ada Juru Selamat keluar dari keturunannya, dan bangsa-bangsa memperoleh berkat oleh kerananya (Kej 22:18; 12:1-3; 17:1-6).
(3) Allah berkali-kali menyatakan pada bani Israel akan janji yang memberikan mereka Juru Selamat.
Δ Silo ‘Pemberi Damai Sejahtera’ pasti akan keluar dari Yehuda, semua bangsa-bangsa akan takluk padaNya (Kej 49:1).
Δ Akan keluar seorang Nabi Israel untuk menyelamatkan mereka (Ul 18:15-19).
Δ Raja Maha Tinggi di dunia pasti akan keluar dari keturunan Daud (Mzm 89:27-37; Yer 23:5, 6).
Δ Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita, …. dan namanya disebutkan orang : “Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai” (Yes 9:6).
Δ Bangsa segala ujung bumi melihat keselamatan yang dari Allah (Yes 52:10).
3. Lambang Keselamatan.
(1) Pakaian dari kulit (Kej 3:21).
Δ Kerana Adam, Allah membunuh binatang yang tak bersalah, mengambil kulitnya untuk menutup ketelanjangan mereka; melambangkan demi orang berdosa, Kristus yang tak berdosa mati untuk kita, agar dosa kita diampuni olehNya, dan dibenarkan (Lihat: Yoh 1:29; I Ptr 3:18; II Kor 5:21; Gal 3:27).
(2) Ular tembaga yang diangkat Musa (Bil 21:4).
Δ Allah menyuruh Musa membuat ular tedung dan ditaruhkan pada sebuah tiang; maka setiap orang yang terpagut, jika ia percaya perkataan Allah, ia melihatnya, akan tetap hidup (Bil 21:4-9). Ini melambangkan bahawa Tuhan Yesus akan digantung di atas kayu salib demi umat manusia, agar setiap orang yang percaya kepadaNya beroleh hidup yang kekal (Lihat: Yoh 3:14, 15).
(3) Musa diutus menyelamatkan bani Israel.
Δ Allah mengutus Musa ke Mesir, menyelamatkan bani Israel lepas dari aniaya Firaun; melambangkan bahawa Kristus akan datang ke dunia, menyelamatkan umatNya terlepas dari tindasan dan aniaya Iblis (Lihat: Kis 3:22, 23; Ul 18:15-19). Berikut ini beberapa contoh perlambangan:
Δ Musa mendapat penganiayaan Firaun ketika dilahirkan; melambangkan Kristus akan mendapat penganiayaan Herodes ketika dilahirkan (Lihat: Kel 1:15, 16, 22; Mat 2:16-18).
Δ Musa meninggalkan kemuliaan dan kekayaan demi umat Allah; melambangkan Kristus akan meninggalkan kekayaan dan menjadi miskin demi kita (Lihat: Ibr 11:24-27; II Kor 8:9).
Δ Musa memimpin bani Israel keluar dari Mesir, menyebarangi Laut Merah; melambangkan Kristus akan menyelamatkan kita terlepas dari dunia yang penuh dosa seperti Mesir, dan menjadi milikNya oleh baptisan (Lihat: Kel 14:23; I Kor 10:1, 2; Gal 3:27).
Δ Musa membuat kemah bagi Allah; melambangkan Kristus akan mengorbankan diri untuk mendirikan Gereja Allah (Lihat: Kel 25:8, 9; Kis 20:28; Ibr 8:1, 2).
Δ Musa setia dalam Rumah Allah; melambangkan Kristus akan setia sampai mati demi Rumah Allah – Gereja (Lihat : Ibr 3:5; Bil 12:7; Ibr 3:2; Flp 2:4-8).
III. YESUS MENGGENAPI ANUGERAH KESELAMATAN
1. Anugerah keselamatan dinyatakan oleh Yesus
Δ Anugerah keselamatan dan kebenaran berasal dari Yesus Kristus (Yoh 1:15).
Δ Anugerah keselamatan diberikan pada kita di dalam Yesus Kristus (II Tim 1:9, 10; Ef 2:7).
Δ Keselamatan tiada di dalam siapapun selain di dalam Dia (Kis 4:12; Yoh 14:6).
Δ Melihat Yesus sama dengan melihat anugerah keselamatan Allah (Luk 2:29-32; 3:6).
2. Yesus mengalirkan darah untuk menggenapi anugerah keselamatan
Δ Menurut hukum Taurat Allah: “Tanpa penumpahan darah tidak ada pengampunan” (Ibr 9:22). Tetapi darah domba dan lembu tidak dapat menghapus dosa manusia (Ibr 10:1-4), oleh sebab itu, Yesus harus berkorban mengalirkan darah untuk menggenapi anugerah keselamatan (Ibr 10:5-10). Khasiat darah Tuhan seperti berikut:-
(1) Darah Tuhan sebagai tebusan.
Δ Manusia telah dijual pada dosa, menjadi hamba dosa (Rm 7:14; Yoh 8:34).
Δ Kalau mau ditebus, harus bersandar pada darah Kristus; kerana dalam darahNya ada hidup, sehingga dapat menebus dosa (I Ptr 1:18, 19; Ef 1:7; Mat 20:28; Im 17:11).
Δ Umat Kristen dibeli oleh darah Tuhan sendiri (Kis 20:28; Why 5:9; I Kor 6:20).
(2) Kerana darah Tuhan, dosa dapat diampuni.
Δ Pada Perjanjian Lama persembahan korban dengan darah lembu dan domba hanyalah merupakan bayangan (Ibr 10:1-4).
Δ Hanya darah Tuhan yang kudus dapat mencuci-bersihkan dosa manusia (Ibr 9:14; I Yoh 1:7; Why 1:5).
Δ Darah Tuhan menghapuskan dosa manusia melalui baptisan (Rm 3:25; Kis 2:38; 22:16).
(3) Manusia dapat melihat Allah oleh darah Tuhan.
Δ Manusia terpisah dari Allah kerana dosa (Yes 59:2).
Δ Darah Tuhan mendamaikan manusia dengan Allah, sehingga dapat mendekat pada Allah (Kol 1:20; Ef 2:13).
Δ Dapat masuk ke tempat Maha Kudus melalui darah Tuhan (Ibr 10:19, 20; Lihat: Ibr 9:7-9; Mat 27:50, 51).
IV. PEMBERIAN DAN PENERIMAAN ANUGERAH KESELAMATAN.
1. Anugerah keselamatan Allah untuk seluruh dunia.
Δ Allah menghendaki supaya jangan ada yang binasa, melainkan supaya semua orang diselamatkan ( I Tim 2:4; II Ptr 3:9).
Δ Allah kasih pada umat manusia, tidak membedakan suku bangsa (Yoh 3:16; Why 7:9; Gal 3:27, 28).
Δ Tuhan menyuruh murid-murid memberitakan Injil pada semua manusia yang diciptaNya (Mrk 16:15; Mat 28:19; I Yoh 2:2).
Δ Allah tidak menolong malaikat yang berdosa (Ibr 2:16; II Ptr 2:4).
2. Anugerah keselamatan adalah pemberian Allah.
Δ Diselamatkan bukan hasil usaha sendiri, tetapi pemberian Allah (Ef 2:8, 9).
Δ Tuhan yang memilih kita, bukan kita yang memilih Tuhan (Yoh 15:16; Ef 1:5, 6).
Δ Allah akan bermurah hati kepada siapa Dia mau bermurah hati (Rm 9:14-18)
Δ Allah mempunyai karunia yang tak terhingga (II Kor 9:15; Yoh 1:16).
3. Anugerah keselamatan diberikan dengan cuma-cuma.
Δ Orang mendapat upah kerana bekerja bukanlah anugerah (Rm 4:4, 5).
Δ Diselamatkan bukan dari hasil usaha manusia (Ef 2:9; Rm 4:6, 7).
Δ Bukan oleh melakukan hukum Taurat (Rm 3:28, 20).
Δ Anugerah keselamatan diberikan Allah kepada umat manusia dengan cuma-cuma (Rm 3:24; Why 22:17).
4. Harus menerimanya dengan iman.
Δ Allah menyelamatkan manusia berdasarkan darah Yesus dan iman manusia (Rm 3:25; Ef 2:8).
Δ Anugerah keselamatan akan diberikan pada orang yang percaya (Rm 1:16, 17; 10:13).
Δ Orang benar akan hidup oleh iman (Rm 1:17; Ibr 11:6).
Δ Iman yang benar pasti disertai perbuatan (Yak 2:20-26).
5. Sekarang ini adalah masa penyelamatan.
Δ Sekarang turun Roh Kudus hujan akhir, adalah masa Allah memperkenankan manusia (Yl 2:28, 29, 32; Za 10:1; Luk 4:18, 19).
Δ Banjir belum melanda, hari penghakiman belum tiba (Mzm 32:6; 69:13).
Δ Percaya Tuhan Yesus sekarang juga, agar tidak menyesal kemudian (Mzm 95:7; Ibr 2:1-3; Luk 16:22-31).
Δ Lihatlah, hari ini adalah hari penyelamatan (II Kor 6:2; Yes 49:8; Ams 27:1).