43. Tuhan Melihat Hati
Pada umumnya manusia memandang pada parasnya, tetapi Allah meihat hatinya.
Dalam perkara apakah Allah melihat hati manusia?
I. DALAM TUTUR KATA
1. Percakapan orang Farisi dengan orang Herodian (Mat 22 : 15-18).
2. Dalam perkataan Yudas yang pura-pura Kasih (Yoh 12 : 4-7).
3. Hendaklah berjaga-jaga tutur kata sendiri (Mzm 39 : 1; Pkh 5 : 2).
II. DALAM DOA
1. Ia memandang akan doa penyesalan dari pemungut cukai (Luk 18 : 9-14; Mzm 51 : 17).
2. Yang memuliakan Allah dengan bibirnya, namun hatinya jauh, maka percuma beribadah kepada Allah (Mat 15 : 8-9).
3. Harus menyembah dengan roh dan Kebenaran (Yoh 4 : 24; 1 Sam 1 : 12-18, 20).
III. DALAM KEBAKTIAN
1. Apakah berbakti dengan hati yang senang? (Mzm 122 : 1; 100 : 4).
2. Mendengar Firman Allah dengan sikap yang saleh (Pkh 5 : 1; Hab 2 : 20).
3. Mulutnya penuh dengan kata-kata cinta kasih, namun hatinya mengejar keuntungan yang haram (Yeh 33 : 31).
IV. DALAM PERSEMBAHAN
1. Ia mengetahui bahawa persembahan dari janda itu adalah wang seluruh nafkahnya (Luk 21 : 1-4).
2. Ia mengetahui bahawa persembahan Ananias adalah mendustai Roh Kudus (Kis 5 : 1-10; 8 : 18, 20).
3. Hendaklah dengan hati yang rela baru diberkati oleh Allah (2 Kor 9 : 7).
V. DALAM KESUCIAN
1. Orang Farisi hanya memandang kesucian yang di luar (Luk 11 : 37-40).
2. Allah melihat kesucian dalam hati (Mat 15 : 18-20).
3. Allah memakai orang yang suci (2 Tim 2 : 21; 2 Kor 7 : 1).
VI. DALAM PELAYANAN
1. Maria memperoleh pujian (Mrk 14 : 3-8).
2. Tekun melayani Tuhan (Luk 9 : 57-62).
3. Tidak dapat mengabdi kepada Allah, juga kepada Mamon (Mat 6 : 24).
KESIMPULAN:
Mata Tuhan ada di segala tempat mengawasi orang jahat dan baik (Ams 15 : 3).
