Views: 148
Ibr 2 : 1 – 3 : Kata-kata di dalam ayat tersebut benar merupakan peringatan bagi orang yang memperoleh Anugerah Keselamatan Tuhan.
“Menyia-nyiakan” bererti tidak memandang atau tidak menghargai dan tidak memperhatikan.
Yang telah menyia-nyiakan Anugerah Keselamatan sejak dahulu dan sekarang pun ada, sungguh disayangkan dan patut dikasihani.
I. ANUGERAH KESELAMATAN ADALAH “BEGITU BESAR”
1. Diberikan dari Allah yang Maha Agung di Syurga.
Apabila di dunia ada raja yang memberikan sesuatu benda kepada umatnya, dikatakan menganugerahi. Apalagi Tuhan yang Maha Agung di Syurga, memberikan Anugerah yang besar dalam penyelamatan jiwa kepada semua bangsa.
2. Mengutus AnakNya yang tunggal untuk menderita dan menyerahkan nyawaNya (Yoh 3 : 16; Rm 5 : 8; Yoh 15 : 13).
3. Menolong manusia terlepas dari kematian yang begitu mengerikan (2 Kor 1 : 10), iaitu kebinasaan jiwa yang kekal.
4. Diangkat menjadi anak Allah (1 Yoh 3 : 1; Mzm 113 : 8).
Ada kehidupan kekal, berhak menerima jaminan Kerajaan Syurga, mulia selamanya; Serta bukanlah hal yang kosong, melainkan ada Kuasa Roh Kudus dengan Allah yang menyertai sebagai tanda bukti (Rm 8 : 16; Ibr 2 : 4).
- Orang yang memperoleh Anugerah Keselamatan yang begitu besar itu, apabila menyia-nyiakan, bahkan meninggalkannya, sungguh sangat menyedihkan.
II. BERBAGAI MACAM ORANG YANG MENYIA-NYIAKAN ANUGERAH KESELAMATAN
1. Yang sudah mendengar anugerah keselamatan ini, namun tidak menerimanya (Mat 11 : 20-24).
2. Setelah menerima, tetapi tidak mengetahui akan Kebesaran/Keagungan Anugerah ini, tidak mengucap syukur bahkan meninggalkannya.
Orang Israel pada zaman dahulu, setelah diselamatkan dan keluar dari Mesir, mereka bersungut-sungut di padang berantara (Kel 16 : 1-3).
Selanjutnya semua keturunannya terdapat orang yang melupakan kebajikan seperti itu; Ketika Tuhan memberitakan Injil, kesepuluhan orang yang sakit kusta itu memperoleh kesembuhan dan di antara kesembilan orang itu telah menyia-nyiakan Anugerah Tuhan (Luk 17 : 11-17).
3. Tidak memandang Firman Kebenaran, hanya menitik beratkan perkara tubuh serta dunia, padahal, Firman Kebenaran mengajar, agar manusia memperoleh Anugerah Keselamatan, lebih berharga daripada emas dan perak (Mzm 119 : 7-10; 119 : 72; 1 Ptr 1 : 24-25).
Hendaklah mencontoh pemandangan mengenai Firman Kebenaran seperti umat-umat yang kudus (Ayb 23 : 12; Ul 6 : 6-8).
4. Bagi yang tidak melaksanakan :
Seperti orang yang tercantum di dalam Alkitab (Yak 1 : 22-23; Luk 6 : 46).
Yang melaksanakan akan mempunyai dasar (Mat 7 : 24-25) dan akan memperoleh berkat (Yak 1 : 25).
5. Bagi yang tidak memberitakan atau menyiarkan :
Manusia yang telah memperoleh Anugerah Keselamatan mempunyai kewajiban untuk memberitakan – bersaksi tentang keberadaan Allah serta Anugerah Kebajikan yang diberikanNya (Yes 43 : 10; Kis 1 : 8; 5 : 31-32).
Memperoleh dengan cuma-cuma, berikanlah dengan cuma-cuma pula (Mat 10 : 8).
Celakalah apabila tidak memberitakan (1 Kor 9 : 16).
6. Bagi yang tidak memelihara :
Apabila manusia telah memperoleh harta benda, jika tidak dipelihara, tidak menghemat, maka akan lenyap. Orang yang telah memperoleh Anugerah Keselamatan dan tidak dipelihara, sehingga akan kehilangan Anugerah itu. Maka itu haruslah memperhatikan dan memelihara Firman Allah yang ditunjukkan oleh Alkitab (Ams 7 : 1-2; 2 Tim 1 : 13-14).
- Orang yang tidak memelihara sehingga kehilangan Anugerah, sebagian besar terjadi kerana arus dunia; Mengikuti arus iaitu mengikuti aliran dunia, iaitu aliran adat dunia yang jahat, kehidupan yang palsu, pemikiran dan pembicaraan yang tidak sesuai dengan pengajaran dan sebagainya.
Tetapi orang yang telah memperoleh Anugerah Keselamatan, menjadi tamak akan dunia, terbawa oleh arus, dan mengabaikan terhadap anugerah Keselamatan sehingga akan kehilangan, maka kelak akan menerima hukuman kekal dan kebinasaan.
Lot adalah perumpamaan orang semacam ini, yang dapat dijadikan sebagai peringatan.
Di dalam Alkitab dikatakan :
“Bagaimanakah kita akan luput, jikalau kita menyia-nyiakan keselamatan yang sebesar itu?” (Ibr 2 : 3; Ruj : Ibr 6 : 4-8; 10 : 26-27).
