Views: 183

Ramai umat Kristian beranggapan bahawa masalah perkahwinan merupakan masalah peribadi pemercaya, dan tiadanya kaitan dengan kepercayaan dan gereja. Sesungguhnya, dalam catatan dan ajaran dalam Alkitab serta kehidupan realiti pemercaya, kita boleh mendapati bahawa perkahwinan umat Kristian bukan sahaja berkaitan dengan kebahagiaan seseorang dalam kehidupan kini, juga berkaitan dengan keselamatannya pada masa kelak, malah berkaitan dengan anugerah keselamatan Tuhan serta kemajuan, kemunduran, kejayaan dan kegagalan gereja.

A. Perkaitan rapat antara Perkahwinan dan Anugerah Keselamatan Tuhan

1. Tuhan menggenapkan Anugerah Keselamatan menerusi perkahwinan

  1. Melahirkan keturunan ilahi menerusi perkahwinan (Mal 2:15).
  2. Menjanjikan bahawa semua bangsa akan mendapat berkat oleh keturunan Abraham, bernubuat akan menggenapkan anugerah keselamatan Tuhan oleh Kristus (Kej 22:18).
  3. Melahirkan Daud menerusi perkahwinan antara Rut dan Boas (Luk 4:22).
  4. Tanda mujizat “air menjadi anggur” dalam perkahwinan di Kana menunjukkan bahawa Tuhan campur tangan dan mengambil berat tentang perkahwinan manusia, malah menyelesaikan masalah dalam perkahwinan manusia (Yoh 2:1-11).
  5. Alkitab sering menggunakan perkahwinan untuk melambangkan hubungan antara Kristus dengan Jemaat (Kid 8:6-7, Ef 5:31-32, Why 19:7-9).
  6. Manusia dapat merasai dan mengalami kasih Kristus menerusi perkahwinan (Ef 5:22.24).
  7. Menerusi ilham perkahwinan, manusia dapat memelihara satu kasih yang setia dan sejati terhadap Tuhan (Kid 4:4-5, 2 Kor 11:2-3).

2. Syaitan menggunakan perkahwinan untuk membinasakan Anugerah Keselamatan

  1. Membinasakan institusi perkahwinan “satu suami satu isteri/monogami” yang ditetapkan/diasaskan oleh Tuhan (Kej 4:19).
  2. Menerusi perkahwinan, keturunan ilahi manusia digoda untuk melakukan dosa (Kej 6:2-3).
  3. Mempergunakan perempuan kafir untuk menggoda umat pilihan supaya melakukan dosa (Bil 25:1-9).
  4. Menjadikan manusia tidak kudus dalam perkahwinan sehingga kehilangan penebusan dalam Tuhan (Mat 19:9, 1 Kor 5:1-5).
  5. Orang cabul tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah (1 Kor 6: 9-10, 18-20).

B. Perkaitan rapat antara Perkahwinan dan Gereja

1. Tuhan berharap seisi keluarga dapat menjadi percaya dan boleh diselamatkan

  1. Seisi keluarga kepala penjara dibaptiskan dan menjadi percaya kepada Tuhan. (Kis 16:31-34).
  2. Seisi keluarga Lidia menjadi percaya kepada Tuhan, malah terlibat dalam kerja Paulus untuk memberitakan Injil (Kis 16: 15-17).

2. Gereja adalah rumah Allah

  1. Gereja adalah rumah Allah (1 Tim 3:15).
  2. Semangat “kasih” dalam menguruskan keluarga haruslah dijadikan sebagai piawaian / kriteria dalam menguruskan gereja (Mat 20:25-28).
  3. Haruslah adanya sikap melakukan kerja suci di gereja sama seperti melakukan kerja di rumah (Kol 3:23).

 3. Menjadikan keluarga sebagai satu bahagian dalam gereja

  1. Menjadikan keluarga bercorak gereja dan iman kepercayaan (Kis 18:2-3).
  2. Membangun jemaat dalam keluarga, memimpin lebih ramai orang untuk menjadi percaya kepada Tuhan (Rm 16:15).

4. Suami isteri bekerjasama melayani Tuhan

  1. Pasangan suami isteri Priskila dan Akwila melayani Apolos, dan dengan teliti menjelaskan kepadanya Jalan Allah (Kis 18:24-26).
  2. Pasangan suami isteri Priska dan Akwila melayani Paulus, dan bekerja bersama-sama dengannya dalam tempoh masa yang panjang (Rm16:3).

5. Perkahwinan di dalam Tuhan adalah Kehendak Allah

  1. Perkahwinan di dalam Tuhan adalah kehendak Allah, dan akan diberkati oleh Allah (2 Kor 6:14).
  2. Perjanjian Lama dengan jelasnya menetapkan bahawa anak-anak Allah tidak boleh berkahwin dengan orang kafir (Neh 13:25).

6. Mengambil berat dan membimbing masalah dalam keluarga pemercaya

  1. Membimbing dan membantu para belia supaya boleh berkahwin di dalam Tuhan (Kej 24:2-4).
  2. Mengambil berat dan membimbing masalah dalam keluarga pemercaya (1 Kor 7:1-16).

7. Iman kepercayaan seharusnya diwarisi turun-temurun

  1. Tuhan memesan Abraham supaya mewariskan iman kepercayaan kepada keturunan dan cucu-cicitnya (Kej 18:19).
  2. Lois dan Eunike mewariskan iman kepercayaan kepada Timotius (2 Tim 1:5).

C. Perkaitan rapat antara Perkahwinan dan Pemercaya 

1. Berkaitan dengan masalah keselamatan pemercaya

  1. Seisi keluarga Nuh masuk ke dalam bahtera dan akhirnya terselamat (Kej 7:13).
  2. Pasangan suami isteri Ananias dan Safira bersepakat untuk mencobai Roh Tuhan sehingga mengakibatkan kebinasaan (Kis 5:1-10).
  3. Perkahwinan mempunyai kaitan dengan keselamatan jiwa rohani pemercaya (1 Ptr 3:7).

 2. Berkaitan dengan kebahagiaan keluarga pemercaya

  1. Haruslah Kristus dijadikan sebagai tuan rumah, Alkitab dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan keluarga (Yoh 2:5).
  2. Suami isteri haruslah saling mengasihi (Ef 5:22-23).
  3. Saudara-saudara seharusnya hidup berharmoni (Mzm 133:1-3).
  4. Harus menghormati orang tua dan mengasihi yang muda (Ef 6:1-4).

3. Berkaitan dengan kesejahteraan tubuh jasmani pemercaya

  1. Perempuan akan diselamatkan kerana melahirkan anak, asal ia bertekun dalam pengudusan dengan segala kesederhanaan (1 Tim 2:15).
  2. Janda yang percaya kepada Tuhan, akan mendapat bantuan jemaat dalam kehidupan seharian, sehingga tidak terdapatnya kerisauan dan kegelisahan (1 Tim 5:16).

Kesimpulan:

Memandangkan masalah perkahwinan pemercaya berkaitan dengan anugerah keselamatan Tuhan, kemajuan dan kemunduran gereja, serta kebahagiaan dan keselamatan permercaya, maka kita haruslah bersikap serius terhadap perkahwinan, memelihara perkahwinan dengan teguhnya, malah berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab dalam perkahwinan. Sebagai penginjil dan penguasa dalam gereja, haruslah menggalakkan pemercaya berkahwin di dalam Tuhan, dan berusaha untuk melakukan prinsip Alkitab iaitu berkahwin di dalam Tuhan. Berdasarkan firman kebenaran dalam Alkitab, mengambil berat dan membimbing kehidupan keluarga dan masalah perkahwinan pemercaya, supaya gereja dapat menjadi sebuah keluarga besar yang penuh dengan kasih dan kesejahteraan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *