Views: 443

RUMAH DOA PENAMPANG

Setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa Gereja Kota Kinabalu, Rumah Doa Penampang telah ditubuhkan pada 14 September 1981 terletak di rumah kediaman Sdra Chong Fook Hin. Sebilangan besar pemercaya adalah saudara saudari yang tinggal berdekatan dengan rumah doa. Pada mulanya kebaktian diadakan setiap hari Isnin, kemudian pada hari Jumaat.

Penampang terletak di timur-laut Kota Kinabalu. Terdapat sebanyak 40 buah keluarga, dengan anggota lebih kurang 200 orang yang mana sebilangan besar adalah orang Cina yang berdiam di situ. Pada masa ini mereka menghadiri kebaktian di Gereja Kota Kinabalu, kira-kira 5km jauhnya dari Penampang. Sekiranya tiada kereta, mereka harus menaiki bas 2 kali untuk datang ke gereja.

Untuk memudahkan jemaat menghadiri kebaktian, Gereja Kota Kinabalu telah membeli sekeping tanah seluas 0.4 hektar [ 1 ekar ] terletak dekat Taman Oriental untuk mendirikan bangunan gereja. Diminta saudara-saudari terus membantu doa bagi kemajuan kerja suci di Penampang.

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *