Views: 113

Tawau terletak di pantai timur Sabah menghampiran dengan Teluk Wallace di sempadan Indonesia, Bandar ini menjadi bandar yang ketiga paling besar di Negeri Sabah disebabkan pelabuhan semula jadinya dan tanah yang subur yang sesuai bagi banyak tanam – tanaman. Sebilangan besar penduduk Tawau, seperti juga bandar besar yang lain, adalah Cina yang berniaga, peladang dan pemilik industri kecil-kecilan dan perusahaan ringan.

Pad 1960, selepas persaraan suaminya, Dns Anna Tsen dan keluarganya berpindah ke Tawau. Sdra Chin Chee Hiung dari Beaufort juga beripindah ke situ untuk berniaga kemudiannya. Berikutan tiu, Sdra Chin Vun Bin dan Sdra Tai Nyuk Foh kedua – dua dari Kota Kinabalu juga berpindah ke Tawau.

Di bawah pimpinan Dns Anna Tsen dan kelulusan Ibu Gereja Sabah, Kebaktian Sabat sekeluarga dimulakan di rumah Dns Anna Tsen pada 10 November 1962. Terdapat seramai 16 orang ahli. Disebabkan kekurangan petugas kerja suci yang terlatih untuk menggembalakan jemaat, Dn Gaius Leong dari Gereja Balung (27.4 KM { 17 batu} jauh) dan beberapa orang lagi telah diminta untuk membantu kerja suci di Tawau.

Pada tahun 1970, Sdra Chang Chew Kong, Sdra Chong Su Yun (Kini Pdt Philip Chong) dan kelaurga mereka berpindah ke Tawau. Oleh itu, bilangan anggota bertambah. Pada 1977, rumah Dns Tsen telah menjadi terlalu sempit bagi Kebaktian Sabat. Berikutan dengan itu, Jawatankuasa Gereja mengadakan mesyuarat membincangkan kemungkinan untuk membeli sebidang tanah untuk membina sebuah gereja baharu.

Pada masa itu, Dns Anna dengan murah hati mendermakan sebidang tanah yang seluasnya 0.4 hektar (1 ekar) sebagai tapak bangunan gereja dan ini diterima oleh Jawatankausa Gereja. Kemudian satu jawatankuasa bangunan gereja dan satu tabung gereja telah ditubuhkan. Pembinaan bermula pada awal tahun 1980. Pada pertenganhan tahun 1981, gereja berharga $280,000 telah disiapkan dengan hawa dingin dan mempunyai muatan lebih daripada 500 orang. Pada 30 Julai 1981, banguna gereja baharu telah ditahbiskan kepada Tuhan.
Terdapat 8 Kelas Pendidikan Agama dengan 92 orang murid dan 18 guru. Terdapat 2 orang diaken. Bilangan pemercaya masa kini ialah 214 orang. Jawatankausa Gereja terdiri daripada:
Hal Ehwal Agama: Chong Su Nyen, Isaac Chin (Timbalan)
Hal Ehwal Am : Wong Chen Sing, Yong Ping Chou (Pembantu)
Bendahari: Mak Lee Yee, Sim E Chan (Pembantu)
Setiausaha: Yong Shuk Jin, Leong Yun Lung ( Pembantu)

Selain daripada Kebaktian Sabat, terdapat Kebaktian Malam yang diadakan pada Hari Ahad, Selasa, Rabu dan Jumaat dan nyanyian koir pada malam Isnin.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *