Views: 102

Saksian oleh: Tseu Kon Lan
Dicatat oleh: Thomas Tseu

Haleluya! Dalam nama Tuhan Yesus saya menyampaikan saksian.

Dalam tahun 1980, saya menderita penyakit yang teruk. Dengan segera saya meminta Diaken-diaken, saudara dan saudari datang ke rumah untuk berdoa bagi saya. Syukur kepada Tuhan dan karunia Tuhan, saya sembuh dan hati saya dipenuhi dengan sukacita dan damai sejahtera.

Pada tahun yang sama, saya mengunjungi saudara mara saya di Tawau. Saya mengambil pemeriksaan perubatan di sebuah hospital swasta. Mengikut doktor, saya menghidap penyakit masalah jantung dan beliau mengatakan saya tidak boleh kerja berlebihan. Sekiranya tidak, keadaan saya akan menjadi lebih teruk. Apa yang saya boleh buat ialah bersandar kepada perkataan Tuhan seperti yang tercatat dalam Markus 16:16-18.

Pada 1983, apabila saya kembali dari rumah kawan saya, saya ditimpa satu kemalangan kereta. Kereta yang saya ikuti terbalik dan terbabas di dalam sebuah parit. Walaupun kenderaan itu mengalami kerosakan yang teruk, tetapi saya dan kedua anak saya tidak apa-apa. Syukur kepada Tuhan, kami terselamat. Kemudian sebuah teksi lalu di situ dan kami dibawa ke bandar untuk diperiksa oleh seorang doktor, yang mendapati kami tidak ada luka ataupun kecederaan dalaman dan semuanya adalah baik. “Tuhan adalah tempat perlindunganmu” (Mazmur 91:9)

Semoga semua kemuliaan diberi kepada nama Tuhan Yesus. Amin.

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *