Audery Chan, Lelcester UK
(Terjemahan MANNA, Issue 56, Vol 32)
PROLOG
Bagi banyak penganut agama Kristian, Hari Ester adalah suatu musim perayaan untuk memperingati kematian, terutamanya kebangkitan Kristus. Di United Kingdom, jarang-jarang ada orang yang lupa akan musim cuti ini. Pada setiap tahun, sekurang-kurangnya satu bulan sebelum perayaan Ester, kedai dan pasar mengingatkan pelanggan dengan mempamerkan pelbagai jenis telur berwarna-warni yang berisikan coklat dan arnab-arnab, kad ucapan dan produk-produk Ester yang lain.
Sebagai Kristian Gereja Yesus Benar, Kita tidak merayakan Hari Ester dan Paskah. Namun, sejauh manakah kita faham tentang perayaan ini? Apakah kita dapat menjelaskan kepada orang lain dengan yakin sebab-sebab kita tidak merayakan Paskah / Ester? Kawan-kawan kita dari gereja lain pasti berasa hairan mengapa kita tidak mementingkan perayaan yang begitu penting dalam kalendar Kristian. Adakah kita tahu menyampaikan ajaran kepada anak-anak kita untuk membetulkan tanggapan mereka terhadap mesej yang diterima dari sekolah mengenai Ester / Paskah?
SEJARAH ASAL – USUL ESTER / PASKAH
Nama ‘Ester’ dihubungkaitkan dengan tuhan bagi bangsa Anglo Saxon kafir yang disebut Eastre, Ostara dan Eostre. Bangsa Saxon di Eropah Utara merayakan perayaan tahunan ini bertujuan bersyukur kepada dewi musim semi kerana memberi pembaharuan hidup selepas musim salji. Pada zaman kuno di sebelah Timur, ramai orang menyembah dewi yang bernama ‘Eastre’, yang membawa simbol kesuburan. Mereka juga mengaitkan Isthar di Babel dan Astarte (Ashtaroth) di Phoenicia. Adalah perkara mustahil jikalau mereka menyembah dewi yang sama tapi dengan gelaran-gelaran yang lain.
Sejarah juga memberitahu kita bahawa mubaligh Kristian pada zaman awal yang menyebarkan injil di Eropah Utara. Mereka mengizinkan bangsa Anglo-Saxon mengekalkan amalan pagan supaya mengehadkan tindak balas buruk terhadap ajaran Kristian. Selain itu, tindakan sedemikian memudahkan penukaran agama. Mubaligh Kristian berjaya menukarkan agama mereka, dan pada abad ke-8, penganut agama Kristian bangsa Anglo-Saxon mula mengingati kebangkitan Kristus dari kematian menerusi perayaan yang mereka gelar sebagai ‘Eastra’ yang kemudiannya ditukar menjadi ‘Ester’.
Perkembangan ini telah menyebabkan gereja-gereja selepas Zaman Rasul menyimpang dari kebenaran kitab suci. Selangkah demi selangkah telah mengubah ajaran asal Yesus dan rasul-rasul. Perubahan ini termasuk memegang Hari Sabat kepada hari pertama iaitu hari Ahad. Kebaktian pada hari Ahad dijadikan sebagai perayaan mingguan kerana pada hari itu adalah kebangkitan Yesus dari kematian, atau dikenal sebagai ‘Hari Tuhan’. Kemudiannya, tertubuhnya Paskah Tahunan Kristian. Paskah untuk memperingati kebangkitan Yesus ini kemungkinan besar dimulakan pada abad kedua.
Majlis atau Konsili Nicaea Pertama pada tahun 325 selepas masihi, mengisythiharkan bahawa semua gereja harus memegang Paskah Kristian pada hari Ahad setelah bulan purnama pertama yang jatuh pada atau setelah Musim Bunga. Hari ini, Gereja Kristian di sebelah barat meneruskan amalan yang ditetapkan Majlis Nicea dengan menyambut atau merayakan Hari Ester pada Hari Ahad antara 22 Mac dan 25 April.
TRADISI ESTER
Warisan mubaligh Kristian peringkat awal adalah menyesuaikan adat pagan Eropah Utara yang dikaitkan dengan musim semi dan ritual kesuburan dengan Hari Ester. Tambahan pula, selepas melalui beberapa abad, Kristian telah menambah banyak adat tempatan yang lain. Antaranya adalah:
a. Arnab Hari Ester adalah berasal dari tradisi bahawa arnab adalah haiwan kesayangan Dewi Eostre. Dalam budaya pagan, arnab melambangkan kasih, pertumbuhan dan kesuburan – kesemuanya ini mempunyai hubungan dengan musim semi.
b. Penukaran telur-telur melambangkan kelahiran baru. Dalam budaya pagan, perkara ini berkaitan dengan kebangkitan dan kelahiran Matahari baru. Musim semi muncul selepas musim salji adalah suatu sebab perayaan ini dirayakan. Mitologi Anglo-Saxon mengatakan arnab Eostre’s menghasilkan telur berwarna-warni untuk kanak-kanak. Kemudiannya, telur-telur dikaitkan dengan erti kelahiran baru ataupun kebangkitan Kristus, kemungkinan dikaitkan dengan kubur batu tempat Yesus bangkit. Banyak ritual baru terbentuk pada zaman pertengahan, termasuk menghiasi, membuang, mengguling, ataupun menyembunyikan telur supaya budak-budak mencari. Istilah ‘Telur Ester’ dimasukkan ke dalam Bahasa Inggeris sekitar tahun 1825, dan telur coklat yang pertama telah diperkenalkan pada tahun sekitar 1880.
c. Di England, membuat ‘roti salib panas’ pada hari Good Friday adalah datang dari Zaman Tudor di mana mereka menyebut roti itu sebagai ‘cross buns’. Roti diperbuat dari ragi, kismis, rempah dan perasa. Roti tersebut kemudiannya ditanda dengan simbol salib. Berkemungkinan budaya membuat roti berasal dari pada orang pagan membuat kek-kek gandum pada waktu perayaan musim bunga. Dalam kitab suci, kita mendapati rakyat Yehuda menyediakan kek-kek seperti ini untuk ‘Ratu Syurga’ ( Ashtoret) pada zaman Nabi Yeremia ( Yeremia 7:18) Adat lain seperti:
• Memakai topi dan baju yang baru pada Ahad Ester yang melambangkan kelahiran semula.
• Makan ikan pada Good Friday dan pada setiap jumaat telah diumumkan sebagai hari puasa ( sekurang-kurangnya mengelakkan dari makan daging ) menandakan Kristus telah disalibkan.
• Makan domba, telah dikaitkan dengan Hari Ester kerana Kristus adalah domba paskah.
ADAKAH HARI ESTER TERCATAT DALAM KITAB SUCI?
Dimanakah kita dapat menemui catatan atau ajaran tentang memegang Paskah Tahunan Kristian ataupun Ester dalam kitab suci? Dengan kata yang lain ‘adakah Hari Ester tercatat dalam Kitab Suci?’.Jawapannya ‘tiada’. Asal usul Hari Ester sebenarnya hasil perkembangan gereja zaman awal, politik agama dan menerapkan adat pagan. Perkara ini menggambarkan betapa ketara ajaran dan amalan gereja telah diubah selepas kematian rasul-rasul.
Sejarawan Gereja Greek, Sokrates dari Konstantinopel (lahir sekitar tahun 380) menulis bahawa terdapat amalan penduduk tempatan meresap masuk ke dalam segelintir gereja. Dia menyatakan bahawa Yesus dan rasul-rasul tidak pernah mengajar pemercaya memegang perayaan ini; ‘…setiap individu di segala tempat, sesuai dengan kemahuan/keselesaan sendiri, mempunyai kebiasaan merayakan untuk memperingati betapa besarnya penyelamatan. Juruselamat kita dan para rasul memerintahkan kita tanpa adanya hukum untuk merayakan perayaan ini…perayaan Ester dirayakan di segala tempat sesuai dengan individu itu sendiri mengikut keunikan orang-orang tersebut di mana para rasul tidak pernah memberikan perintah dalam hal ini’
KEMBALI KEPADA AJARAN KITAB SUCI
Kitab Suci tidak mengajar menyambut Hari Ester. Alkitab hanya memberitahu kita bahawa Yesus mengasaskan sakramen supaya dipegang oleh pemercaya. Pada perjamuan paskah, Tuhan Yesus bersama-sama murid-murid-Nya.Waktu itu Yesus memecahkan roti tidak beragi dan memberitahu mereka bahawa roti itu adalah tubuh-Nya.Yesus juga memberikan cawan yang mengandungi hasil pokok anggur merupakan darahNya (Lukas 22:19,20; Matius 26:29;1 Korintus 5:8, 10:17). Dengan melakukan ini, Dia telah memberi jamuan itu suatu makna dan methodologi yang baru.
Yesus khasnya menyuruh, ‘…dan sesudah itu Ia mengucap syukur atasnya; Ia memecah-mecahkannya dan berkata:” Inilah tubuh-Ku, yang diserahkan bagi kamu; perbuatlah ini menjadi peringatan akan Aku!” Demikian juga Ia mengambil cawan, sesudah makan, lalu berkata:” Cawan ini adalah perjanjian baru yang dimeteraikan oleh darah-Ku; perbuatlah ini, setiap kali kamu meminumnya, menjadi peringatan akan Aku!’(1 Korintus 11: 24-25)
Kemudian rasul Paulus juga menulis:
‘Sebab setiap kali kamu makan roti ini dan minum cawan ini, kamu memberitakan kematian Tuhan sampai Ia datang ‘ (1 Korintus 11:26).
Dengan erti kata lain, Yesus mahu kita memegang sakramen (Perjamuan Kudus, 1Korintus 10:16) untuk memperingati kematiaanNya untuk ingat bahawa Dia telah mempersembahkan tubuhNya dan mengalirkan darahNya demi kita.
Yang penting, kita tahu Yesus tidak memberi arahan atau mengasaskan sebarang amalan-amalan yang berkaitan dengan hal yang berikut untuk kita ikut:
• Kekerapan mengadakan Sakramen Perjamuan Kudus
• Keperluan mengadakan perjamuan tahunan untuk memperingati kematiaanNya ataupun kebangkitanNya.
• Menetapkan Hari Ahad sebagai hari yang khas untuk memperingati kebangkitanNya
Perkataan Yesus dan Paulus adalah, ‘setiap kali kamu makan roti dan minum cawan ini’ menunjukkan bahawa kita boleh mengadakan Sakramen Perjamuan Kudus selalu. Setiap kali mengadakannya, kita mempunyai peluang untuk memperingati pengorbanan dan anugerah keselamatan Tuhan Yesus Kristus berikan kepada kita. Sebarang permintaan yang di luar kebenaran, adalah tidak terkandung dalam kitab suci.
MENYEMBAH KEPADA TUHAN YANG BENAR
Sebagai umat Kristian, kita hanya menyembah kepada Tuhan yang benar – Satu Tuhan yang cemburu kepada berhala. (Keluaran 20:3- 5; 1 Korintus 10: 14-22; Galatia 5: 16-21; 1 Yohanes 5:21).
Namun, umat Kristian yang tidak takut kepada Tuhan akan melakukan ibadah yang berakarkan berhala. Pada hakikatnya, adat-adat yang berkaitan dengan amalan pagan, termasuk perkara yang berkaitan dengan Ester telah dicampur aduk ke dalam amalan Kristian. Masalahnya banyak umat Kristian tidak merasakan kesan negatif kerana tidak memahami maknanya ataupun tidak mengambil tahu tentang perayaan
ini.
Perbuatan gereja selepas zaman rasul mencampur aduk unsur berhala ke dalam gereja memberi amaran kepada kita. Sejak perjanjian lama lagi Tuhan sudah memberi peringatan lebih awal kepada umat Israel supaya tidak bergaul dengan orang Kanaan (Ulangan 12: 30, 31).Tuhan melarang sedemikian supaya orang Israel tidak menyembah berhala pada masa yang sama menyembah Tuhan.
Orang Israel enggan mendengar amaran dan menjadi semakin terpengaruh oleh bangsa di sekitarnya. Contohnya,mereka membawa masuk amalan-amalan berhala ke dalam penyembahan Tuhan. Dengan melakukan demikian, mereka seringkali membangkitkan amarah Tuhan.
MENGURUS SAMBUTAN HARI ESTER
Tuhan mahu kita supaya memelihara diri di dalam batas kebenaran, iaitu Firman-Nya (Yohanes 19: 17). Kita tidak harus menokok tambah ataupun mengubah ketetapan Tuhan. Kita tahu Hari Ester tidak ada dalam kitab suci, oleh itu kita tidak boleh menyambut perayaan ini walaupun perayaan ini nampak normal dalam kehidupan sekarang. Contohnya bagi mereka yang mempunya anak di sekolah yang mengadakan aktiviti perarakan Ester; maka ajakan untuk memburu telur, hadiah hadiah Ester dan sebagainya. Banyak aktiviti pada musim itu yang fokus untuk muda mudi. Apakah yang boleh kita lakukan? Pendekatannya adalah berterus terang kepada orang lain tentang pendirian kita.
PRODUK-PRODUK ESTER
Pertama, mengenai produk-produk musim perayaan, kita tahu mengabaikannya sewaktu berada di dalam kedai.Kita tidak perlu membeli telur bercoklat Ester atau Arnab kerana banyak pilihan makanan manis untuk memenuhi selera kita. Kita perlu menjelaskan kepada anak-anak tentang sebab tidak menyambut Hari Ester.Dengan demikian mereka akan tahu dan tidak meminta membeli produk-produk Ester.
Ada segelintir orang mungkin mempertikaikan coklat telur Ester hanya suatu kuih muih. Namun, kalau kita sengaja mencari makanan itu dan membelinya, kita akan memberi mesej mengelirukan kepada anak anak, memberi suatu teladan yang tidak baik kepada saudara-saudari sekeliling kita, serta menyokong penjualan produk Ester secara aktif.
Namun demikian,terdapat isu mengenai keseimbangan dan munasabah. Maksudnya kalau ada kawan memberi telur Ester kepada kita atau anak-anak kita, kita tidak perlu memberi reaksi atau tindakan berlebihan. Kita harus ingat bahawa dalam kebanyakan kes, orang memberi kita telur Ester tidak bermaksud mereka itu menyambut perayaan Ester, mereka hanya mengikut kebiasaan Perayaan Easter.
Bagi kawan yang rapat dengan kita, mungkin kita boleh menolak hadiah mereka dengan cara baik dan menjelaskan sebab menolak pemberian itu. Dalam hal ini, kita boleh mengucapkan terima kasih secara sopan dan memberi penjelasan secara ringkas mengenai sebab kita tidak boleh membalas pemberian tersebut. Perkara sedemikian sudah memadai. Kita tidak perlu menimbulkan isu yang besar. Diharap mereka memahaminya supaya tidak mengulangi perbuatan itu pada tahun-tahun yang akan datang. Dalam masyarakat yang mempunyai berbagai budaya dan adat, kebanyakan orang boleh menerima perbezaan kepercayaan. Lagipun, perkara ini adalah peluang yang baik untuk memulakan perbualan kita tentang Ester serta mengongsikan kepercayaan kita kepada mereka. Dengan demikian mungkin kita boleh memimpin mereka ke arah yang benar.
AKTIVITI ESTER
Aktiviti sekolah dan komuniti; sekiranya kita mempunyai anak yang kecil maka kita boleh menjelaskan kepercayaan kita kepada guru-guru ataupun orang yang berkenaan. Kita jelaskan tentang aktiviti yang kita harap dan tidak harap anak kita sertai. Kalau kita mempunyai anak yang lebih matang atau lebih tua, mereka boleh menjelaskan hal ini sendiri kepada guru-guru tapi kita perlu memberi idea kepada mereka perkara yang perlu dikatakan. Pada hari ini, banyak sekolah dan organisasi faham perkara ini. Mereka tidak memaksa anak-anak untuk melakukan apa yang melanggar kepercayaan mereka.
Ada beberapa aktiviti yang kita harus perhatikan dan menghalang anak daripada menyertai aktiviti-aktiviti seperti berkebaktian gereja (Ester), memburu telur, perarakan Ester. Tapi tentang aktiviti sekolah, ada ibu bapa tidak kisah kalau anak mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang melakonkan cerita kitab suci, atau pun aktiviti yang tidak berunsurkan perayaan.
Sekolah-sekolah di United Kingdom seolah-olah sudah mengadaptasi pendekatan bersifat lebih seimbang dalam menangani perayaan yang bersifat agama. Mereka lebih banyak mengadakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk pemberitahuan berbanding menyambut perayaan Ester. Namun, sekiranya perkara tersebut disalurkan kepada anak-anak maka kita tidak senang hati melihat anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti seperti itu.Kita berhak menarik anak kita dari menyertai aktiviti-aktiviti seperti itu.
Dari pengalaman peribadi saya, saya berpendapat bahawa kanak-kanak yang bersekolah di sekolah agama akan menghadapi cabaran yang lebih besar pada waktu musim perayaan kerana sekolah-sekolah tersebut berorentasikan keagamaan.Ibu bapa harus mempertimbangkan hal ini sewaktu memilih sekolah untuk anak -anak mereka.
Cara terbaik bagi kita adalah menyalurkan informasi yang betul kepada anak-anak kita mengenai perayaan seperti Hari Ester. Mereka harus tahu apa yang diajarkan dalam kitab suci. Anak-anak perlu memahami perayaan yang dicipta oleh manusia serta ajaran yang ditokok tambah.
Gereja memainkan peranan penting dalam menyampaikan isu perayaan dan memasukkan ke dalam kurikulum pendidikan agama. Ini boleh mengimbang balas mesej-mesej yang diterima oleh kanak-kanak di sekolah atau tempat lain.Langkah ini juga dapat membantu mereka mengongsikan kepercayaan mereka kepada orang lain. Boleh dikatakan, sebagai ibu bapa, kita harus melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan yang tepat kalau mahu menuntun anak-anak kita.Selain itu, ibu bapa juga perlu menjadi teladan yang baik.
Apabila meninjau sejarah perkembangan Hari Ester, kita mendapati perayaan ini berkembang dari kebiasaan dalam gereja selepas zaman rasul. Pada waktu itu gereja menyimpang dari kebenaran. Itu bukan suatu perayaan yang diasaskan atau diajar oleh Yesus atau rasul-rasul. Kita juga lihat, selepas beberapa abad manusia memasukkan kebiasaan pagan yang sekarang menjadi sebahagian daripada aktiviti perayaan Ester.
Oleh sebab itulah Gereja Yesus Benar tidak memegang Hari Ester. Namun, kita perlu menyampaikan isu yang praktikal, termasuk cara menangani unsur-unsur sosial musim cuti dan cara menuntun anak kita memelihara kebenaran.
Semoga Tuhan memberikan kita hikmat rohani agar dapat melakukan perkara yang dikenanNya serta memuliakan Tuhan dalam hidup kita.
Sumber:
1.Audrey Chan. 2008. Origin of Easter. Lelcester UK. Hlm 23 – 36. Dlm.MANNA. July
–September 2008. Holiday. Issue 56. Vol 32. No. 3. True Jesus Church. USA.
2. MANNA 56.Holidays.dlm
ia.tjc.org/elibrary/contentDetail.aspx