Views: 162

Saksian oleh : Tsen Vui Soon
Tarikh : 5 Ogos 1987

Haleluya! Dalam nama Tuhan Yesus saya bersaksi.

Keluarga saya dibaptiskan ke dalam Gereja Yesus Benar 30 tahun yang lalu melalui pujukan Saudari Thien Wan Fah. Pada masa itu kami diam di Kampung Bontoi, Tamparuli. Sebelum percaya kepada Tuhan Yesus, kami adalah pemuja patung berhala yang tekun. Seluruh keluraga kami sentiasa menderita penyakit dan ini menyebabkan ibu saya lebih tekun dalam memuja patung berhala.

Selepas kami dibaptiskan, patung berhala dimusnahkan tetapi beberapa meja yang digunakan untuk persembahan korban disimpan oleh kami dan digunakan sebagai meja tulis. Kemudian kami membawa meja-meja ini apabila kami berpindah ke rumah baru.

Selepas dibaptis, iman kami lemah. Saya percaya syaitan selalu mengikuti kami, lebih-lebih lagi apabila sebahagian perabot yang digunakan untuk persembahan korban masih berada dengan kami. Walaupun kami dibaptis, kami selalu jatuh sakit.

Suatu hari pada 14 hari bulan kalendar lunar di antara jam 6 – 7 petang seekor burung hantu terbang masuk ke rumah kami. Kucing kami menangkapnya dan hampir membunuhnya. Burung hantu yang dipercayai setengah orang adalah berkaitan dengan syaitan. Hari esoknya iaitu 15 hari bulan kalendar lunar, adik saya Tsen Vui Yuen, bayi yang berusia beberapa bulan tiba-tiba meninggal.

Ia berlaku apabila ibu saya sedang meletaknya ke katil lebih kurang jam 6 – 7 petang. Tiba-tiba dia menangis dengan kuat dan anak matanya terbalik, tangannya menjadi kaku dan sejuk, hidungnya berlendir dan ia berhenti bernafas. Ini menghairankan sebab adik saya seorang bayi yang sihat. Dia tidak sakit sebelum ini. Memandangkan adik saya dalam keadaan ini, ibu mulai berdoa kepada Tuhan Yesus dan menangis dengan kuat. Kemudian apabila dia nampak adik saya telah mati, dia meletakkannya di atas lantai.

Lebih kurang pukul 9 malam, ibu saya meminta ayah saya memanggil Diaken Titus Yong dari Tamparuli untuk berdoa bagi adik saya. Apabila dia tiba, kami menyanyi kidung dan berdoa. Masa berdoa, Diaken Yong menumpangkan tangan di atas badan adik saya yang berada di lantai. Tiba-tiba adik saya mengeluarkan suara tangisan bayi. Apabila ibu mendengarnya, dia dengan cepat mengambilnya dari lantai. Adik saya, yang sudah mati untuk beberapa jam pun hidup kembali. Puji kepada Tuhan! Kemudian kami meminta Diaken Yong memusnahkan semua meja yang dahulunya digunakan untuk persembahan korban.

Semoga semua kemuliaan diberi kepada nama Tuhan.

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *