Views: 137
Sungai Apih adalah sehbuah kampung tereltak di 14.5KM sebelah selatan pekan Tenom, di pedalaman Sabah. Inilah tempat permulaan Injil Benar disebarkan kepada Kaum Murut. Sdra SAahoh Ahar ialah orang yang pertamam mempercayai Injil Benar ini. Pada suatu hari dalam 1960, Sdra Sigoh pergi ke rumah Sdra Chong Kai Wee, seorang kawan baiknya yang tinggal di Kampung Sungai Paal. Pada masa itu, rumah Sdra Chong adalah rumah doa. Pada 1960, Dn Philip Tyan dari Sandakan datang memberitakan Injil. Sungguhpun pada mulanya, Sdra Sahoh merupakan penganut Gereja Sidang Injil Borneo namun belaui menerima Kebenaran selepas mendengar kesaksian yang berikan oleh Dn Philip Tyan.
Puji Tuhan, sejak pertemuan ini, Sdra Sahoh menjemput Dn Philip Tyan ke kampungnya untuk menyebarkan Injil kepada penduduk-penduduk Kampung Sungai Apih. Setelah mendengar kesaksian Injil Benar dengan kurnia Tuhan lebih kurang 30 orang menerima Sakramen Pembaptisan.
Kemudian, ramai lagi penduduk- penduduk menjadi aggota – anggota Gereja Yesus Benar melalui gerakan Roh Kudus. Gereja berkembang maju dengan perlahan. Faktor-faktor ynag menyebabkan perkembangan ini ialah kerana : (1) Sdra Sahoh ialah seorang yang dihormati dan pengaruhnya terhadap jemaat adalah kuat. (2) Disebabkan banyak tanda mujizat dan ajaib. (3) Oleh reana ramai pemercaya dapat menerima Roh Kudus, oleh itu pengikut – pengikut gereja lain juga datang ke gereja kita.
Gereja Yesus Benar terus berkembang pesat. Menurut banci yang dibuat, hampir semua penduduk di Kampung Sungai Apih sekarang adalah anggota-anggota Gereja Yesus Benar, Puji Tuhan!
Tempat kebaktian pertama ialah di rumah Sdra Sahoh yang telah dijadikan sebagai rumah doa dan beliau sendiri telah dipilih menjadi pemimpin gereja. Kerana bertambahnya bilangan pemercaya, rumahnya tidak dapat memuatkan jemaat. Oleh itu, tempat kebaktian telah dituakr ke rumah Sdra Akal Tapikon yang lebih besar dan sesuai.
Pada 17 April 1961, sebuah gereja berukuran 12.2m x 8.5m (40 kaki x 28 kaki) telah didirikan .Gereja ini digunakan selama 21 tahun sehingga sebuah gereja yang lebih besar dan selesa didirikan. Gereja ini berukuran 15.2m x 9.1m (50 kaki x 30 kaki), beratap zink, berlantai simen dan berdinding papan.
Sejak kematian Sdra Sahoh pada 8 Februari 1970, Sdra Biou Suyan telah mengambil alih tugas memimpin gereja. Organisasi gereja telah disusun semula. Satu jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan dan di samping juga jawatankuasa – jawatankuasa kecil yang lain. Kelas Pendidikan Agama diadakan dan kumpulan koir telah ditubuhkan.
Sehingga penghujung 1986, bilangan pemercaya adalah berjumlah 363 ahli, 5 kelas pendidikan agama dengan 75 orang kanak – kanak dan 10 orang guru. Penguasanya ialah Sdra Panguot Lambang, dibantu oleh Sdra Biou Suyan.
Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada berikut:-
Hal Ehwal Agama : Ombow Jallius Suyan, Anduul Ekup (Timbalan)
Hal Ehwal Am : Biou Suyan, TIngkorou Palau (Pembantu)
Bendahari: Panguot Lambang
Setiausaha: Ruben Kumuah, Marom Ensor (Pembantu)
