Views: 158

Bingkor adalah sebuah pekan yang kecil lebih kurang 6 batu (11KM) sebelah timur Keningau, Pusat Pentadbiran Residensi Pedalaman. Sebilangan besar penduduknya terdiri daripada kaum Dusun dan Murut. Oleh kerana tanah yang sangat subur ianya sesuai untuk pertanian. Dengan ini, mereka kebanyakan adalah petani.

Pada tahun 1977 Ibu Gereja Sabah, sempena Ulangtahun Ke-50, telah mengadakan Kebaktian Penginjilan 2 hari di Sekolah Rendah Yuk Yin di pekan Keningau. Pengkhotbah utama ialah Dn Tsai Mu Fu dari Ibu Gereja Taiwan. Ini diikuti dengan Kebaktian Kebangunan Rohani selama 3 hari di Gereja Keningau, Syukur kepada Tuhan, di hari terakhir, iaitu 17 Julai 1977, sejumlah 32 orang yang datang dari Bingkor menerima baptisan. Mereka adalah kaum Dusun dan beragama Katholik. Disebabkan Bingkor adalah 6 batu (9.6KM) dari Gereja Keningau dan tiada tempat yang sesuai untuk berhimpun pada Hari Sabat, tempat mengadakan kebaktian untuk para pemercaya yang baharu adalah satu masalah. Syukur kepada Tuhan yang menyediakan semuanya, kerana Dia telah menggerakkan seorang perempuan yang sakit bernama Puan Uteh bte Sugawan untuk menerima baptisan pada 31 Julai 1977. Adik lelakinya bernama Arut bin Sugawan dan keluarganya telah dibaptiskan dalam nama Tuhan pada 3 September pada tahun yang sama. Oleh itu, rumah saudara Arut Bin Sugawan telah digunakan sebagai rumah doa sehingga 21 Julai 1984. Syukur kepada Tuhan dengan bantuan Ibu Gereja, jemaat yang kecil telah mampu untuk membina gerja yang berukuran 12.2m x 6.1m (40 kaki x 20 kaki) yang telahpun ditahbiskan pada 28 Julai 1984.

Pada masa sekarang Gereja Bingkor mempunyai seramai 122 orang pemercaya. Kebaktian Sabat setiap minggu diadakan oleh Dn Luke Wong dari Gereja Keningau dengan bantuan Sdri Catherine Ligai dan Sdra Agustine Arut. Selain dari Kebaktian Sabat, kebaktian juga diadakan pada malam Hari Rabu. Terdapat sebuah kelas Pendidikan Agama dengan 6 orang guru di bawah jagaan Sdra Jussie Jangor.

Jawatankuasa gereja sekarang terdiri daripada :-
Hal Ehwal Agama: Maik Badok, Agustin Arut (Naib)
Setiausaha: Jussie Jangor, Naomi Arut (Penolong)
Bendahari: Arut Sugawan, Laivy Mundin (Penolong)
Hal Ehwal Am: Rosliah Jangor, Johnny Gulansing (Penolong)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *