Views: 94

Sungai Paal terletak di km 16 sebelah selatan Tenom. Pada awal tahun 1955, Dn James Pung dan Sdra Kichik, serta keluarga mereka seramai 18 orang telah meninggalkan Klias dan berpindah ke tanah yang dimiliki oleh Ladang Lagut, satu estet untuk bercucuk tanam. Pada masa itu, Dn John Chin dari Lembaga Cawangan dan Dn Timothy Ho dari Beaufort mendengar bahawa di tempat estet itu ada pemercaya- pemercaya, lalu mereka membuat lawatan ke situ dan mendapati bahawa terdapat 20 lebih orang pemercaya. Deengan itu, mereka menubuhkan sebuah rumah doa di rumah Dn Pung dan kebaktian Sabat dipimpin olehnya. Pada 1957, keluarga Sdra Fung Min Sang berpindah ke Sungai paal untuk menanam padi dan jagung.

Pada penghujung 1958, Dn Philip Tyan dihantarkan di Sg Paal untuk menginjil. Syukur kepada Tuhan, pada 23 Oktober 1958, seorang yang bernama Chong Kai Wee telah percaya Kebenaran dan dibaptiskan. Rumah Sdra Chong dijadikan rumah doa. Kebaktian Hari Sabat diadakan di situ. Kerja suci sangat maju.

Pada 5-7 Februari 1960, Kebaktian Kebangunan Rohani pertama telah diadakan. Dengan penyerahan Roh Kudus, bilangan yang dibaptiskan kian bertambah. Pada masa itu, terdapat ruang rumah doa di rumah Sdra Chong tidak mencukupi. Sdra Chew Chen Cho mencadangkan pembinaan sebuah bangunan gereja. Sdra Fung Min Sang dengan murah hati mempersembahkan tanahnya yang seluas 0.2 hektar (1/2 ekar) untuk tapak bangunan gereja. Sdra Chew Dan semua pemercaya bekerjasama mendirikan bangunan gereja.

Syukur kepada Tuhan, bangunan gereja telah siap didirikan dan ditahbiskan pada 7 April 1961, dan satu Kebaktian Kebangunan Rohani diadakan.

Kemudian, Dn James Pung dan keluarga berpindah ke Tawau dan tiada lagi ketua bagi gereja. Oleh itu, pihak Ibu Pejabat telah mengirimkan Dn Mark Chin untuk mengangkat penatua / diaken-diaken / diakenis berikut untuk menguruskan gereja: Sdra Chew Chen Cho sebagai Dn Thmoas Chew, Sdra Chang Seng Shsu sebagai Dn Thaddaeus Chang; dan Sdra Fung Min Sang sebagai Penatua Zephaniah Fungl Sdri Chin Yun Len sebagai Dns Dorcas Chin. Pada masa ini kerja suci berkembang dengan baiknya, dengan kehadiran banyak mujizat dan tanda ajaib.

Akan tetapi, memandangkan keperluan untuk mencari nafkah hidup, semua diaken meninggalkan Sg Paal seorang demi seorang ke bandar besar. Oleh itu, tiada lagi orang menggembalakan gereja lalu gereja menjadi lemah hari demi hari. Dalam keadaan yang demikian, Sdra Chong Yun Hiong dari Gereja Pahat bersukarela untuk datang membantu kerja suci bagi beberapa tahun.

Jawatankausa Gerja adalah seperti berikut:-
Hal Ehwal Agama: Wong Shau Vui, Tham Yun Foh (Timbalan)
Hal Ehwal Am: Yong Lan Fui
Bendahari: Lee Sui Choon, Wong Wui Cho (Pembantu)
Setiausaha: Wong Yun Cheong

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *