Views: 100

Bandar Kudat terletak di sebelah utara Negeri Sabah dan sebelah barat Telok Marudu. Ia adalah bandar utama daerah Kudat. Walaupun bandar ini ibu negeri Sabah pada awalnya di bawah penjajahan British, namun disebabkan pelabuhannya yang cetek, kapal-kapal besar tidak dapat berlabuh. Oleh itu, kedudukannya sebagai pelabuhan telahpun diambil alih oleh bandar-bandar lain yang mempunyai pelabuhan yang lebih sesuai. Sebilangan besar penduduk Kudat adalah Cina yang merupakan peniaga ataupun peladang (seperti peladang kelapa).

Pada Jun 1927, Dn Mark Chin dan Dn Philemon Ho telah diutus oleh Lembaga Cawangan untuk menyebarkan Injil di situ. Keluarga Chihn Pit Tat, Wong Sin Fatt dan Chin Tse Hiun percaya dan dibaptiskan. Mereka adalah bekas anggota Gereja ‘Seventh Day Adventist’.  Bagi tujuan penubuhan gereja, mereka melantik seorang penatua (Thaddaeus Chin), dua orang diaken (Simon Chin dan Joses Wong) dan seorang Diakenis (Lois Kong). Pada masa yang sama, mereka juga telah memohon bagi pendaftaran gereja dengan Kerajaan. Sebuah rumah doa kemudian ditubuhkan di rumah Penatua Thaddeus Chin. Kemudian, dua lagi keluarga percaya dan dibaptiskan. Selain dari kebaktian Hari Sabat, kebaktian malam juga diadakan setiap malam. Lebih kurang 20 orang menghadiri termasuk beberapa orang pencari Kebenaran yang datang bagi penyembuhan penyakit mereka. Apabila mereka telah sembuh mereka sedar bahawa Tuhan bersama mereka. Oleh itu, gereja mula berkembang dan pemercaya – pemercaya meningkat ke 40 orang.

Setelah kematian Dn Joses Wong, Dn Simon Chin pula berpindah ke Jesselton (Kota Kinabalu) untuk bekerja. Dua tahun kemudian, penatua Thaddaeus Chin juga meninggal dunia. Akibatnya gereja telah mengalami beberapa rintangan. Mereka kemudian melantik Dn Micah Wong dan Dns Mary Chin untuk mengendalikan hal ehwal gereja sehingga 1942 apabila Borneo Utara di bawah pendudukan Jepun dan Kebaktian telah diberhentikan. Apabila Jepun telah menyerah kalah, Borneo Utara sekali lagi di bawah jajahan oleh British. Selepas pembebasan, kehidupan perlahan-lahan pulih seperti sedia kala.

Kebaktian Sabat dipulihkan di kediaman Sdra Lu That Kong (Kini Dn Joshua Lu). Terdapat lebih kurang 10 orang anggota. Dn Micah Wong adalah Penguasa Hal Ehwal Gereja. Pada tahun yang sama, mereka telah menjemput Dn Philip Tyan dari Lembaga Cawangan untuk memgbantu dalam kerja penginjilan. Dengan kehadiran Roh Kudus, semuanya berjalan dengan licin dan bilangan anggota semakin bertambah. Pada tahun 1953, sebuah bangunan gereja papan telah didirikan di tapak sekarang ini yang lebih kurang 0.8KM (1/2 batu) jauhnya dari bandar Kudat. Pada tahun yang sama, Dn John Chin dan Dn Titus Yong telah dikirim oleh Lembaga Cawangan ke Kudat untuk kerja penggembalaan. Bagi memperkukuhkan lagi gereja, dua orang lagi dilantik sebagai diaken. Mereka ialah Joshua Lu dan Caleb Pang.

Pada tahun 1956, Dn Joshua Lu telah dipilih sebagai Penguasa Hal Ehwal Agama. Pada tahun 1966, Dn Miccah Wong mengambil alih tugasnya. Pada tahun yang sama, Dn John Yang dan Dn Lin Fong Shen telah dikirim oleh Ibu Gereja Taiwan untuk membantu kerja-kerja suci di Sabah. Di bawah bimbingan kedua diaken tersebut, kelas-kelas pendidikan agama kudat telah dimulakan pada tahun yang sama.

Pada 1967, sebuah gereja papan yang baharu berukuran 15.2m x 9.1m (50′ x 30′) telah dibina untuk menggantikan yang lama di tapak yang sama. Bangunan ini mempunyai muatan duduk seramai 250 orang. Pada tahun 1975, Dn Joshua Lu telah dilantik sekali lagi sebagai Penguasa Hal Agama.

Sehingga tahun 1986 terdapat 200 orang pemercaya. Selain dari Kebaktian Sabat, kebaktian malam juga diadakan pada setiap Hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Terdapat 5 kelas Pendidikan Agama dan 1 kelas belia dengan jumlah murid seramai 72 orang dan guru 16 orang. Dn Simon Chong adalah Penguasa Pendidikan Agama. Ahli Jawatankuasa Eksekutif adalah seperti berikut:

Hal Ehwal Agama : Joshua Lu, Mark Ng (Timbalan)
Hal Ehwal Am : Simon Chong, Chin En Jin (Pembantu)
Bendahari : Foh Kui Yun, Yong Mui Lan (Pembantu)
Setiausaha: Mark Ng

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *