Views: 128
Kota Kinabalu, juga dikenali sebagai Api-Api, ialah bandar yang terbesar di Sabah. Ia telah menjadi bandar utama sejak Perang Dunia Kedua. Kini, ia adalah sebuah perbandaran dan mempunyai landasan keretapi yang menuju ke pedalaman dan jalanraya yang menghubungi semua bandar besar dalam Negeri. Ia juga mempunyai pelabuhan yang terbesar di Negeri Sabah dan lapangan terbang antarabangsa yang menghubungi semua kota raya dalam Asia Tenggara.
Sebilangan besar jemaat adalah kaum Cina yang bekerja dalam sekotr awam atau swasta dan sebahagiannya terlibat dalam perniagaan dan industri kecil. Disebabkan keadaannya yang berpusat ramai pemercaya kita dari bandar-bandar lain mencari rezeki di Kota Kinabalu kemudian bermastautin di sini.
Pejabat Ibu Gereja terletak di Gereja Kota Kinabalu dan juga urusetia bagi Pusat Penginjilan Asia Tenggara sejak bulan November 1981.
Pada awal tahun 1928, benih Injil yang pertama iaitu Sdra Lee Siak Lin yang datang dari Sandakan bersama-sama Penatua Elijah Wong yang datangnya dari Malaya mengadakan penginjilan di Kota Kinabalu. Orang-orang yang pertama menerima Injil Kebenaran adalah Tseng Ching De, Kong Ching Foh, Lo En Kong serta keluarganya, yang berjumlah 20 orang. Sebagai peraturan sementara, mereka mengadakan Kebaktian Hari Sabat di rumah Sdra Tsen En Fook (Menantu kepada Penatua Wong). Petugas-petugas kerja suci adalah Simon Chin, Huldah Lee, Deborah Tsen, Tseng Ching De, Lo Soo Fook, Matthew Chong dan Eunice Wong. Oleh kerana bilangan yang menerima pembaptisan bertambah (lebih kurang 75 orang), gereja ditubuhkan pada bulan Ogos.
Pada tahun 1930 oleh kerana menghadapi tekanan dan penganiayaan oleh pihak tertentu, kemajuan kerja suci terjejas. Dn Simon Chin dilepaskan kerja oleh majikannya kerana Injil kepercayaan yang baharu dan beliau terpaksa berpindah ke tempat lain mencari pekerjaan.
Pada tahun 1932 untuk kemudahan, mereka mengadakan kebaktian Hari Sabat di rumah Dns Huldah Lee. Sementara itu, Dn Philip Tyan kadangkala datang untuk membantu dalam kerja suci. Selain daripada Hari Sabat, kebaktian diadakan pada malam Hari Rabu dengan kehadiran lebih kurang seramai 50 orang. Di antara tahun 1934-1935 Dn Matthew Chong mengambil bahagian dalam kerja suci.
Pada tahun 1938, gereja membeli sebidang tanah tersedia dengan sebuah bangunan papan dengan harga lebih kurang $400.00. Ini terletak di KM 0.8 *1/2 batu) dekat Jalan Penampang. Setelah bangunan ini diubahsuaikan dan dilengkapkan ia menjadi banguna gereja yang pertama. Oleh kerana menghadapi banyak kekacauan mereka memutuskan untuk menjual tanah dan bangunan tersebut. Kemudian, jemaat kembali berbakti diu rumah Dns Huldah Lee. tetapi disebabkan rumahnya terlalu lama dan tidak sesuai digunakan lagi. Maka Dns Lee bersedia mendirikan sebuah rumah papan lagi di tapak yang sama sebagai rumah doa sementara. Ketika itu, Dn Titus Yap dari Labuan datang untuk membantu kerja suci selama 2 tahun.
Pada 1940, jemaat berhimpun sekali lagi di rumah Dns Huldah Lee. Disebabkan rumah tersebut terlalu lama, sebuah rumah yang lain telah dibina di atas tapak yang sama untuk digunakan sebagai rumah doa buat sementara waktunya.
Kemudian, mereka meminta kepada Kerajaan untuk memperoleh sebidang tanah berbukit yang letaknya di 5.2 KM (Batu 2 3/4). Jalan Tuaran (iaitu tapak bangunan gereja sekarang) dan mereka telah memutuskan bahawa ini akan dijadikan sebagai tapak gereja tetap.
Pada tahun 1942-1945 kerana Perang Dua Kedua para pemercaya terbiar di merata tempat maka kerja suci terpaksa dihentikan. Pad bulan September 1945, peperangan telah tamat. Malangnya, bangunan gereja asal telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh kerana bilangan pemercaya tidak ramai maka kebaktian tidak dapat diadakan dengan segera.
Pada tahun 1947, kebaktian diadakan semula di rumah kediaman Dn Philip Liew di KM 1, Jalan Penampang dan kerja suci semakin berkembang. Pada tahun 1951, sebuah bangunan yang boleh menampung 200 orang didirikan di KM 5.2, Jalan Tuaran dengan harga $4,000.
Pada 8 Jun 1952, Perhimpunan Penginjilan Rohani yang pertama diadakan. Pemercaya dari jauh dan dekat di seluruh Negeri dengan penuh semangat menghadiri perhimpunan ini. Pada masa yang sama, Hal Ehwal Agama dipertanggungjawab oleh Dn John Chin, Liew Fook En, Dn Philip Liew dan lain-lain.
Dari 1955-1969, Hal Ehwal Gereja telah diserahkan kepada Dn Mark Chin, Dn Nathanael Chong dan Dn Cephas Chong dan lain-lain.
Pada hujung 1964 melalui pimpinan Tuhan, Ibu Gereja Taiwan telah menjawab permintaan Ibu Gereja Sabah dengan menghantar Dn John Yang dan Dn Lin Fong Shen datang ke Sabah untuk membantu dalam kerja suci pada kali pertamanya. Akibat lawatan mereka iman para pemercaya diperkuatkan, kegiatan-kegiatan agama diperbaharui, bilangan kebaktian ditambahkan dan kelas Pnedidikan Agama bagi kanak-kanak dan belia ditubuhkan. Iman para pemercaya kian bertambah kukuh. Organisasi pentadbiran juga diperbaiki dan mereka percaya kepada Tuhan di beberapa tempat telah meningkat bilangannya.
Pada tahun 1968, Dn Lin Fong Shen dihantar sekali lagi ke Sabah untuk membantu kerja suci. Akibatnya, kerohanian para pemercaya telah meningkat lagi. Mulai 1970 kerja Hal Ehwal Agama dipertanggungjawab oleh Dn Heman Wong dan Dn Cephas Chong dan lain-lain.
Disebabkan bertambahnya bilangan pemercaya maka didapati bangunan gereja tidak sesuai untuk digunakan lagi. Pda tahun 1971, persediaan untuk mendirikan gereja baharu telah selesai. Adalah diputuskan supaya bangunan gereja lama dirobohkan dan bangunan baru didirikan di tapak yang sama. Pada tahun 1972, bangunan baharu yang boleh menampung 500 orang yang berharga $100,000 telah siap dibina. Pada 24 Disember 1972, pentahbisan bangunan serta Kebaktian Kebangunan Rohani diadakan dan mereka yang menerima Perjamuan Kudus berjumlah lebih daripada 500 orang.
Pada awal tahun 1974, Dn John Yang dan Dn Hsieh Soon Tao melawat ke Sabah untuk membantu kerja suci seterusnya dan mereka telah mengadakan beberapa kursus di seluruh Negeri.
Pada pertengahan 1974 disebabkan bertambahnya bilangan kanak-kanak dan belia dan juga tetamu-tetamu yang melawat dari luar negeri serta tempatan, kerja untuk membina sebuah bangunan 2 tingkat untuk bilik darjah / asrama yang berharga $50,000 telah dimulakan pada pertengahan 1974. Pada awal 1957, Fong kembali untuk melayani Tuhan selepas menjadi Kursus Latihan Teologi di Taiwan dengan jayanya.
Disebabkan bilangan kanak-kanak dan belia di kelas Pendidikan Agama semakin bertambah setiap tahun, bagi memperbaiki kehadiran, 2 buah mini bus telah dibeli. Kemudian, bilik kelas yang ada sekali lagi didapati tidak mencukupi. Memandangkan perkara ini dan sebagai kebaikan jangka panjang, gereja telah membuat persediaan dalam 1978 untuk membina kompleks bertingkat bagi mengatasi masalah ini.
Pada awal 1982 oleh kerana masalah kekurangan bilik kelas bagi Pendidikan Agama sangat mendesak, tawaran telah dipelawa untuk membina sebuah Pusat Pentadbiran 5 tingkat. Pusat tersebut berharga kira-kira $ 700,000 termasuklah perabot, alat-alat kelengkapan dan telah siap dalam awal 1983. Selain dari kelas pendidikan agama, bangunan ini juga mempunyai kemudahan-kemudahan asrama, bilik aktiviti, pejabat-pejabat, perpustakaan dan sebuah bilik persidangan. Bangunan ini telah ditahbiskan pada 16 April 1983. Wakil-wakil dari Ibu Gereja Antarabangsa (International Assembly) dan anggota-anggota dari gereja 8 buah negara seluruh dunia menghadiri upacara pentahbisan ini. IA mengambil peluang ini untuk mengadakan satu mesyuarat konselor bersempena dengan upacara tersebut. Seleaps pentahbisan, Pusat Penginjilan Asia Tenggara mengadakan satu Seminar Latihan Rohani 3 hari bagi para Penatua / Diaken / Pendeta bagi wilayah Asia Tenggara.
Pada Julai 1982, Kumpulan Persahabatan Wanita ditubuhkan, dengan objektif untuk membina hubungan yang erat di antara mereka sendiri dan bagi membolehkan mereka membantu dalam kerja suci.
Pda januari 1985 untuk menyelesaikan masalah kesesakan kehadiran dan lalu lintas pada Hari Sabat, Ahli Jawatankuasa Gereja telah mengambil keputusan untuk mengadakan 2 sesi kebaktian pada Hari Sabat dengan terjemahan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris masing-masing bagi sesi pertama dan kedua.
Pada masa sekarang, bilangan pemercaya adalah lebih kurang 1,526 orang mengikut buku pendaftaran baptisan. Terdapat 11 diaken dan 9 diakenis. Ahli Jawatankuasa Gereja sekarang adalah seperti berikut: –
Hal Ehwal Agama : John Wong
Timbalan : Hemah Wong, Ezra Kam dan Luke Than
Setiausaha: Chong Fook Hin
Pembantu: Wong Thau Chon
Hal Ehwal Kewangan : Wong Su Eng
Pembantu : Thaddaeus Chang
Hal Ehwal Am : Jonah Yapp
Pembantu : Joseph Wong
Terdapat 11 buah kelas Pendidikan Agama dari Tadika hingga kelas Belia Menengah dengan jumlah 240 orang. Tambahan pula ada 2 kelas Bumiputera dengan 40 orang murid. Guru-guru berjumlah 55 orang termasuk pelatih-pelatih. Sebuah kelas baru dalam Bahasa Inggeris yang baru diadakan sejak bukan Mei 1987. Penguasa Pendidikan Agama adalah Sdri Wong Fui Cheng dibantu oleh Sdri Chui Nyet Yin dan Sdra Tham Ping Hsien. Bagi mendorongkan kehadiran kelas Pendidikan Agama Gereja Kota Kinabalu kini mempunyai sejumlah 5 buah bas mini.
Selain daripada Kebaktian Sabat, kebaktian malam diadakan pada Hari Ahad, Rabu dan Jumaat. Pada malam Selasa dan Khamis ada latihan koir dan pada malam Khamis pada minggu pertama setiap bulan ada Perhimpunan Persahabatan Wanita.
