Views: 182

2.4.11  Mengimbas kembali

Daripada sejarah di atas dapat dilihat dengan jelas di mana kehilangan hari Sabat merupakan suatu perkara yang memalukan bagi umat Kristian. Pada tempoh itu, ramai umat Kristian yang melepaskan pengajaran Tuhan kerana ingin menjamin keselamatan. Hari Sabat dilepaskan dan ditukarkan kepada memegang hari matahari. Akibatnya adalah kehilangan nyawa rohani. Di samping itu, terdapat tidak sedikit umat Kristian yang mempertahankan kepercayaan yang tulen, lebih rela mati daripada mengalah dan mati syahid demi firman pada masa itu. Tuhan Yesus juga pernah berfirman:

“Masuklah melalui pintu yang sesak itu, kerana lebarlah pintu dan luaslah jalan yang menuju kepada kebinasaan, dan banyak orang yang masuk melaluinya; kerana sesaklah pintu dan sempitlah jalan yang menuju kepada kehidupan, dan sedikit orang yang mendapatinya.” (Mat 7:13-14)

Juga pernah mengatakan bahawa:

Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut aku, ia tidak layak bagi-Ku. Barangsiapa mempertahankan nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya, dan barangsiapa kehilangan nyawanya kerana Aku, ia akan memperolehnya. (Mat 10:34-39)

Akan tetapi sebahagian besar adalah terdiri daripada yang lemah. Perbuatan mereka merupakan kontras yang kuat dengan apa yang dikatakan oleh Paulus:

Siapakah yang akan memisahkan kita dari kasih Kristus? Penindasan atau kesesakan atau penganiayaan… atau bahaya, atau pedang? (Rm 8:35)

Dengan kata yang lain, perbezaan di antara memegang hari Sabat dengan memegang hari matahari adalah sama ada mempertahankan kepercayaan dan kebenaran tanpa menghiraukan nyawa, sama ada mengasihi Tuhan lebih daripada segala sesuatu. Kesudahannya adalah sama ada memperoleh hidup kekal ataupun kehilangan hidup kekal.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *