Views: 153

JABATAN BUKU DAN MAJALAH

 

Pada masa yang lalu, Gereja Sabah tiada penerbitannya sendiri kerana ramai daripada pemercaya adalah berpelajaran rendah. Akibatnya perhubungan surat-menyurat di antara gereja-gereja adalah amat lambat. Sebelum Perang Dunia Kedua, hanya terdapat satu bahan bacaan iaitu ‘Akhbar Roh Kudus’ (Holy Spirit Times) yang dikirim dari Ibu Gereja China.

 

Semasa Perang Dunia Kedua, perhubungan dengan China telah terputus. Oleh itu, gereja-gereja di Sabah tidak lagi dapat menerima ‘Akhbar Roh Kudus’. Ini menyebabkan kekurangan makanan rohani bagi pemercaya. Kemudian Gereja Sabah telah menerbitkan sebuah majalah yang bernama ‘Taman Rohani’ dengan jarang-jarang. Kemudian pada tahun 1963, Gereja Sabah mula berhubung dengan Ibu Gereja Taiwan lalu ‘Akhbar Roh Kudus’ yang diterbitkan di Taiwan dilanggan semula. Kini, Gereja Sabah juga melanggan penerbitan yang lain seperti majalah Pendidikan Agama, Perkumpulan Belia, Saksian, Makanan Rohani, penerbitan keterangan ringkas bagi kitab-kitab injil petikan khutbah dan lain-lain. Dengan demikian, gereja telah memulakan satu cara yang bersistem untuk mengumpulkan majalah-majalah tersebut.

 

Dengan perkembangan Ibu Gereja Sabah pada kebelakangan ini dan selepas Pusat Pentadbiran Kota Kinabalu selesai dibangun, Ibu Gereja mula menerbitkan surat berita sendiri. Tambahan pula dengan tertubuhnya Pusat Penginjilan Asia Tenggara (SEAEC) pada tahun 1981, Sabah telah dipilih sebagai Sekretariat. Kemudian Ibu Gereja Sabah membentukkan satu Jabatan Penerbitan Buku dan Majalah untuk menampung beban penerbitan yang kian bertambah.

 

Funsi-fungsi Jabatan Buku dan Risalah adalah:-

 

  1. Menyelia oeminjaman dan penyelenggaraan buku-buku dan bahan-bahan rujukan.
  2. Membeli dan menjual risalah-risalah, Alkitab dan buku Kidung Rohani.
  3. Memberi perkhidmatan perpustakaan.
  4. Merakam khutbah dan persembahan koir.
  5. Membekal bantuan-bantuan pengajaran.

 

Pekerja sekarang ialah: Sdri Liew Tee Mien, Sdri Chong Yun Tai, Dn Heman Wong, Sdra Ng Kung Fong, dan Sdra Chong Fook Hin.

 

Pembantu perpustakaan terdiri daripada: Ki Ket Syn dan Liew Mui Khyun

 

Disebabkan bilangan pemercaya bertambah, lebih banyak buku dan risalah adalah diperlukan untuk menampung keperluan latihan. Keperluan dan penggunaan kemudahan audio dan kaset juga telah bertambah. Jabatan Buku dan risalah Ibu Gereja seterusnya terpaksa mengikuti pembangunan terbaru ini demi persiapan lengkap dari kegunaan anggota-anggota. Adalah diharapkan bahawa semua saudara dan saudari akan memberi bantuan ke arah matlamat ini.

 

Sejajar dengan arahan Kerajaan untuk menukar nama “Taman rohani” penerbitan majalah ini telah dihentikan selama satu tahun buat sementara waktu. Kemudian Jawatankuasa Eksekutif memutuskan untuk menukar nama kepada “Hujan Musim Bunga”. Penerbitan ini memberi satu peluang baik kepada belia tempatan untuk belajar menulis karangan khasnya saudara-saudari Bumiputera kerana mereka kekurangan bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia.

 

“Hujan Musim Bunga” mengandungi bahan-bahan seperti berita gereja tempatan dan kegiatan-kegiatan lain dalam Bahasa Malaysia. Adalah diharapkan bahawa semua saudara-saudari akan memberi sokongan penuh mereka terhadap penerbitan majalah ini supaya ia dapat diterbitkan dengan segera dan dapat disediakan untuk makanan rohani saudara-saudari Bumiputera.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *