Views: 105
GEREJA SAGA
Orang pertama yang mempercayai Injil Kebenaran ialah Sdra Thomas Angek, bekas seorang pengikut Gereja Basel. Sdra Angek mengenal Gereja Yesus Benar ketika ia berada di Kg Ponontomon, sejauh 2km dari Kg Saga. Setelah Dn Philip Tyan telah menyaksikan doktrin Gereja Yesus Benar kepadanya, dia dengan sekeluarganya telah menerima Injil Benar dan telahpun dibaptiskan.
Apabiloa Sdra Angek balik ke kampungnya dia menyaksikan Injil Benar kepada kawan-kawannyaserta penduduk-penduduk di situ. Hasil daripada saksian tersebut seramai 30 orang telah dibaptiskan di Kg Ponontomon. Sdra Sahoh Agar dan Dn Philip Tyan sering datang ke kampung ini untuk mengunjungi serta menggembalakan jemaat.
Sungguhpun gereja seperti Katholik dan Basel sudah mendahului memasuki ke kampung ini, namun ini tidak menghalang perkembangan pesat Gereja Yesus Benar. Pemercaya-pemercaya memeluk Gereja Benar kerana tertarik dengan ajarannya dan tanda-tanda mujizat, contohnya Sdri Sapion Entah yang terminum racun telah pulih setelah doa diadakan.
Pada mulanya, anggota dari Gereja Saga mengadakan Kebaktian Sabat di Gereja Ponontomon. Oleh kerana anggota-anggota kian bertambah, maka rumah Sdra Thomas dipilih sebagai tempat kebaktian. Beliau telah dilantik sebagai pemimpin kebaktian dan kemudiannya dia diangkat menjadi diakon.
Pada tahun 1965 sebuah bangunan gereja telah didirikan. Bangunan ini yang aberukuran 9.1m dengan 6.1m [ 30kaki X 20 kaki ], beratap zink, berdinding bambu dan berlantai simen telah dibangunkan di atas tanah sumbangan Sdra Thomas. Tetapi malangnya pada tahun 1978, ramai anggota menjauhkan diri dari gereja, ada yang menjadi kafir dan ada pula yang mengikut agama lain. Dn Thomas sendiri telah tidak lagi bertanggungjawab dan tidak datng untuk berbakti. Beliau telah menarik tanahnya yang telah disumbangkan kepada gereja. Akan tetapi dengan kasih karunia Tuhan, masih ada sekumpulankecil belia yang setia kepadaNya dan mereka menggunakan rumah Sdra Amus Laukung sebagai rumah doa.
Pada 22 Disember 1983, sebuah bangunan gereja baru telah didirikan di atas tanah yang telah disumbangkan oleh Sdri minah Matajak dengan bantuan kewangan dari Ibu Gereja.
Puji Tuhan, dengan siapnya gereja baru ini, bilangan pemercaya kian bertambah. Selain daripada kebaktian Hari Sabat, mereka juga mengadakan kebaktian pada malam Hari Khamis.
Pada masa sekarang jumlah pemercaya ialah 100 orang. Pendidikan Agama mengandungi 2 kelas dengan jumlah 18 murid dan 6 guru. Penguasanya iailah Laiseh Laukung dibantu oleh Ojim Indon. Jawatankuasa Gereja telah ditubuhkan dan terdiri daripada yang berikut:-
Hal Ehwal Agama : Asoi Ambas; Basari Kalanos [ Timbalan ]
Hal Ehwal Am : Amus Laukung, Minah Matajak [ pembantu ]
Bendahari : Laiseh Laukung; Sainan Antiras [ pembantu ]
Setiausaha : Ojim Indon, John Baragang [ pembantu ]
