47. Apakah ‘Bingkisan’ Dapat Menggerakkan Hati Allah ?
|

47. Apakah ‘Bingkisan’ Dapat Menggerakkan Hati Allah ?

“Bingkisan/hadiah” iaitu barang yang diberikan kepada orang lain sebagai hal kesopanan.

Pada zaman kini semua orang mempunyai adat-adat kebiasaan untuk memberi bingkisan.

Sebenarnya di manakah letak kegunaan bingkisan itu?

I.       KEGUNAAN BINGKISAN TERHADAP MANUSIA

1.      Membawa orang pada tempat kedudukan yang tinggi.

  • Sebagai orang yang berkedudukan tinggi/berpangkat, bukan setiap orang memperolehnya dengan sembarang.  Pepatah kuno mengatakan : “Pintu pembesar sedalam samudera raya”, maka untuk bertemu dengan orang yang berpangkat selain harus memperhatikan sopan santun, juga tidak boleh dengan tangan hampa menghadap beliau.

Contoh misal : (Kej 43 : 11-26;  2 Taw 9 : 1, 9;  Ams 18 : 16).

 2.      Mengembalikan amarah orang.

  • Yakub dan Esau sebagai contohnya (Kej 27 : 41;  33 : 1-15).
  • Abisai dan Daud sebagai contohnya (1 Sam. pasal 25;  Ams 21 : 14).
  • Bingkisan tersebut hanya berguna bagi orang saja.

II.     ALLAH TIDAK SENANG AKAN BINGKISAN DALAM DUNIA

  • Kegunaan dari bingkisan, ada kalanya mengandung maksud yang baik, dan adakalanya juga dapat mengakibatkan perbuatan dosa.

Pepatah mengatakan : “Harta dapat menggerakkan Allah dan memerintah iblis”, perkataan ini menerangkan bahawa baik persoalan itu adalah benar atau salah, apabila ada harta, maka dapat menyuapnya;  Tetapi Allah yang Agung tidak dapat digerakkannya (Mzm 50 : 9-13).

1.      Bagaimana manusia dapat bertemu dengan Allah yang Mahatinggi itu?

a.      Melalui Tuhan Yesus (Ibr 10 : 5, 19-20).

b.      Dia adalah jalan, Kebenaran dan Hidup (Yoh 14 : 6).

2.      Bagaimana baru dapat mengembalikan murka Allah?

  • Sejak nenek moyang melanggar terhadap Allah, manusia setiap hari bersujud di bawah murka Allah (Mzm 90 : 9;  Rm 1 : 18).

Dan menanti hari penghukuman (Rm 3 : 19b).

a.      Melalui Anak domba Allah penghapus dosa (Yoh 1 : 29).

b.      Melalui Dia mengembalikan murka Allah (Rm 5 : 9-11).

  • Apabila manusia ingin bertemu dengan Allah yang Mahatinggi, serta mengembalikan murka Allah, maka harus percaya kepada Yesus barulah berkhasiat (1 Tes 1 : 9-10).

 

46. Bahaya Dari Membenarkan Diri Sendiri
|

46. Bahaya Dari Membenarkan Diri Sendiri

“Membenarkan diri sendiri” iaitu merasa dirinya benar, memperlihatkan segala keadaan dirinya (seperti iman, kasih, pemupukan rohani, perbuatan, persembahan dan sebagainya) yang melampaui daripada orang lain.  Orang yang semacam ini, di dalam hatinya penuh dengan kecongkakan, dan tidak menghargai orang lain.  Membenarkan diri semacam itu pasti berbahaya, maka harus diperingati.

I.       APAKAH BAHAYA DARI MEMBENARKAN DIRI SENDIRI

 1.      Di dalam kesalahan, tidak dapat sadar.

  • Contohnya seperti orang Farisi (Mat 23 : 1, 23;  Mat 3 : 8, 10).

2.      Doanya tidak diperkenankan Allah (Luk 18 : 9, 13;  Mzm 51 : 17).

3.      Dosa mudah menghina orang lain.

  • Orang yang membenarkan diri sendiri, pura-pura berbuat baik, membanggakan dirinya dan menghina orang lain, seperti orang Farisi (Mat 23 : 5, 7;  6 : 6).
  • Mereka membanggakan diri, dan mentertawakan orang lain adalah perbuatan dosa yang menghina (Ams 14 : 21).

4.      Di dalam ujian mudah bersungut-sungut terhadap Allah.

  • Orang yang membenarkan dirinya menganggap bahawa segalanya adalah benar, bersikap keras kepala, mudah bertengkar, tidak menurut akan nasihat orang lain.  Orang yang semacam ini, sewaktu menerima pengajaran dari Allah atau ujian, pasti hatinya tidak tenang dan bersungut-sungut kepada Allah.
  • Seperti Ayub (Ayb 27 : 2, 6).
  • Janganlah bersungut-sungut (1 Kor 10 : 10).
  • Kemudian Allah menggunakan banyak pertanyaan untuk menguatkan Ayub (Ayb. pasal 38 dan 39), barulah ia merendahkan diri terhadap Allah dan menyesal dalam abu, sehingga memperoleh akhir yang baik (Ayb 42 : 2-6, 10-11).

II.     BAGAIMANA MENCEGAH UNTUK MEMBENARKAN DIRI SENDIRI

1.      Banyak membaca Alkitab, mendengarkan Firman, menghampiri Allah (Yak 1 : 23;  Yoh 1 : 1-9, 14;  Yes 6 : 1, 5).

2.      Rajin melaksanakan Firman (Yak 1 : 22-24;  1 Kor 4 : 4;  Flp 3 : 12).

3.      Sering berdoa (Yud 20;  Kis 10 : 1-2, 22).

  • Penyakit membenarkan diri, seringkali orang tidak memperhatikannya, semoga saudara-saudara seiman saling mengoreksi (membetulkan), untuk mencapai yang diperkenan oleh Allah dengan sempurna.

 

45. Allah Mengeraskan Hati Firaun
|

45. Allah Mengeraskan Hati Firaun

Ketika bangsa Israel di Mesir menerima penganiayaan hidup di bawah kekuasaan Firaun pada umumnya, lalu mereka memohon kepada Allah, kemudian Allah memimpin mereka melalui Musa keluar dari Mesir.  Akan tetapi, mengapa Allah bahkan mengeraskan hati Firaun sehingga beberapa kali tidak memperkenankan bangsa itu keluar dari Mesir?  Sebaliknya menambah penderitaan yang berat terhadap umat tersebut?  Namun di dalam hal itu terdapat kehendak Allah yang indah, yang dihuraikan dengan singkat di bawah ini, guna mendorong bersama (Yes 55 : 8-9;  Yoh 13 : 7).

I.       SEBAB ALLAH MENGERASKAN HATI FIRAUN

1.      Supaya umat bertekad meninggalkan Mesir.

a.      Supaya mereka sehati merindukan Kanaan, tidak condong ke Mesir.

b.      Dapat teguh terhadap perkara Allah (Kel 9 : 1).

2.      Supaya Kuasa Allah diperlihatkan.

a.      Supaya nama Allah dimashyurkan kepada orang Kafir.

  • Pada saat itu, Firaun pun belum mengetahui siapakah Tuhan itu (Kel 5 : 2).

b.      Supaya nama Allah disiarkan kepada anak cucu/keturunan (Kel 10 : 1-2).

  • Supaya bangsa Israel turun temurun mengenal kepada Allah serta menghormati Allah (Kel 6 : 20-25).

II.     NASIHAT ROHANI TENTANG ALLAH MENGERASKAN HATI FIRAUN

  • Firaun mewakili raja di dunia – iblis.

1.      Supaya umat Kristian bertekad tidak sebagai milik dunia (Rm 8 : 34-39;  Gal 6 : 14;  Mzm 73 : 25;  Kol 3 : 2).

2.      Melalui pemberitaan Kuasa Allah.

a.      Supaya orang kafir percaya akan Allah (Kis 26 : 18;  Rm 15 : 18).

b.      Supaya nama Allah diberitakan kepada keturunan selanjutnya (Mzm 78 : 3-8;  Mzm 145 : 4).

  • Ketika umat Allah mengalami keadaan yang berbahaya, janganlah bersungut-sungut, sebab perkara apa pun yang menimpa pada kita semuanya berguna (Rm 8 : 28).

 

44. Bahaya Dari Salah Faham
|

44. Bahaya Dari Salah Faham

“Salah faham” iaitu segala perkataan yang baik dan segala kebajikan yang dilakukan oleh pihak lain, semuanya dianggap sebagai kesalahan yang tidak baik.  Kesalah fahaman baik di antara keluarga, masyarakat, sanak keluarga sering terjadi perkara tersebut.

Adakalanya kerana salah faham yang kecil, namun dapat terjadi suatu tragedi yang berakhir dengan kesedihan.

I.       APAKAH BAHAYA DARI KESALAH FAHAMAN ITU?

1.      Merosak hubungan.

Kehidupan bersama di antara sesama manusia, terletak pada hubungan.  Dan dasar dari hubungan tersebut dibentuk atas saling pengertian, semakin jelas pengertiannya, maka hubungannya semakin dalam/intim.

Salah faham dengan pengertian adalah berbalikan, ketika terjadi kesalah fahaman, maka lenyaplah pengertian tersebut, sehingga hubungan pun menjadi retak juga.

Banyak suami isteri yang saling mengasihi, oleh kerana salah faham, telah mengakibatkan tidak sefikir, sehingga cedera dan berpisahan.

Saudara sekandung saling berpisahan, kerana terjadi salah faham.

Sahabat yang bertahun-tahun menjadi putus hubungan, kerana timbulnya salah faham tersebut.

2.      Sehingga orang menggerakkan senjata dan membunuh.

a.      Pada zaman Sam Kok, seisi keluarga Lie Phe Tjhoe terbunuh.  Ketika Chao Chao melarikan diri ke rumah Lie, dengan maksud hati yang baik Lie melayani dia untuk bermalam di rumahnya dan memerintahkan kepada pembantunya untuk menyembelih babi, sedangkan ia sendiri pergi ke pasar untuk membeli sayur dan arak;  Ketika pembantunya sedang mengasah pisau, di antara pembantu itu saling bertanya, bilamana akan menyembelih? (Maksudnya memotong babi);  Pada saat itu Chao Chao berada di kamar sebelah, ia hanya mendengar suara pisau yang diasah, serta pertanyaan “Bilamana akan disembelih?”.  Maka timbullah kesalah fahaman di dalam hatinya, lalu tanpa fikir ia turun tangan dan membunuh semua orang dalam keluarga Lie itu.

b.      Pegawai raja Daud terhina.

Sebab yang sebenarnya adalah kesalah fahaman raja Amon terhadap maksud Daud yang baik, sehingga terjadi peperangan dan pembunuhan (Ruj : 2 Sam pasal 10).

II.     SEBABNYA TIMBUL KESALAH FAHAMAN

1.      Tidak mengerti jelas akan maksud dari pihak lain.

Ada beberapa orang, terhadap suatu pendapat yang dikatakan atau perkara yang dilakukan tidak ditinjau dengan jelas, lalu dengan cepat telah menaruh anti-pati dan memutuskan bahawa itu tidaklah demikian adanya.  Tidak lain kerana pandangannya sempit seperti bangsa kecil yang tidak beretiket atau seorang bangsawan yang sombong.

Pada zaman dahulu, mengenai perkara suku Ruben, suku Gad dan suku Manasye yang setengahnya itu mendirikan mezbah di tepi sungai Yordan bagi keturunannya, telah menimbulkan salah faham bagi orang Israel yang ada di tanah Kanaan (Yos 22 : 10-12).

2.      Melalui kesan yang seketika

Banyak orang yang mempertimbangkan pendapat atau perbuatan orang lain dengan kesan yang seketika saja, akan tetapi kerana sifat setiap orang tidak sama dan keadaannya pun berbeza, maka tingkah laku dan sikapnya pun mengikutinya.

Kehidupan yang dialaminya, baik celaka atau untung, juga merupakan keadaan yang mempengaruhinya.

Apabila hanya mempertimbangkan melalui kesan yang seketika saja adalah salah.

Misalnya ketika Hana mengutarakan isi hatinya di hadapan Allah, lalu Eli mengiranya ia mabuk (1 Sam 1 : 12-16);  Juga ketika Paulus di pulau Malta digigit oleh seekor ular beludak, maka penduduk di sana menyangka bahawa dia adalah pembunuh besar (Kis 28 : 4).

3.      Pendapat yang keras di dalam hati.

“Pendapat yang keras” iaitu terhadap pribadi pihak lain telah mempunyai pandangan sendiri.  Yakni menaruh pendapat yang keras, baik bagaimana sikapnya, selalu diterka dengan maksud yang jahat.

Terutama terhadap orang yang langsung pernah terjadi bentrokan, apabila terdapat hal yang dicurigainya, maka dijadikannya sebagai arah tujuannya.

Dalam sebuah desa ada seorang kaya raya yang telah memelihara beberapa puluh ekor itik.  Pada suatu hari, itik itu telah menginjak ladang si A, sehingga merosak tanaman padinya, lalu timbullah amarah orang itu, maka dibunuhnya beberapa puluh ekor itik tersebut.  Ketika orang kaya itu melihat bahawa itiknya banyak yang telah dibunuhnya, maka dengan sekejap ia beranggapan bahawa itik itu telah dibunuh oleh si B yang dulu pernah bentrok dengan dia, lalu mencari kesempatan untuk membalasnya.

Daud sejak semula dan sampai akhir setia terhadap Saul, yakni seorang yang sukar diperolehnya.  Namun dalam hati Saul sudah menyimpan pendapat yang keras terhadap Daud, dan membenci Daud (1 Sam 18 : 6-9), maka setiap saat selalu mempunyai maksud untuk berselisih, bahkan sampai pada puncak kematian barulah puas (1 Sam 20 : 31-32).  Dari sini dapat diketahui akan bahaya dari pendapat yang keras itu.

III.    BAGAIMANA HARUS MENGHILANGKAN SALAH FAHAM ITU

1.      Kedua belah pihak harus mengerti jelas (Yos 22 : 13-34).

2.      Jangan dengan pandangan yang sekejap untuk menentukan sesuatu perkara (Yak 1 : 19;  Kej 18 : 20-21).

3.      Menghapus pendapat yang keras (1 Tim 5 : 21).

Dalam kehidupan setiap hari harus berjaga-jaga, jangan mencurigai orang, dan jangan melakukan perkara yang dicurigainya.  Pepatah kuno mengatakan “Di ladang ketimun janganlah memakai sepatu but, dan dibawah pohon Lee (buah yang serupa dengan anggur di RRT) janganlah membereskan topi”;  Peribahasa ini sangat benar, ertinya supaya tidak dicurigai orang dalam tingkah laku kita.

Juga jangan memberi kesempatan kepada iblis (Ef 4 : 26-27).

43. Mengapakah Cahaya Pelita Tidak Bersinar Jauh
|

43. Mengapakah Cahaya Pelita Tidak Bersinar Jauh

Pada umumnya Allah akan memberikan Karunia kepada setiap orang, dengan maksud supaya setiap orang dapat seperti cahaya/sebuah lampu, menyinari seluruh dunia yang gelap, iaitu bersaksi bagi Tuhan dari Yerusalem, sehingga ke hujung bumi.

Tetapi mengapa kini Injil tidak dapat disebar luaskan?  Bahkan ada yang memundurkan/menghalangi kemajuan Gereja, semuanya itu disebabkan kerana pelita kita tidak ditaruh pada tempatnya.

I.       DILETAKKAN DI BAWAH GANTANG (Mat 5 : 15)

1.      Dihimpit oleh kekuatiran (Luk 21 : 34;  8 : 14).

 2.      Tuhan menasihatkan agar kita jangan menguatirkan hidup sekarang (Mat 6 : 25-32).

  • Terlebih dahulu harus mencari Kerajaan Allah serta KebenaranNya (Mat 6 : 33-34).

II.     DILETAKKAN DI BAWAH TEMPAT TIDUR (Mrk 4 : 21)

1.      Dibelit oleh urusan rumah tangga (Luk 14 : 26;  9 : 59-62).

2.      Mengasihi keluarga melebihi Kasih kepada Tuhan (Mat 19 : 29).

  • Hendaklah meletakkan segala sesuatu mengikut kepada Tuhan (Luk 5 : 10-11;  Mat 19 : 29).

III.    MELETAKKAN DI KOLONG RUMAH (Luk 11 : 33)

1.      Dibelit oleh urusan dunia (Luk 16 : 13).

2.      Mengasihi dunia (1 Yoh 2 : 15;  2 Tim 4 : 10).

  • Menganggap semua perkara seperti sampah (Flp 3 : 7-8;  Gal 6 : 14).

KESIMPULAN :

Hendaklah pelita yang bercahaya itu (Karunia yang diperoleh) diletakkan di atas kaki dian (tugas kudus dalam Gereja), supaya menyinari seisi rumah.

42. Bangkit Bersama Tuhan
|

42. Bangkit Bersama Tuhan

Tuhan mati bagi kita, dengan maksud agar kita bangkit dan hidup bersama Dia (1 Tes 5 : 10).

I.       TERLEBIH DAHULU HARUS MATI BERSAMA TUHAN

1.      Dosa tubuh dikuburkan bersama Tuhan (Rm 6 : 3-9).

2.      Mematikan nafsu, bersandar kepada Tuhan (Rm 8 : 13).

3.      Meninggalkan keakuan bagi Tuhan (Yoh 12 : 24-25;  Gal 6 : 14).

II.     BANGKIT BERSAMA TUHAN

1.      Menaruh fikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Tuhan (Flp 2 : 5;  Mat 11 : 29;  Gal 2 : 20).

2.      Mempersembahkan anggota tubuh sebagai senjata Kebenaran (Rm 12 : 1;  6 : 12-13).

3.      Pikullah kuk Tuhan, serta bekerja bersama Tuhan (Mat 11 : 29-30;  Kis 20 : 24).

4.      Memikul salib dan menderita bersama Tuhan (1 Ptr 3 : 17-18;  Mat 10 : 38).

III.    HARUS MEMULIAKAN BERSAMA TUHAN

1.      Kebangkitan mengubah kita serupa dengan Tuhan (1 Yoh 3 : 2;  Flp 3 : 21).

2.      Menjadi raja bersama Kristus (Why 19 : 4-6).

3.      Naik ke Syurga serta menikmati kebahagiaan bersama Tuhan (1 Tes 4 : 16-17).

KESIMPULAN :

Barangsiapa milik Tuhan harus hidup dan mati bagi Tuhan (Rm 14 : 7-8).