Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.3.1 – Tuhan Memegang Hari Sabat Dengan Murid-murid-Nya
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.3.1 – Tuhan Memegang Hari Sabat Dengan Murid-murid-Nya

2.3.1   Tuhan memegang hari Sabat dengan murid-murid-Nya

“Menurut kebiasaannya”, Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya memegang Hari Sabat sebagai hari yang kudus:

Ia datang ke Nazaret tempat Ia dibesarkan, dan menurut kebiasaan-Nya pada hari Sabat Ia masuk ke rumah ibadat, lalu berdiri hendak membaca dari Alkitab (Luk 4:16).

Tuhan menggelar diri-Nya sebagai Tuhan atas hari Sabat dan memimpin hari Sabat:

Kerana Anak manusia adalah Tuhan atas hari Sabat (Mat 12:8).

Juga menegaskan bahawa hari Sabat diadakan untuk manusia:

Lalu kata Yesus kepada mereka: “Hari Sabat diadakan untuk manusia dan bukan manusia untuk hari Sabat” (Mrk 2:27).

Adalah supaya manusia dapat berehat dan segala sesuatu yang dilakukan pada hari Sabat adalah demi kesihatan dan kebaikan.

Mereka mengamat-amati Yesus, kalau-kalau ia menyembuhkan orang itu pada hari Sabat, supaya mereka dapat mempersalahkan dia. 3 Kata Yesus kepada orang yang mati sebelah tangannya itu: ”Mari, berdirilah di tengah!” 4 kemudian kata-Nya kepada mereka: “manakah yang diperbolehkan pada hari Sabat, berbuat baik atau berbuat jahat, menyelamatkan nyawa orang atau membunuh orang?” tetapi mereka itu diam saja (Mrk 3:2-4).

Bukannya untuk menjalankan larangan-larangan Ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sehingga hari Sabat menjadi hari yang menanggung penderitaan dan yang tidak ada kemerdekaan. (Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk bab 5).

Selepas Tuhan terangkat ke syurga, para rasul tetap meneladani Tuhan Yesus dengan memegang hari Sabat:

Dari Perga mereka melanjutkan perjalanan mereka, lalu tiba di Antiokhia di Pisidia. Pada hari Sabat mereka pergi ke rumah ibadat, lalu duduk di situ  (Kis 13:14).

Pada hari Sabat kami ke luar pintu gerbang kota. Kami menyusur tepi sungai dan menemukan tempat sembahyang Yahudi, yang sudah kami duga ada di situ; setelah duduk, kami berbicara kepada perempuan-perempuan yang ada berkumpul di situ (Kis 16:13).

Seperti biasa Paulus masuk ke rumah ibadat itu. Tiga hari Sabat berturut-turut ia membicarakan dengan mereka bagian-bagian dari Kitab Suci (Kis 17:2).

Mereka bukan sahaja memegang hari Sabat di tempat sembahyang orang Yahudi, malahan melepaskan diri daripada adat-istiadat Yahudi, kerana mereka memegang hari Sabat bukan sahaja di dalam rumah ibadat sendiri, tetapi juga di tempat-tempat yang lain (Kis 16:13); Hanya tetap tidak menuruti larangan-larangan orang-orang Farisi. (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bab ke-6).

Oleh itu, sejak dahulu lagi, banyak sejarahwan gereja menafikan bahawa hari Tuhan diasaskan oleh para rasul.

Seperti yang dikatakan oleh Heylyn:

Take which you will, either the Fathers or the moderns, and we shall find no Lord’s day Instituted by any apostolic mandate; on Sabbath set on foot by them upon the first day of the week.[1]

Domvile mengatakan:

Not any ecclesiastical writer of the first three centuries attributed the origin of Sunday observance either to Christ or to his apostles.[2]

 

[1]  Andrew, p195.

[2]  Ibid.

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.12 – Kesimpulan)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.12 – Kesimpulan)

2.2.12  Kesimpulan

Semasa menyimpulkan proses sejarah, jelaslah bahawa semasa Tuhan mengisytiharkan hari Sabat pada zaman awal, hari Sabat diadakan kerana Tuhan mengasihani manusia, Tuhan mahu manusia berehat dan menerima berkat. Hal ini berterusan ketika Tuhan mengisytiharkan 10 firman. Namun, disebabkan iman manusia yang kurang terhadap Tuhan, mementingkan lahiriah, tidak menitikberatkan maknanya yang sebenar. Tambahan pula, ahli-ahli taurat dan rabi-rabi menambahkan peraturan larangan. Akhirnya, hari Sabat telah menjadi polisi yang zalim yang membelenggu kehidupan harian manusia.

Semasa Tuhan Yesus datang ke dunia, Dia menyatakan sekali lagi tentang makna sebenar hari Sabat demi melepaskan manusia daripada  bebanan, dan memulihkan tindakan Tuhan yang mengasihani manusia. Selain itu, terdapat pertikaian tentang cara memegang hari Sabat di antara Tuhan Yesus dan ahli-ahli Taurat dalam keempat-empat Kitab Injil.

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.11 – Agama Yahudi Mengetatkan Lagi Larangan)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.11 – Agama Yahudi Mengetatkan Lagi Larangan)

2.2.11  Agama Yahudi mengetatkan lagi larangan

Pada zaman awal, Orang Yahudi menggelar perintah-perintah yang berkaitan dengan Hari Sabat sebagai “Perintah Hari Sabat” (Sabbath Commandment). Sejak zaman Maccabeans sampai terbitan Meshna [1], perintah ini dipandang sebagai pusat hukum taurat. Sistem ini pernah berhenti semasa Antiochus Epiphanes, raja Syria menyerang Palestin.

Pada masa itu, Antiochus memberi satu perintah, …mereka telah menerima ajaran sesat kerajaan, mempersembahkan korban kepada berhala-berhala dan tidak lagi memegang Hari Sabat (1 Maccabeans 1:41, 43).

Keadaan ini dipulihkan selepas kemerdekaan zaman Maccabeans:

Selepas peperangan, Yehuda memimpin tenteranya pergi ke Odollam. Sehari sebelum hari Sabat, mereka menguduskan diri menurut kebiasaan Orang Yahudi dan memegang hari Sabat di sana (2 Maccabeans 12:38).

Penerangan lanjut tentang larangan Hari Sabat boleh diperolehi daripada Buku Segala Yobel. Menurut buku ini, perkara-perkara berikut dilarang pada hari Sabat:

  1. Bertindak menurut kehendak sendiri
  2. Menyediakan makanan dan minuman
  3. Menimba air, mengalihkan benda melintasi pintu atau rumah.

Selain itu, ada orang yang mempunyai pendirian berikut:

  1. Boleh membunuh binatang yang mengancam manusia.
  2. Boleh menyembuhkan penyakit yang mengancam nyawa.

Sejak abad ke-3 selepas Masihi, selepas penterjemahan perjanjian lama Septuagintdisiapkan, maka para rabi mulai mengumpul dan menyusun pelbagai peraturan dan pentafsiran kitab yang dihasilkan para rabi zaman dahulu. Akhirnya, kitab yang terbesar bagi Agama Yahudi diterbitkan, iaitu Talmud. Seluruh kitab ini terbahagi kepada Meshna (penyampaian hukum taurat secara lisan) dan Gemara (catatan ulasan hukum Taurat). Meshna terdiri daripada 6 fasal. Fasal yang kedua adalah mengenai perayaan. Dalam fasal ini tercatat penerangan tentang hari Sabat. Ketiga-tiga buah karya “shabbat, erubin, betza” dalam fasal ini menceritakan hari Sabat, manakala “shebiit” membincangkan khususnya tentang “Tahun Sabat”. Perkara-perkara ini telah menjadi piawaian bagi Agama Yahudi yang ortodoks pada zaman ini untuk memegang hari Sabat. Dalam bab hari Sabat, butiran 7.2 mencatatkan larangan yang utama, terdiri daripada 7 kategori dan 39 perkara. [2]

  1. Menabur, membajak, menuai, memberkas, mengirik, menampi, meniup berjumlah 8 perkara.
  2. Menampi, memetik, memanggang makanan, berjumlah 3 perkara.
  3. Menggunting, melayang, menyisir, mewarna, memintal, menganyam, menarik, membutang, membahagikan, berjumlah 9 perkara.
  4. Mengikat, melepaskan ikatan, menjahit, menenun, memisah, berjumlah 5 perkara.
  5. Memburu, menyembelih, menanggal kulit, menggarami kulit, menghiris kulit, menggores kulit, memotong kulit, berjumlah 7 perkara.
  6. Menulis dua pucuk surat, membina dan merobohkan rumah, berjumlah 3 perkara.
  7. Menyalakan dan mengalihkan api, menempa, memindah, berjumlah 4 perkara.

Selepas itu, 6 perkara kecil ditambah lagi. Selain itu, terdapat juga larangan perdagangan, penghakiman dan lain-lain. Betza 5.2 dalam Meshna, tercatat: Tidak boleh menepuk…, menunggang binatang, berenang, bertepuk tangan, memukul punggung dan menari. Menurut Halakha, dalam Midrash yang terkandung dalam Talmud berdasarkan peraturan tradisi yang ditetapkan orang Yahudi pada zaman awal melarang berperang pada hari Sabat.

Menurut Talmud, versi dokumen Damascus menetapkan aktiviti-aktiviti yang lazim dalam kehidupan seperti menimba air, belayar, memburu dan hubungan seks antara suami isteri turut dilarang pada hari Sabat. Kemudian, terdapat pindaan dibuat, iaitu mengizinkan aktiviti pengembalaan dalam lingkungan 2,000 hasta tetapi melarang meminta pelayanan daripada hamba.

Walaupun perkara-perkara berikut sah di sisi undang-undang tetapi dianggap tidak tahir: Penghakiman, pertunangan dan upacara membuang kasut. Perkara-perkara lain harus dipertimbangkan sendiri sama ada ia adalah pekerjaan atau tidak.

Terdapat sesetengah rabi berpendirian seperti berikut tentang hari Sabat:

  1. Boleh melepaskan ternakan dan memberi minuman kepada ternakan.
  2. Tidak boleh mengambil benda dengan tangan tetapi boleh mengalihkan benda dengan mulut atau kaki.
  3. Boleh meminta beberapa orang mengalihkan benda secara bergilir-gilir.
  4. Bidan boleh membantu kelahiran bayi manakala imam boleh menjalankan penyunatan.
  5. Boleh memadamkan api semasa kebakaran.
  6. Boleh menyalakan api sebelum matahari terbenam pada Hari Persiapan, tetapi tidak boleh memadamkan api.

Cara memegang hari Sabat bagi orang Yahudi zaman kini adalah berbeza menurut tahap kesalehan masing-masing. Namun, kebanyakan mereka menjadikan Talmud sebagai piawaian.

[1] Maksud asal bagi Talmud adalah mengkaji, atau belajar. Ia merujuk kepada kompilasi kesusasteraan agama Yahudi dalam bahasa Ibrani atau Aram yang terdiri daripada karya-karya rabi sesudah zaman Ezra hingga abad ke-5. Terdapat perbezaan yang sikit di antara versi Yerusalem dan versi Babylon. Isi kandungan yang utama adalah seperti berikut:

Talmud  Halakha: maklumat berhubung dengan hukum Taurat.
  Haggada: Maklumat berhubung dengan kepercayaan, moral dan sebagainya.
     Mishna: (enam ketetapan)
    Benih : Hukum-hukum berhubung dengan pertanian, berjumlah 11 artikel
    Perayaan : ketetapan berhubung dengan hari Sabat, kalendar agama, puasa, peraturan, berjumlah 12 siri.
    Wanita : perkahwinan, perceraian, pertunangan, perzinahan, orang nasir dan sebagainya, berjumlah 7 siri.
    Kerugian dan kemusnahan : Perundangan sivik dan jenayah, penyiasatan dan sebagainya, berjumlah 10 siri.
    Hal-ehwal

Kudus :

Bait Suci, persembahan korban, persembahan, anak sulung, pemecatan nama dan sebagainya, berjumlah 11 artikel.
    Pentahiran : Hal-hal berhubung dengan tahir atau tidak, pantang larang mengenai puasa dan sebagainya, berjumlah 12 siri.
    Gemara : Ulasan mengenai Mishna
    Analisis kosa kota dan ayat
    Perbandingan enam upacara
    Adat tradisi
    Pentafsiran Alkitab
    Kompilasi kisah
    Perbincangan lain-lain

 

[2] Perkara ini tercatat dengan jelas dalam artikel hari Sabat yang terkandung dalam Mishna, Talmud. Rujuk N.A.Barack: A History of Sabbath, p34. Herbert Danby: The Mishnah. (London Oxford: University Press. 1974).

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.10 – Keadaan Sebelum Zaman Perjanjian Baru)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.10 – Keadaan Sebelum Zaman Perjanjian Baru)

2.2.10  Keadaan sebelum Zaman Perjanjian Baru

Di bawah peraturan yang ditambah oleh para rabi yang semakin banyak, orang Yahudi beransur-ansur melupakan makna sebenar Tuhan mengasaskan hari Sabat. Sebaliknya, mereka amat mementingkan perbuatan jasmani mereka sama ada melanggari peraturan yang ditetap mereka atau tidak. Lama-kelamaan, hari Sabat menjadi hari penderitaan yang membebankan. Pakaian, makanan dan pergerakan mereka terbatas. Contohnya:

A. Tidak boleh menyalakan api dan memasak. Jadi, mereka makan makanan yang sejuk sepanjang hari:

Janganlah kamu memasang api di manapun dalam tempat kediamanmu pada Hari Sabat (Kel 35:3).

B. Tidak boleh berjalan melebihi “seperjalanan Sabat” (kira-kira 200 meter):

Maka kembalilah rasul-rasul itu ke Yerusalem dari bukit yang disebut Bukit Zaitun yang hanya seperjalanan Sabat jauhnya dari Yerusalem (Kis 1:12).

C. Tidak boleh mencari rezeki, termasuk bidang perubatan, perkilangan, perniagaan, pertanian, penternakan, penulisan dan lain-lain.

D. Tidak boleh menyembuhkan penyakit dan menyelamatkan manusia.

 Di situ, ada seorang yang mati sebelah tangannya. Mereka bertanya kepada-Nya: “Bolehkah menyembuhkan orang pada Hari Sabat?” Maksud mereka ialah supaya dapat mempersalahkan Dia (Mat 12:10).

Namun begitu, kes-kes yang mengelakkan kerugian harta diperbolehkan:

A. Boleh mengeluarkan atau menyelamatkan ternakan yang terjatuh ke dalam lubang:

Tuhan Yesus berkata kepada mereka: “Jika seorang dari antara kamu mempunyai seekor domba dan domba itu terjatuh ke dalam lubang pada Hari Sabat, tidakkah ia akan menangkapnya dan mengeluarkannya? (Mat 12:11).

B. Boleh memberi minuman kepada ternakan:

 Tuhan menjawab dia, kata-Nya: “Hai, orang-orang munafik, bukankah setiap orang di antaramu melepaskan lembunya atau keldainya pada Hari Sabat dari kandangnya dan membawanya ke tempat minuman?” (Luk 13:15).

Jelaslah, cara memegang hari Sabat orang Yahudi telah jauh daripada makna asal hari Sabat yang diasaskan oleh Tuhan, sehingga keadaan manusia tidak jauh lebih baik daripada binatang ternakan. Oleh itu, tidak hairanlah semasa Tuhan Yesus memberitakan Injil, Dia memegang Hari Sabat untuk menunjukkan hari Sabat masih wujud sambil memulihkan semangat sebenar dalam Kitab Suci tentang Hari Sabat, yang berprinsipkan Tuhan mengasihani manusia dan membiarkan manusia menikmati berkat. Tuhan Yesus juga berusaha untuk menghapuskan larangan hari Sabat yang tiada dalam Kitab Suci, melainkan yang direka manusia.

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.9 – Larangan dan Ketetapan Pada Zaman Maccabeans)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.9 – Larangan dan Ketetapan Pada Zaman Maccabeans)

2.2.9  Larangan dan ketetapan pada zaman Maccabeans  

Ahli Taurat dan rabi-rabi dahulu kala selalu menambahkan larangan dan ketetapan yang tidak terdapat di dalam zaman perjanjian lama agar orang-orang Yahudi akan percaya dan memegang hari kudus ini. Dalam zaman Maccabeans (BC 167-64) [1] yang berasal dari golongan imam, larangan dan ketetapan hari Sabat bertambah lebih banyak, dan dilaksanakan dengan lebih telus dan ketat, malah askar-askar dilarang untuk memegang senjata pada hari Sabat. Terdapat catatan demikian di dalam kitab apocrypha, iaitu dalam Buku Segala Yobel [2].

Oleh yang demikian, terjadilah orang-orang Yahudi yang ortodoks  dibunuh pada hari Sabat kerana mereka tidak berperang pada hari itu pada zaman reformasi Maccabeans.

32 Sekumpulan besar tentera telah datang untuk mendapatkan mereka. Mereka berkhemah di depan mereka dan bersedia untuk menyerang mereka pada hari Sabat. 33 “Masa sekarang masih sempat lagi.” Askar-askar menjerit kepada orang-orang Yahudi, “Keluarlah! Patuhilah perintah raja. Kami akan membiarkan kamu hidup.” 34 “Kami tidak akan keluar.” Jawab mereka, “Kami tidak akan mengikuti perintah raja kerana kami tidak mahu menghujat hari Sabat.” 35 Askar-askar menyerang mereka serta-merta. 36 Namun orang-orang Yahudi langsung tidak melawan, bahkan tidak menghumban batu dan tempat sembunyi mereka juga tidak ditutup. 3738 Demikianlah mereka diserang musuh pada hari Sabat. Semua mereka baik lelaki mahupun perempuan, kanak-kanak dan binatang ternakan dibakar mati. Seribu orang yang terkorban (1 Maccabeans 2: 32-38).

Selepas peristiwa ini, ahli-ahli Taurat membuat perubahan supaya diperbolehkan berperang pada hari Sabat.

Oleh itu, mereka membuat keputusan pada hari itu bahawa jika sesiapapun yang menyerang mereka pada hari Sabat, maka mereka akan bangkit untuk mempertahankan diri supaya tidak akan terjadi seperti kaum sebangsa mereka yang mati semuanya di dalam gua (I Maccabeans 2: 41).

Namun mereka tidak dibenarkan untuk mengejar musuh mereka sekiranya mereka menang pada hari Sabat.

26 kerana hari Sabat akan tiba segera. 27 Mereka mengumpulkan senjata musuh mereka dan mayat-mayat tersebut, lalu mula meraikan hari Sabat. Mereka memuji Tuhan dan bersyukur kepada Tuhan kerana Tuhan telah mendatangkan kesejahteraan kepada mereka pada hari tersebut serta memberi tanda belas kasihan yang pertama. 28 Sesudah hari Sabat, mereka membahagikan rampasan  kepada mereka yang terbunuh, janda dan anak yatim… .(2 Maccabeans 8: 26-28; Sejarah Perang Yahudi 14: 63).

Orang-orang Yahudi yang berkhidmat dalam ketenteraan bangsa lain juga pernah ingkar untuk berperang pada hari Sabat.

Apabila Nicanor mendapat tahu bahawa orang-orang Yahudi dan pengikut-pengikut mereka sedang berada di sekitar Samaria, maka mereka pun membuat keputusan untuk menyerang mereka pada hari Sabat supaya tidak menghadapi risiko yang bahaya. Orang-orang Yahudi yang dikerah untuk mengikuti perang memohon dia supaya tidak melakukan perkara yang tidak berperikemanusiaan ini dan meminta dia menghormati hari tersebut. (2 Maccabeans 15:1-5).

Kemudiaannya, rabi-rabi juga mengakui bahawa mereka dibenarkan untuk menentang atau melarikan diri dengan berjalan melebihi jarak yang ditetapkan pada hari Sabat apabila nyawa mereka diancam.

[1]  Kerabat Maccabees adalah imam Yahudi pada abad kedua sebelum Masihi. Dia adalah cucu kepada Mattathias. Sekitar tahun 168 S.M, mereka melihat pemerintah pada masa itu iaitu Antiochus Epiphanus memusnahkan Bait Suci dan menghina agama Yahudi. Oleh yang demikian, kira-kira pada tahun 162 S.M mereka mencapai merdeka. Mereka disebut dunia Empayar Maccabees atau Hasmonaeans. Kira-kira tahun 63 S.M, mereka dibinasa oleh Pompy. Kitab Maccabees adalah sepanjang empat gulungan yang mencatatkan hal-hal yang berlaku dalam empayar tersebut. Agama Katolik menganggapnya sebagai kitab perjanjian lama. Namun, agama Yahudi dan Kristian tidak menyenaraikannya dalam Kitab Suci.

[2] Book of Jubilee juga digelar sebagai Kitab Kejadian yang mini dan merupakan salah satu kitab Aprocrypha. Catatan 50.12 dalam buku ini menyatakan tentera Yahudi dilarang daripada memegang senjata untuk berlawan pada hari Sabat.

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.8 – Seruan Nabi-nabi)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.8 – Seruan Nabi-nabi)

2.2.8 Seruan nabi-nabi

Berkaitan dengan hari Sabat, nabi-nabi juga selalu menyampaikan seruan sejak zaman dahulu kala lagi, terutamanya apabila umat pilihan melanggari perintah Tuhan. Kebanyakan isi kandungannya adalah teguran terhadap umat pilihan kerana tidak percaya kepada Tuhan, hidup dengan tidak adil, tidak mempunyai kasih, tidak memegang hari Sabat dan sebagainya. Contohnya:

I. Ezra memarahi umat yang kembali dari tawanan kerana mereka tidak memegang hari Sabat dan bernikah dengan orang kafir, seperti yang dinyatakan di atas.

II. Yesaya marah terhadap kota-kota yang berdosa seperti Kota Sodom, Kota Gomora dan lain-lain (jelaslah bahawa Yesaya sedang memarahi umat pilihan yang melanggari perintah Tuhan). Disebabkan dosa berat, maka Tuhan tidak mendengarkan doa mereka, Tuhan tidak berkenan kepada persembahan dan aktiviti-aktiviti agama, termasuklah aktiviti hari Sabat:

Dengarlah firman TUHAN, hai pemimpin-pemimpin, manusia Sodom! Perhatikanlah pengajaran Allah kita, hai rakyat, manusia Gomara! “Untuk apa itu korbanmu yang banyak-banyak?” firman TUHAN: “Aku sudah jemu akan korban-korban bakaran berupa domba jantan dan akan lemak dari anak lembu gemukan; darah kambing jantan tidak Kusukai. Apabila kamu datang untuk menghadap di hadirat-Ku, siapakah yang menuntut itu dari padamu, bahwa kamu menginjak-injak pelataran Bait Suci-Ku? Jangan lagi membawa persembahanmu yang tidak sungguh, sebab baunya adalah kejijikan bagi-Ku. Kalau kamu merayakan bulan baru dan sabat atau mengadakan pertemuan-pertemuan, Aku tidak tahan melihatnya kerana perayaanmu itu penuh kejahatan. Perayaan-perayaan bulan barumu dan pertemuan-pertemuanmu yang tetap, Aku benci melihatnya; semuanya itu menjadi beban bagi-Ku, bahkan sekalipun kamu berkali- kali berdoa, Aku tidak akan mendengarkannya, sebab tanganmu penuh dengan darah. Basuhlah, bersihkanlah dirimu, jauhkanlah perbuatan-perbuatanmu yang jahat dari depan mata-Ku. Berhentilah berbuat jahat, belajarlah berbuat baik; usahakanlah keadilan, kendalikanlah orang kejam; belalah hak anak-anak yatim, perjuangkanlah perkara janda- janda! (Yes 1:10-17)

Fasal 56 juga mengingatkan umat pilihan harus melakukan keadilan. Pada masa yang sama, menjalankan keadilan adalah sama penting dengan memegang hari Sabat.

Beginilah firman TUHAN: Taatilah hukum dan tegakkanlah keadilan sebab sebentar lagi akan datang keselamatan yang daripada-Ku dan keadilan-Ku akan dinyatakan. Berbahagialah orang yang melakukannya dan anak manusia yang berpegang kepadanya: yang memelihara Hari Sabat dan tidak menajiskannya, dan yang menahan diri dari setiap perbuatan jahat (Yes 56:1-2).

Ini juga menjanjikan bahawa sesiapa yang memegang hari Sabat dan memegang keadilan akan memperoleh berkat dan harta pusaka Yakub, baik umat Tuhan mahupun orang kafir yang bersekutu dengan Tuhan.

Apabila engkau tidak menginjak-injak hukum Sabat dan tidak melakukan urusanmu pada hari kudus-Ku; apabila engkau menyebutkan Hari Sabat “Hari Kenikmatan” dan hari kudus Tuhan “hari yang mulia”, apabila engkau menghormatinya dengan tidak menjalankan segala acaramu dan dengan tidak mengurus urusanmu atau berkata omong kosong, maka engkau akan bersenang-senang kerana TUHAN dan Aku membuat engkau melintasi puncak bukit-bukit di bumi dengan kenderaan kemenangan; Aku akan memberi makan engkau dari milik pusaka Yakub, bapa leluhurmu sebab mulut TUHANlah yang mengatakannya (Yes 58:13-14).

Akhir sekali, umat pilihan akan menyembah kepada-Nya pada setiap Hari Sabat di langit dan bumi yang baru. Sesiapa yang memberontak akan dihukum dengan api neraka. Ini adalah amaran yang amat tegas.

Sebab sama seperti langit yang baru dan bumi yang baru yang akan Kujadikan itu, tinggal tetap di hadapan-Ku, demikianlah firman TUHAN, demikianlah keturunanmu dan namamu akan tinggal tetap. Bulan berganti bulan, dan Sabat berganti Sabat, maka seluruh umat manusia akan datang untuk sujud menyembah di hadapan-Ku, firman TUHAN. Mereka akan keluar dan akan memandangi bangkai orang-orang yang telah memberontak kepada-Ku. Di situ, ulat-ulatnya tidak akan mati dan apinya tidak akan padam, maka semuanya akan menjadi kengerian bagi segala yang hidup (Yes 66:22-24).

III.   Yeremia juga sama dengan Nehemia. Kedua-dua mereka melarang umat memikul beban dan bekerja pada hari Sabat. Mereka juga memberi amaran bahawa jika memberontak, Kota Yerusalem akan dimusnahkan.

Beginilah firman TUHAN: Berawas-awaslah demi nyawamu! Jangan mengangkut barang-barang pada Hari Sabat dan membawanya melalui pintu-pintu gerbang Yesusalem! Jangan membawa barang-barang dari rumahmu ke luar pada Hari Sabat dan janganlah lakukan sesuatu pekerjaan, tetapi kuduskanlah Hari Sabat seperti yang telah Ku-perintahkan kepada nenek moyangmu. Namun, mereka tidak mahu mendengarkan dan memperhatikannya, melainkan mereka berkeras kepala sehingga tidak mahu mendengarkan dan tidak mahu menerima teguran. Apabila kamu sungguh-sungguh mendengarkan Aku, demikianlah firman TUHAN, dan tidak membawa masuk barang-barang melalui pintu-pintu gerbang kota ini pada Hari Sabat, tetapi menguduskan Hari Sabat dan tidak melakukan sesuatu pekerjaan pada hari itu, maka melalui pintu-pintu gerbang ini akan berarak masuk raja-raja dan pemuka-pemuka yang akan duduk di atas takhta Daud dengan mengendarai kereta dan kuda: Mereka dan pemuka-pemuka mereka, orang-orang Yehuda dan penduduk Yerusalem. Dan kota ini akan didiami orang untuk selama-lamanya. Orang akan datang dari kota-kota Yehuda dan tempat-tempat sekitar Yerusalem, tanah Benyamin dan Daerah Bukit, pergunungan dan Tanah Negeb dengan membawa korban bakaran, korban sembelihan, korban sajian dan kemenyan, membawa korban syukur ke dalam rumah TUHAN. Tetapi apabila kamu tidak mendengarkan perintah-Ku untuk menguduskan Hari Sabat dan untuk tidak masuk mengangkut barang-barang melalui pintu-pintu gerbang Yerusalem pada Hari Sabat, maka di pintu-pintu gerbangnya Aku akan menyalakan api, yang akan memakan habis puri-puri Yerusalem dan yang tidak akan terpadamkan (Yer 17:21-27).

Dalam ratapannya, dia berkata bahawa umat yang di bawah murka dan pukulan TUHAN akan melupakan hari Sabat.

Ia melanda khemah-Nya seperti kebun, menghancurkan tempat pertemuan-Nya. Di Sion, TUHAN menjadikan orang lupa akan perayaan dan Sabat, dan menolak dalam kegeraman murka-Nya raja dan imam (Rat 2:6).

IV.   Yehezkiel berkata bahawa hari Sabat dikaruniakan bersama dengan peraturan dan ketetapan kepada umat sebagai bukti:

Hari-hari Sabat-Ku juga kuberikan kepada mereka menjadi peringatan di antara Aku dan mereka, supaya mereka mengetahui bahawa Akulah TUHAN yang menguduskan mereka (Yeh 20:12).

Semasa menetapkan statut bagi raja, Yehezkiel juga menunjukkan bahawa harus mempersembahkan korban pada hari Sabat.

Beginilah firman Tuhan ALLAH: Pintu gerbang pelataran dalam yang menghadap ke sebelah timur haruslah tertutup selama enam hari kerja, tetapi pada Hari Sabat supaya dibuka; pada hari bulan baru juga supaya dibuka. Raja itu akan masuk dari luar melalui balai gerbang dan akan berdiri dekat tiang pintu gerbang itu. Sementara itu, imam-imam akan mengolah korban bakaran dan korban keselamatan raja itu dan ia akan sujud menyembah di ambang pintu gerbang itu lalu keluar lagi. Dan pintu gerbang itu tidak boleh ditutup sampai petang hari. Penduduk negeri juga harus turut sujud menyembah di hadapan TUHAN di pintu gerbang itu pada Hari Sabat dan hari bulan baru. Korban bakaran yang harus dipersembahkan raja itu kepada TUHAN pada Hari Sabat ialah enam ekor domba yang tidak bercela dan seekor domba jantan yang tidak bercela (Yeh 46:1-4).

Dalam teguran Yehezkiel terhadap umat, dia telah menyenaraikan hal memegang hari Sabat bersama dengan hal tidak menghormati orang tua, tidak ada kasih dan percabulan.

Lihat, masing-masing pemimpin Israel mengandalkan kekuatannya di tengah-tengahmu untuk menumpahkan darah. Padamu, ayah dan ibu dihina dan di tengah-tengahmu, orang melakukan pemerasan terhadap orang asing, padamu anak yatim dan janda ditindas. Engkau memandang ringan terhadap hal-hal yang kudus bagi-Ku dan Hari-hari Sabat kau najiskan. Padamu berkeliaran orang-orang pemfitnah dengan maksud mencurahkan darah dan orang makan daging persembahan di atas gunung-gunung; kemesuman dilakukan di tengah-tengahmu. Padamu orang menyingkapkan aurat isteri ayahnya dan memperkosa perempuan pada waktu cemar kainnya yang menajiskannya. Yang satu melakukan kekejian dengan isteri sesamanya dan yang lain menajiskan menantunya perempuan dengan perbuatan mesum, orang lain lagi memperkosa saudarannya perempuan, anak kandung ayahnya. Padamu orang menerima suap untuk mencurahkan darah, engkau memungut bunga wang atau mengambil riba dan merugikan sesamamu dengan pemerasan, tetapi Aku kaulupakan, demikianlah firman Tuhan ALLAH (Yeh 22:6-12).

Lalu TUHAN berfirman kepadaku: “Hai anak manusia, mahukah engkau menghakimi Ohola dan Oholiba dan memberitahukan kepada mereka perbuatan-perbuatannya yang keji? Sebab mereka berzina, tangan mereka berlumuran darah dan mereka berzina dengan menyembah berhala-berhalanya, bahkan anak-anak lelaki mereka yang dilahirkan bagi-Ku dipersembahkannya sebagai korban dalam api kepada berhala-berhalanya menjadi makanan. Selain itu, hal ini juga mereka lakukan terhadap Aku, mereka lakukan terhadap Aku, mereka menajiskan tempat kudus-Ku pada hari itu dan melanggar kekudusan Hari-hari Sabat-Ku. Dan sedang mereka menyembelih anak-anak mereka untuk berhala-berhalanya, mereka datang pada hari itu ke tempat kudus-Ku dan melanggar kekudusannya. Sungguh, inilah yang dilakukan mereka di dalam rumah-Ku (Yeh 23:36-39).

Yehezkiel juga menegur pemimpin-pemimpin yang tidak memegang hari Sabat pada masa itu:

Yang pemimpin-pemimpinnya di tengah-tengahnya seperti singa yang mengaum yang menerkam mangsanya: manusia ditelan, harta benda dan barang-barang yang berharga dirampas, janda-janda dibuat bertambah-tambah di tengah-tengahnya. Imam-imamnya memperkosa hukum taurat-Ku dan menajiskan hal-hal yang kudus bagi-Ku, mereka tidak membedakan antara yang kudus dengan yang tidak kudus, tidak mengajarkan perbedaan yang najis dengan yang tahir, mereka menutup mata terhadap Hari-hari Sabat-Ku. Demikianlah Aku dinajiskan di tengah-tengah mereka (Yeh 22:25-26).

Yehezkiel juga berkata bahawa orang yang sedemikian akan dijilat api, dan menyenaraikan dosa melanggari hari Sabat adalah dosa yang sama berat dengan mempersembahkan anak-anak kepada berhala, menghujat bait suci dan sebagainya (rujuk: Yeh 23:36-39).

Yehezkiel juga menegur umat bahawa mereka hampir dihapuskan TUHAN di padang gurun disebabkan melanggari hari Sabat. Umat diserang oleh kerajaan-kerajaan lain sehingga mereka berpecah-belah adalah disebabkan tidak memegang Hari Sabat:

Tetapi kaum Israel memberontak terhadap Aku di padang gurun; mereka tidak hidup menurut ketetapan-ketetapan-Ku dan mereka menolak peraturan-peraturan-Ku yang kalau manusia melakukannya, ia akan hidup, Mereka juga melanggar kekudusan Hari-hari Sabat-Ku dengan sangat. Maka Aku bermaksud hendak mencurahkan amarah-Ku ke atas mereka di padang gurun hendak membinasakan mereka. Tetapi Aku bertindak kerana nama-Ku, supaya itu jangan dinajiskan di hadapan bangsa-bangsa yang melihat sendiri waktu Aku membawa mereka keluar. Walaupun begitu, Aku bersumpah kepadanya di padang gurun, bahawa Aku tidak akan membawa mereka masuk ke tanah yang telah Kuberikan kepada mereka yang berlimpah-limpah susu dan madunya, tanah yang permai di antara semua negeri, oleh sebab mereka menolak peraturan-peraturan-Ku dan tidak hidup menurut ketetapan-ketetapan-Ku dan melanggar kekudusan Hari-hari Sabat-Ku sebab hati mereka mengikuti berhala-berhala mereka. Tetapi Aku merasa sayang melihat mereka sehingga Aku tidak membinasakannya dan tidak menghabisinya di padang gurun. Maka Aku berkata kepada anak-anak mereka di padang gurun: Janganlah kamu hidup menurut ketetapan-ketetapan ayahmu dan janganlah berpegang pada peraturan-peraturan mereka dan janganlah menajiskan dirimu dengan berhala-berhala mereka. Akulah TUHAN, Allahmu: Hiduplah menurut ketetapan-ketetapan-Ku, lakukanlah peraturan-peraturan-Ku dengan setia, kuduskanlah Hari-hari Sabat-Ku sehingga itu menjadi peringatan di antara Aku dan kamu supaya orang mengetahui bahawa Akulah TUHAN, Allahmu. Tetapi anak-anak mereka memberontak terhadap Aku, mereka tidak hidup menurut ketetapan-ketetapan-Ku dan tidak melakukan peraturan-peraturan-Ku dengan setia, sedang manusia yang melakukannya, akan hidup; mereka juga melanggar kekudusan Hari-hari Sabat-Ku. Maku Aku bermaksud mencurahkan amarah-Ku ke atas mereka untuk melampiaskan murka-Ku kepadanya di padang gurun. Tetapi Aku menarik tangan-Ku supaya itu jangan dinajiskan di hadapan bangsa-bangsa yang melihat sendiri waktu Aku membawa mereka keluar. Walaupun begitu, Aku bersumpah kepadanya di padang gurun untuk menyerakkan mereka di antara bangsa-bangsa dan menghamburkan mereka ke semua negeri, oleh sebab mereka tidak melakukan peraturan-peraturan-Ku, menolak ketetapan-ketetapan-Ku dan melanggar kekudusan Hari-hari Sabat-Ku dan matanya selalu tertuju kepada berhala-berhala ayah-ayah mereka. Begitulah Aku juga memberi kepada mereka ketetapan-ketetapan yang tidak baik dan peraturan-peraturan yang kerananya mereka tidak dapat hidup. Aku membiarkan mereka menjadi najis dengan persembahan-persembahan mereka, dalam hal mereka mempersembahkan sebagai korban dalam api semua yang terdahulu lahir dari kandungan supaya Ku-buat mereka tertegun agar mereka mengetahui bahawa Akulah TUHAN (Yeh 20:13-26).

Dalam permintaannya kepada raja dan imam, dia telah menyenaraikan hal memegang hari Sabat sebagai perkara asas yang utama:

Rajalah yang bertanggungjawab mengenai korban bakaran, korban sajian, korban curahan pada Hari-hari Sabat dan pada setiap perayaan kaum Israel. Ialah yang akan mengolah korban penghapus dosa, korban sajian, korban bakaran dan korban keselamatan untuk mengadakan pendamaian bagi kaum Israel (Yeh 45:17).

V.   Hosea bernubuat bahawa kegirangan, bulan baru, Hari Sabat dan perayaan-perayaan yang menggembirakan akan dihentikan bagi orang yang menyembah berhala.

Tetapi dia tidak insaf bahawa Akulah yang memberi kepadanya gandum, anggur dan minyak, dan yang memperbanyak bagi dia perak dan emas yang dibuat mereka menjadi patung Baal. Sebab itu, Aku akan mengambil kembali gandum-Ku pada masanya dan anggur-Ku pada musimnya, dan akan merampas kain bulu domba dan lain lenan-Ku yang harus menutupi auratnya. Dan sekarang, Aku akan menyingkapkan kemaluannya di depan mata para kekasihnya, dan seorang pun tidak akan melepaskan dia dari tangan-Ku. Aku akan menghentikan segala kegirangannya, bulan barunya, Hari Sabatnya dan segala perayaannya (Hos 2:7-10).

VI.   Amos berkata, sesiapa yang tidak mementingkan hari Sabat dan masih bekerja untuk mencari wang pada hari Sabat akan mendapat kecelakaan:

Dan berfikir: “Bilakah bulan baru berlalu supaya kita boleh menjual gandum dan bilakah Hari Sabat berlalu supaya kita boleh menawarkan terigu dengan mengecilkan efa, membesarkan syikal, berbuat curang dengan neraca palsu?” (Ams 8:5).

Jelaslah bahawa Tuhan melihat umat memegang Hari Sabat sebagai suatu perkara yang penting, dan sama pentingnya dengan melakukan keadilan, belas kasihan, kasih setia, takut akan Tuhan, memegang perintah, menghormati ibu bapa dan sebagainya. Oleh itu, orang yang ingin memegang firman Tuhan harus menitikberatkan hal ini dan memegang perintah-Nya dengan sepenuh hati. Dengan demikian, orang ini akan diberkati. Jika tidak, ia akan dicelakai.