Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.1 – Tuhan Mengaruniakan Hari Sabat Sekali Lagi Melalui Manna)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.2.1 – Tuhan Mengaruniakan Hari Sabat Sekali Lagi Melalui Manna)

2.2   Hari Sabat Umat Israel

2.2.1 Tuhan mengaruniakan hari Sabat sekali lagi melalui Manna

        Kemudian, keturunan Yakub turun ke Mesir dan menjadi bangsa yang besar. Apabila umat pilihan keluar dari Mesir secara terburu-buru mengikuti pimpinan tiang api dan tiang awan, masih tiada Hari Sabat atau hari tertentu untuk berehat. Apabila umat pilihan tiba di Padang Gurun Sin, sebelum hukum taurat diumumkan, makanan dan minuman yang dibawa mereka dari Mesir telah habis, mereka mula bersungut-sungut kepada Tuhan kerana tiada makanan dan minuman. Oleh itu, Tuhan mengaruniakan Manna dan burung puyuh. Tuhan tidak menurunkan Manna pada Hari Sabat bagi mengajar umat pilihan memegang Hari Sabat dan membuat persediaan untuk Hari Sabat.Kemudian, keturunan Yakub turun ke Mesir dan menjadi bangsa yang besar. Apabila umat pilihan keluar dari Mesir secara terburu-buru mengikuti pimpinan tiang api dan tiang awan, masih tiada Hari Sabat atau hari tertentu untuk berehat. Apabila umat pilihan tiba di Padang Gurun Sin, sebelum hukum taurat diumumkan, makanan dan minuman yang dibawa mereka dari Mesir telah habis, mereka mula bersungut-sungut kepada Tuhan kerana tiada makanan dan minuman. Oleh itu, Tuhan mengaruniakan Manna dan burung puyuh. Tuhan tidak menurunkan Manna pada Hari Sabat bagi mengajar umat pilihan memegang Hari Sabat dan membuat persediaan untuk Hari Sabat.

         Setiap pagi, mereka memungutnya, tiap-tiap orang menurut keperluannya; tetapi ketika matahari panas, cairlah itu, Dan pada hari yang keenam, mereka memungut roti itu dua kali lipat banyaknya, dua gomer untuk tiap-tiap orang dan datanglah semua pemimpin jemaah memberitahukannya kepada Musa. Lalu berkatalah Musa kepada mereka: “Inilah yang dimaksudkan TUHAN: Besok adalah hari perhentian penuh, sabat yang kudus bagi TUHAN; maka roti yang perlu kamu bakar, bakarlah, dan apa yang perlu kamu masak, masaklah; dan segala kelebihannya biarkanlah di tempatnya untuk disimpan sampai pagi.” Mereka membiarkannya di tempatnya sampai keesokan harinya, seperti yang diperintahkan Musa; lalu tidaklah berbau busuk dan tidak ada ulat di dalamnya. Selanjutnya kata Musa : “Makanlah itu pada hari ini, sebab hari ini adalah sabat untuk TUHAN, pada hari ini tidaklah kamu mendapatnya di padang. Enam hari lamanya kamu memungutnya, tetapi pada hari ketujuh adalah sabat; maka roti itu tidak ada pada hari itu.” Tetapi ketika hari ketujuh, ada dari bangsa itu keluar memungutnya, tidaklah mereka mendapatnya. Sebab itu, TUHAN berfirman kepada Musa:” Berapa lama lagi kamu menolak mengikuti segala perintah-Ku dan hukum-Ku? Perhatikanlah, TUHAN telah memberikan sabat itu kepadamu; itulah sebabnya pada hari keenam, Ia memberikan kepadamu roti untuk dua hari. Tinggallah kamu di tempatmu masing-masing, seorang pun tidak boleh keluar dari tempatnya pada hari ketujuh itu.” Lalu beristirehatlah bangsa itu pada hari ketujuh. Umat Israel menyebutkan namanya manna; warnanya putih seperti ketumbar dan rasanya seperti kuih madu (Kel 16:21-31).

             Tuhan juga mengajar mereka memungut Manna sebanyak enam hari dalam seminggu. Hari keenam (hari persediaan) boleh memungut satu kali ganda lebih untuk kegunaan keesokan hari, iaitu Hari Sabat. Roti lebihan yang dipungut pada hari-hari biasa akan manjadi berbau busuk dan berulat pada keesokan harinya:

            Tetapi ada yang tidak mendengarkan Musa dan meninggalkan daripadanya sampai pagi, lalu berulat dan berbau busuk. Maka Musa menjadi marah kepada mereka (Kel 16:20).

            Roti lebihan yang dikumpul pada hari persediaan tidak akan menjadi berbau busuk dan berulat pada keesokan harinya (Kel 16:24). Pada Hari Sabat, Manna tidak diturunkan. Dengan demikian, Tuhan mengingatkannya sekali lagi, membezakannya daripada hari-hari yang lain dengan menguduskan Hari Sabat. Selain itu, Tuhan juga menggunakan cara ini untuk mengajar mereka memegang Hari Sabat. Umat pilihan tetap memegang Hari Sabat sehingga mereka tiba ke Tanah Kanaan. Kemudian, Hari Sabat dan upacara sunat merupakan kebudayaan umat pilihan Tuhan yang istimewa.

          Keseluruhannya, cara yang digunakan Tuhan untuk membiarkan umat pilihan-Nya memegang hari Sabat pada zaman itu adalah seperti berikut:

  1. Secara berterus-terang, Tuhan mengatakan Hari Sabat merupakan hari yang diberkati Tuhan. Ia merupakan Hari Sabat yang penuh dengan berkat.
  2. Pada hari tersebut, umat boleh berehat di rumah tanpa bekerja, mereka masih ada Manna untuk dimakan.
  3. Hari Sabat bukan hukum Taurat kerana hukum Taurat belum diumumkan pada masa itu.
  4. Akibat bagi orang yang melanggar perintah hanyalah mengalami kekurangan kasih karunia dan tidak akan dikenakan sebarang hukuman. Oleh itu, ada orang yang tidak mematuhi perintah lalu keluar untuk memungut Manna, Musa hanya memarahi dan menasihati mereka selepas dia mengetahui perbuatan mereka (Rujuk: Kel 16:20).

Tetapi ketika pada hari ketujuh ada dari bangsa itu keluar memungutnya, tidaklah mereka mendapatnya. Sebab itu, TUHAN berfirman kepada Musa: “Berapa lama lagi kamu menolak mengikuti segala perintah-Ku dan hukum-Ku? Perhatikanlah, TUHAN telah memberikan sabat itu kepadamu; itulah sebabnya pada hari keenam, Ia memberikan kepadamu roti untuk dua hari. Tinggallah kamu di tempatmu masing-masing, seorang pun tidak boleh keluar dari tempatnya pada hari ketujuh itu.” Lalu beristirehatlah bangsa itu pada hari ketujuh (Kel 16:27-30).

 

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.1.2 – 2.1.5)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.1.2 – 2.1.5)

2.1.2 Kehilangan hari Sabat di Taman Eden

Sebelum Adam dan Hawa berdosa, mereka menikmati banyak berkat dan kasih karunia Tuhan, termasuklah kenikmatan Hari Sabat. Malangnya, ekoran kedegilan, mereka dihalau dari Taman Eden. Mereka juga kehilangan kenikmatan berkat yang disediakan Tuhan di dalam taman. Sebaliknya, mereka perlu berpeluh untuk mendapatkan rezeki dalam kehidupan:

Lalu firman-Nya kepada manusia itu: “kerana engkau mendengarkan perkataan isterimu dan makan dari pohon yang telah kuperintahkan kepadamu: Jangan makan daripadanya, maka terkutuklah tanah kerana engkau; dengan bersusah-payah, engkau akan mencari rezekimu dari tanah seumur hidupmu (Kel 3:17).

Sejak hari itu, Hari Sabat telah hilang dari dunia ini.

Tetapi dalam Kejadian 7:4, Tuhan masih menggunakan sistem pengiraan tujuh hari sebagai satu unit.

Sebab tujuh hari lagi, Aku akan menurunkan hujan ke atas bumi empat puluh hari empat puluh malam lamanya. Dan Aku akan menghapuskan dari muka bumi segala yang ada, yang Ku-jadikan itu (Kej 7:4).

Selain itu, terdapat catatan yang sama dalam (Kej 7:4, 8:10, 12, 17:12, 29:27, 31:23, 50:10; Kel 7:25, 12:15, 16, 18, 19, 13:6, 7).

2.1.3 Catatan kaum Sem pada zaman awal

Dosa manusia pada zaman Nuh amat besar. Selepas air bah membinasakan manusia ketika itu, hanya lapan orang ahli keluarga Nuh sahaja yang selamat. Selepas Nuh keluar dari bahtera, dia mewariskan kepercayaan Tuhan yang esa kepada anak-anaknya. Setelah itu, keturunan mereka mula bertambah banyak di Timur Tengah. Kepercayaan Nuh kepada Tuhan yang esa juga diwariskan kepada keturunan yang lain. Nenek moyang Abraham juga percaya kepada Tuhan yang esa serta menuruti perintah-Nya, termasuk Hari Sabat. Menurut catatan Babel and Bible, karyaFriedrich Delitzsch, Orang Babel pada zaman itu memang memegang Hari Sabat [1] (sabattu). Menurut Ensiklopedia Britannica, catatan tentang hari Sabat adalah seperti berikut: Orang Babel juga memegang Hari Sabat (Sabbath, sabattu). Tujuannya adalah untuk menghiburkan para allah mereka. Ini merupakan suatu perayaan. Pada hari itu, tidak boleh bekerja. Gembala kerajaan, iaitu raja mereka tidak boleh makan ikan panggang, tidak menukar pakaian, tidak mempersembahkan korban, tidak menaiki kereta kuda, tidak menghakimi, ahli-ahli sihir pula tidak bernubuat, malah tidak merawat penyakit. Pada asasnya, tiada apa-apa perkara yang sesuai dilakukan pada hari tersebut. Jelaslah, walaupun cara pemegangan hari Sabat tidak bersesuaian dengan kehendak Tuhan, tetapi sistem Hari Sabat telah diperturunkan.

2.1.4   Catatan kaum-kaum awal di Mesir

Tulisan Hieroglif Orang Mesir pada zaman awal juga tercatat perkataan “sabattum” atau “sabattu” seperti Bahasa Ibrani.Maksudnya lebih kurang sama, iaitu hari berehat untuk batin dan roh (day of rest of the heart). Pada hari tersebut, setiap orang patut berhati-hati agar tidak membangkitkan kemarahan Tuhan [2]. Kaum-kaum lain juga mempunyai catatan seperti tersebut. Contohnya: Orang Rom purbakala menganggap Hari Sabtu sebagai hari yang jahat. Umat Buddha juga berpuasa pada hari pertama, ke-8, 15, 22 setiap bulan. Orang Hawaii purbakala juga melakukan aktiviti keagamaan sehari dalam seminggu sebagai hari Sabat [3].

2.1.5   Kesimpulan

Daripada kejadian tersebut, kita boleh mengetahui bahawa Hari Sabat ditentukan oleh Tuhan untuk semua manusia, dan bukan hanya sesuatu hak paten umat Israel. Hari Sabat merupakan hari yang diberkati Tuhan sebelum kelahiran Musa. Ia merupakan hari yang kudus. Selepas itu, Tuhan tidak pernah menguduskan hari-hari lain yang serupa dengan Hari Sabat.

 

[1]  Di dalam kategori Sabat dalam ENCYCLOPEDIA BRITANICA dicatat seperti berikut:

It is true that the Babylonians had a day called shabattum or shapattum. This seems, however, to be distinct from the days of restriction dealt with in the calendar tablet. In a syllabary shapattum is equated to um nuh libbi, that is, “day of the rest of the heart”. It has been urged that here is a proof that the Babylonians had a Sabbath which, like that of the Hebrews, was a rest day. But it is clear from the Babylonian penitential psalms that the real meaning of the words is “day when the heart (of the gods) is propitiated”. A tablet discovered by Pinches shows that the shapattum was the 15th day of the month. A passage in the astronomical poem of the Babylonian epic Enuma elish quite clearly shows that the shapattum is the day of the full moon. The verb shapatu is elsewhere explained as equivalent to the verb gomaru, meaning “to be complete, full”. None of the attempted etymlogies for Sabbath from Hebrew is successful, probably for the reason that the word is older than the Hebrew language. It is not unreasonable to suppose that both shapattum and sabatth are descended from word belongs to the older tongue from which both the Babylonian language and the Hebrew developed, and that its prime meaning is “full moon day”. This would confirm Meinhold’s theory that among the Hebrews the Sabbath was originally the full moon day. But the fact that the name is derived from a common source, and that the day itself among both peoples is originally the day of the full moon, must not blind us to the truth that the Babylonians had no real equivalent to the Jewish Sabbath at regular seventh-day intervals. Had there been any great likeness between the ways in which the shapattum and the Sabbath were celebrated the latter could hardly have been insisted on as a distinctive mark of the Jews.

Dalam kategori yang sama juga terdapat catatan ‘Babel and Bible’ oleh Friedrich Delitzsch:

Since the Babylonians also had a sabbath (shabattu) on which the purpose of conciliating the gods, there was a festival ─ that is to say, no work was to be done ─ and since the 7th, 14th, 21st and 28th day of the moon are marked on a calendar of sacrifices and festivals dug up in Babylonia as days on which “the shepherd of the great nations” (i.e. the king) shall eat no roast flesh, shall not change his dress, shall not offer sacrifice; as days on which the king shall not mount the chariot, or pronounce judgement, the magus shall not prophesy, even the physician shall not lay his hand upon the sick, in short, as days which are not suitable for any affair. It is scarcely possible for us to doubt that we owe the blessings decreed in the Sabbath or Sunday of rest in the last resort to that ancient and civilized race on the Euphrates and Tigris.

[2] Rujukan hari Sabat orang Mesir: The International Standard Bible Encyclopaedia, p2630.

[3] Rujukan orang Hawaii: Hutton Webster: Encyclopaedia.of Religion and Ethic. Vol.X, p889-91.

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.1.1)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 2 (2.1.1)

Bab  2              Proses Perubahan Hari Sabat

Sejarah Hari Sabat adalah sama lama dengan sejarah manusia. Walau bagaimanapun, sejarah ini akan kadang-kadang muncul dan kadang-kadang hilang; selari dengan kepercayaan manusia terhadap Tuhan yang esa. Beberapa perenggan berikut merupakan proses perubahan Hari Sabat:

2 . 1   Sebelum Zaman Musa

2.1.1  Penetapan Tuhan

Pada mulanya, Tuhan menjadikan siang dan malam dalam penciptaan-Nya terlebih dahulu. Selepas itu, Tuhan menggelar satu malam dan satu siang itu sebagai satu hari:

Allah melihat bahawa terang itu baik, lalu dipisahkan-Nyalah terang itu dari gelap (Kej 1:4).

Tuhan mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari. Selepas berasa puas hati, Tuhan berhenti dari segala pekerjaan penciptaan-Nya pada hari ketujuh.  Kemudian, Tuhan menjadikan hari ketujuh sebagai Hari Sabat dan menguduskannya:

Demikianlah diselesaikan langit dan bumi dan segala isinya. Ketika Allah pada hari ketujuh telah menyelesaikan pekerjaan yang dibuat-Nya itu, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang dibuatnya itu. Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, kerana pada itulah Ia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuat-Nya itu (Kej 2:1-3).

Oleh itu, jelaslah bahawa Hari Sabat ialah:

A.  Sistem dan hari kudus yang ditetapkan Tuhan: Disebabkan Hari Sabat dikuduskan Tuhan, maka manusia yang dicipta Tuhan tidak berhak untuk menyangkalnya. Sebaliknya, semua manusia duniawi harus menuruti syarat tersebut.

B. Hari yang ditetapkan untuk semua manusia: Pada masa itu, hanya ada nenek moyang manusia, iaitu Adam dan Hawa. Selain itu, tidak ada bangsa lain dan tiada perbezaan bangsa antara manusia. Oleh itu, Hari Sabat bukan ditetapkan untuk bangsa-bangsa tertentu. Sebaliknya, ditetapkan untuk keturunan Adam dan Hawa.  Ini bukan hak istimewa umat Israel.

C. Hari untuk manusia berehat: Tuhan merupakan Tuhan yang Maha Kuasa dan tidak perlukan rehat. Namun, Tuhan prihatin terhadap kelemahan manusia lalu menetapkan hari ini dengan sengaja. Oleh itu, Hari Sabat ditetapkan sebagai hari untuk berehat bagi manusia:

Kerana Anak Manusia adalah Tuhan atas Hari Sabat (Mat 12:8).

Oleh itu, setiap manusia harus bersyukur untuk menerima karunia Tuhan yang berkelimpahan.

D. Hari yang diberikan untuk manusia menikmati berkat: Hari Sabat merupakan hari Tuhan mencurahkan berkat. Manusia dapat menikmati kasih karunia yang diberikan Tuhan pada hari tersebut. Oleh itu, setiap orang harus mempunyai hati yang penuh kesyukuran dan ketaatan untuk menikmati Hari Sabat.

Δ    Walaupun kitab Kejadian tidak mencatatkan perkataan “Hari Sabat” tetapi Kitab Keluaran telah menyatakan hari kudus dalam (Kej 2:1-3). Ini  merupakan Hari Sabat yang kemudiannya difirmankan Tuhan kepada Musa.

         Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat; enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, tetapi hari ketujuh ialah hari Sabat TUHAN, Allahmu; maka jangan melakukan sesuatu pekerjaan, engkau atau anakmu laki-laki, atau anakmu perempuan, atau hambamu laki-laki, atau hambamu perempuan, atau haiwanmu atau orang asing yang di tempat kediamanmu. Sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya, dan Ia berehat pada hari ketujuh; itulah sebabnya TUHAN memberkati Hari Sabat dan menguduskannya (Kel 20:8-11).

Doktrin Hari Sabat: Pendahuluan
| |

Doktrin Hari Sabat: Pendahuluan

Bab 1

Pendahuluan

 

 

Hari Sabat merupakan hari kudus yang dikaruniakan Tuhan. Menurut  sistem yang sama dalam kitab perjanjian lama dan kitab perjanjian baru, Hari Sabat adalah sistem yang disediakan khas oleh Tuhan kepada umat-Nya agar mereka menyembah Tuhan serta menikmati kesihatan fizikal dan rohani serta berkat Tuhan.

Sejak Tuhan menciptakan langit dan bumi, istirahat pada hari ke-7 telah ditetapkan sebagai Hari Kudus. Seperti yang dicatatkan dalam Kitab Suci, Tuhan mengaruniakan berkat kepada umat-Nya, sehingga jemaat pada zaman rasul dan gereja benar pada akhir zaman, Hari Sabat tetap merupakan hadiah penjagaan dan belas kasihan kepada orang yang lemah. Kita mungkin tidak layak dan berkekuatan untuk berdiri di hadirat Tuhan dan mengatakan bahawa kita mempunyai kekuatan dan kegigihan yang secukupnya serta tidak memerlukan belas kasihan Tuhan. Oleh itu, tidak kira orang lain memegang Hari Sabat atau tidak, sebagai umat Kristian yang benar, kita harus mengkaji kitab dengan teliti, menuruti ajaran kitab dan membuat keputusan sendiri sama ada mahu memegang dan menikmati Hari Sabat atau tidak.

Tuhan pernah berfirman bahawa Dia ialah Tuhan atas Hari Sabat:

Kerana Anak Manusia ialah Tuhan atas hari Sabat. (Mat 12:8)

Jadi Anak Manusia adalah juga Tuhan atas Hari Sabat. (Mrk 2:28)

Kata Yesus lagi kepada mereka: “Anak Manusia adalah Tuhan atas Hari Sabat.”(Luk 6:5)

Kata-Nya lagi,

Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: “Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga. (Mat 7:21)

Oleh itu, sebagai umat Tuhan Yesus, kita patut menuruti perintah Tuhan untuk memegang Hari Sabat .

Kitab Ibrani juga mencatatkan bahawa Hari Sabat yang dinikmati hari ini  melambangkan dan mengilhamkan istirahat yang benar dan kekal di syurga.

Sebab, andaikata Yosua telah membawa mereka masuk ke tempat perhentian, pasti Allah tidak akan berkata-kata kemudian tentang suatu hari lain. Jadi, masih tersedia suatu hari perhentian, hari ketujuh bagi umat TUHAN. Sebab barangsiapa telah masuk ke tempat perhentian-Nya, iasendiri telah berhenti dari segala pekerjaannya, sama seperti TUHAN berhenti dari pekerjaanNya. Kerana itu, baiklah kita berusaha untuk masuk ke dalam perhentian itu supaya jangan seorang pun jatuh kerana mengikut contoh ketidaktaatan itu juga. (Ibr 4:8-11)

Oleh itu, orang yang ingin tinggal dalam Kerajaan Syurga bersama-sama dengan Tuhan haruslah menuruti jejak langkah-Nya dan menikmati Hari Sabat yang dikuasai oleh Tuhan.

Malang sekali, kitab dan sejarah kepercayaan mencatatkan bahawa umat Tuhan selalu membelakangi perintah-Nya serta melupakan kasih karunia Tuhan dan Hari Sabat. Selepas rasul-rasul meninggal dunia, sejarah    berulang semula. Pewaris takhta semakin meninggalkan ajaran Kitab. Demi mengelakkan penganiayaan dan berkenan kepada manusia, Hari Sabat telah diubah dan dilupakan. Kini, walaupun banyak umat Kristian membaca Kitab setiap hari tetapi tidak mengkajinya secara terperinci, tidak bertindak menurut Kitab serta menikmati berkat Hari Sabat yang tercatat dalam Kitab. Situasi ini amatlah merugikan.

Syukur kepada Tuhan, Dia pernah menggerakkan hati hamba-Nya yang setia untuk memberi perhatian semula terhadap kepentingan hari Sabat, mendorong dan memegang hari Sabat yang kudus. Lebih-lebih lagi bersyukur kepada Tuhan kerana penulis dapat menganuti gereja benar serta menikmati berkat yang besar ini. Di samping berasa sukacita, penulis juga takut sekiranya menyembunyikan kasih dan belas kasihan Tuhan yang agung. Oleh itu, penulis telah menyusun semula maklumat yang dikumpul untuk mengarang buku ini sebagai rujukan bagi teman-teman dalam perjalanan ke syurga. Semoga Roh Kudus memimpin kita memahami berkat Hari Sabat. Kita saling menasihati, mengikuti jejak Tuhan ke syurga, iaitu tempat perhentian yang kekal.

Doktrin Hari Sabat: Prakata – Penulis
| |

Doktrin Hari Sabat: Prakata – Penulis

Hari Sabat dan hari Tuhan merupakan satu soalan yang sudah lama dibincangkan dalam agama Kristian. Tahun-tahun kebelakangan ini, disebabkan karya-karya pada zaman dahulu beransur-ansur ditemui, dikemaskini dan diterbit secara besar-besaran, maka perkara-perkara yang berkaitan dengan karya-karya sejarah gereja pada zaman awal sekali lagi diberi perhatian. Begitu juga dengan soal hari Sabat, diberi perhatian semula pada masa yang sama. Apakah pandangan sebenar Alkitab memandang soal hari Sabat ini? Jika tidak, bagaimana hari Sabat ini hilang dan lenyap? Benarkah hari Tuhan adalah berubah daripada hari Sabat? Ataupun suatu hari kudus yang baharu sepenuhnya? Soalan-soalan ini sekali lagi mendapat perhatian berat dalam agama Kristian.

Sebenarnya, perubahan terhadap persoalan ini bukan sahaja berkisahkan hari itu sendiri, ataupun perubahan dari segi waktu ibadah itu. Di sebalik persoalan ini terkandung perkelahian di antara pembela kebenaran dan mereka yang bertolak ansur apabila ajaran yang menyesatkan mulai menyerusup ke dalam agama Kristian pada zaman awal, dan juga perjuangan antara dua kuasa di antara ortodoks dan ajaran yang menyesatkan, serta perang di antara agama Kristian dengan kuasa politik pada masa itu.

Alkitab mencatatkan dan membincangkan hari Sabat yang kudus bermula kitab Kejadian sampailah kitab terakhir, kitab Wahyu. Bagaimana timbulnya hari Sabat dalam perjanjian lama, bagaimana hari ini berkembang dan merosot bersama dengan iman kepercayaan umat pilihan, dan bagaimana Tuhan Yesus dalam perjanjian baru memberi makna yang lebih tepat kepada hari Sabat serta bagaimana murid-murid-Nya meneruskan Tuhan memegang hari Sabat dengan waspada telah dicatatkan dengan jelasnya dalam Alkitab. Sesudah seorang demi seorang rasul telah meninggal dunia, bagaimana hari Sabat pernah dipegang dengan waspada, kemudian kenapa mengalami penganiayaan, dan bagaimana umat Kristus bertindak dalam penganiayaan yang hampir menyebabkan hari Sabat lenyap, tetapi kemudiaannya bagaimana hari Sabat mendapat perhatian berat semula dan diperluaskan. Kesemua ini dapat dikesani dalam karya-karya kesusasteraan zaman dahulu yang semakin timbul semula.

Untuk tujuan ini, buku ini akan menjejaki kesan peninggalan sejarah, menerokai karya kesusasteraan yang berkaitan pada zaman dahulu untuk mengesani perubahan yang salah. Kemudian, nas-nas yang berkaitan dalam Alkitab akan diperiksa dengan teliti satu demi satu berdasarkan makna nas Alkitab bahasa asal yang paling asas, serta pemahaman dan analisis pengkaji-pengkaji Alkitab selama ini terhadap nas-nas tersebut untuk memutuskan hari Sabat atau hari Tuhan yang perlu dipegang dan dikuduskan oleh agama Kristian, dan bagaimana seharusnya menikmati hari Sabat yang kudus yang diserah dan dikaruniakan kepada umat-Nya supaya umat Kristus yang berhasrat untuk melakukan kebenaran mempunyai hala tuju yang jelas, dan dapat menguasai kebenaran serta selamat tiba di Kerajaan Syurga.

Oleh itu, Bab 2 akan menghuraikan sejarah dan catatan Alkitab yang berkaitan dengan hari Sabat pada zaman prasejarah, perjanjian lama, antara dua perjanjian, dan perjanjian baru. Kemudian, diikuti dengan menerokai bagaimana hari Sabat lenyap, bagaimana sebahagian kecil umat Kristus yang alim memegang hari Sabat, dan bagaimana hari Sabat sekali lagi timbul semula berasaskan karya-karya sejarah zaman awal agama Kristian. Bab 3 pula membincangkan istilah-istilah yang berkaitan dan beberapa catatan Alkitab yang penting. Bab 4 adalah mengimbas kembali pandangan Tuhan Yesus terhadap hari Sabat dari perenggan ke perenggan untuk mengenal dengan pasti bahawa Tuhan Yesus tidak pernah membuat perubahan terhadap hari Sabat. Bab 5 mengkaji dengan teliti perbuatan yang dilakukan rasul-rasul untuk mengenali dengan pasti bahawa rasul-rasul pun tidak pernah membuat perubahan terhadap hari Sabat. Bab 6 membincangkan soal-soal yang selalu diungkitkan oleh umat Kristus. Akhir sekali, Bab 7 menyimpulkan pandangan dan tindakan yang harus ada pada umat Kristus terhadap hari Sabat. Untuk memudahkan pembaca, pada penghujung buku ini dilampirkan nas-nas Alkitab yang berkaitan dengan hari Sabat, dan juga petikan karya-karya kesusasteraan penting yang berhubung dengan peristiwa-peristiwa besar dan hari Sabat dalam agama Kristian pada zaman awal, serta dilampirkan juga karya-karya kesusasteraan yang berkaitan dengan hari Sabat untuk rujukan pengkaji-pengkaji.

Namun, sebagai penulis yang baru pertama kali mengkaji soal hari Sabat ini secara mendalam seperti ini, sudah tentu ada yang tercicir dan terabai. Oleh yang demikian, amatlah berharap semua pengkaji agama Kristian memberi tunjuk ajar dengan murah hati.

Bagi Tuhan yang Esa di syurga segala kemuliaan, dan segala damai sejahtera dan berkat diberi kepada umat Kristus yang memegang kebenaran dalam Alkitab dengan waspadanya.

Amin.

Jiang Nan Ying

Penulis.

Doktrin Hari Sabat: Prakata – Pihak Penerbit
| |

Doktrin Hari Sabat: Prakata – Pihak Penerbit

“Ketika orang Israel berada di padang gurun, didapati merekalah seorang yang mengumpulkan kayu api pada hari Sabat. Lalu orang-orang yang mendapati dia sedang mengumpulkan kayu api itu, menghadapkan dia kepada Musa dan Harun dan segenap umat itu. Orang itu dimasukkan dalam tahanan, oleh kerana belum ditentukan apa hukuman yang harus dilakukan kepadanya. Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Musa: “Orang itu pastilah dihukum mati; segenap umat Israel harus melontari dia dengan batu di luar tempat perkhemahan.” Lalu segenap umat menggiring dia ke luar tempat perkemahan, kemudian dia dilontari dengan batu sehingga ia mati, seperti yang difirmankan TUHAN kepada Musa.” (Bil 15: 32-36).

Bukankah ada dinyatakan “oleh kerana belum ditentukan apa yang harus dilakukan kepadanya”?

Sebenarnya, sebelum Tuhan menyerahkan dua keping loh batu kepada Musa di atas gunung Sinai, Dia telah menyatakan dengan jelas bahawa barangsiapa yang bekerja pada hari Sabat haruslah dilenyapkan dari antara bangsanya, dan pastilah ia dihukum mati (Kel 31:12-17).

Kelemahan lazim manusia di hadapan Tuhan adalah tidak mengetahui tahap ketegasan Tuhan terhadap firman-Nya sendiri. Apabila ada kesempatan, manusia akan berusaha juga untuk mencuba di mana tahap maksimum ketegasan Tuhan ini? Manusia sukar hendak mempunyai kepercayaan sepenuh terhadap firman Tuhan.

Kita selalu melihat firman Tuhan berdasarkan pendirian manusia. Apa yang manusia harapkan adalah kesabaran yang sementara, dan bukan untuk melihat kasih Tuhan yang panjang dan jauh serta belas kasihan-Nya yang kekal abadi.

Sesudah nenek moyang berbuat dosa, kutuk yang menimpa mereka ialah “akan bersusah payah mencari rezekimu dari tanah seumur hidupmu” dan “dengan berpeluh engkau akan mencari makananmu.” Siapa tahu? Tuhan telah menyediakan hari ketujuh sebelum ini. Tuhan juga memberkati hari tersebut supaya manusia mendapat istirehat sebelum berjerih payah dan berpeluh.

Hajat Tuhan supaya manusia memiliki berkat Sabat ini adalah tetap teguh dan tidak goyah, serta tidak akan berubah selama-lamanya. Dia telah memberi berkat, dan tidak ingin ada yang tidak menjabatkan tangan lalu kehilangan peluang untuk mendapatkan berkat. Oleh itu, Dia melarang dan tidak membenarkan manusia melalaikannya disebabkan untuk mengumpulkan kayu api. Dia tidak ingin manusia memandang ringan terhadap Sabat dan akhirnya kehilangan istirehat. Oleh yang demikian, seseorang itu akan dilempari batu sampai mati, dan ini dapat menunjukkan kesungguhan Tuhan untuk memberi berkat.

Pada hari ini, ramai orang beranggapan hari Sabat tidaklah sepenting mana. Mereka juga bersikap kurang pasti terhadap kesungguhan Tuhan untuk mencurahkan berkat pada hari Sabat, ataupun sudah bersikap lembut untuk melemparkan seseorang itu sampai mati. Mereka ini lazimnya hanya mementingkan soal kemanusiaan dan tidak dapat memahami kasih dan belas kasihan-Nya, iaitu berkat yang diberi-Nya kepada manusia adalah dilakukan-Nya dengan sungguh-sungguh.

Ketika Tuhan Yesus datang ke dunia, dia menjelaskan lagi hajat-Nya ini. Hari Sabat ditetapkan bukan untuk membelenggu manusia sehingga manusia kehilangan kebebasan untuk melakukan kerja. Sebaliknya, hari Sabat disediakan Tuhan untuk manusia supaya manusia memperolehi kebebasan untuk tidak bekerja dan berjerih payah. Oleh yang demikian, hari Sabat bukan suatu larangan, melainkan adalah sejenis nikmat. Apa yang penting adalah untuk membawa istirehat yang benar-benar dalam batin manusia pada hari Sabat (Mrk 2:23-28). Pada masa yang sama, Tuhan mengharapkan manusia akan memperolehi perhentian yang kekal apabila berakhirnya kehidupan yang berjerih payah untuk bekerja ini (Ibr 4:1-11).

Ada yang bertanya-tanya, apabila anugerah keselamatan oleh darah Tuhan yang mahal harganya diberitakan kepada bangsa lain, Alkitab tidak pernah pun menyuruh bangsa lain (bukan Yahudi) yang percaya Tuhan harus mengingati hari Sabat. Sebenarnya, kebaktian pada hari Sabat adalah isi kandungan utama dalam kepercayaan mereka selama ini.

Apabila soal mengenai sama ada bangsa lain yang percaya harus disunat ataupun tidak dibawa ke Yerusalem, setelah perbincangan dan perbahasan dibuat, adik Tuhan, Yakobus membuat satu kesimpulan berikut di hadapan rasul-rasul dan para penatua:

     “Sebab itu aku berpendapat, bahawa kita tidak boleh menimbulkan kesulitan bagi mereka dari bangsa-bangsa lain yang berbalik kepada Allah, tetapi kita harus menulis surat kepada mereka, supaya mereka menjauhkan diri dari makanan yang telah dicemarkan berhala-berhala, dari percabulan, dari daging binatang yang mati dicekik dan dari darah. Sebab sejak zaman dahulu hukum Musa diberitakan di tiap-tiap kota, dan sampai sekarang hukum itu dibacakan tiap-tiap hari Sabat di rumah-rumah ibadat.” (Kis 15:19-21).

Mengenai hukum Musa, tidak perlu lagi memperingatkan mereka (bangsa-bangsa lain yang berbalik kepada Tuhan) kerana hukum itu dibacakan tiap-tiap hari Sabat di rumah-rumah ibadat. Oleh itu, mereka akan meneruskan amalan ini dan dapat mempelajarinya secara beransur-ansur.

Bagaimanakah kedudukan dan makna hari Sabat berubah mengikut masa dalam sejarah manusia? Bagaimana pula seharusnya kita memegang perintah ini?

Syukur atas pengaturan Tuhan kerana bahagian mengenai Hari Sabat dalam Siri Buku Doktrin Ibu Gereja Antarabangsa, Gereja Yesus Benar dapat disiapkan oleh Dn. James Jiang dari Taiwan. Beliau telah mengkaji secara teliti dan mendalam dari sudut sejarah dan kebenaran, serta mengumpul maklumat secara meluas untuk menghasilkan buku ini. Penerbitan buku ini adalah atas kasih karunia dari Tuhan dan belas kasihan-Nya terhadap manusia. Semoga Tuhan akan memimpin para pembaca buku ini untuk lebih memahami kehendak-Nya, dan lebih mementingkan berkat Sabat ini. Kiranya juga Tuhan mengingati jerih payah dan kesungguhan pelayanan Dn. Jiang.

Chai Heng Zhong

dari pihak penerbit.