Views: 253

2.2.11  Agama Yahudi mengetatkan lagi larangan

Pada zaman awal, Orang Yahudi menggelar perintah-perintah yang berkaitan dengan Hari Sabat sebagai “Perintah Hari Sabat” (Sabbath Commandment). Sejak zaman Maccabeans sampai terbitan Meshna [1], perintah ini dipandang sebagai pusat hukum taurat. Sistem ini pernah berhenti semasa Antiochus Epiphanes, raja Syria menyerang Palestin.

Pada masa itu, Antiochus memberi satu perintah, …mereka telah menerima ajaran sesat kerajaan, mempersembahkan korban kepada berhala-berhala dan tidak lagi memegang Hari Sabat (1 Maccabeans 1:41, 43).

Keadaan ini dipulihkan selepas kemerdekaan zaman Maccabeans:

Selepas peperangan, Yehuda memimpin tenteranya pergi ke Odollam. Sehari sebelum hari Sabat, mereka menguduskan diri menurut kebiasaan Orang Yahudi dan memegang hari Sabat di sana (2 Maccabeans 12:38).

Penerangan lanjut tentang larangan Hari Sabat boleh diperolehi daripada Buku Segala Yobel. Menurut buku ini, perkara-perkara berikut dilarang pada hari Sabat:

  1. Bertindak menurut kehendak sendiri
  2. Menyediakan makanan dan minuman
  3. Menimba air, mengalihkan benda melintasi pintu atau rumah.

Selain itu, ada orang yang mempunyai pendirian berikut:

  1. Boleh membunuh binatang yang mengancam manusia.
  2. Boleh menyembuhkan penyakit yang mengancam nyawa.

Sejak abad ke-3 selepas Masihi, selepas penterjemahan perjanjian lama Septuagintdisiapkan, maka para rabi mulai mengumpul dan menyusun pelbagai peraturan dan pentafsiran kitab yang dihasilkan para rabi zaman dahulu. Akhirnya, kitab yang terbesar bagi Agama Yahudi diterbitkan, iaitu Talmud. Seluruh kitab ini terbahagi kepada Meshna (penyampaian hukum taurat secara lisan) dan Gemara (catatan ulasan hukum Taurat). Meshna terdiri daripada 6 fasal. Fasal yang kedua adalah mengenai perayaan. Dalam fasal ini tercatat penerangan tentang hari Sabat. Ketiga-tiga buah karya “shabbat, erubin, betza” dalam fasal ini menceritakan hari Sabat, manakala “shebiit” membincangkan khususnya tentang “Tahun Sabat”. Perkara-perkara ini telah menjadi piawaian bagi Agama Yahudi yang ortodoks pada zaman ini untuk memegang hari Sabat. Dalam bab hari Sabat, butiran 7.2 mencatatkan larangan yang utama, terdiri daripada 7 kategori dan 39 perkara. [2]

  1. Menabur, membajak, menuai, memberkas, mengirik, menampi, meniup berjumlah 8 perkara.
  2. Menampi, memetik, memanggang makanan, berjumlah 3 perkara.
  3. Menggunting, melayang, menyisir, mewarna, memintal, menganyam, menarik, membutang, membahagikan, berjumlah 9 perkara.
  4. Mengikat, melepaskan ikatan, menjahit, menenun, memisah, berjumlah 5 perkara.
  5. Memburu, menyembelih, menanggal kulit, menggarami kulit, menghiris kulit, menggores kulit, memotong kulit, berjumlah 7 perkara.
  6. Menulis dua pucuk surat, membina dan merobohkan rumah, berjumlah 3 perkara.
  7. Menyalakan dan mengalihkan api, menempa, memindah, berjumlah 4 perkara.

Selepas itu, 6 perkara kecil ditambah lagi. Selain itu, terdapat juga larangan perdagangan, penghakiman dan lain-lain. Betza 5.2 dalam Meshna, tercatat: Tidak boleh menepuk…, menunggang binatang, berenang, bertepuk tangan, memukul punggung dan menari. Menurut Halakha, dalam Midrash yang terkandung dalam Talmud berdasarkan peraturan tradisi yang ditetapkan orang Yahudi pada zaman awal melarang berperang pada hari Sabat.

Menurut Talmud, versi dokumen Damascus menetapkan aktiviti-aktiviti yang lazim dalam kehidupan seperti menimba air, belayar, memburu dan hubungan seks antara suami isteri turut dilarang pada hari Sabat. Kemudian, terdapat pindaan dibuat, iaitu mengizinkan aktiviti pengembalaan dalam lingkungan 2,000 hasta tetapi melarang meminta pelayanan daripada hamba.

Walaupun perkara-perkara berikut sah di sisi undang-undang tetapi dianggap tidak tahir: Penghakiman, pertunangan dan upacara membuang kasut. Perkara-perkara lain harus dipertimbangkan sendiri sama ada ia adalah pekerjaan atau tidak.

Terdapat sesetengah rabi berpendirian seperti berikut tentang hari Sabat:

  1. Boleh melepaskan ternakan dan memberi minuman kepada ternakan.
  2. Tidak boleh mengambil benda dengan tangan tetapi boleh mengalihkan benda dengan mulut atau kaki.
  3. Boleh meminta beberapa orang mengalihkan benda secara bergilir-gilir.
  4. Bidan boleh membantu kelahiran bayi manakala imam boleh menjalankan penyunatan.
  5. Boleh memadamkan api semasa kebakaran.
  6. Boleh menyalakan api sebelum matahari terbenam pada Hari Persiapan, tetapi tidak boleh memadamkan api.

Cara memegang hari Sabat bagi orang Yahudi zaman kini adalah berbeza menurut tahap kesalehan masing-masing. Namun, kebanyakan mereka menjadikan Talmud sebagai piawaian.

[1] Maksud asal bagi Talmud adalah mengkaji, atau belajar. Ia merujuk kepada kompilasi kesusasteraan agama Yahudi dalam bahasa Ibrani atau Aram yang terdiri daripada karya-karya rabi sesudah zaman Ezra hingga abad ke-5. Terdapat perbezaan yang sikit di antara versi Yerusalem dan versi Babylon. Isi kandungan yang utama adalah seperti berikut:

Talmud  Halakha: maklumat berhubung dengan hukum Taurat.
  Haggada: Maklumat berhubung dengan kepercayaan, moral dan sebagainya.
     Mishna: (enam ketetapan)
    Benih : Hukum-hukum berhubung dengan pertanian, berjumlah 11 artikel
    Perayaan : ketetapan berhubung dengan hari Sabat, kalendar agama, puasa, peraturan, berjumlah 12 siri.
    Wanita : perkahwinan, perceraian, pertunangan, perzinahan, orang nasir dan sebagainya, berjumlah 7 siri.
    Kerugian dan kemusnahan : Perundangan sivik dan jenayah, penyiasatan dan sebagainya, berjumlah 10 siri.
    Hal-ehwal

Kudus :

Bait Suci, persembahan korban, persembahan, anak sulung, pemecatan nama dan sebagainya, berjumlah 11 artikel.
    Pentahiran : Hal-hal berhubung dengan tahir atau tidak, pantang larang mengenai puasa dan sebagainya, berjumlah 12 siri.
    Gemara : Ulasan mengenai Mishna
    Analisis kosa kota dan ayat
    Perbandingan enam upacara
    Adat tradisi
    Pentafsiran Alkitab
    Kompilasi kisah
    Perbincangan lain-lain

 

[2] Perkara ini tercatat dengan jelas dalam artikel hari Sabat yang terkandung dalam Mishna, Talmud. Rujuk N.A.Barack: A History of Sabbath, p34. Herbert Danby: The Mishnah. (London Oxford: University Press. 1974).

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *