Views: 617

2.4.4 Penyembahan Hari Matahari semakin menular

I. Pada waktu itu, pemercaya yang takut akan mati “mengganti Alkitab dengan kepala”; tidak mempedulikan pengajaran di dalam Alkitab dan mengubahnya agar berkebaktian pada hari matahari. Pemimpin-pemimpin gereja yang takut akan mati juga bersetuju dengan mereka agar nyawa mereka terjamin; akibatnya perkara ini semakin menjadi-jadi. Di samping itu, gereja juga tidak mahu ada pertalian dengan orang-orang Yahudi, terutamanya dari segi perbuatan dan penampilan luaran. Umat Kristian yang menggantikan masa berkebaktian kepada hari matahari juga semakin banyak. Pihak gereja tidak berdaya mengambil sebarang tindakan dalam hal ini, mereka hanya mengikut arus dan mencari alasan yang lain untuk menutupi kesalahan ini.

II. Mengikut kalendar orang Yahudi pada masa itu, hari raya Paskah, hari Pentakosta dan perayaan Buah Sulung selalunya jatuh pada hari Ahad. Oleh itu, terdapat masa-masa untuk umat Kristian memegang hari raya Paskah, hari Pentakosta dan perayaan Buah Sulung pada hari tersebut (tetapi bukannya menyambut hari kebangkitan Tuhan). Maka ini menjadi alasan bagi orang-orang yang telah menukarkan hari Sabat (Rujuk kepada bab kesembilan). Seperti yang dikatakan oleh Anatolius (Anatolius, 270 AD+, orang Laodikia) di dalam ‘The Paschal Cannon’:

the obligation of the Lord’s resurrection binds to keep the Paschal festival on the Lord’s day (kebangkitan Tuhan mewajibkan perayaan Paskah pada Hari Tuhan).

III. Akan tetapi, mereka menukarkan hari Sabat tanpa sebab yang munasabah. Oleh itu, terdapat orang yang menggunakan fikiran manusia menggelar Tuhan Yesus sebagai “Matahari manusia” sebagaimana raja Rom digelar sebagai “matahari semua rakyat”, dengan itu memasukkan upacara adat-istiadat agama Mithraism menyembah kepada matahari. Misalnya:

        A. Menjalankan ibadah pada hari matahari (hari Ahad, Sunday)

        B. Melihat Tuhan Yesus sebagai matahari manusia, misalnya:

            (a) Theophilus (Theophilus,?-181AD) di dalam “to Autolycus book 2 ch15” mencatatkan:

                  the sun is a type of God (Matahari merupakan sejenis Tuhan)

                  bab 24 juga mencatatkan:

                 Jesus the sun of Nun (Yesus adalah matahari bagi Nun).

            (b) Clement Alexander (Clement of Alexandria, 150-215AD) di dalam “Exhortation to the heathen” bab 9   mencatatkan:

              Christ the Sun of the Resurrection (Kristus merupakan matahari kebangkitan).

             (c) Tertulianus (Tertulianus, 160-220AD) di dalam Ad Nationes Book 1 bab 13 mencatatkan:

             Suppose that the sun is god of the Christian… we pray toward east, or because we make Sunday a day of festivity (Jika matahari merupakan Tuhan bagi umat Kristian… Kami berdoa ke arah timur, atau disebabkan kami menjadikan hari matahari sebagai hari perayaan).

             Di dalam On the Resurrection of Flesh bab 52, dia menyatakan:

            one glory of the sun (that is Christ) [sejenis kemulian matahari (iaitu Kristus)].

            (d) Cyprian (Cyprian, 200-258AD) di dalam The Treatise of Cyprian mencatatkan:

            the true sun and the true day is Christ (Matahari yang benar dan hari yang benar adalah Kristus).

    C. Sebagaimana matahari (cakera bulat) yang terdapat di atas kepala Mithras, dewa matahari bagi agama Mithraism, maka gambar Tuhan Yesus juga ditambahkan dengan cakera bulat.

    D. Menjadikan “hari jadi matahari yang tiada tandingannya” (dies natalis solis Invicti, the birth day of Invincible Sun), pada musim cahaya matahari bertukar dari lemah menjadi kuat, hari lahir dewa matahari Mithras, kedatangan musim sejuk, iaitu 25 hari bulan Disember ditetapkan sebagai hari lahir Yesus: Hari Natal (Christmas).

    E. Supaya adat-istiadat menyambut kedatangan musim sejuk (seperti: menghiasi pokok yang kecil, pertukaran hadiah) juga dijalankan, dengan cara-cara ini untuk menyambut hari lahir Tuhan Yesus pada hari itu.[1]

       F. Sebenarnya, tidak kira bagaimana pengiraan dilakukan, Tuhan tidak mungkin akan dilahirkan pada hari sebegini. Sehinggalah pada masa pope Reo (Pope Reo the Great), umat Kristian tetap menyambut hari lahir Dewa Matahari pada 25 haribulan Disember, dan bukannya menyambut kelahiran Yesus.

IV. Enam haribulan Januari yang dirayakan oleh gereja di sebelah timur juga merupakan hari perayaan istiadat di tempat tersebut: hari Epiphany (day of Epiphany). Hari itu merupakan hari menyambut kelahiran “terang” oleh penduduk-penduduk di sana.[2]

V. Pada mulanya, mereka menukarkan hari Sabat demi melindungi nyawa mereka, dan tidak terlibat langsung dengan hal keagamaan. Namun pemercaya kafir telah membawa masuk bersama dengan adat istiadat orang kafir ke dalam gereja. Di dalam keadaan yang tidak berdaya, sebahagian pemimpin gereja masih tidak dapat mencari alasan untuk menutup kesalahan diri dari dalam Alkitab. Namun selepas suatu jangka waktu, barulah hari Ahad dikatakan sebagai hari kebangkitan Tuhan.[3]

Disebabkan penduduk pada masa itu tidak melepaskan adat-istiadat tempatan mereka walaupun selepas percaya kepada Tuhan, mereka meneruskan penyertaan dalam aktiviti-aktiviti keagamaan, gereja juga telah menyumbangkan kemajuan dari segi upacara sembahyang, sampailah wujudnya keadaan pada hari ini.

Perbuatan ini seakan-akan telah menyanjung dan meninggikan Tuhan Yesus, namun ia telah menurunkan Tuhan, telah menurunkan-Nya dari kedudukan Tuhan yang menciptakan matahari menjadi matahari yang diciptakan. Ini telah menggenapkan nubuat yang dikatakan oleh nabi Yehezkiel:

Sungguh, dekat jalan masuk ke bait Tuhan, di antara balai Bait Suci dan mezbah ada kira-kira dua puluh lima orang laki-laki, yang membelakangi bait Tuhan dan menghadap ke sebelah timur sambil sujud pada matahari di sebelah timur. Lalu firman-Nya kepadaku: “Kau lihatkah itu, hai anak manusia? Perkara kecilkah itu bagi kaum Yehuda untuk melakukan perbuatan-perbuatan kekejian yang mereka lakukan di sini, bahawa mereka memenuhi tanah ini dengan kekerasan dan dengan itu terus menyakiti hati-Ku? Sungguh, mereka berkelakuan tak senonoh di hadapan-Ku (Yeh 8:16-17).

Adakah kamu dapat melihatnya? Perkara kecilkah perbuatan kekejian yang dilakukan oleh umat Kristian?

[1]   Orang dari Roman Katolik yang diberkati oleh Pope: Mario Righetti mencatatkan:

After the peace the Church of Rome, to facilitate the acceptance of the faith by pagan masses, found it convenient to institute the 25th of December as the feast of the temporal birth of Christ, to direct them from pagan feast, celebrated on the same day in honor of the “Invincible Sun ” Mithras, the conqueror of darkness. (M. Righetti (fn.74), II, p67). Julian, The Oration of Julian,Hymn to King Helios, 155, LCL, p429. Juga mempunyai catatkan yang sama sepertinya. Augustine, sermon in Nativit Domini 7, PL38, 1007 & 1032。Mencatatkan bahawa pada zaman Pope Reo the Great, pemercaya masih menyambut hari kelahiran Tuhan matahari pada 12hb Disember dan bukannya hari lahir Yesus. Rujuk: The Cult of Sol Invictius, by Gaston.

[2]    B.Botte, cendekiawan Belgium yang menerima pemberkatan Pope mendapati bahawa bulan pertama tanggal 6 sebenarnya merupakan Epiphany day kafir, ia menyambut kelahiran “terang”. Lihat: B.Botte (fn.41), p14f; Encyc. Brit. rujuk: Epiphany, Feast of.

[3] Pernyataan tentang hari Ahad merupakan hari kebangkitan adalah amat mengelirukan. Walaupun Ignatius telah menjelaskan bahawa hari Ahad juga merupakan hari kebangkitan Tuhan. Raja Konstantin mengisytiharkan bahawa rakyat perlu berehat pada hari Ahad, namun tidak pernah mengatakan perlu memperingati kebangkitan Tuhan. Sampai pada abad keempat masih terdapat orang yang menggelar hari tersebut sebagai hari kelapan, dan bukannya hari Tuhan. Sampailah pada abad keempat, Syrus (ca 350) barulah ada catatan secara sahnya mengenai umat Kristian perlu berhenti daripada bekerja pada hari Ahad (Hymniet Sermones, ed. T.J.Lamy,T, 1882, p543-544).

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *