Gereja Beaufort
Beaufort ialah sebuah pekan kecil di pedalaman Sabah. Selain daripada ladang getah, tanah yang sesuai untuk pertanian tidak banyak. Lagi pun, perkembangan industri dan perdagangan sangat terhad.
Sejarah gereja awal bermula apabila Ho Loi Jin (Dn Timothy Ho), seorang pemercaya Gereja Angliken telah bertukar ke Gereja A.D.A lerama telah memahami bahawa Tuhan ke-4 ialah mematuhi Hari Sabat dan Gereja S.D.A mengadakan kebaktian pada Hari Sabat. Semasa umurnya 25 tahun, beliau mendengar bahawa di Sandakan ada ada Gereja Yesus Benar. Kemudian, beliau mengadakan perhubungan melalui surat dengan Sdra Lee Siak Lin. Setelah beberapa perbincangan dan kajian, beliau memahami bahawa kepercayaan Gereja Yesus Benar adalah benar dan sempurna.
Pada tahun 1928, seorang belia Gereja Benar, Sdri Tyan Yun Poh berpindah ke Beaufort untuk bekerja di situ. Pada masa ini, beliau belum menerima Roh Kudus tetapi setelah berdoa dengan bersungguh-sungguh ia telah menerimanya. Dia merasa gembira dan dengan hati yang rela menyebarkan Injil Benar. Tidak lama kemudian, seorang penatua dari Kuala Lumpur iaitu Elijah Wong, datang ke Beaufort untuk melawat anak lelakinya Wong Yin Chao (Wong Chong Fook) dan menyuruh mereka menerima baptisan. Pnt Elijah Wong dibimbing oleh Roh Kudus telah melantik Sdra Tyan sebagai Dn Philip Tyan. pada masa itu, keluarga Wong Yin Chau dan Ho Loi Jin memutuskan untuk menerima pembaptisan. Mereka menulis surat kepada Sdra Lee Siak Lin untuk memberitahunya supaya ia datang membantu menjalankan pembaptisan. Apabila Sdra Lee menerima berita ini, ia sangat sukacita lalu dengan serta merta menaiki kapal laut ke Kota Kinabalu. Kemudian, menaiki keretapi ke Beaufort untuk menjalankan Sakramen.
Pada 6 Mei 1928, seramai 13 orang daripada 2 buah keluarga tersebut telah menerima baptisan dan mereka mengadakan kebaktian di rumah Sdr Wong Yin Chau. Tidak lama kemudian, bilangan pemercaya meningkat ke 29 orang, maka rumah Sdra Wong tidak dapat memuatkan bilangan ini. Mereka berpindah ke rumah Ho Lin Yin dan mendirikan rumah doa pertama di sana.
Pada bulan Disember tahun yang sama, bilangan pemercaya yang telah dibaptiskan telah mencapai 123 orang dan rumah doa ini tidak dapat menampung lagi. Tetapi Tuhan mempunyai peraturan yang ajaib. Pada masa itu, Pang Mei Chia (yang kemudian diangkat sebagai Dns Lydia Pang), ibu kepada Sdra Chung Chao Lung mempunyai sebuah rumah besar yang kosong. Beliau rela mempersembahkannya untuk digunakan sebagai bangunan Gereja. Lokasi gereja ini adalah baik dengan perhubungan yang senang. Para pemercaya sangat gembira dan memuji Tuhan.
Selepas ini, banyak mujizat dan tanda berlaku dan bilangan pemercaya juga bertambah. Dua orang diangkat sebagai Dn Nathanael Chee dan Dns Mary Chin.
Pada 1941, bilangan pemercaya meningkat ke 329 orang. Pada masa pemerintahan Jepun, kebaktian dijalankan seperti biasa. Kadangkala, askar-askar datang ke gereja melihat kebaktian tetapi menghormati dan mematuhi peraturan gereja. Mereka duduk senyak dan bersembahyang bersama dengan jemaat.
Selepas Peperangan Dunia Kedua, sebuah bangunan yang dapat menampung 200 orang di sebuah tanah 0.8 KM (1/2 batu) dari Bandar Beaufort telah dibangunkan. 30 tahun selepas itu, kerana bangunan ini telah lama rosak, maka pada 1974, sebuah bangunan yang lebih besar dan baik yang berharga RM30,000.00 didirikan dan pentahbisan bangunan serta Kebaktian Kebangunan Rohani diadakan pada bulan Disember.
Malangnya, ramai penduduknya terutama sekali belia telah berpindah ke bandar besar untuk mencari rezeki yang lebih baik. Hingga hari ini, hanya terdapat 30-40 orang sahaja. Sejak Dn TImothy Ho (Ho Loi Jin) meninggal dunia, tugas-tugas gereja dipertanggungjawabkan oleh Sdra Vun Thau Liong dan Sdra Ho Sing Chong. Gereja Kota Kinabalu sentiasa menghantar orang untuk membantyu pemyampaian khutbah pada Hari Sabat dan juga menjalankan kelas Pendidikan Agama. Terdapat satu kelas dengan 12 murud dan 2 guru. Penguasa Pendidikan Agama ialah Wong Siew Ping dan dibantu oleh Wong Khin Yin. Jawatankuasa Gereja kini terdiri daripada berikut: –
Hal Ehwal Agama : Vun Thau Liong, Ho Sing Chong (Naib)
Hal Ehwal Am : Asit Yusof, Lim Guna Phin (Pembantu)
Bendahari : Mark Wong Fui Kong, Thu Bytuk Choi (Pembantu)
Setiausaha: Vun Pek Yun, Pan Liew Yun (Pembantu)
