Views: 777
Similar Posts
Krisis Dalam Kemakmuran – Hujan MUSIM SEMI Terbitan 58
[dflip id="7529" ][/dflip]
Kemakmuran dalam hidup adalah impian setiap manusia.
Kita sentiasa merancang setiap detik langkah kehidupan supaya setiap usaha, keringat dan jerih payah kita diakhiri dengan kesenangan dan kejayaan.
Saat kita berusaha untuk menggapai impian ini, acap kali kita memohon penyertaan Tuhan supaya kita berhasil. Kita bertindak seperti Yakub yang berdoa di Betel memohon Tuhan menyertai perjalanan-Nya.
Persoalannya, tatkala kita mengecapi kejayaan dari usaha serta berkat Tuhan, adakah terdetik di hati kita untuk mengembalikan kemuliaan serta membalas kasih Tuhan ?
Saat kita berpuas hati serta bersenang lenang menikmati kemegahan harta kita, adakah kita masih mempunyai iman yang tulus seperti saat kita bertelut dan merendahkan diri memohon penyertaan daripada Tuhan suatu ketika dahulu ?
Hujan Musim Semi 28: Mengalahkan Dunia
[dflip id="7928" ][/dflip]
Naskah ini memaparkan tema ‘Mengalahkan Dunia’ sebagai renungan dan dorongan bersama. Saban hari umat dunia disajikan berita dan peristiwa tentang bangsa melawan bangsa, serta peperangan antara kerajaan atau negara.
Hujan Musim Semi 38: Mengenakan Jubah
[dflip id="8009" ][/dflip]
Terbitan 38 Majalah Hujan Musim Semi telah menetapkan tema ‘Mengenakan Jubah’. Tema ini memberi kesedaran kepada pembaca tentang kasih Tuhan. Tuhan yang kita sembah merupakan Bapa Syurga yang penuh kasih.
Hujan Musim Semi 49: Semangat Menginjil
[dflip id="7886" ][/dflip]
Tuhan menghendaki anak-anakNya memberitakan firman kebenaran untuk disebarkan ke seluruh dunia. Rencana Tuhan bukanlah rencana manusia, namun perintah Tuhan haruslah kita pegang dengan teguh dan melaksanakannya dengan tekun. Diharapkan melalui terbitan kali ini, pembaca.
Misi Di Sebalik Wabak – Hujan MUSIM SEMI Terbitan 55
[dflip id="7483" ][/dflip]
Tidak kisahlah sama ada manusia bekerja untuk sesuap nasi atau hanya bekerja untuk memenuhi kehendak hidupnya, yang pasti mereka sebenarnya mempunyai misi dalam kehidupan masing-masing.
Namun, misi kehidupan manusia terjejas sejak dua tahun ini kerana bumi dilanda penyakit sampar yang telahpun meragut jutaan nyawa.
Dalam edisi ini, Hujan Musim Semi membawa pembaca ke arah satu titik fokus iaitu berdoa, berpuasa dan terus bergerak ke arah cahaya fajar sesudah pandemik ini berlalu.
Tuhan sedang menguasai rentas masa sepanjang zaman malahan Dialah Tuhan yang abadi dan tidak berkesudahan.
Tuhan Yesus tidak akan membiarkan anak-anak-Nya berjalan sendiri melalui lembah bahaya kehidupan.
Tuhan turut bekerja dalam segala sesuatu untuk kebaikan kepada anak-anak-Nya.
Hujan Musim Semi 30: Kobarkan Karunia Tuhan
[dflip id="7943" ][/dflip]
Setiap manusia dilahirkan dengan keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Banyak orang beranggapan bahawa dirinya serba kekurangan dan tidak tahu melakukan banyak perkara.
