Views: 144

Kabu Baru adalah salah sebuah kampung di Nabawan, sebuah pekan kecil di daerah Keningau. Sejak awal tahun 70-an, Nabawan telah dipilih oleh Kerajaan dahulku sebagai satu tapak untuk Skim Penempatan. Ia terletak lebih kurang 65KM dari Keningau, Pusat Pentadbiran Presidensi Pedalaman. Jalan raya di Keningau sebahagian besarnya tiada diaspalkan dan curam serta berbahaya.

Hampir semua kawasan Kampung Kabu Baru telah dimajukan oleh saudara-saudara Murut, salah satu suku kaum tempatan di Sabah. Di antara saudara yang paling awal ialah Songorou, Ansaning, Biti, Pengawai dan Kailoh. Pada tahun 1977, mereka datang dari satu kawasan penempatan di Nabawan, iaitu Kampung Lima. Mereka ini melalui semangat sendiri telah menarik hati ramai orang tempatan yang lain dari Kampung Lima. Orang-orang baru 95% di antaranya adalah ahli-ahli Gereja Yesus Benar menamakan kampung baru mereka sebagai ‘Kampung Kabu Baru”. Satu masalah yang mereka hadapi di Kampung Kabu Baru ialah tiada tempat yang sesuai untuk Kebaktian Hari Sabat.. Syukur kepada Tuhan, masalah ini telahpun dapat diatasi dalam tahun 1978 apabila Kerajaan membina sebuah balai raya. Balai raya tersebut telah digunakan sebagai tempat beribadat selama lebih kurang 7 tahun. Syukur kepada Tuhan, kerana pada 1984 saudara-saudara di Kabu Baru telah mampu membina sebuah gereja dengan bantuan Ibu Gereja. Gereja yang mereka bina adalah berukuran 11m x 6.1m (36 kaki x 20 kaki).

Kebaktian Sabat diadakan oleh Sdra Antui Bulungon dan dibantu oleh Akim Tawang, Sundang Pongolot dan Undi Pongolot. Jumlah pemercaya sekarang ialah kira – kira 60 orang. Disebabkan tapak gereja ini adalah jauh dari jalan raya, ianya tidak disenaraikan oleh Ibu Gereja dalam jadual perjalanan penggembalaan pendeta. Baru-baru ini atas permohonan gereja tersebut, Ibu Gereja telah memasukkan gereja tersebut dalam jadual. Kini terdapat satu Kelas Pendidikan Agama dengan 24 kanak-kanak yang dikendalikan oleh Sdra Anduan Mulung, seorang guru Pendidikan Agama sepenuh masa Ibu Gereja. Jawatankuasa Gereja mengandungi yang berikut:

Pengerusi : Undi Pongolot, Antui Bulungon (Naib)
Setiausaha: Akim Tawang
Bendahari : Songorou Kalah
Hal Ehwal Am : Sundang Pongolot
Hal Ehwal Agama : Ampasok Malangging
Ahli Jawatankuasa: Uran Antui

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *