Views: 537
Jemaat Gereja Somodon dan jemaat di Kampung Madang mempunyai kaitan yang rapat.
Pada tahun 1974, Sdra Guntarak bin Lombut dari Kampung Madang telah memohon kepada Dn Yakub Agan dari Gereja Wangkod 1 untuk membina sebuah rumah doa di Kampung Madang. Ini disebabkan jaraknya dari Madang ke Kampung Madang terlalu jauh bagi jemaat dan jika cuaca tidak baik mereka tidak dapat pergi sama sekali.
Atas permintaan Sdra Guntarak Dn Yakub bersetuju. Akibatnya Sdra Santul bin Kodou dilantik untuk mengadakan kebaktian di rumah Sdra Guntarak yang kemudiannya menjadi rumah doa. Tidak lama kemudian rumah doa ditukarkan ke rumah Sdra Buan bin Bois yang kosong dan sesuai untuk digunakan.
Di antara 1974-79 mereka ingin mendirikan sebuah gereja tetapi gagal kerana ketua emreka Sdra Guntarak dan juga beberapa ahli lain bertukar iman. Akhirnya, hanya sedikit sahaja yang masih aktif. Di antara 1979-80 anggota-anggota yang tinggal di Kampung Madang kembali ke Gereja Wangkod 1 untuk menghadiri Kebaktian Sabat.
Syukur kepada Tuhan kerana pada 9 Mei 1981, semua anggota dari Kampung Madang dan Somodon mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pembinaan sebuah gereja di Somodon. Dn Benjamin Sinduman dari Gereja Wangkod dijemput untuk memperusikan mesyuarat tersebut. Adalah dipersetujui bahawa rumah Sdra Bangilan bin Panganting digunakan sebagai rumah doa. Para pemercaya dari Kampung Madang dan Somodon akan berhimpun di rumah Sdra Bangilan.
Pada 16 Mei 1981, Kebaktian yang pertama bermula di Sdra Bangilan, diketua oleh Pdt Timotius Borubui dan dihadiri oleh lebih kurang 30 orang.
Pada 23 Mei 1981, pembinaan sebuah gereja berukuran 12.2m dengan 7.3m (40 kaki dengan 24 kaki) dengan harga lebih kurang $4,000 bermula. Setiap keluarga memberi derma persepuluhan dan juga tenaga terhadap pembinaan gereja ini. Pada 3 Julai 1982 gereja tersebut telah mula digunakan dan ditahbiskan pada 9 Ogos 1982 sempena Kebaktian Kebangunan Rohani.
Sejak gereja ditubuhkan para belia sangat giat menyertai aktiviti-aktiviti khasnya dalam segi pendidikan agama. Sebuah asraam yang dapat memuatkan 45 orang telahpun dibinakan kemudian. Pada masa sekarang ada seramai 116 orang anggota. Ahli-ahli Jawatankuasa adalah berikut:-
Hal Ehwal Agama: George Lo, Bangilan Panganting (Timbalan)
Hal Ehwal Am : Gindong Buan, Siton Lunggoi (Pembantu)
Bendahari: Sopinah bte Maradan
Setiausaha: Gimolon bin Kandaring
