Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 30
Nyanyian syukur kerana selamat dari bahaya (Maz 30:1-13)
1 Mazmur. Nyanyian untuk pentahbisan Bait Suci. Dari Daud.
2 Aku akan memuji Engkau, ya TUHAN,
sebab Engkau telah menarik aku ke atas,
dan tidak memberi musuh-musuhku bersukacita atas aku.
3 TUHAN, Allahku, kepada-Mu aku berteriak minta tolong,
dan Engkau telah menyembuhkan aku.
4 TUHAN, Engkau mengangkat aku dari dunia orang mati,
Engkau menghidupkan aku di antara mereka yang turun ke liang kubur.
5 Nyanyikanlah mazmur bagi TUHAN, hai orang-orang yang dikasihi-Nya,
dan persembahkanlah syukur kepada nama-Nya yang kudus!
6 Sebab sesaat saja Ia murka,
tetapi seumur hidup Ia murah hati;
sepanjang malam ada tangisan,
menjelang pagi terdengar sorak-sorai.
7 Dalam kesenanganku aku berkata:
“Aku takkan goyah untuk selama-lamanya!”
8 TUHAN, oleh kerana Engkau berkenan,
Engkau telah menempatkan aku di atas gunung yang kokoh;
ketika Engkau menyembunyikan wajah-Mu, aku terkejut.
9 Kepada-Mu, ya Tuhan, aku berseru,
dan kepada Tuhanku aku memohon;
10 “Apakah untungnya kalau darahku tertumpah,
kalau aku turun ke dalam lobang kubur?
dapatkah debu bersyukur kepada-Mu
dan memberitakan kesetiaan-Mu?
11 Dengarlah, Tuhan, dan kasihanilah aku,
TUHAN, jadilah penolongku!”
12 Aku yang meratap telah Kauubah menjadi orang yang
menari-nari,
kain kabungku telah Kaubuka,
pinggangku Kauikat dengan sukacita,
13 supaya jiwaku menyanyikan mazmur bagi-Mu
dan jangan berdiam diri.
TUHAN, Allahku, untuk selama-lamanya
aku mau menyanyikan syukur bagi-Mu.
Tajuk: Memuji Keselamatan Tuhan
Tema: Nyanyian pujian Daud memuji dan bersyukur kepada Tuhan yang melepaskannya dari maut.
Latar Belakang:
1. Mengikut catatan pembuka fasal ini, boleh diketahui nyanyian ini ditulis Daud pada waktu pentahbisan Bait Suci. Kalau merujuk kepada peristiwanya, tidak mungkin Daud ada melibatkan diri di dalam pentahbisan Bait Suci. Perkataan ‘Bait Suci’ di dalam bahasa asalnya tidaklah berapa jelas maksudnya. ‘Bait’ kemungkinan ditujukan kepada Bait Suci ataupun rumah istana Daud. Tambahannya dalam bahasa asal perkataan yang digunakan ialah ‘rumah’ bukan ‘bait’. Ada sesetengah pihak berpendapat sewaktu Daud menghitungkan jumlah umat, dia tidak mempersembahkan perak korban penghapus dosa seperti yang telah ditetapkan (30:11-16; II Raj 24) lalu Allah menurunkan bencana di dalam kemurkaan. Kemudian Daud telah membelikan tempat pengirikan Arauna orang Yebus itu, dan mendirikan mezbah, mempersembahkan korban kepada Tuhan lalu Allah menghentikan penyakit sampar. Dari itu Daud menuliskan nyanyian ini mengucap syukur kepada Tuhan dan kemudiannya nyanyian ini turut dinyanyikan di dalam upacara pentahbisan Bait Suci (sila baca Mzm 24).
2. Meninjau isi kandungannya, ini merupakan suatu nyanyian kesyukuran yang ditulis Daud setelah dia mengalami penyiksaan yang umpama membawa maut dan bersyukur kerana anugerah besar Tuhan yang menyelamatkannya dari maut dan dunia orang mati.
Kategori:
Fasal ini tergolong sebagai nyanyian pujian peribadi
Hubungan dengan gulungan kitab lain:
1. sama adalah seperti fasal 3, 7, 18, 34, 51, 52, 54, 56, 57, 59, 60, 63
2. Ayat 4 dan fasal 16 ayat 10 (Kis 2:27) adalah ayat-ayat suci yang berkaitan, yaitu bernubuat tentang Mesias.
3. Sesaat saja Allah murka tetapi seumur hidup Ia murah hati, ini adalah serba bersamaan dengan ajaran Tuhan (Yoh 14:27; 16:20, 22, 33)
Garis kasar:
I. Pengistiharan puji-pujian (2-4)
~ Aku mau memuji Engkau
(1) Engkau telah menaikkan aku ke atas
~Tidak memberi musuh-musuhku bersukacita
(2) Engkau telah menyembuhkan aku
~ Sewaktu aku berteriak meminta tolong
(3) Engkau telah menyelamat-hidupkan aku
~ Sewaktu aku di dunia orang mati
II. Huraian puji-pujian (5-6)
~ Segenap bangsa harus memuji Tuhan
(1) NamaMu diperingati
~Sama-sama memuji nama KudusNya
(2) Seumur hidup Ia murah hati
~ MurkaNya sesaat sahaja
(3) Dia memberi sukacita
~ Kesedihan dan kedukaan hanya seketika, sementara dan singkat
III. Motif puji-pujian (7-12)
~ Memuji anugerah keselamatan Tuhan
(1) Kerana aku bermegah diri maka Allah menyembunyikan wajah
a. Sewaktu kesenangan, menganggap diri sendiri selamanya tidak akan goyah
b. Sewaktu kesenangan, menganggap diri sendiri selamanya tidak akan goyah
(2) Kerana aku berseru, maka Tuhan mendengar
a. Hati memohon dengan sungguh-sungguh kepada Tuhan
b. Berharap dapat memasyhurkan Tuhan
~ Sesudah turun ke lubang kubur, apakah dapat menceritakan kesetiaan Tuhan
c. Memohon Tuhan menjawab aku
~ Kasihani dan menolong
d. Allah telah mendengar aku
~ Ratapan menjadi sukacita
IV. Aspirasi puji-pujian (13)
~ Bertekad menyanyi memuji Tuhan
a. Menyanyi di dalam ketulusan
b. Berterusan untuk selama-lamanya
