Views: 136

Doa mohon dibenarkan oleh TUHAN (Mazmur 26:1-12)

1 Dari Daud.
Berilah keadilan kepadaku, ya TUHAN,
sebab aku telah hidup dalam ketulusan;
kepada TUHAN aku percaya
dengan tidak ragu-ragu.

2 Ujilah aku, ya TUHAN, dan cobalah aku;
selidikilah batinku dan hatiku.

3 Sebab mataku tertuju pada kasih setia-Mu,
dan aku hidup dalam kebenaran-Mu.

4 Aku tidak duduk dengan penipu,
dan dengan orang munafik aku tidak bergaul;

5 aku benci kepada perkumpulan orang yang berbuat jahat,
dan dengan orang fasik aku tidak duduk.

6 Aku membasuh tanganku tanda tak bersalah,
lalu berjalan mengelilingi mezbah-Mu, ya TUHAN,

7 Sambil memperdengarkan nyanyian syukur dengan nyaring,
dan menceritakan segala perbuatan-Mu yang ajaib.

8 TUHAN, aku cinta pada rumah kediaman-Mu
dan pada tempat kemuliaan-Mu bersemayam.

9 Jangalah mencabut nyawaku bersama-sama orang berdosa,
atau hidupku bersama-sama orang penumpah darah,

10 yang pada tangannya melekat perbuatan mesum,
dan yang tangan kanannya menerima suapan.

11 Tetapi aku ini hidup dalam ketulusan;
bebaskanlah aku dan kasihanilah aku.

12 Kakiku berdiri di tanah yang rata;
aku mahu memuji TUHAN dalam jemaah.

Tajuk:
Ujilah Aku, Ya Tuhan

Tema:
Daud memohon Tuhan menghapuskan serangan tak bersebab dari musuh ke atasnya.

Latar belakang:
1. Latar belakang sejarah fasal ini kebanyakkannya catatan di dalam II Sam 4. Pada waktu tersebut ada sesetengah orang menyangka bahwa pembunuhan Abner [anak Ner, seorang panglima Saul] dan Isyboset [anak raja Saul] adalah komploton Daud lalu mereka menanggungkan dosa ini ke atas Daud, menuduh bahwa dia telah bertindak membelakangi moral hati nuraninya (II Sam 16:5-8; Mzm 7:5-6). Tatkala menghadapi serangan demikian, Daud memohon kepada Tuhan agar membela dirinya.

2. Ada juga orang menganggap fasal ini mempunyai latar belakang peristiwa pemberontakan Absalom dan Daud memohon Tuhan merahmati agar ia segera boleh kembali ke Sion, beribadah kepadaNya di Bait Suci.

Kategori:
Nyanyian ratapan peribadi

Hubungan dengan gulungan kitab lain:
Dalam keseluruhan fasal ini Daud mengakui dirinya tidak bersalah dan ia memohon Tuhan membela bagi pihaknya. Fasal yang sebelumnya (fasal 25) ialah doa Daud yang mengakui dosa dan menyesal sambil bertobat. Kedua-dua fasal ini adalah satu kontra yang sangat ketara.

Garis kata:
I. Hatiku tulus dan benar (1-3)
a. Hidup dalam ketulusan (1)
~ Percaya kepada Tuhan dengan tidak ragu-ragu

b. Boleh diuji (2)
~ Selidikilah batin dan hatiku

c. Hidup dalam kebenaran (3)
~ Oleh kerana kasih setiaMu

2. Hatiku membenci dosa kejahatan (4-5)
a. Tidak duduk dengan penipu
b. Tidak duduk dengan orang fasik

3. Hatiku suci (6-8)
a. Tanganku tak bersalah (6)
~ Barulah berani persembahankan korban

b. Mulutku memuji bersyukur (7)
~ Bersaksi tentang perbuatan Tuhan

c. Aku cinta pada Bait Suci (8)
~ Merindukan kemuliaan Tuhan

4. Memohon Tuhan menyelamatkan aku (9-12)
a. Memohon Tuhan membezakan antara baik dengan jahat (9-10)
~ Pada tangan orang fasik melekat perbuatan mesum dan mereka menerima suapan

b. Memohon TUhan mengasihani dan membebaskan (11)
~ Aku bertekad hidup dalam ketulusan

c. Aku mau memuji Tuhan (12)
~ Ketika aku berdiri di tanah yang rata

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *