Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 24
Kedatangan Raja Kemuliaan dalam Bait Allah (Mazmur 24:1-10)
1 TUHANlah yang empunya bumi serta segala isinya,
dan dunia serta yang diam di dalamnya.
2 Sebab Dialah yang mendasarkannya di atas lautan
dan menegakkannya di atas sungai-sungai.
3 “Siapakah yang boleh naik ke atas gunung TUHAN?
Siapakah yang boleh berdiri di tempat-Nya yang kudus?”
4 “Orang yang bersih tangannya dan murni hatinya,
yang tidak menyerahkan dirinya kepada penipuan,
dan yang tidak bersumpah palsu.
5 Dialah yang akan menerima berkat dari TUHAN
dan keadilan dari Allah yang menyelamatkan dia.
6 Itulah angkatan orang-orang yang menanyakan Dia,
yang mencari wajah-Mu, ya Allah Yakub”.
7 Angkatan kepalamu, hai pintu-pintu gerbang,
dan terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abad,
supaya masuk Raja Kemuliaan!
8 “Siapakah itu Raja Kemuliaan?”
“TUHAN, jaya dan perkasa,
TUHAN, perkasa dalam peperangan!”
9 Angkatlah kepalamu, hai pintu-pintu gerbang,
dan terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abad,
supaya masuk Raja Kemuliaan!
10 “Siapakah Dia itu Raja Kemuliaan?”
“TUHAN semesta alam,
Dialah Raja Kemuliaan!”
Tajuk:
Siapakah Raya yang mulia?
Tema:
Sewaktu menyambut tabut perjanjian yang mulia, Daud menyanyi memuji keperkasaan atau keagungan Tuhan
Latar belakang:
Fasal ini dikarang oleh Daud sewaktu menyambut kembali tabut perjanjian dari rumah Obed-Edom kembali ke Sion (II Sam 6:6-19). Pada waktu tersebut, kemungkinan terdapat satu kumpulan raksaksa penyanyi yang mengiringi sambil menyanyi membawa tabut perjanjian untuk disimpan ke tempat yang telah disediakan (ruj: I Taw 15:2-27)
Kategori:
Merupakan karangan mazmur sahut-menyahut ataupun kumpulan penyanyi imam dan orang Lewi menyoal manakala jemaah jawab menyahut. Dinyanyi unison secara bergilir-gilir. Cara sahut-menyahut nyanyi ini ialah:
I. Apabila tabut perjanjian tiba di kaki bukit Bait Suci (1-6)
a. Kumpulan koir menyanyi (1-2)
b. Pemimpin koir menyanyi solo mengajukan soalan (3)
c. Kumpulan koir menjawab soalan (4-5)
d. Jemaah menyanyi unison (6)
II. Apabila tabut perjanjian tiba di atas gunung dekat pintu Bait Suci dan bersedia diangkat ke dalam (7-11)
a. Kumpulan koir menyanyi (7)
b. Pemimpin koir menyanyi solo mengajukan soalan (8a)
c. Jemaah menyanyi menjawab soalan (8b)
d. Kumpulan koir menyanyi (9)
e. Pemimpin koir menyanyi solo mengajukan soalan (10a)
f. Jemaah menyanyi menjawab soalan (10b)
Hubungan dengan gulungan kitab lain:
1. Fasal ini serba sama dengan fasal 15, iaitu fasal adik-beradik dan kedua-duanya ditulis pada masa yang sama.
2. Berkaitan secara langsung dengan fasal 22 dan 23. Fasal ini bernubuat tentang Kristus akan masuk ke dalam Kota Yerusalem dengan penuh kemuliaan. Kali pertama ialah sebelum Dia disiksa (Mat 21:1-11) dan kali kedua ialah sewaktu Dia datang kembali dari Sorga (Why 21:1-7), barulah demikian tergenapnya seluruh fasal ini (Flp 2:9-11)
3. Di dalam kitab Yunani dan Latin, pembuka fasal ini berbunyi: “Sehari sesudah hari Sabat. Mazmur Daud” menunjukkan ianya dinyanyikan pada hari Ahad.
Garis kasar:
I. Dia ialah pencipta (1-2)
1. Dialah yang empunya segala sesuatu (1)
a. Bumi serta segala isinya
b. Dunia serta yang diam di dalamnya
2. Yang diciptakan (2)
a. Dia yang mendasarkannya di atas lautan
b. Menegakkannya di atas sungai-sungai
II. Dia ialah penyelamat (3-6)
1. Kelayakkan untuk naik ke atas gunung Tuhan (4) ~ syarat-syarat
a. Tangan bersih, suci hati
b. Tidak menyerahkan diri kepada penipuan
c. Tidak bersumpah palsu
2. Kesudahan naik ke atas gunung Tuhan (5-6)
a. Menerima berkat daripada Tuhan
b. Menerima keadilan daripada TUhan
c. Adalah angkatan orang-orang yang menanyakan Tuhan
d. Adalah Yakub yang mencari wajah Tuhan
~ Dikenan-terima Tuhan
III. Dia iaiah pemerintah (7-10)
1. Diharap-nantikan segala bangsa
a. Angkatlah kepalamu, hai pintu-pintu gerbang
b. Terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abad
2. Gambar rupa Raja Kemuliaan
a. Tuhan Allah yang maha perkasa
b. Tuhan Allah semesta alam
