Antara Agama dan Perayaan (Perayaan Halloween)

Rebecca Yuan – Canoga Park,
California, USA

Apakah yang kita kuduskan?
Kenangan pertama saya tentang perayaan Halloween berlaku ketika saya berumur enam tahun. Ketika itu kami berada di Bandar Texas. Saya masih ingat, ibu bapa saya memalapkan lampu dan memberitahu kami agar kami senyap supaya ‘Trick or Treat’ (kanak-kanak yang memakai kostum yang menyeramkan) akan percaya bahaya tiada orang di rumah. Pengalaman itu telah menjadi adat atau amalan tradisi untuk tahun-tahun yang seterusnya. Seperti kebanyakkan jemaat Gereja Yesus Benar yang lain, ibu bapa saya percaya bahawa Halloween mempunyai kaitan dengan roh yang jahat dan harus dielakkan.

Walau bagaimanapun, kebelakangan ini ada perubahan persepsi dalam kalangan seiman kita tentang perayaan Halloween. Ada yang menganggap perayaan ini adalah salah satu budaya Amerika dan salah satu acara komuniti atau acara sosial yang tidak berbahaya. Antara senarionya ialah anak-anak kita bergaya untuk perarakan Halloween di sekoalh, remaja kita menghadiri parti kostum dan orang dewasa pergi kerja dengan memakai pakaian yang berkarakter. Demi menjadi jiran yang baik(atau untuk memenuhi kehendak prakster), kita menyapa dan menyediakan gula-gula untuk ‘trick or treat’. Kadang-kadang kita membiarkan anak-anak kita mengikuti ‘trick or treat’ dengan kanak-kanak dari gereja yang lain.

Adakah pendirian asal gereja tentang Halloween kuno, sama seperti larangan untuk mengeritingkan rambut ataupun pembahagian yang tegas di antara tempat duduk di antara saudari dan saudara di dalam gereja?

Sekiranya ya, mengapakah begitu banyak agama Kristian yang melarang penglibatan dalam Halloween? Adakah kita sangat konservatif terhadap hal yang menggalakkan semangat bermasyarakat, kreativiti, hal kebaikan, kebersihan dan keseronokan? Apakah sebenarnya yang kita lakukan atau rayakan apabila kita terlibat dalam Halloween?

ASAL USUL HALLOWEEN
Walaupun Halloween pada dasarnya hanyalah cuti umum, sebenarnya ia masih mempunyai banyak pengaruh daripada asal-usulnya iaitu pagan. Apabila kita meneliti sejarah Halloween, kita dapat melihat maksud rohani yang wujud di sebalik ritual-ritual yang masih dilakukan pada zaman moden kini.

SAMHAIN, PERAYAAN ORANG MATI
Asal-usul Halloween dapat dikesan daripada Perayaan Celtic Kuno yang dipanggil ‘Samhain’ (bermaksud ‘Musim panas sudah berakhir’ yang disebut ‘sow-en’). Perayaan itu disambut pada setiap 31 Oktober dan menandakan permulaan musim yang gelap, yang berkaitan dengan kematian dan matahari yang semakin malap.

Orang Britons kuno percaya bahawa pada hari itu, garis sempadan di antara orang hidup dan orang mati adalah kabur. Orang mati boleh datang melawat keluarga dan rakan-rakan mereka dan orang yang masih hidup boleh ditipu untuk pergi ke dunia orang mati. Maka, orang melakukan apa yang mereka mampu lakukan untuk melindungi diri mereka.

Imam Celtic yang dipanggil ‘Druids’ membina tempat api suci untuk orang membakar binatang, tanaman dan juga manusia untuk memuaskan Muck Olla iaitu tuhan matahari dan Samhain yang merupakan tuhan kematian . Ketika ritual berlangsung, orang memakai kostum yang diperbuat dariapda kepala dan kulit binatang. Mereka menari, menyanyi dan melompat, melangkahi api untuk menakutkan roh yang jahat.

Di rumah, makanan ditinggalkan di luar rumah untuk memuaskan roh-roh yang berkeliaran. Mereka mengukir lobak untuk membentuk tanglung. Ia digunakan untuk menghalau roh yang jahat. Sekiranya seseorahng harus keluar rumah apabila hari sudah gelap, mereka harus menyamar sebagai perlindungan.

Bagi sesetengah orang, ini adalah peluang yang baik untuk bergurau di antara satu sama lain kerana kelainan boleh dikaitkan kepada roh-roh. Bagi sesetengah orang yang lain pula, ini adalah peluang yang baik untuk menilik nasib kerana kehadiran kuasa ghaib membuatkan ia lebih senang untuk meramal masa depan.

Apabila kerajaan Roma menguasai Wilayah Celtic pada tahun 434 selepas masihi, mereka mendapati bahawa Perayaan Samhain menyerupai perayaan orang Roma iaitu ‘Feralia’. Menurut perayaan tersebut, pada hari terakhir bulan Oktober, orang mati akan diingati. Sehari selepas Feralia adalah masa untuk memuliakan Pomona iatu dewi buah-buahan dan taman -taman Roma. Simbol Pomona, adalah buah epal yang menjelaskan kebiasaan ‘mengunyah’ buah epal.

Kristian ‘mewarisi Halloween’ daripada zaman pagan’ apabila Ireland menjadi negara Kristian pada abad ke 5.

Pada tahun 835 selepas masihi, Pope Gregory IV cuba untuk menggantikan Samhain dengan cuti gereja yang dipersetujui dengan mengisytiharkan 1 November sebagai Hari Raya Semua orang kudus untuk menghormati orang kudus dan yang mati syahid. Pada tahun 900 selepas masihi, gereja sedar bahawa Hari Raya Semua Orang Kudus tidak menggantikan adat sebelum zaman Kristian, maka Hari Raya semua jiwa telah ditubuhkan pada 2 November untuk mengiktiraf semua jiwa yang setia yang telah mati pada tahun sebelumnya.

Perayaan ini adalah untuk memperingati Samhain dengan adanya api-api, perarakan dan juga orang yang memakai kostum. Untuk tidak menggalakkan orang meninggalkan makanan di luar kepada roh-roh yang berkeliaran, gereja menggalakkan amalan pemberiakan ‘kek-jiwa’. Keluarga yang miskin akan meminta makanan dan keluarga-keluarga yang lain akan memberikan roti pastri yang dipanggil ‘kek-jiwa’ sebagai pertukaran untuk doa kepada keluarga si mati.

Semua malam suci, hari raya orang kudus dan hari raya semua jiwa dipanggil’Hallowmans’.

HALLOWEEN MENJADI BUDAYA ORANG AMERIKA
Populasi pendatang Irish yang besar iaitu orang yang melarikan diri daripada ‘Potato Famine’ pada tahun 1846 telah membawa tradisi Halloween mereka ke Amerika. Pada 31 Oktober, pendatang baru itu akan berdandan, bermain ‘pranks’ iaitu mengemis meminta duit dari satu rumah ke rumah yang lain dan menilik nasip dengan buah epal dan kekacang (simbol Pomona dan Samhain). Mereka juga mengukir tanglung daripada buah labu, sayur dunia baru yang lebih besar dan lebih senang diukir berbanding dengan lobak.

Malangnya, ‘prank’ itu menyebabkan kemusnahan kepada rumah dan juga perniagaan sekitar tahun 1920an. Hal ini telah mengesa komuniti untuk mencari alternatif lain yang lebih selamat. Kanak-kanak yang ‘baik’ digalakkan untuk memakai kostum dan menerima gula-gula dari kedai atau rumah yang mereka lawati. Frasa ‘Trick or treat’ dicipta sebagai ucapan salam, maka versi Halloween Amerika pun tercipta. Pada tahun 1930 an, 31 Oktober merujuk sebagai ‘malam pengemis’ dan dirayakan di seluruh dunia.

Halloween di Amerika telah dipersetujui sebagai cuti untuk kanak-kanak yang berorientawsikan kejiranan sehingga tahun 1970an, apabila aktiviti orang dewasa menjadi terkenal sekali lagi. Kedai runcit dan taman permainan telah turut serta dan menekankan kepetingan komersil kepada cuti yang ‘menakutkan’.

Pada hari ini, Halloween menjadi salah satu cuti komersil yang mengaut keuntungan yang banyak, melibatkan orang muda dan juga orang tua.

Sementara itu, ada kebangkitan penyembahan roh di beberapa buah tempat di Amerika seperti Salem, Massachusetts, ahli sihir zaman moden berkumpul pada bulan Oktober untuk perayaan Samhain pada malam sebelum Halloween. Perayaan ini adalah kebangkitan daripada perayaan Celtic kuno, lengkap dengan api Samhain, sihir, laungan dan penghormatan kepada Dewi Roma dan Kanaan. Agama yang menyembah syaitan juga menganggap 31 Oktober sebagai ‘hari kudus yang tertinggi’ bagi mereka.

APAKAH YANG DIKUDUSKAN?
Mengkaji dan belajar tentang sejarah Halloween membuatkan saya amat terkejut. Saya rasa terganggu dengan asal usul Halloween yang begitu hitam dan rohaniah. Saya juga dapat mengesan persamaan antara Halloween dengan perayaan pagan cina iaitu Perayaan Bulan Hantu.

Bulan hantu orang cina adalah pada bulan ketujuh dalam kalendar lunar. Pada ketika itu dipercayai bahawa gerbvang neraka akan dibuka. Oleh sebabi tu, orang akan berarak di jalanan dengan memakai kostum hantu dan tuhan-tuhan, membakar kemenyan dan wang kertas serta memberikan makanan kepada hantu-hantu yang mengembara (terutamanya bagi mereka yang mati secara tidak semulajadi dan tidak tenang). Perayaan penyembahan berhala ini juga tidak menurut ajaran Alkitab. Walau bagaimanapun, unsur yang sama telah diterapkan iaitu sesuatu yang menyeronokkan dan berorientasikan kanak-kanak di bahagian barat dan diterima oleh beberapa pemercaya gereja kita.

Ini membuatkan saya berfikir. Sekiranya ‘kudus’ itu adalah untuk ‘menguduskan’ apakah yang kita kuduskan apabila kita merayakan Halloween? Semangat komuniti? Persahabatan? Pematuhan? Ketenangan? Persahabatan? Pematuhan? Ketenangan? Rapi? Tuhan? Adakah kita menghantar mesej kepada anak-anak kita hawa ktia benar-benar percaya akan bahagian pertama kata Doa?

“Bapa kami yang di Sorga, dikuduskanlah nama-Mu. Datanglah kerajaan-Mu. Jadilah kehendak-Mu dibumi seperti di Sorga.” (Mat 6:9,10).

GARIS PANDUAN ALKITAB TENTANG PERAYAAN HALLOWEEN
Selepas saya menghantar emel tentang hasil awal kajian saya kepada rakan-rakan dan pelajar di gereja sebelum berbeza. Ada ibu bapa yang telah menarik keluar anak -anak mereka daripada perayaan Halloween. Ada juga yang masih tidak yakin akan bahaya Halloween. Ini disebabkan oleh faktor “commercialisme’ telah mengalahkan signifikasi rohani perayaan itu dan Alkitab juga tidak secara khusus menyangkal Halloween.

Namun, Buku Kehidupan menyediakan bimbingan yang indah akan perkara yang berkaitan dengan kehidupan sehari-hari kita. Berikut adalah beberapa prinsip Alkitab yang dapat membantu kita untuk membuat keputusan berkaitan dengan Halloween.

MEMULIAKAN TUHAN DAN SALING MEMBANGUN DI ANTARA SATU SAMA LAIN.
Kita selalu mendengar, segala sesuatu diperbolehkan. Benar, tetapi bukan segala sesuatu berguna. Segala sesuatu diperbolehkan. Benar, tetapi bukan segala sesuatu membangun. Jangan seorangpun yang mencari keuntungannya sendiri, tetapi kehendaklah tiap-tiap orang mencari keuntungan orang lain (1 Kor 10:23-24).

Sebelum kita mengambil bahagian dalam Perayaan Halloween, marilah kita mempertimbangkan kesan daripada tindakan kita. Adakah tindakan kita akan memuliakan Tuhan di hadapan masyarakat bukan pemercaya? Adakah ia akan membangun rohani seiman kita?

Yesus memberitahu kita bahawa kita harus memuliakan Tuhan dengan menjadi menjadi garam dan terang dunia. Sebagai garam, kita haruslah mempunyai rasa Tuhan yang berbeza agar kita dapat merempahi dan menjadikan kehidupan orang lain menjadi lebih baik. Sekiranya ktia kehilangan kualiti Kristian kita, akibatnya kita ‘tidak ada lagi gunanya selain dibuang dan diinjak orang’ (Mat 5:13).

Yesus juga berkata kepada kita:
” Kamu adalah terang dunia… demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di sorga.”

Ya, mungkin kita menunjukkan semangat komuniti dan menjalinkan persahabatan dengan orang lian dengan mengikuti aktiviti-aktiviti temaptan seperti Halloween. Persoalannya, adakah tindakan kita memuliakan Tuhan? Apabial kita memberikan gula-gula kepada ‘trick or treats’, adakah kita membimbing orang kepada kedamaian dan sukacita Kristus? Atau, adakah ia menyebabkan rasa iman kita menjadi tawar dan tidak ada bezanya dengan orang dunia?

Kita harus ingat bahawa kita adalah duta Kristus (2 Kor 5:20), mewakili Tuhan yang tidak dapat dilihat kepada manusia di dunia ini yang memerlukan penyelamatan Tuhan. Sebab ‘bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri’, tugas kita adalah ‘memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kamu keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib’ (1 Pet 2:9) dan memimpin orang lain kep[ada hidup yang kekal.

Kita juga harus memastikan tingkah laku kita dapat membangun orang lain. Walaupun penglibatan kita dalam Halloween mungkin tidak memberi kesan kepada iman kita, kita mungkin akan memberi mesej yang salah kepada pemercaya yang masih muda dan masih baru untuk percaya bahawa adalah tidak mengapa untuk melibatkan diri dalam aktiviti -aktiviti yang tidak membangun dan mungkin bahaya.

Contohnya, ktia mugnkin tahu untuk mengelak daripada aktiviti membaca kad tarot di acara Halloween, tetapi pemercaya baharu yang masih belum memahami kekejian Tuhan terhadap aktiviti ramalan mungkin akan percaya bahawa aktiviti itu adalah baik. Apabila anak-anak mendapat kebenaran daripada kita untuk memakai pakaian karakter fantasi kegemaran mereka, mereka mungkin tidak dapat membezakan antara sihir fiksyen dengan amalan ghaib yang benar. Apapun yang kita lakukan, jangan biarkan tindakan itu menjadi batu sandungan bagi mereka yang lemah (1 KOr 8:19). Kita suci memberitahu kita, ” Jika engkau makan atau jika engkau minum, atau jika engkau melakukan sesuatu yang lain, lakukanlah semuanya itu untuk kemuliaan Allah. Janganlah kamu menimbulkan syak dalam hati orang, baik orang Yahudi atau orang Yunani, maupun jemaat Allah. sama seperti aku juga berusaha menyenangkan hatri semua orang dalam segala hal, bukan untuk kepentigan diriku, tetapi untuk kepentingan orang banyak, supaya mereka beroleh selamat” (1 Kor 10:31-33).

ELAKKAN APA YANG JIJIK DI MATA TUHAN
Sebelum orang Israel memasuki Tanah Kanaan, Tuhan memberitahu mereka,
“Apabila engkau sudah masuk ke negeri yang diberikan kepadamu oleh Tuhan, Allahmu, maka janganlah engkau belajar berlaku sesuai dengan kekejian yang dilakukan bangsa-bangsa itu. Di antaramu janganlah didapati seorangpun yang mempersembahkan anaknya laki-laki atau anaknya perempuan sebagai korban dalam api, ataupun seseorang yang menjadi petenunng, seorang peramal, seorang penelaah, seorang penyihir, seorang pemantera, ataupun seorang yang bertanya kepada arwah atau kepada roh peramal atau yang meminta petunjuk kepada orang-orang mati. Sebab setiap orang yang melakukan hal-hal ini adalah kekejian bagi TUHAN, dan moleh kerana kekejian-kekejian inilah TUHAN, Allahmu, menghalau mereka dari hadapanmu. Haruslah kengkau hidup dengan tidak bercela di hadapan TUHAN,Allahmu.” (Im 18:9-13).

Walaupun kebanyakkan peserta Halloween tidak lagi mengamalkan korban manusia atau binatang, tema roh peramal, sihir dan bertanya kepada arwah masih lagi menjadi unsur-unsur dalam perayaan itu. Ramalan dari segi menilik nasib sangat terkenal dan dianggap tidak membahayakan. Ahli sihir dan kucing hitam mereka diberi penghormatan di setiap hiasan Halloween. Orang yang kembali daripada mati digambarkan melalui karakter seperti zombie, vampire, mumia, hantu dan bunian.

Agar tidak dengan sengaja menggalakkan atau melibatkan diri dalam sihir, roh peramal ataupun kembali dari alam arwah, kita harus lebih berhati-hati dengan memisahkan diri kita daripada perkara yang menjijikan di mata Tuhan Yesus ketika Perayaan Halloween. Rasul Petrus telah mengingatkan kita, “tetapi hendaklah kamu menjadi kudus di dalam seluruh hidupmu sama seperti Dia yang kudus, yang telah memanggil kamu, sebab ada tertulis: Kuduslah kamu, sebab Aku kudus.”

HARUSLAH SEDAR BAHAWA KITA BERJUANG DALAM PEPERANGAN ROHANI
Akhirnya, kita haruslah sedar bahawa sekarang kita masih berjuang dalam peperangan rohani. Efesus 6:12 memberitahu kita, Kerana perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara.

Perbuatan tubuh fizikal kita akan ada akibat rohaninya. Contohnya, apabila ktia mengambil bahagian dalam Sakramen seperti Baptisan, Pembasuhan Kaki dan Perjamuan Kudus, kita bersatu dan mengambil bahagian di dalam Kristus (Rm 6:5; Yun 13:8, 1 Kor 10:16). Apabila kita makan makanan yang telah dipersembahan kepada berhala, kita bersekutu dengan syaitan (1 Kor 10:19,30). Apabila kita melakukan percabulan, kita berdosa terhadap bait Roh Kudus (1 Kor 6:18-19).

Bahaya penglibatan dalam aktiviti-aktiviti Halloween adalah kita mungkin memberi ruang kepada syaitan dengan cara tidak sengaja melakukan sesuatu yang mempunyai maksud rohani.

Sebagai cuti perayaan yang menekankan keputusan material dan kelainan, Halloween juga mungkin akan digunakan oleh syaitan untuk menggoda kita supaya kita berdosa. Si jahat ‘berjalan seperti singa yang mengaum-aum, mencari saiapa yang dapat ditelannya’ (1 Pet 5:6). Dia mencoba kita dengan cara yang sama ketika mencobai Tuhan Yesus iaitu menggunakan keinginan daging, keinginan mata dan keangkuhan hidup ( 1 Yoh 2:16).

Bagi kanak-kanak, cobaan itu mungkin dari segi jumlah gula-gula yang banyak dan memiliki kostum yang hebat. Bagi belia dan orang dewasa, cobaannya mungkin dari segi unsur sensual (kemabukan dan menari) dan rangsangan visual (kostum yang menjolok mata) ataupun kepuasan dari segi penerimaan atau pengiktirafan sosial.

Bagi kita, untuk menjalani kehidupan rohani yang penuh kemenangan, kita haruslah bebas daripada godaan-godaan keinginan terseubt. Kita harus bebas sepenuhnya daripada noda percabulan atau apapun jenis ketidaksucian dan ketamakan kerana hal itu tidak sesuai bagi umat kudus Tuhan (Efe 5:3, NIV).

Sebaiknya, kita haruslah memenuhi pemikiran kita dengan hal yang berikut:
“Semua yang benar, semua yang mulia, semua yang adil, semua yang suci, semua yang manis, semua yang sedap didengar, semua yang disebut kebajikan dan patut dipuji, pikirkanlah semuanya itu”.

Ini bermaksud, kadang kala kita harus mengorbankan perasaan rasa dipunyai dan biarlah kita rasa seperti ‘makhluk asing dan orang asing di dunia’ (1 Pet 2:11, NIV). Walau bagaimanapun, sekiranya kita dapat hidup sepenuhnya untuk Tuhan, ganjaran yang kita akan dapat adalah sangat berbaloi. Seperti yang dikatakan oleh pengarang Kitab Ibrani, “sebab kamu memerlukan ketekunan, supaya sesudah kamu melakukan kehendak Allah, kamu memperoleh apa yang dijanjikan itu.” (Ibr 10:36).

PENUTUP
Mungkin suakr untuk kita membuat pertimbangan sama ada mahu melibatkan diri dalam Perayaan Halloween atau tidak. Di satu pihak, kita tidak mahu terasa dikecualikan atau dipinggirkan daripada masyarakat. Pada masa yang sama, kita tidak mahu menimbulkan rasa benci dalam hati anak-anak kita terhadap kepercayaan kita. Kita mungkin percaya bahawa perayaan tradisi ini hanyalah cuti yang biasa dan tidak akan memberi ancaman terhadap iman kepercayaan kita. Tetapi di satu pihak yang lain, kita tidak mahu ingkar kepada Tuhan Yesus secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Diharap selepas pelajar sedikit tentang latar belakang Perayaan Halloween, kita dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang lebih baik berkenaan dengan cuti perayaan ini.

Sekiranya kita masih mempunyai masa yang sukar untuk membuat keputusan berkenaan penglibatan keluarga kita dalam Perayaan Halloween, marilah kita bertanya kepada Roh Kudus untuk memberikan kita kebijaksanaan dan pengertian. Seperti yang dinyanyikan oleh pemazmur :

“Perlihatkanlah kepadaku, ya TUHAN, petunjuk ketetapan – ketetapan-Mu, aku hendak memegangnya sampai saat terakhir. Buatlah aku mengerti, maak aku akan memegang Taurat-Mu, aku hendak memeliharanya dengan segenap hati. Biarlah aku hidup menurut petujuk perintah-perintah-Mu, sebab aku menyukainya.” (Mzm 119:33-35).

Antara Agama dan Perayaan (Krismas)

HARI NATAL MERUPAKAN PERKARA YANG SERIUS
Hari Natal iaitu ‘Christmas Day’ ialah perayaan yang terbesar dalam kalendar UK (United Kingdom). Sejak awal bulan Disember, tema utama perbualan ialah membeli-belah Hari Natal, persediaan untuk jamuan Hari Natal dan rancangan bagi pertemuan keluarga.

Dua minggu sebelum hari tersebut, perhiasan Hari Natal akan muncul dalam ruangan kerja. Sebakul penuh Kad Hari Natal dihantar dalam sampul surat atau dulang, bekalan pai daging kisar tidak pernah habis dan coklat bertambah banyak dalam bilik teh. Sekumpulan penyanyi carol yang diatur oleh badan-badan kebajikan dan pihak gereja mengerumuni orang ramai untuk tujuan mengumpul derma di stesen kereta api. Tidak kira kita suka atau tidak, Hari Natal telah tiba.

Bagi yang tidak menyambut Hari Natal, apa yang boleh dilakukan untuk menjauhkan diri daripada interupsi ini? Jikalau seseorang itu penganut Islam, adalah munasabah untuk mengatakan “saya merupakan penganut Islam, saya tidak menyambut Hari Natal.” Bahkan ada yang boleh mendakwa, “Saya seorang Atheis” ataupun “saya ialah Jedi Knight, saya tidak menyambut Hari Natal.” Tentu sukar untuk mengatakan, “saya ialah Kristian, namun saya tidak menyambut Kristian.”

Sebagai Kristian, kita terlibat dalam mengambil bahagian serta menyumbang secara aktif kepada masyarakat. Kita banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan bukan seiman, pelajar-pelajar, pelanggan dan rakan sekerja. (1 Kor 5:8-10). Dikotomi antara apa yang Yesus ungkapkan sebagai ‘bukan dari dunia’ (Yoh 15:19) dan ‘dari dunia’ (Yoh 17:15) merisaukan banyak pemercaya. Sejauh manakah kita bersepadu dengan masyarakat? Patutkah kita terlibat dalam kebiasaan setempat dan aktiviti kebudayaan ini? Jika kita terlibat, di manakah garis had yang kita tidak patut langkahi? Bagaimanakah tindak balas kita terhadap ketidaksetujuan dalam kalangan ahli Gereja Yesus Benar tentang perkara ini? Setiap isu mesti diselesaikan, begitu juga Hari Natal.

BERANEKA JENIS PAGAN DAN TRADISI AGAMA
Seperti apa yang kita ketahui, Hari Natal adalah gabungan pelbagai amalan, kebiasaan dan cerita-cerita yang telah dihafal serta diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Kebanyakan tradisi Natal adalah tidak berkaitan dengan kepercayaan Kristian, boleh dikatakan semua itu adalah amalan atau praktik yang berasal dari orang-orang kafir atau pagan.

Keluarga Kristian tipikal yang menyambut Hari Natal mungkin akan ada Pokok Natal dalam ruang tamu. Golongan muda dalam sesebuah keluarga akan mengambil bahagian dalam melakukan pembaharuan di sekolah. Keluarga dan kawan-kawan saling menukar hadiah di mana ibu bapa dan kanak-kanak atribut kepada karakter yang dipanggil Santa Klaus.

Sesetengah orang mengesan asal usul Pokok Natal sebelum era Kristian. Pokok-pokok dan dahan-dahannya telah diguna dalam budaya zaman purba bagi tujuan pelaksanaan suatu upacara. Semasa menyambut soltis musim sejuk (hari paling singkat dalam satu tahun), masyarakat Mesir Purba membawa daun kurma ke dalam rumah sebagai tanda kelahiran mengalahkan kematian. Sewaktu orang Rom menyaksikan pesta Saturnalia, sebahagian daripada upacara adalah menaikkan Dahan Evergreen. Orang awal Skandivania dikatakan memberi penghormatan kepada pokok Evergreen.

Pohon Mistletoe mempunyai makna kepada penyambutan Hari Perayaan Natal oleh orang Inggeris. Satu dahan Mistletoe digantungkan dalam rumah dan menurut kebiasaan sorakan Hari Natal, dua orang yang berjumpa di bawahnya harus berkucup. Kebiasaan ini adalah tradisi yang percaya bahawa Mistletoe boleh menjanjikan kesuburan.

Hari ini, ada sekolah dan gereja yang mengatur lawatan ke rumah jagaan (orang tua / anak-anak yatim). Mereka akan menyanyi lagu-lagu yang biasa dimainkan sewaktu Hari Natal. Selain daripada itu, banyak keluarga menikmati tradisi Hari Natal terutamanya dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menghadiri Perarakan Hari Natal.

Perayaan Hari Natal secara keagamaan bagi menandakan hari kelahiran Yesus disambut sehari sebelum Hari Natal. Gereja-gereja Roman Katolik menyambut mass pertama Hari Natal ada tengah malam. Gereja Protestan pula meraikan Upacara Kebaktian Menyalakan Lilin Hari Natal pada lewat hari sebelum Hari Natal.

* Kurang keyakinan dalam imam kita dan kurang kepercayaan kepada Tuhan sering membawa kepada pemalsuan terhadap kepercayaan dan amalan kita.

TRADISI TANPA KEPERCAYAAN
Meskipun ada latar belakang keagamaan mengenai Hari Natal, hari cuti ini telah hilang kandungan keagamaan di UK. Bagi pihak majoriti, Hari Natal tidak lagi asli seperti dahulu. Ia sudah hilang unsur ketuhanan dan hanya fokus kepada hadiah, makanan dan berpesta. Para Atheis juga menikmati muzik musim tersebut, mereka gembira apabila menerima hadiah daripada keluarga dan sahabat-sahabat serta mengucapkan “Merry Christmas” kepada semua orang.

Persoalannya, adakah penglibatan dalam perayaan yang tidak ada kandungan keagamaan itu suatu masalah? Kita tidak akan ditegur dalam mengingati, menghormati dan melibatkan diri dalam Hari Peringatan.

Sebilangan besar ahli Gereja Yesus Benar menganggap semua yang berkaitan dengan Hari Natal adalah larangan. Jika kita mengikuti fahaman tersebut, maka kita tidak patut melibatkan diri dalam semua aspek Hari Natal. Contohnya, kita tidak makan tengah hari sempena sambutan Hari Natal di kantin, tidak menerima Kad Hari Natal dan tidak menghadiri sebarang aktiviti Hari Natal.

Tidak dapat dinafikan pendekatan atau polisi tersebut dapat mengelakkan pemercaya daripada dipengaruhi dan dicelakakan. Namun, kesetiaan yang membuta tuli itu (tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti Hari Natal ) Jika tidak dilengkapi dengan pengetahuan kebenaran, maka sukar untuk bertahan dalam pengujian masa. Hanya pada waktu kita merasional dan menerapkan kepercayaan kita dengan firman Tuhan serta Roh Kudus maka kita dapat berdiri teguh dan bertindak secara bertanggungjawab atas sewajarnya.

MELAKUKAN PERINTAH TUHAN DENGAN SETIA
Alkitab dengan jelas mengingatkan kita untuk mentaati hukum-hukum Taurat. Umat pilihan tidak sepatutnya mengikuti cara bangsa lain beribadah kepada tuhan mereka. Sebagai contoh dalam prinsip ini, Tuhan tidak membenarkan tiang berhala dan tugu berhala didirikan di samping mezbah-Nya (Ul 16:20-22). Kita tidak boleh menggantikan Tuhan dengan allah yang lain. Kita tidak boleh menggantikan Tuhan dengan allah yang lain. Kita juga tidak dibenarkan untuk melakukan ibadah dengan cara lain, selain daripada cara yang diperintah Tuhan kepada kita (Ul 12:2-4).

Menyembah berhala dan membakar anak-anak (Ul 12:31). mereka merupakan perbuatan keagamaan yang dipercayai akan memperoleh jawapan daripada tuhan mereka. 450 orang Nabi Baal memanggil tuhan mereka dengan lebih keras dan menoreh diri mereka dengan pedang serta tombak (1 Raj 18:28). Namun, mereka masih tidak mendapat jawapan. Walaupun nabi-nabi Baal percaya dalam apa yang mereka lakukan, tuhan mereka tetap enggan menunaikan permintaan mereka. Nampaknya, walaupun syaitan akan menggunakan peluang sedemikian untuk melakukan kerjanya, kepercayaan yang palsu tetap tidak membawa apa-apa kebaikan dan tidak ada kesannya.

Tuhan melarang umat pilihan-Nya menoreh diri mereka ataupun menggundul rambut di atas dahi mereka kerana kematian seseorang (Ul 14:1). Sebagai anak Tuhan, kita tidak boleh melakukan perkara yang telah dilakukan oleh bangsa lain bagi allah mereka.

Musa memberitahu orang Israel,
“Jangan engkau berbuat seperti itu terhadap TUHAN, Allahmu; sebab segala yang menjadi kekejian bagi TUHAN, apa yang dibenci-Nya, itulah yang dilakukan mereka bagi allah mereka; bahakan anak-anaknya lelaki dan anak-anaknya perempuan dibakar mereka dengan api bagi allah mereka. Segala yang kuperintahkan kepadamu haruslah kamu lakukan dengan setia, janganlah engkau menambahinya ataupun menguranginya” (Ul 12:31,32).

LARANGAN TUHAN DALAM PETIKAN ALKITAB YANG DINYATAKAN DI ATAS DAPAT DIKAJI DALAM TIGA ASPEK IAITU:
i. Kepercayaan Palsu
Apa juga bentuk sistem, kepercayaan atau amalan yang diasaskan manusia adalah pekercayaan palsu. Walaupun kepercayaan tersebut dianggap sebagai kebenaran oleh manusia, namun kepercayaan tersebut tidak diterima Tuhan. Kita harus mengabaikan sebarang sistem kepercayaan palsu yang dibentuk oleh sokongan atau doktrin tradisional manusia (Kol 2:16-23).

Ada justifikasi Alkitab yang dapat digunakan untuk menjelaskan Hari Natal atau catatan tentang hari kelahiran Yesus. Sekiranya kita percaya bahawa menghadiri ibadah Hari Natal adalah wajib, maka itu adalah kepercayaan yang tidak benar. Kita tidak sepatutnya melibatkan diri dalam aktiviti -aktiviti tersebut kerana imam kita akan dikompromi.

Kurang jelas tentang ajaran kebenaran yang murni dan kurang percaya kepada Tuhan biasanya akan menyebabkan kita disesatkan dalam iman kepercayaan. Keadaan ini berlaku tanpa kita sedar. Umpamanya, perbuatan membawa benda yang dianggap memberi nasib baik dan penenang jiwa. Perbuatan yang sesat seperti itu adalah secara langsung mengambil bahagian dalam upacara ritual (Gal 4:9, 10; Kol 2:16-23), ataupun mengelak mengambil sesetengah jenis makanan (Rm 14:2).

Jika ada yang mempersoal tentang imannya, itu bukan iman tetapi dosa (Rm 14:23). Demikian juga, jika ada yang percaya bahawa makan pai daging kisar ataupun menggantung Mistletoe dalam rumah membawakan nasib baik, itu sebenarnya bercanggah dengan ajaran Alktiab. Kepercayaan tersebut adalah salah dan tidak membawa kebaikan melainkan keburukan.

ii. Simbolisme
Simbolisme atau tanda tidak kira secara keagamaan atau sekular, memainkan peranan yang signifikan dalam hidup kita. Jenama terkemuka adalah simbol kekayaan, status dan eksklusif. Mengenakan popi ataupun gelang tangan warna tertentu menggambarkan perpaduan dan sokongan terhadap sebab dan nilai yang lazim.

Simbolisme juga memainkan peranan penting dalam Alkitab. Sunat adalah tanda perjanjian antara Tuhan dan Abraham (Kej 17:11). Pelangi adalah tanda perjanjian antara Tuhan dengan segala makhluk yang ada di bumi (Kej 9:12,13). Mengikat firman Tuhan sebagai tanda pada tangan, lambang di dahi dan menuliskannya pada tiang pintu rumah atau pintu gerbang menunjukkan kesetiaan penuh kepada perintah Tuhan (Ul 6:8,9).

Namun, pernyataan simbol itu sendiri tidak membawa nilai sekiranya pemercaya simbol tersebut tidak melaksanakan nilai-nilai itu dalam hidup mereka. Simbol tersebut hanya menyemai rasa keselamatan yang tidak benar. Orang-orang Farisi memakai tali sembahyang yang lebar dan jumbai yang panjang (Mat 23:5) sebagai simbol kealiman mereka. Namun, hal itu menyebabkan Yesus mengecam mereka kerana mereka lebih suka menerima penghormatan daripada manusia berbanding melakukan perintah Tuhan.

Yoel memperingat umat Tuhan untuk mengoyakkan hati mereka dan bukannya pakaian mereka sebagai tanda pertaubatan (Yl 2:13).Kita harus peka terhadap apa yang kita pakai, apa yang kita kenakan dan apa yang kita lakukan.

Meletakkan Pokok Natal di dalam ruang tamu mungkin lambang yang menunjukkan kita mengamalkan nilai tentang hari cuti itu. Namun, ia juga mungkin berkaitan dengan pesta liar, mabuk, menghadiri perayaan keluarga dan pertemuan sosial. Tidak dinafikan ada yang menegaskan mahu menyambut hari kelahiran Yesus.

Sebagai pemercaya Gereja Yesus Benar, kita perlu bertanya, “adakah saya berkongsi nilai tersebut?” dan ” Kenapa saya terlibat dalam perkara yang saya tidak setuju dan tidak mahu melibatkan diri?” JIka kita tidak berkongsi nilai sedemikian, apa tujuan kita menyambut Hari Natal?

iii. Kebinasaan Fizikal dan Rohani

Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar; Kerana itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu! (1 Kor 6:20)

Tuhan telah memilih kita dari dunia ini sebab itulah dunia membenci kita (Yoh 15:19). Walaupun begitu, Tuhan tidak meminta supaya kita diambil dari dunia (Yoh 17:15). Adalah lumrah bagi manusia untuk mahu dikasihi oleh orang di sekelilingnya seperti keluarga, sahabat-sahabat dan rakan sekerja. Namun, ‘kelainan’ kita sebagai anak Tuhan memisahkan kita dari dunia. Itulah sebabnya dunia membenci kita (Yoh 15:19). Lebih banyak kita melibatkan diri dengan dunia, maka kita akan lebih disukai oleh dunia. Kita perlu waspada terhadap kebinasaan rohani dan bahaya yang didedahkan kepada diri kita serta saudara-saudara dalam mengikuti aktiviti Hari Natal.

Perbuatan saling menukar hadiah pada Hari Natal atau meletakkan pokok Natal di dalam rumah bukanlah dosa. Tetapi, ia merupakan satu proses penyerapan yang kita langgani secara tidak sedar.

Tuhan menegur umat-Nya dengan keras sejak zaman dahulu supaya tidak mengikuti perbuatan bangsa lain (Ul 8:19). Teladan firman yang disampaikan oleh orang kudus diturunkan dari satu generasi ake generasi seterusnya (Yud 3; 2 Tim 1:13;2:2). Kita tidak boleh menolak atau menukarkan firman Tuhan.

Syaitan biasanya menukarkan hukum Tuhan secara halus dan berjaya menjatuhkan manusia ke dalam dosa (Kej 3:4; Yud 4). Kita mesti berwaspada agar tidak memberi peluang kepada Iblis untuk bertindak terhadap kita. Menjadi murtad adalah suatu proses. Sama seperti Lot yang secara perlahan – lahan berkhemah di dekat Sodom (Kej 13:12), mungkin kita juga secara perlahan-lahan diheret meninggalkan kebenaran ketika mengikuti tradisi dan amalan dunia ini.

Kita mesti berwaspada agar tidak memberi peluang kepada iblis untuk bertindak terhadap kita. Menjadi murtad adalah satu proses. Sama seperti Lot yang secara perlahan-lahan berkhemah di dekat Sodom (Kej 13:12), mungkin kita juga secara perlahan-lahan diheret meninggalkan kebenaran ketika mengikuti tradisi dan amalan dunia ini.

MELIBATKAN DIRI SECARA POSITIF DALAM DUNIA
Dalam Ulangan 22:9-11, Tuhan melarang umat-Nya menabur bersama jenis benih yang berbeza, membajak menggunakan haiwan yang berlainan jenis bersama-sama dan memakai pakaian yang diperbuat daripada dua jenis bahan yang berbeza. Kenapa Tuhan risau mengenai hal kebendaan seperti ini? Tidakkah Dia merujuk kepada hal yang lebih mendalam?

Yesus telah memberikan contoh yang baik kepada kita untuk diteladani. Dia berada di dunia tapi bukan berasal dari dunia ini. Dia dituduh minum dan makan, menandakan Dia biasanya terlibat dalam aktiviti dunia seperti menghadiri jamuan perkahwinan. Namun pada masa yang sama, Dia telah hidup dengan tegas dalam hal beribadah, berpuasa dan berdoa.

Dia sangat peka terhadap keperluan fizikal dan emosi orang lain. Dia tidak kisah melanggar peraturan (hukum manusia) dan menimbulkan bantahan daripada orang ramai. Sikap pragmatis seperti itualh yang sepatutnya kita contohi. Kita tidak mengikuti tradisi Hari Natal dengan menghantar kad Natal dan menghiasi ruang tamu dengan meletakkan pokok Natal. Kita juga tidak mengatur aktiviti parti Hari Natal di tempat kerja atau universiti; mahupun melarikan diri daripada sebarang penglibatan sewaktu musim Hari Natal.

Sekiranya kita menghadiri aktiviti sewaktu Hari Natal seperti menghadiri jamuan makan Hari Natal dan membenarkan anak-anak kecil terlibat dengan program Hari Natal di sekolah mereka, kita perlu menanyakan soalan berikut;

i. Adakah aktiviti tersebut mempunyai unsur keagamaan bagi pihak kita dan kepada pihak yang menjemput kita? (Sekiranya jawapan adalah tiada, maka penyertaan itu tidak berbeza dengan acara sekular lain).

ii. Adakah kita mendedahkan diri kita kepada kebinasaan fizikal atau rohani? Adakah kita menggambarkan maksud yang salah kepada permercaya yang lemah dan keliru dalam soal keimanan mereka? (Jikalau ya, lebih baik jangan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tersebut).

PENUTUP
Dengan pemikiran yang betul, tidak menjadi kesalahan untuk terlibat secara pasif dalam aktiviti musim perayaan Hari Natal. Hal ini demikian kerana kita mengetahui Hari Natal itu adalah tidak benar. Sebagai contoh, menerima kad Hari Natal bukan suatu dosa asalkan kita mengetahui itu hanyalah tanda niat baik daripada kawan dalam masyarakat.

Walau bagaimanapun, kita tidak mahu dianggap memegang kepercayaan yang tidak benar. JIkalau sahabat menjemput kita bertemu pada musim Hari Natal, kita tidak perlu takut untuk menerima jemputan tersebut. Tetapi kita harus mengingat bahawa kita mencerminkan imej Yesus ke mana saja kita pergi.

Sumber:
MANNA 56. Holidays, dlm
ia.tjc.org/elibrary/contentDetail.aspx

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 46-48)

1. Korban persembahan dan ibadah untuk Hari Sabat dan bulan baru (46:1-8). Gerbang timur hanya boleh dibuka pada Hari Sabat untuk memberi laluan kepada raja yang datang beribadah (46:1-3). Pintu timur harus ditutup selepas kemuliaan Allah masuk ke Bait Suci kecuali dibuka kepada raja pada Hari Sabat (44:3).

2. Ketetapan perayaan-perayaan lain dan korban persembahan tiap hari (46:9-15).

a. Peraturan ibadah yang hanya maju tanpa berundur.

Umat yang masuk melalui pintu gerbang utara untuk sujud menyembah wajib keluar melalui pintu gerbang selatan; jika masuk dari pintu gerbang selatan haruslah keluar melalui pintu gerbang utara. Jangan ada orang yang keluar dari pintu gerbang yang sama (9). Menunjukkan dilarang berundur dan jatuh merosot dalam perjalanan iman. Ini ada persamaan dengan cara pergerakan empat makhluk, mereka hanya boleh maju ke depan dan tidak berundur (1:9,12,17). Dalam Hukum Taurat melarang Umat Israel kembali ke jalan Mesir (Ul 17:16), kerana Tuhan tidak berkenan dengan orang benar yang mengundurkan diri (Ibr 10:38-39).

b. Bersama dengan raja semasa ibadah Sabat.

Ketika umat masuk ke Bait Suci, raja akan masuk bersama; apabila umat keluar, raja turut keluar bersama. Ini menunjukkan ibadah Sabat yang berkenan kepada Tuhan dan pasti disertai Tuhan Yesus, raja mereka (10).

(c) Peraturan mewarisi milik pusaka daripada raja (46:16-18).
– Anak raja boleh mewarisi tanah sebagai bagian tetap 916).
– Tanah raja yang diberi kepada hamba-hamba-Nya hanya menjadi kepunyaan mereka sehingga tahun kebebasan (Tahun Sabat) wajib dikembalikan. Hanya putera boleh mewarisi tanah raja.
– Raja tidak akan mengambil tanah dari milik pusaka rakyat (18).

(d) Tempat memasak bahan korban persembahan (46:19-24).
– iman-iman memasak korban penebus salah dan korban imam sebelah utara tempat kudus, pelataran dalam (19-20).
– Petugas-petugas Bait Suci memasak korban sembelihan umat Tuhan di dapur tempat masak di pelataran luar (23-24).

Fasal 47 Sungai Air kehidupan dan sempadan tanah perjanjian

a. Sungai air kehidupan (47:1-12). Rujuk dan bandingkan dengan Wahyu 22:2.

1. Ada air kehidupan mengalir dari bawah ambang pintu, di sebelah kanan Bait Suci, di selatan mezbah, mengalir ke arah pintu gerbang timur.

2. Air semakin dalam. Dari paras air di pergelangan kaki, sampai ke lutut, kemudian sampai ke pinggang, akhirnya ia menjadi sungai dalam yang tidak dapat diseberangi.

3. Air mengalir menurun ke Araba Yordan, sehingga di Laut Asin, iaitu Laut Maut. Namun ia menghidupkan Laut Mati menjadi laut yang hidup, air mejadi tawar, sehingga segala makhluk hidup yang berkeriapan di sana menjadi hidup. Disebabkan ikan-ikan menjadi banyak, nelayan-nelayan datang menangkap ikan dan menjadikan daerah itu tempat penjemuran pukat.

Keadaan ini menunjukkan kerja Roh Kudus yang menyertai kehidupan umat Tuhan. Mengingatkan umat Tuhan agar taat setia sepenuhnya kepada pimpinan Roh Kudus (Yoh 4:10-14; 7:37-39; Gal 5:25;6:8-9). Rawa-rawanya ada payanya tidak menjadi tawar atau tidak dapat disembuh / dipulihkan)

Bermakna jika seseorang tidak rela taat pada gerakan dan pimpinan Roh Tuhan, dia mendukakan Roh Allah dan tetap tidak akan mengalami perubahan dan pembaharuan dalam hidupnya.

Bukan bermakna Tuhan tidak mampu mengubahnya tetapi kesudahannya telah ditetapkan dan muktamad (11; Why 22:11).

4. Pohon yang tumbuh di sebelah menyebelah sungai kehidupan sangat subur kerana setiap bulan berbuah. Ia tidak disebut sebagai Pohon Kehidupan namun bersifat sama dengan catatan dalam Kitab Wahyu. Keadaan ini menunjukkan orang yang dipenuhi Roh Kudus akan menghasilkan buah Roh yang bagaikan makanan yang memberi kepuasan dan ubat yang menyembuhkan penyakit rohani (12; Gal 5:22-23).

5. Rujuk dan bandingkan dengan Kejadian 2:9-14 dan Wahyu 22:1-2.

B. Pembahagian Tanah dan menentukan Sempadan (47:13-23)
1. Menentukan sempadan tanah perjanjian (13-23)
Yusuf mendapat dua bahagian, iaitu Efraim dan Manasye, menegaskan kepentingan hak kesulungan untuk mewarisi pusaka Tuhan (15-21).

Suku Lewi tidak termasuk:
a. Utara: Dari Laut Tengah ke Hamat (15-17).
b. Timur: Dari sempadan utara ke Sungai Yordan (18);
c. Selatan: Meriba dekat Kadesh sampai Sungai Mesir (19);
d. Barat : Laut Tengah (20).

2. Membahagikan tanah untuk umat Tuhan termasuk orang asing yang diam di tengah-tengah mereka. Anak-anak orang asking diiktiraf sebagai orang Israel dan layak mewarisi tanah pusaka (21-23).

Berbeza dengan pembahagian tanah zaman Yosua, iaitu bangsa kafir langsung tidak mendapat bahagian dalam pusaka perjanjian Tuhan. Namun hari ini bangsa-bangsa bukan Yahudi turut mendapat bahagian di dalam perjanjian Abraham apabila percaya Injil Tuhan Yesus dan menjadi keturunan Abraham secara rohani (Gal 3:26-29).

FASAL 48 PEMBAHAGIAN MILIK PUSAKA 12 SUKU DAN PINTU GERBANG YERUSALEM

Menetapkan sempadan tanah 12 suku.

1. 7 suku mendapat tanah bahagian dari utara ke selatan (48:1-7).
a. Bahagian suku Dan (1).
b. Bahagian suku Asyer (2).
c. Bahagian suku Naftali (3).
d. Bahagian suku Manasye (4).
e. Bahagian suku Efraim (5).
f. Bahagian suku Ruben (6)
g. Bahagian suku Yehuda (7).

2. Tanah persembahan khusus – Tempat kudus (48:8-22).
a. Tanah imam-imam (48:8-12).
– Persembahan khusus iaitu tanah imam (45:1-4).

– Bersambung dengan sempadan selatan bahagian suku Yehuda (48:8).

– Panjang 25,000 hasta, lebar 10,000 hasta.

– Tanah kudus milik TUHAN Allah untuk Bait Suci terletak di tengah-tengah negeri itu; tanah yang Maha Kudus.

– Sempadan selatan tanah kudus bersambungan dengan orang Lewi di selatan (45:5).

b. Bahagian suku Lewi (48:13-14).
– Bahagian suku Lewi juga dimiliki dan dikuduskan bagi TUHAN.

– Tanah ini dilarang jual dan bertukar.

c. Tanah kota (48:15-19)
– Rujuk 45:6

– Ada tanah lapang berukuran 5,000 hasta lebarnya untuk keperluan kota sebagai tempat tinggal dan tanah perladangan (15).

– Kawasan kota berukuran 4,500 hasta x 4,500 hasta (16).

– Ada tanah lapang di utara dan selatan berukuran 250 hasta, demikian juga di sebelah timur dan barat terdapat tanah lapang yang berukuran sama (17).

– Umat Tuhan bekerja di tanah sebelah timur (10,000 hasta) dan barat (10,000 hasta) tanah kudus untuk mendapat rezeki makan (18).

3. Bahagian 5 suku Israel di selatan tanah kudus, dikira dari selatan ke utara (48:1-8).
a. Bahagian suku Benyamin
b. Bahagian suku Simeon
c. Bahagian suku Ishakar
d. Bahagian suku Zebulon
e. Bahagian suku Gad

4. Keunikan pembahagian tanah yang berbeza dengan zaman dahulu:
a. Milik pusaka tanah hanya di seberang barat Sungai Yordan. Tidak termasuk tanah dua suku setengah di timur Sungai Yordan.

b. Tidak lagi membahagikan kerajaan selatan dan utara.

5. Dimensi kota dan pintu gerbang kota (48:30-35).
a. Kota berukuran 4,500 hasta x 4,500 hasta, dalam bentuk empat persegi.

b. 12 pintu-pintu kota (rujuk Why 21:21). Setiap pintu merupakan mutiara di Yerusalem Baru yang dilihat oleh Yohanes.
– Tiga pintu di utara: Pintu Ruben, Pintu Yehuda dan Pintu Lewi.
– Tiga pintu di timur: Pintu Yusuf, Pintu Benyamin, Pintu Dan.
– Tiga pintu di selatan: Pintu Simeon, Pintu Ishaka, Pintu Zebulon.
– Tiga pintu di barat: Pintu Gad, Pintu Asyer, Pintu Naftali.

c. Apabila membahagikan tanah, Yusuf mendapat dua bahagian, namun dalam soal pintu gerbang Yusuf dianggap satu suku dan nama Lewi tersenarai.

d. Nama 12 suku kemungkinan mengikut urutan senarai nama 12 batu permata yang terletak pada tutup dada imam besar (Kel 28:5-30).

Perbandingan dengan kota Yerusalem Syurgawi di Wahyu fasal 21

1. Kota suci ada 12 pintu. Setiap arah ada tiga pintu, masing-masing pintu ditulis nama 12 Suuku Israel (Yeh 48:31-34). Demikian juga Kota Suci Yerusalem ada 12 pintu, setiap arah ada tiga pintu, masing-masing ditulis nama 12 suku Israel. Setiap pintu ialah Mutiara (Why 21:11,21).

2. Bait Suci tiada di Kota Suci, tetapi di tanah persembahan khusus untuk imam. Sebaliknya, tiada Bait Suci di dalam Kota Suci. Allah sendiri dengan domba menjadi Bait Suci bagi umat-Nya (Why 21:22).

3. Nama kota ini akan disebut Adonay Shamma @ TUHAN HADIR DI SITU (48:35). Demikian juga khemah Allah ada di tengah-tengah manusia dan Ia akan diam bersama dengan mereka (Why 21:3ff).

Bibliografi:
Lin Yung Ji, Komentar Kitab Yehezkiel, 2007,

John B. Taylor, Ezekiel, Tyndale Old Testament Commentaries, 2003.

Meishi Tsai, The Return of the Glory, 2008.

RHEMA Bible App. 2022, True Jesus Church.

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 39…)

1. Kemusnahan musuh-musuh yang menyerang (1-10)

2. Mengubur mayat dan perjamuan korban yang besar (11-20).

3. Israel akan mengenal Tuhan dan menginsafi dosa (21-24). Umat Israel mengenal bahawa Yesus adalah Allah mereka.

4. Tuhan berjanji akan memulihkan seluruh kaum Israel dan mencurahkan Roh-Nya ke atas Israel (25-29). Janji ini dipetik oleh Paulus ketika menjelaskan rencana Tuhan bahawa segenap rumah Israel akan menjadi percaya pada zaman akhir (Rm 11:25,26,27).

(7,13) Tujuan Tuhan mencetuskan perang besar ini agar menyatakan kebesaran nama Tuhan yang kudus.

Butir-butir penting yang perlu diambil perhatian:

1. Gog adalah musuh Tuhan (38:3; 39:1).

2. Raja yang berasal dari utara (38:15; 39:2; 32:30).

3. Masa penggenapan hanya akan terjadi sesudah satu jangka waktu yang lama, iaitu pada hari yang kemudian pada zaman akhir (38:8,16,39:8). In the latter days (KJV).

4. Kesudahannya, mereka ditewaskan dalam medan perang oleh Tuhan Allah sendiri. Mayat mereka dikubur di Lembah khalayak ramai Gog/ Homongog – multitude of Gog (39:11,15).

Mayat mereka dijadikan hidangan jamuan Tuhan kepada burung-burung dan binatang buas (39:17-20). Satu fenomena yang memperlihatkan Tuhan mengutuki sesuatu bangsa berdasarkan peraturan Hukum Taurat (Ul 28:26; 32:4; Why 19:17-21).

5. Saat sisa Israel menjadi percaya seperti yang dinubuatkan oleh Rasul Paulus akan tergenap selepas perang Israel dengan tentera persekutuan Raja utara Gog (39:21-22,25,28; Rm 11:25-26).

6. Dalam Kitab Wahyu pula mencatatkan, selepas seribu tahun Iblis dibelenggu. Gog yang mewakili bangsa-bangsa dari empat penjuru disesatkan Iblis untuk menyerang perkhemahan orang kudus iaitu jemaat Allah yang dikuduskan dalam zaman akhir (1 Kor 1:1-2), dan kota yang dikasihi, Bangsa Israel (Why 20:7-10).

7. Kaum Israel akan menerima pencurahan Roh Kudus Tuhan (39:29).

Penglihatan ke-4, Penglihatan Tentang Bait Suci dan Kota Kudus (Fasal 40:48).

Tarikh Penglihatan
Tarikh melihat penglihatan: 10hb bulan 1 (1), tahun ke-25 selepas Nabi Yehezkiel ditawan, iaitu 28hb April tahun 573SM. Hari persiapan Paskah untuk menyediakan seekor domba. Tahun ke-14 selepas Kota Yerusalem runtuh (1-2).

Roh Nabi Yehezkiel kedua kali diangkat kembali ke Kota Yerusalem (8:1-3; 40:1-3).

Tongkat pengukur – Ukuran Tuhan yang lebih tinggi
tongkat pengukur yang digunakan sepanjang 6 hasta, namun ukurannya setapak tangan lebih panjang daripada yang biasa, 1 hasta dalam Kitab Yehezkiel (40:3-5) = 1 hasta biasa + setapak : 17.5 inci + 20.4 inci / 44.7 cm + 7cm: 51.8cm.

Menunjukkan piawai (standard) Tuhan tidak sama dengan ukuran manusia.

Pada mulanya, Yehezkiel melihat malaikat yang mengukur. Namun umat Tuhan juga dikehendaki mengukur Bair Suci menurut ukuran Tuhan (43:10).

Berbanding dengan tongkat pengukuran malaikat yang mengukur Kota Yerusalem baru di Wahyu, ukuran malaikat dengan manusia telah menjadi sama, kerana menggambarkan tahap gereja Tuhan telah mencapai sempurna dan bertepatan dengan ukuran Tuhan (5; Why 11:1-2; 21:16-17).

Beberapa jenis tafsiran tentang penglihatan Yehezkiel dari fasal 40-48
1. Bait suci yang ideal.
2. Pemulihan Kerajaan Israel secara politik.
3. Bangunan Bait Suci yang didirikan oleh Zionist, orang Yahudi pada zaman akhir.
4. Kerajaan Mesias seribu tahun (37:25,26). Gereja yang didirikan oleh Roh Kudus pada zaman akhir yang selama-lamanya disertai Tuhan (37:14; 24-28).

Sebab mengapa menafsirkan penglihatan ini sebagai gambaran pemulihan.

Kerajaan Israel rohani dan Gereja Tuhan Yessus pada zaman akhir:
1. Nabi Yehezkiel melihat penglihatan ini pada bulan Paskah (April), tahun 573BC. Penglihatan ini terjadi sebelum Zerubabel kembali ke Yerusalem membina Bait Suci secara terperinci (40:4). namun mereka tidak membina Bait Suci berdasarkan rekaan dan ukuran penglihatan Yehezkiel.

2. Penglihatan ini dilihat pada hari menyediakan seekor domba Paskah, iaitu 10hb Bulan Nisan. Ini satu peringatan bahawa penglihatan yang dilihat sepatutnya berkaitan dengan Bait Suci atau kerajaan yang ditubuhkan oleh Mesias, iaitu domba Paskah Allah (40:1; Yoh 1:29; 1 Kor 5:7).

3. Dalam Perjanjian Baru bangunan Bait Suci diambil alih oleh tubuh Tuhan, bait Roh Kudus yang sebenarnya, iaitu jemaat atau gereja Allah (Yeh 37:26-28; 48:35; Yoh 2:20-21; 1 Kor 3:16; 6:19-20; 2 Kor 6:16; Ibr 8:5). Akhirnya, Tuhan Yesus sendiri menjadi Bait Suci pemercaya, bangunan fizikal Bait Suci satu hari annti tidak diperlukan lagi (Why 21:22). Namun hukum dan peraturan Bait Suci tetap dikekalkan iaitu yang puncak tertinggi dan Maha Kudus (43:12).

4. Hukum upacara:
– semua jenis korban persembahan digenapi oleh kasih karunia Yesus (43:18-24, 26-27; Ibr 10:1-7).

5. Sistem Imamat digenapi oleh kasih -karunia Yesus (44:15-31; 1 Pet 2:5,9; Why 5:10; Rm 12:1; 15:16; Why 20:6).

6. Sistem monarki har ini diwarisi setiap jemaat (44:3; 45:7-17; 46:1-2; Why 5:1-; 20:6).

7. Terang kemuliaan Tuhan menyinari dari timur (44:4; Why 7:1-4; 15-17). Kemuliaan Tuhan kembali ke Bait Suci melalui pintu gerbang timur – menubuatkan kemunculan gereja benar zaman akhir dari Timur (43:1ff).

8. Kerajaan Raja Daud (Mesias) yang kekal (37:24,25), Takhta Tuhan yang selama-lamanya menyertai mereka (43:7,9). Keadaan ini hanya akan wujud dengan janji pencurahan dan penyertaan Roh Kudus yang selama-lamanya menyertai murid-murid Tuhan Yesus (36:27-28; 39:29; 47:1-12; 14:16-18).

9. Pintu Timur ditutup dan tidak dibuka lagi (44:1-2); (43:7,9). Menurut rencana Tuhan, Dia menjanjikan kehadiran-Nya di dalam Bait Suci akhir zaman (GYB) adalah selama-lamanya.

10. Muka bumi di kawasan Laut Mati sehingga sekarang tidak pernah mengalami sebarang perubahan seperti dinyatakan dalam fasal 47:1 dan ayat berikutnya. Sungai air hidup ini pernah dinubuatkan oleh Nabi Yoel (Yoel 3:18) dan Nabi Zakharia (Zak 14:8); kemudian muncul semula dalam Kitab Wahyu, ia melambangkan karunia Roh Kudus yang memberi hidup kekal (Why 22:1-3).

11. Dalam sejarah Israel, sejak tawanan Yahudi kembali ke Yerusalem mereka tidak pernah mengadakan pembahagian tanah kepada 12 suku masing-masing seperti dalam fasal 47:13-48: 35.

12. Menurut konteks, fasal 39:25-29 adalah berkenaan janji karunia Roh Kudus dicurahkan dan keselamatan segenap rumah Israel (Rm11:26).

1. Cara melihat dan menafsir penglihatan Bait Suci dan Yerusalem (fasal 40-48):

Ditinjau dari sudut latar belakang dan zaman Yehezkiel:

1.1 Sikap dan tanggungjawab melihat penglihatan:
– Mata melihat / membaca dengan teliti (40:4).

– Telinga mendengar dengan sungguh-sungguh (40:4). Semasa melihat penglihatan, nabi turut mendengar suara malaikat dan Tuhan yang memberi petunjuk kepadanya (45-46; 41:4, 22; 42:13-14; 43:6-12; 18-27; 44:2-3ff).

– Hati (dalam kitab Ibrani ada tercatat hati) memperhatikanlah baik-baik / set your heart upon all that… (40:4).

– Mulut memberitakan kepada kaum Israel segala sesuatu yang dilihat (40:4; 43:10). Misi untuk memberitakan petunjuk daripada Tuhan.

– Tangan menuliskan apa yang dilihat dan didengar (43:11).

– Melakukan dengan setia segala hukum dan peraturan yang ditunjukkan oleh Tuhan (43:11).

– Agar diperbolehkan masuk ke dalamnya (44:5).

1.2 Tujuan dan objektif penglihatan untuk kaum Israel:

– Agar mereka malu dan insaf (43:10), apabila mengingat kembali bagaimana mereka menajiskan Bait Suci yang lalu (Yeh 8-11).

– Raja-raja / princess (KJV) akan berlaku adil (45:8-9).

– Setiap suku akan mendapat milik tanah sendiri (45:8; 48:29).

– Mengadakan pendamaian bagi kaum Israel (45:17).

– Mendapat janji penyertaan Tuhan yang kekal (48:35).

Nabi diletakkan di gunung tertinggi, di puncak gunung (40:2; 43:12; Why 21:10; Lk 4:5; Yes 2:2-3).

Nabi melihat ada yang menyerupai bentuk kota di selatan (CUV, KJV, ISV).

A. Penglihatan tentang struktur Bait Suci (40-42)
1. Struktur Bait Suci (40:1-42:20)

Mengukur tembok di sekeliling (5)
Tebalnya satu tongkat dan tingginya satu tongkat, tembok yang amat tebal dan tinggi;

Satu tongkat berukuran 6 hasta = 3.2 meter (1 hasta biasa ialah 45.7cm hasta di sini setapak lebih panjang, lebih kurang 53.2cm atau 20.5 inci). Mengukur dengan ukuran Tuhan, bukan ukuran manusia. Piawaian Tuhan lebih tinggi daripada manusia.

Dalam penglihatan Rasul Yohanes dalam Kitab Wahyu, malaikat juga mengukur tembok Yerusalem yang tinggi dan besar, yang diperbuat daripada permata yaspis, dibangun di atas 12 dasar yang ditulis dengan nama 12 rasul (Why 21:12,14,17-20; Efe 2:20).

Implikasi rohani: Langkap menerima anugerah keselamatan tembok sebagai pemisah dan perlindungan dari dunia luar, demi menerima anugerah keselamatan, jemaat Tuhan harus ada iman untuk meninggalkan segala unsur-unsur duniawi dan memperoleh damai sejahtera dalam Tuhan (Yes 26:1-3).

Pelantaran luar (40:6-27).
Pintu gerbang timur (6).

Pintu gerbang timur ialah pintu utama memasuki Bai Suci, ia menuju ke arah tempat Maha Kudus.

1. Menaiki tangga ke pintu ke pintu gerbang timur, namun tidak diberitahu berapa anak tangga, jika dibandingkan dengan pintu utara dan selatan masing-masing 7 anak tangga (6,22,26), dari situ mengukur ambang pintu yang selebar satu tongkat.

2. Terjemahan KJV dengan CUV merekodkan mengukur dua ambang pintu yang sama ukuran… measured the threshold of the gate, which was one reed broad; and the other threshold of the gate, which was one reed broad.

Implikasi rohani:
Demi mendekat Tuhan, setiap umat harus berusaha memajukan dan mempertingkatkan tahap kerohanian, dari pelataran luar tangga ini 7 anak tangga (40:22,26), sehingga pelataran dalam ia semakin tinggi menjadi 8 anak tangga (31,34,37).

2. Mengukur kamar jaga (4-:7,10), lebar dan panjang masing-masing 1 tongkat yang berbentuk empat segi, jarak di antara dua kamar jaga ialah 5 hasta.

Implikasi rohani:
Para gembala hendaklah sentiasa berjaga-jaga untuk menguduskan diri dan mempertahankan iman jemaat daripada ancaman unsur-unsur duniawi, ajaran palsu atau perbuatan si jahat (2 Kor 6:16-17; 1 Pet 1:14-16; 5:7-8).

(1) Mengukur ambang pintu gerbang dalam (KJV:within) yang menuju ke Bait, lebar satu tongkat (40:7).

(2) Mengukur balai gerbang. Seterusnya dia mengukur Balai gerbang itu yang berukuran 8 hasta (40:8; CUV ayat 9).

(3) Mengukur tiang tembok yang selebar 2 hasta (40:9; Gal 2:9; 1 Tim 3:16).
– Mengukur 6 kamar jaga di pintu gerbang sebelah timur, 3 kamar di satu sisi dan 3 kamar di sebelah, semuanya berukuran sama (40:10).

– Mengukur kedua tiang tembok pada kedua sisi yang berukuran sama (40:10).

– Mengukur lubang pintu gerbang, lebarnya 10 hasta dan panjangnya 13 hasta (11-12).

– Dari dinding belakang kamar jaga yang satu sampai dinding belakang kamar jaga berukuran 25 hasta (Dinding 1 hasta + kamar jaga 6 hasta + pintu gerbang 11 hasta + kamar jaga 6 hasta + dinding 1 hasta : 25 hasta) (13).

– Mengukur balai gerbang 20 hasta (ITB mengikut rekod LXX, CUV, 60 hasta) [1], bersambungan dengan pelataran luar (14).

– Jarak dari pintu gerbang luar hingga balai gerbang sebelah dalam ialah 50 hasta (15).

– Jendela-jendela dengan bidai (16,33,36) – hamba Tuhan perlu ada pandangan yang luas, berkominukasi dengan Tuhan dan berinteraksi dengan teman sekerja dengan jemaat. Tidak menyendiri dan mengasingkan diri daripada orang lain dengan subjektif.

– Pada tiang-tiang tembok terukir dengan pohon kurma (16), serupa dengan hiasan bait Salomo (1 Raj 6:29-35; Maz 92:13), mengingatkan daya hidup rohani yang subur, cekal dan sabar menanggung tekanan dan penderitan demi Tuhan, berbuah lebat sehingga usia tua, memberi kemuliaan kepada TUHAN.

Mengukur pelataran luar ( 40:17-19).
1. Sekeliling pelataran ada 30 bilik yang dibangun di atas lantai batu.

2. Jarak dari pintu balai gerbang pelataran luar hingga pintu timur pelataran dalam berukuran 100 hasta (19).

Pintu gerbang utara pelataran luar (40:20-23) dan pintu gerbang selatan pelataran luar (40:24-27).

1. Semua serupa dan berukuran sama dengan pintu timur di pelataran luar.

2. Kecuali naik ke pintu gerbang utara dan selatan ada disebut melalui anak tangga yang tujuh tingkat (22,26).

Pelataran dalam (40:28-47).
Pintu gerbang selatan (40:28b-47)

1. Masuk ke pelataran dalam melalui pintu gerbang selatan (40:28).

2. Ada kamar jaga, pintu gerbang, balai gerbang, tiang-tiang tembok, jendela-jendela.

3. Tiang-tiang tembok terukir dengan gambar pohon kurma. Mengingkatkan Hamba Tuhan yang semakin dekat dengan Tuhan harus lebih cekal, sabar menanggung tekanan. Naik ke pintu gerbang selatan pelataran dalam melalui tangga lapan tingkat. Yesus bangkit pada hari Ahad, hari pertama dalam seminggu atau hari ke-8 dari minggu yang lalu.Menunjukkan semakin mendekat kepada Tuhan, tahap kerohanian semakin tinggi (40:31).

Pintu gerbang timur pelataran dalam (Yeh 40:32-34).
1. Serupa dengan pintu selatan pelataran dalam;
2. Naik tangga lapan tingkat ke pintu utara.

Tembok barat di belakang Bait Suci menghadap Laut tengah, tiada pintu barat di pelataran luar.

Sebuah bilik yang pintunya di balai gerbang untuk membasuh korban bakaran (40:38-43).

1. Dalam balai gerbang (selatan) masing-masing ada 2 meja di sebelah menyebelah sebagai tempat menyembelih korban bakaran, korban penebus salah (39);

2. Terdapat 2 meja di samping kiri dan 2 meja di samping kanan balai gerbang, di sebelah luar utara approaching the northern gateway (ISV) (40); Di depan pintu gerbang iaitu pintu utama, terdapat 4 meja di sebelah sini dan 4 meja di sebelah sana, jumlahnya 8 meja untuk tempat penyembelih korban(41). Di antaranya 4 meja diperbuat daripada batu pahat, panjangnya satu setengah hasta, lebarnya satu setengah hasta dan tingginya satu hasta, untuk diletakkan ruangan itu dipakukan gantungan-gantungan yang panjang. meja-meja lain diletakkan daging korban (43).

Dua bilik imam (ITB) (KJV- chambers) di pelataran dalam, imam yang tinggal di situ mempunyai tiga tugas (4-44).

1. Imam yang tinggal di dua bilik ini khususnya menyanyi untuk memuji Tuhan (44). There were chambers for the choir (ISV);

2. Untuk imam yang bertugas di Bait Suci/ for the priests who maintain the Temple (ISV), imam yang tinggal di bilik menghadap selatan khasnya bertugas menjaga Bait Suci. Menyelenggarakan Ibadah dan penggembalaan (45).

3. Bertugas di mezbah / the keepers of the charge of the altar (KJV), tugas menjaga mezbah seperti yang termaktub dalam Imamat 6:8-13. Kerja ibadah dan penginjilan yang menyelamatkan jiwa (46).
Tiga ayat tersebut jika dibandingkan dengan 8:16-18, ternyata satu perbezaan yang kontras, pelataran dalam telah megalami pembaharuan dan pengudusan oleh Tuhan.

Siapakah imam-imam yang tinggal di dua bilik pelataran dalam?

Mereka adalah bani Zadok dari suku Lewi, hanya merekalah yang boleh (ITB) mendekat kepada TUHAN untuk menyelenggarakan ibadah (46; 43:19; 44:15; 48:11).

Mengukur pelataran dalam (40:47).
1. Bentuk pelataran dalam empat persegi, panjang 100 hasta dan lebar 100 hasta.

2. Sebuah mezbah ada di depan Bait Suci.

Balai Bait Suci (40:48-49).
1. Panjang balai 20 hasta dan lebarnya 12 hasta
(Nota: penterjemahan ITB terlebih 1 hasta daripada CUV eleven cubits wide ( ISV & KJV0 (40:49).

2. Mengukur tiang-tiang tembok, tebalnya 5 hasta sebelah sini dan 5 hasta sebelah sana (40:48).

3. Nota: Lebar pintu itu 14 hasta (tidak tercatat dalam CUV) dan dinding sampingnya masing-masing 3 hasta (ITB) (40:48).

4. Sepuluh tingkat tangga (ITB, BSB, LEB, LXX, ESV), namun tidak tercatat dalam CUV. Untuk naik ke balai Bait Suci, terdapat dua tiang dekat kedua tiang tembok (49).

Bait Suci terletak di gunung tertinggi (2). tanggan dari gerbang luar juga semakin tinggi menuju ke tempat maha kudus, tangga gerbang menuju ke pelataran luar 7 tingkat, 8 tingkat di pelataran dalam (31,34,37) dan 10 tingkat ke Bait Suci (40:49).

Ruangan besar Bait Suci (41:1-44)
1. Mengukur dua tiang tembok, sebelah menyebelah masing-masing 6 hasta tebalnya. 6 merupakan angka manusia, melambangkan dalam gereja masih ada kelemahan sifat manusia, perlu bertimbang rasa dan berperikemanusiaan, sandar Tuhan menjadi kuat, agar dapat mengatasi kelemahan manusia dan beransur menjadi sempurna.

2. Panjang Biat Suci 40 hasta, lebar 20 hasta;

3. Tempat Maha Kudus panjangnya 20 hasta, lebar 20 hastal keseluruhannya 60 hasta/ panjang dan 20 hasta lebar.

4. Pintu temapt kudus selebbar 10 hasta; pintu tempat Maha Kudus selebar 6 hasta (Maz 100:4).

* Perhatikan lebar pintu menuju ke tempat maha kudus semakin sempit:
4.1 Dari 14 hasta (ITB) ke balai Bait Suci (40:48).
4.2 Kemudian menjadi 10 hasta masuk ke tempat kudus (41:2).
4.3 Akhirnya hanya 6 hasta lebar pintu ke tempat Maha Kudus (41:3-4; Mat 7:13-14; Mat 11:12; Lk 13:23-24). Berjuanglah masuk ke dalam pintu yang sesak yang menuju ke keselamatan.

Tangga menuju ke Bait Suci juga semakin tinggi:
1. Naik melalui pintu pelataran luar 7 tingkat/ anak tangga (40:22,26).
2. Naik melalui pintu pelataran dalam 8 tingkat / anak tangga (40:31,34,37).
3. Naik melalui pintu masuk ke tempat kudus ada 10 anak tangga (ITB,LEB, BSB) (40:49).

|

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 37-38)

FASAL 37 PENGLIHATAN KE-3 KEBANGKITAN TULANG-TULANG KERING

  1. Penghiburan tentang tulang-tulang di lembah (1-14).
    1.1 Tulang-tulang bertaburan di lembah (1-3).
    1.2 Bernubuat terhadap tulang-tulang (4-8).
    1.3 Bernubuat terhadap nafas hidup (9-10).
    1.4 Penjelasan penglihatan (11-14).
  2. Nubuat tentang kerajaan Israel dan Yehuda akan disatukan (15-28).
    2.1 Aksi simbolik yang ke-12 tentang menggabungkan dua papan (19-28).
    2.2 Penjelasan tentang aksi menggabungkan dua papan (19-28).

    Dalam fasal ini, Nabi Yehezkiel menerima dua kali wahyu dan dua jenis ilham daripada Tuhan:
    1. Yehezkiel dikuasai oleh ROh Allah (1; 40:1) dan kemudian roh Yehezkiel dibawa keluar bersama dengan Roh Allah menuju ke sebuah lembah (1-14).
    2. Manakala ayat 15 Yehezkiel hanya menerima wahyu melalui suara Tuhan (15-28).

    Tulang-tulang manusia yang dilihat itu adalah seluruh kaum Israel (11). Mereka dalam keadaan mati rohani, negara juga telah musnah dan mereka juga kehilangan pengharapan akan masa depan hidup mereka.

    Sungguhpun tubuh jasmani mereka sihat namun apabila ditinjau oleh Tuhan, kerohanian mereka telah binasa seolah-olah seperti tulang-tulang dan bangkai yang kering kontang.

    Cara Tuhan membimbing nabi untuk memahami penglihatan tersebut adalah dengan soal jawab (3). Rujuk Wahyu 7:13-14.

Nabi diperintahkan untuk bernubuat dua kali kepada dua jenis sasaran:

1. Bernubuat kepada tulang-tulang (4-5).

Firman Tuhan berkuasa untuk menghidupkan kerohanian yang mati. Rujuk Yohanes 5:24-25 (Yoh 6:63).

Komponen seorang manusia yang lengkap hidupnya (6):
– Tulang
– Urat-urat
– Daging
– Ditutupi dengan kulit
– Nafas hidup (Kej 2:7; Ayb 33:4; Ayb 34:14)

2. Bernubuat kepada nafas hidup (6-10).
= Angin = Nafas = Roh dalam Bahasa Ibrani. Prophesy to the spirit (ISV).

Memohon agar dipenuhi oleh Roh Tuhan (Yoh 3:5,8).

Setelah dibangkitkan oleh Roh Tuhan, mereka membentuk satu tentera yang sangat besar (10; Kel 12:41). Demikian juga pada hari Pentakosta, Petrus dan murid-murid Yesus bangun memberitakan Injil di Yerusalem, tanpa menghiraukan tekanan dan ancaman daripada pemimpin agama Yahudi di Yerusalem. Satu penginjilan dapat menyelamatkan sebanyak 3000 jiwa.

Aksi simbolik ke-12 (15-28).

Janji yang akan menggabungkan kerajaan Yehuda dengan Kerajaan Israel. Setelah mereka kembali ke tanah Israel, beberapa janji Tuhan akan digenapi:

1. Janji memberikan Roh ke dalam diri mereka. Tuhan sendiri menjelaskan nafas hidup ialah Roh Tuhan (14).

2. Dua kerajaan Israel akan disatukan (22).

3. Tidak lagi menajiskan diri dengan berhala (23; Rm 2:22).

4. Daud (Mesias) akan memerintah dan mewujudkan empat perkara yang kekal (24-28);

4.1 Keturunan mereka tinggal di tanah Israel selama-lamanya (25).
4.2 Daud menjadi raja mereka selama-lamanya (25).
4.3 Mengikat perjanjian damai yang kekal (26).
4.4 Tempat kudus / tempat kediaman Tuhan ada di tengah-tengah mereka sampai selama-lamanya (26-28).

Fasal 38 Gog bersama Bangsa-Bangsa Sekutunya menyerang Israel
1. (1-6) Gog dan bangsa-bangsa sekutunya.
2. (7-9) Gog mengetuai tenteranya menyerang Israel.
3. (10-13) Niat jahat Gog terhadap Israel.
4. (14-17) Penggenapan nubuat tentang serangan Gog.
5. (18-23) Gog akan mengalami api kemurkaan Tuhan.

Gog di tanah Magog, raja agung kepada Mesekh dan Tubat (2-3).
Magog ialah anak Yafet yang ke-2, Mesekh dan Tubal merupakan keturunan Yafet (Kej 10:2). Mesekh (Moschi) merupakan anak ke-6 Yafet manakala Tubal (Tibareni) anak Yafet yang ke-5 (Kej 10:2).

Mesekh disifatkan sebagai orang fasik dalam Mazz 120:5-6. Mesekh dan Tubal pernah direkodkan sebagai rakan perdagangan Raja Tirus yang memperdagangkan manusia (27:13); kesudahan mereka ialah mereka diturunkan ke dalam dunia orang mati bersama dengan Mesir (32:26).

Versi CUV, ASV, RV, NKJV (2-3) ada merekodkan Rosh; manakala ITB, KJV, ISV, ESV tiada mencatatkan Rosh.

Kemungkinan disebabkan Ros (Heb) bermaksud kepala, ketua (head, chief). Jika merujuk Kejadian 10:2, perkataan Ros tidak disentuh mahupun dikaitkan dengan Magog, Mesekh dan Tubal.

Gog, raja atau ketua (Ros) yang mengetuai bangsa-bangsa yang memusuhi umat Tuhan (2-3,7).

Bangsa-bangsa yang bersekutu dengan Gog (5-6):
1. Persia – Iran (5).
2. Etiopia – Mesir (5)
3. Put – Libya (5)
4. Gomer – anak sulung Yafet (6)
5. Bet- Togarma – Turki (6)

Bunuat ini ditujukan kepada peristiwa yang akan genap pada zaman akhir, iaitu selepas Bangsa Israel telah kembali dan merdeka lalu membentuk negara sendiri kelak (8,16).

Masa dipilih untuk menyerang Israel ialah saat Israel hidup tenang dan dalam keadaan yang aman tenteram pada hari yang kemudian. Bangsa Israel telah merdeka semula, menunjukkan akan genap pada zaman akhir.

“… tanah yang kota-kotanya tanpa tembok dan akan mendatangi orang-orang yang hidup tenang dan diam dengan aman tenteram; mereka semuanya diam tanpa tembok atau palang atau pintu gerbang” (8,11,12,14,16). Bandingkan dengan Zakharia 2:4-5. Namun Tuhan sendiri menjadi tembok api bagi mereka. Rujuk 1 Tes 5:2-3.

Sasaran utama mereka ialah Israel yang diam di tengah-tengah bumi, nubuat ini menepati lokasi geografi Israel yang terletak di tengah-tengah pusat bumi. (12).

Menunjukkan Israel pada zaman akhir menyedari bahawa nubuat Yehezkiel tentang serangan persekutuan Gog telah digenapi (17).

Setelah Bangsa Israel sebanyak 2/3 mati ( Zak 13:8-9), akhirnya Tuhan sendiri yang bertempur demi Bangsa Israel.

Senjata Tuhan yang digunakan untuk memusnahkan tentera Gog (18-23):
1. Gempa bumi yang dahsyat (19-20).
2. Penyakit sampar (22)
3. Tumpahan darah (22)
4. Hujan lebat (22)
5. Rambun atau hujan ais (22)
6. Api (22)
7. Belerang (22).

Kesan daripada perang ini telah menunjukkan kebesaran dan kekudusan Tuhan, agar bangsa-bangsa yang lain mengenal Akulah (Tuhan Yesus) TUHAN (23).

| |

Komentar Kitab Yehezkiel (Fasal 35-36)

Fasal ini adalah sambungan daripada fasal 25:12-14.

1. Edom dihukum kerana dendam kesumat yang turun-temurun (1-9). Seperti darah Habel yang berteriak setelah mati dibunuh oleh Kain.

2. Dihukum kerana merampas dan menelan tanah pusaka Israel (10-12; 36:5). Tuhan masih menyertai Israel walaupun negara mereka telah binasa.

3. Sebab membesarkan diri terhadap Tuhan dalam kata-kata ucapan mereka (13-15).

Kata kunci dalam fasal ini ialah sunyi sepi, desolate, waste land. Satu perkataan yang berulang sebanyak 9 kali (3,4,7,9,12,14,15a,15b).

Tujuan fasal ini adalah untuk sengaja membandingkan kesudahan dua orang anak Abraham yang terpilih dan yang tidak terpilih, yang dikasihi dan tidak dikasihi.

Nubuat menentang Edom amatlah kontras dengan kesudahan Israel dalam fasal 36 seperti berikut:

1. Firman penghakiman ditujukan kepada pengunungan Seir.
Manakala firman PEMULIHAN janji Tuhan ditujukan kepada gunung-gunung Israel (2-3; 36:1-2,3).

2. Kesudahan yang kontras: Edom sunyi sepi selama-lamanya (35:9). manakala reruntuhan di Yehuda akan dibina semula dan didiami penduduk, membuat mereka banyak seperti lautan manusia (36:36-38).

Cara mereka dihukum rujuk nubuat dalam 25:14, mereka kemudian dimusnahkan oleh tangan bangsa Yahudi sendiri pada zaman Makabe.

Kesimpulan:
Mal 1:2-3 – Tuhan mengasihi Yakub tetapi membenci Esau.

FASAL 36 BERNUBUAT TERHADAP GUNUNG-GUNUNG ISRAEL

Menubuatkan pemulihan terhadap gunung-gunung Israel (1,4,6). Respons terhadap nubuat penghakiman dalam fasal 6:2-3

1. (1-7) Amaran kepada musuh-musuh Israel yang akan menanggung noda mereka.
Kelebihan Israel ialah mereka merupakan pusaka milik Tuhan (5; Ul 9:29; Yes 19:25). Sebaliknya pusaka Umat Tuhan yang paling bernilai ialah Tuhan Allah sendiri (Ul 10:9).

2. (8-15) Senario masa depan yang indah tentang pemulihan tanah Israel.
– Penduduk dan ternakan bertambah banyak (10-11).
– Lebih diberkati daripada dahulu (11). Contoh: Ayub lebih diberkati selepas dia lulus ujian daripada Tuhan (Ayb 42:12).
– Keturunan mereka mendapat tanah pusaka semula (12).
kehilangan anak – childless dalam versi ISV (12-15). Berkat pertama sejak penciptaan dipulihkan (11; Kej 1:28). Seumpama kota Yerikho yang dikutuki dan kemudian keadaannya dipulihkan melalui mukjizat yang dilakukan oleh Nabi Elisa (2 Raj 2:19-22).
– Terlepas daripada penghinaan dan kutuk (15).

3. (16-23) Tuhan akan menguduskan nama-Nya (20,21,22,23). Rujuk fasak 20:9,14,22,39,44.

Demi nama Tuhan, umat Tuhan dihukum. Akan tetapi, apabila umat Tuhan dihukum sehingga nama Tuhan dihujat oleh bangsa kafir, maka demi nama Tuhan juga, Dia bertindak untuk memulihkan umat-Nya.

4. (24-27) Pembaharuan hidup Israel.
– Mereka akan ditahirkan daripada noda berhala-berhala (25).
– * Roh yang baharu akan mengubah hati mereka yang keras – stony (Cuv, KJV) menjadi lembut – flesh (CUV, KJV) (26-27; 11:19;37:14;39:29). Apabila manusia gagal mengubah hati yang keras dan degil, satu-satunya penyelesaian ialah Tuhan mengganti hati yang baharu dengan Roh-Nya yang baharu.

5. (28-36) Israel mendapat pusaka semula.

Reruntuhan dibina semula, tanah yang lama dan usang ditanam semula, suasana berubah menjadi seperti Taman Eden yang sangat subur dan menggembirakan (33-36).

6. (37-38) Janji tentang penduduk Israel bertambah pesat.