Views: 82
FASAL 11 MENJAWAB SINDIRAN YAHUDI DAN JANJI ROH BAHARU KEPADA BUANGAN
- Daging dan periuk: Nabi bernubuat melawan pemimpin yang merancangkan kedurjanaan dan menaburkan nasihat jahat (1-7). Pemimpin politik merasakan krisis ancaman musuh sehingga merancang mencari ikhtiar melalui hubungan diplomatik mendapatkan pertolongan dari Mesir.
2. Doa Nabi Yehezkiel kedua kali yang bersimpati dengan umat yang mati dihukum (8-13). Rujuk 9:8.
3. Janji menjadi tempat kudus sementara kepada umat Yahudi di tempat pembuangan (14-16). Tempat kudus yang sedikit ertinya (little sanctuary).
4. Janji mengurniakan Roh yang baharu (17-21)
5. Kemudian Allah meninggalkan Kota Yerusalem (22-25). Roh Nabi Yehezkiel kembali ke Tanah Kasdim dan setia memberitakan petunjuk Tuhan (25).
(1) Dua puluh lima orang yang merupakan pemimpin bangsa. Tidak sama dengan 25 orang yang menyembah matahari di pintu timur Bait Suci (8:16).
Yeh 11:3 yang mengatakan : Bukankah belum lama berselang rumah-rumah kita dibangun kembali? Kota inilah periuk dan kita dagingnya. Perkataan mereka yang menentang ajaran Nabi Yeremia di mana ingin membangun rumah-rumah di Yerusalem (Yeh 29:5).
Daging dan periuk (3,7,9-11): Nabi bernubuat melawan pemimpin yang merancangkan kedurjanaan dan menaburkan nasihat jahat (1-12).
Jawapan mereka menunjukkan tidak mahu menyerah diri kepada tentera Kasdim sehingga tetap bertahan di dalam Kota Yerusalem. Menganggap Kota Yerusalem kuat dan selamat seperti periuk, mereka umpama daging di dalam benteng kota yang kukuh dan menjamin keselamatan mereka (3).
Mereka tidak taat kepada nubuat Nabi Yeremia yang menasihatkan Yerusalem menyerah diri dan umat yang tertawan harus membina rumah di Babel (Yer 29:5).
Allah menentang perkataan mereka dengan merujuk orang-orang yang telah dibunuh oleh orang Yahudi dengan kejam itulah daging. manakala Kota Yerusalem seumpama periuk yang memuatkan mangsa-mangsa pembunuhan mereka, dalam fasal 22 Allah mendakwa kota Yerusalem sebagai kota yang menumpahkan darah dan pencemaran kota itu perlu ditahirkan dengan api Tuhan. Namun, Tuhan kota mereka akan ditawan kerana Yerusalem bukanlah benteng-benteng yang kuat dapat melindungi mereka (7,11-12).
Kali kedua Yehezkiel memanjatkan doa syafaat dengan dukacita apabila melihat kematian Pelaca bin Benaya (13; 9:8). Dua kali menunjukkan Nabi Yehezkiel seorang gembala yang berempati dan menjiwai umat Tuhan meskipun mereka sentiasa keras hati dan memberontak kepada Tuhan.
Janji Tuhan menghibur Umat Yahudi yang ditawan (14-21)
1. Nubuat tentang Tuhan sendiri menjadi tempat kudus yang sedikit ertinya (little sanctuary) bagi mereka yang di tanah pembuangan (16;Why 21:22). Janji nubuat ini kemudian terkabul secara fizikal di mana konsep beribadah di rumah ibadah (Synagogue) telah diwujudkan selepas orang Yahudi ditawan di Kota Babel.
Namun yang lebih tepat ialah Tuhan sendiri menjadi tempat kudus atau perlindungan mereka apabila umat yang beriman terancam.
– Daniel dan tiga orang rakannya dilindungi Tuhan di Kota Babel. (Daniel Fasal 2 & Fasal 3)
– Mordekhai dan Ester di Kota Susan (Ester fasal 3-8)
Selanjutnya Tuhan Yesus menjelaskan tubuh-Nya adalah Bait Suci yang sebenarnya, tempat kudus yang didiami Roh Kudus (Yoh 2:21; 1 Kor 3:16; 6:19); manakala selepas pengangkatan di Syurga kelak, bangunan Bait Suci tidak akan wujud lagi kerana Allah Maha Kuasa sendirilah menjadi Bait Suci kepada umat-Nya (Why 21:22)
2. Akan tiba masa Tuhan akan mengumpulkan buangan yang berselerak dan memberikan tanah Israel kepada mereka (11:17). Apabila genap tempoh 70 tahun, mereka akan dikembalikan ke sana (Yer 25:11-12)
3. Salah satu mesej penting dalam Kitab Yehezkiel ialah janji karunia Roh daripada TUHAN dan yang diberikan oleh Tuhan (19; 26:26-28; 37:14; 39:29); kesan menerima Roh yang baru ialah:
Roh yang baru dan hati yang lain @ I will give them one heart (19). Israel utara dan Yehuda selatan akan bersatu menjadi satu bangsa; berdamai dengan bangsa yang lain melalui Injil Tuhan Yesus (Efe 2″:11-14); bersatu dalam Tuhan oleh satu Roh (Efe 4:3-4)
– Hati yang lain – I will give them one heart (KJV) @ a united heart (ISV) (19). Israel utara dan Yehuda selatan akan bersatu menjadi satu bangsa; berdamia dengan bangsa yang lain melalui Injil Tuhan Yesus (Efe 2:11-14); bersatu dalam Tuhan oleh satu Roh (Efe 4:3-4).
– Hati yang taat atau besar (Heb) = daging.
Banding dengan 18:31 tanggungjawab setiap individu untuk mengusahakan pembaharuan hati dan roh.
FASAL 12 AKSI SIMBOLIK PELARIAN DAN GEMETAR
1. Yehezkiel melakukan aksi simbolik ke-6 tentang pelarian (1-7). Penjelasan aksi yang menubuatkan kemusnahan kerajaan Yehuda dengan keadaan bagaimana Raja Zedekia dicungkil mata dan ditawan ke Babel (8-16).
2. Aksi simbolik minum dan makan dengan gentar dan menggigil (17-20).
3. Sindiran di Tanah Israel yang harus dihentikan (21-26).
(1-2) Rujuk 3:9, 26-27; banding dengan Yesaya 6:9-10. Persiapan psikologi dan peringatan gembala bahawa semangat dan nilai kerja mereka tidak bergantung pada kesan atau hasil usaha tersebut.
(3-7) Nabi Yehezkiel beraksi seperti seorang pelarian, aksi simbolik ke-6 dalam Kitab Yehezkiel.
(12-15) Nubuat tentang bagaimana Raja Zedekia akan cuba melarikan dari kota Yerusalem pada waktu malam namun terperangkap dan matanya dicungkil oleh tentera Kasdim (Yer 39:4-7).
(16) Menubuatkan sisa Yahudi akan dipelihara oleh Tuhan sehingga dapat mengelak hukuman pedang, kelaparan dan sampar.
(17-18) Nabi Yehezkiel makan dan minum dengan gementar. Aksi simbolik ke-7 dalam Kitab Yehezkiel.
(19-20) Penjelasannya ialah ketakutan akan meliputi penghuni Yerusalem sehingga tidak tenteram untuk makan dan minum, sebab dalam masa terdekat Kota Yerusalem akan menjadi reruntuhan.
(21-28) Nabi menafikan sindiran di Tanah Israel.
(24) Penglihatan yang menipu dan tenungan yang menyesatkan (flattering divination) – amaran gembala agar setia dan berani menghadapi dan menangani masalah atau krisis penggembalaan yang sedang mengancam umat Tuhan. Konteks yang berikutnya di fasal 13, Tuhan mengutus Yehezkiel bernubuat melawan emreka.
(27) Menunjukkan mereka tidak percaya dan meragui penglihatan Yehezkiel tentang keruntuhan Yerusalem dengan alasan ia tiada kaitan dengan angkatan semasa mereka dan hanya akan tergenap pada masa depan yang masih sangat jauh dan lama. Rujuk dan banding dengan masalah sikap Raja Hizkia (Yes 39:5-8).
(25,28) Namun, Allah menegaskan nubuat Yehezkiel pasti akan segera digenapi semasa hidup angkatan mereka.
*(2 Pet 3:3,9) Masalah jemaat dalam akhir zaman ialah meragui nubuat kiamat yang direncanakan oleh Tuhan, namun tidak menyedari bahawa meskipun ada yang tidak sempat menantikan kiamat dunia namun tetap tiada orang yang dapat meluputkan diri daripada kiamat peribadi.
