Views: 81
Fasal 17 Perumpamaan Tentang Dua Rajawali dan Pohon Aras di Gunung Tinggi
1. Dua rajawali dan pohon anggur (1-10)
2. Penjelasan perumpamaan (11-21)
3. Perumpamaan tentang pohon aras di gunung tinggi – Nubuat penubuhan kerajaan Mesias (22-24), rujuk perumpamaan tentang biji sesawi (Mat 13:31-32).
Dalam Ulangan 28:49, menurut hukum Taurat, Tuhan akan menggunakan negara-negara asing untuk menyerang sekiranya mereka gagal menuruti hukum perjanjian Tuhan.
Pohon anggur sentiasa ditujukan kepada umat Israel (fasal 15).
(3) Rajawali pertama merujuk kepada kerajaan Babel. Bersayap besar, panjang, penuh dengan bulu yang berwarna-warni menunjukkan kekuatan militer dan kemewahan ekonomi mereka. Libanon ialah Israel; Gunung tertinggi di Israel. Nama lainnya ialah Gunung Hermon.
(4) Pucuknya yang paling hujung dibawa – Raja Yoyakhin ditawan pada 597 SM.
Kota perdagangan ialah Babel (Why 18:10-19)
(5) Taruk – taruk tanah – bahasa asal (benih) – Raja Zedekia dilantik menjadi raja untuk menggantikan Yoyakhim (17:13; 2 Rj 4:17).
(7) Burung rajawali besar yang lain – Raja Mesir.
Pohon anggur mengarahkan akar-akarnya kepada burung rajawali kedua – Kerajaan Zedekia berusaha untuk bersekutu dengan Firaun Mesir Psammeticus II seolah – olah dapat melepaskan diri daripada kongkongan Babel ( 2 Rj 24:20; 2 Taw 36:13; Yer 37:5,7).
(8) Ditanam di ladang yang baik, air yang berlimpah-limpah – Kelegaan yang sementara semasa mereka bergantung kepada pertolongan Mesir.
(9) Nubuat Tuhan perbuatan mereka akan mengakibatkan Raja Babel, Nebukadnezar akan datang menyerang kerajaan Yehuda sehingga kerajaan itu musnah.
(10) Angin Timur yang melayukan anggur ditujukan kepada Babel yang menyerang mereka dari arah timur (Hos 13:15). Penjelasan kiasan dari ayat 1-10 (11-21).
(13) Keturunan raja yang mengadakan perjanjian dengan Babel ialah Zedekia.
(15) Perbuatan mendapatkan pertolongan kuda dan tentera dari Mesir adalah melanggar ketetapan hukum Taurat (Ul 17:16).
(16,18,19) Tuhan telah memutuskan bahawa Zedekia yang mengingkari perjanjian pasti akan mati di Babel (Yer 52:4-9).
(21) Nubuat tentang kemusnahan Kerajaan Yehuda dan mereka akan dihamburkan ke semua mata angin – mereka akan ditawan ke negara lain.
(22-24) Nubuat pemulihan oleh Kerajaan Mesias. Sebuah carang dari puncak – Mesias (22; Yes 11:1).
(23) Bercadang, berbuah menjadi pohon aras yang hebat, segala jenis burung tinggal dan bernaung di bawahnya (Mat 13:31-32).
(24) Tuhan akan merendahkan pohon yang tinggi – Babel yang angkuh kemudiannya akan diruntuhkan dan diambil alih oleh kerajaan yang lain (Dan 2,4,5).
Tuhan membuat pohon yang tumbuh menjadi lagu kering – memusnahkan kerajaan Mesir (29:17-20).
Membuat pohon yang kering bertaruk kembali – pemulihan Israel yang telah musnah (17:24).
Fasal 18 Tanggungjawab Individu
1. Membahaskan kata sindiran tentang makan anggur asam – setiap individu bertanggungjawab secara langsung terhadap Tuhan (1-4).
2. Melakukan keadilan pasti hidup (5-9).
3. Tangunggungjawab dosa bergantung pada setiap individu (10-20).
4. Tuhan tidak menuntut kisah lalu orang fasik yang telah bertaubat (21-24).
5. Firman Tuhan yang sangat adil (25-28).
6. Seruan bertaubat dan meninggalkan kejahatan (29-32).
(1-2) Kata sindiran tentang makan buah anggur asam (29) – Latar belakangnya dalam Ratapan 5:7 ; Yeremia pernah mengucapkan nubuat bahawa sindiran ini tidak akan diperkatakan lagi oleh umat Israel (Yer 31:29-30).
Untuk menjelaskan prinsip ini, tiga kes telah pun dirujuk sebagai huraian:
(5-9,14-17) Rumusan Hukum Taurat yang dianggap sebagai kebenaran yang harus dipegang. Ia merangkumi aspek agama, perkahwinan, dan etika masyarakat. Tiga kes ini melibatkan 3 generasi (5-20).
i. (5-9) orang benar yang melakukan kebenaran – pasti hidup (9).
ii. (10-13) anak jahat seorang bapa yang benar-benar pasti binasa (13).
Contoh: … melihat berhala-berhala (6,12,15).
Contoh: Hizkia melahirkan anak yang jahat, Manasye.
iii. (14-18) anak yang baik bagi seorang bapa yang jahat – anak yang baik pasti hidup (17) ; bapa yang jahat pasti binasa (18). Contoh: Raya Amon melahirkan Yosia yang baik.
(19-20) Prinsip pengajaran dalam fasal ini. Setiap individu bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri sama ada baik atau tidak, tidak melibatkan orang lain.
Kes tentang hidup yang berubah (21-32).
1. Orang jahat bertaubat, kembali menuruti segala hukum Tuhan – dia pasti hidup (21-23,27).
2. Orang benar berbalik dari kebenaran dan melakukan kecurangan – dia harus mati (24,26).
(25) Mereka mendakwa tindakan Tuhan tidak tepat. bererti seimbang, dalam konteks ini bermaksud adil.
Kesimpulan:
i. Penghakiman Tuhan adalah adil (29-30).
ii. Tuhan berharap kaum Israel bertaubat dan tidak binasa kerana kesalahan mereka (30).
iii. Mereka digesa untuk memperbaharui hati dan roh (31, fs 11:19; 36:26; 37:14;39:29).
iv. Tuhan tidak berkenan kepada kematian orang fasik tetapi berkenan kepada taubat orang jahat (23,32).
