Views: 623
FASAL 37 PENGLIHATAN KE-3 KEBANGKITAN TULANG-TULANG KERING
- Penghiburan tentang tulang-tulang di lembah (1-14).
1.1 Tulang-tulang bertaburan di lembah (1-3).
1.2 Bernubuat terhadap tulang-tulang (4-8).
1.3 Bernubuat terhadap nafas hidup (9-10).
1.4 Penjelasan penglihatan (11-14). - Nubuat tentang kerajaan Israel dan Yehuda akan disatukan (15-28).
2.1 Aksi simbolik yang ke-12 tentang menggabungkan dua papan (19-28).
2.2 Penjelasan tentang aksi menggabungkan dua papan (19-28).
Dalam fasal ini, Nabi Yehezkiel menerima dua kali wahyu dan dua jenis ilham daripada Tuhan:
1. Yehezkiel dikuasai oleh ROh Allah (1; 40:1) dan kemudian roh Yehezkiel dibawa keluar bersama dengan Roh Allah menuju ke sebuah lembah (1-14).
2. Manakala ayat 15 Yehezkiel hanya menerima wahyu melalui suara Tuhan (15-28).
Tulang-tulang manusia yang dilihat itu adalah seluruh kaum Israel (11). Mereka dalam keadaan mati rohani, negara juga telah musnah dan mereka juga kehilangan pengharapan akan masa depan hidup mereka.
Sungguhpun tubuh jasmani mereka sihat namun apabila ditinjau oleh Tuhan, kerohanian mereka telah binasa seolah-olah seperti tulang-tulang dan bangkai yang kering kontang.
Cara Tuhan membimbing nabi untuk memahami penglihatan tersebut adalah dengan soal jawab (3). Rujuk Wahyu 7:13-14.
Nabi diperintahkan untuk bernubuat dua kali kepada dua jenis sasaran:
1. Bernubuat kepada tulang-tulang (4-5).
Firman Tuhan berkuasa untuk menghidupkan kerohanian yang mati. Rujuk Yohanes 5:24-25 (Yoh 6:63).
Komponen seorang manusia yang lengkap hidupnya (6):
– Tulang
– Urat-urat
– Daging
– Ditutupi dengan kulit
– Nafas hidup (Kej 2:7; Ayb 33:4; Ayb 34:14)
2. Bernubuat kepada nafas hidup (6-10).
= Angin = Nafas = Roh dalam Bahasa Ibrani. Prophesy to the spirit (ISV).
Memohon agar dipenuhi oleh Roh Tuhan (Yoh 3:5,8).
Setelah dibangkitkan oleh Roh Tuhan, mereka membentuk satu tentera yang sangat besar (10; Kel 12:41). Demikian juga pada hari Pentakosta, Petrus dan murid-murid Yesus bangun memberitakan Injil di Yerusalem, tanpa menghiraukan tekanan dan ancaman daripada pemimpin agama Yahudi di Yerusalem. Satu penginjilan dapat menyelamatkan sebanyak 3000 jiwa.
Aksi simbolik ke-12 (15-28).
Janji yang akan menggabungkan kerajaan Yehuda dengan Kerajaan Israel. Setelah mereka kembali ke tanah Israel, beberapa janji Tuhan akan digenapi:
1. Janji memberikan Roh ke dalam diri mereka. Tuhan sendiri menjelaskan nafas hidup ialah Roh Tuhan (14).
2. Dua kerajaan Israel akan disatukan (22).
3. Tidak lagi menajiskan diri dengan berhala (23; Rm 2:22).
4. Daud (Mesias) akan memerintah dan mewujudkan empat perkara yang kekal (24-28);
4.1 Keturunan mereka tinggal di tanah Israel selama-lamanya (25).
4.2 Daud menjadi raja mereka selama-lamanya (25).
4.3 Mengikat perjanjian damai yang kekal (26).
4.4 Tempat kudus / tempat kediaman Tuhan ada di tengah-tengah mereka sampai selama-lamanya (26-28).
Fasal 38 Gog bersama Bangsa-Bangsa Sekutunya menyerang Israel
1. (1-6) Gog dan bangsa-bangsa sekutunya.
2. (7-9) Gog mengetuai tenteranya menyerang Israel.
3. (10-13) Niat jahat Gog terhadap Israel.
4. (14-17) Penggenapan nubuat tentang serangan Gog.
5. (18-23) Gog akan mengalami api kemurkaan Tuhan.
Gog di tanah Magog, raja agung kepada Mesekh dan Tubat (2-3).
Magog ialah anak Yafet yang ke-2, Mesekh dan Tubal merupakan keturunan Yafet (Kej 10:2). Mesekh (Moschi) merupakan anak ke-6 Yafet manakala Tubal (Tibareni) anak Yafet yang ke-5 (Kej 10:2).
Mesekh disifatkan sebagai orang fasik dalam Mazz 120:5-6. Mesekh dan Tubal pernah direkodkan sebagai rakan perdagangan Raja Tirus yang memperdagangkan manusia (27:13); kesudahan mereka ialah mereka diturunkan ke dalam dunia orang mati bersama dengan Mesir (32:26).
Versi CUV, ASV, RV, NKJV (2-3) ada merekodkan Rosh; manakala ITB, KJV, ISV, ESV tiada mencatatkan Rosh.
Kemungkinan disebabkan Ros (Heb) bermaksud kepala, ketua (head, chief). Jika merujuk Kejadian 10:2, perkataan Ros tidak disentuh mahupun dikaitkan dengan Magog, Mesekh dan Tubal.
Gog, raja atau ketua (Ros) yang mengetuai bangsa-bangsa yang memusuhi umat Tuhan (2-3,7).
Bangsa-bangsa yang bersekutu dengan Gog (5-6):
1. Persia – Iran (5).
2. Etiopia – Mesir (5)
3. Put – Libya (5)
4. Gomer – anak sulung Yafet (6)
5. Bet- Togarma – Turki (6)
Bunuat ini ditujukan kepada peristiwa yang akan genap pada zaman akhir, iaitu selepas Bangsa Israel telah kembali dan merdeka lalu membentuk negara sendiri kelak (8,16).
Masa dipilih untuk menyerang Israel ialah saat Israel hidup tenang dan dalam keadaan yang aman tenteram pada hari yang kemudian. Bangsa Israel telah merdeka semula, menunjukkan akan genap pada zaman akhir.
“… tanah yang kota-kotanya tanpa tembok dan akan mendatangi orang-orang yang hidup tenang dan diam dengan aman tenteram; mereka semuanya diam tanpa tembok atau palang atau pintu gerbang” (8,11,12,14,16). Bandingkan dengan Zakharia 2:4-5. Namun Tuhan sendiri menjadi tembok api bagi mereka. Rujuk 1 Tes 5:2-3.
Sasaran utama mereka ialah Israel yang diam di tengah-tengah bumi, nubuat ini menepati lokasi geografi Israel yang terletak di tengah-tengah pusat bumi. (12).
Menunjukkan Israel pada zaman akhir menyedari bahawa nubuat Yehezkiel tentang serangan persekutuan Gog telah digenapi (17).
Setelah Bangsa Israel sebanyak 2/3 mati ( Zak 13:8-9), akhirnya Tuhan sendiri yang bertempur demi Bangsa Israel.
Senjata Tuhan yang digunakan untuk memusnahkan tentera Gog (18-23):
1. Gempa bumi yang dahsyat (19-20).
2. Penyakit sampar (22)
3. Tumpahan darah (22)
4. Hujan lebat (22)
5. Rambun atau hujan ais (22)
6. Api (22)
7. Belerang (22).
Kesan daripada perang ini telah menunjukkan kebesaran dan kekudusan Tuhan, agar bangsa-bangsa yang lain mengenal Akulah (Tuhan Yesus) TUHAN (23).

