Views: 120
Fasal ini adalah sambungan daripada fasal 25:12-14.
1. Edom dihukum kerana dendam kesumat yang turun-temurun (1-9). Seperti darah Habel yang berteriak setelah mati dibunuh oleh Kain.
2. Dihukum kerana merampas dan menelan tanah pusaka Israel (10-12; 36:5). Tuhan masih menyertai Israel walaupun negara mereka telah binasa.
3. Sebab membesarkan diri terhadap Tuhan dalam kata-kata ucapan mereka (13-15).
Kata kunci dalam fasal ini ialah sunyi sepi, desolate, waste land. Satu perkataan yang berulang sebanyak 9 kali (3,4,7,9,12,14,15a,15b).
Tujuan fasal ini adalah untuk sengaja membandingkan kesudahan dua orang anak Abraham yang terpilih dan yang tidak terpilih, yang dikasihi dan tidak dikasihi.
Nubuat menentang Edom amatlah kontras dengan kesudahan Israel dalam fasal 36 seperti berikut:
1. Firman penghakiman ditujukan kepada pengunungan Seir.
Manakala firman PEMULIHAN janji Tuhan ditujukan kepada gunung-gunung Israel (2-3; 36:1-2,3).
2. Kesudahan yang kontras: Edom sunyi sepi selama-lamanya (35:9). manakala reruntuhan di Yehuda akan dibina semula dan didiami penduduk, membuat mereka banyak seperti lautan manusia (36:36-38).
Cara mereka dihukum rujuk nubuat dalam 25:14, mereka kemudian dimusnahkan oleh tangan bangsa Yahudi sendiri pada zaman Makabe.
Kesimpulan:
Mal 1:2-3 – Tuhan mengasihi Yakub tetapi membenci Esau.
FASAL 36 BERNUBUAT TERHADAP GUNUNG-GUNUNG ISRAEL
Menubuatkan pemulihan terhadap gunung-gunung Israel (1,4,6). Respons terhadap nubuat penghakiman dalam fasal 6:2-3
1. (1-7) Amaran kepada musuh-musuh Israel yang akan menanggung noda mereka.
Kelebihan Israel ialah mereka merupakan pusaka milik Tuhan (5; Ul 9:29; Yes 19:25). Sebaliknya pusaka Umat Tuhan yang paling bernilai ialah Tuhan Allah sendiri (Ul 10:9).
2. (8-15) Senario masa depan yang indah tentang pemulihan tanah Israel.
– Penduduk dan ternakan bertambah banyak (10-11).
– Lebih diberkati daripada dahulu (11). Contoh: Ayub lebih diberkati selepas dia lulus ujian daripada Tuhan (Ayb 42:12).
– Keturunan mereka mendapat tanah pusaka semula (12).
kehilangan anak – childless dalam versi ISV (12-15). Berkat pertama sejak penciptaan dipulihkan (11; Kej 1:28). Seumpama kota Yerikho yang dikutuki dan kemudian keadaannya dipulihkan melalui mukjizat yang dilakukan oleh Nabi Elisa (2 Raj 2:19-22).
– Terlepas daripada penghinaan dan kutuk (15).
3. (16-23) Tuhan akan menguduskan nama-Nya (20,21,22,23). Rujuk fasak 20:9,14,22,39,44.
Demi nama Tuhan, umat Tuhan dihukum. Akan tetapi, apabila umat Tuhan dihukum sehingga nama Tuhan dihujat oleh bangsa kafir, maka demi nama Tuhan juga, Dia bertindak untuk memulihkan umat-Nya.
4. (24-27) Pembaharuan hidup Israel.
– Mereka akan ditahirkan daripada noda berhala-berhala (25).
– * Roh yang baharu akan mengubah hati mereka yang keras – stony (Cuv, KJV) menjadi lembut – flesh (CUV, KJV) (26-27; 11:19;37:14;39:29). Apabila manusia gagal mengubah hati yang keras dan degil, satu-satunya penyelesaian ialah Tuhan mengganti hati yang baharu dengan Roh-Nya yang baharu.
5. (28-36) Israel mendapat pusaka semula.
Reruntuhan dibina semula, tanah yang lama dan usang ditanam semula, suasana berubah menjadi seperti Taman Eden yang sangat subur dan menggembirakan (33-36).
6. (37-38) Janji tentang penduduk Israel bertambah pesat.
