Anak-anak
|

Anak-anak

1. NILAI ANAK-ANAK

Ada pepatah yang berbunyi : “nilai batu emas permata tidak standing nilai anak saya.” Dari segi Alkitab, mempunyai anak merupakan satu perkara yang penting serta bahagia. Justru itu, suami isteri yang tidak mempunyai anak, akan merasa sangat sedih dan putus asa. Anak-anak adalah pemberian Tuhan (Kej 4 :1 ; 33: 5 ), pemeliharaan Tuhan dan harta pusaka dariNya ( Mzm 127 ). Justru itu, adalah perkara yang normal sekiranya manusia merasa pantang akan tidak mempunyai anak. Mereka menganggap, perempuan yang tidak dapat melahirkan anak adalah “perempuan batu” yang telah dikutuk Tuhan dan ianya merupakan satu perkara yang sangat memalukan.

Setelah Hagar mengandung, Sarai telah dipandang rendah oleh hamba perempuannya ini (Kej 16 : 4 ). Rahel apabila bertentangan dengan Lea, terus berseru : “Berikanlah kepadaku anak; Kalau tidak, aku akan mati.” Apabila lawan Hana melihat bahawa ia tidak dapat melahirkan anak, ia pun menyakiti hatinya ( I Sam 1 : 6 ). Semasa Elisabet mengandung Yohanes, ia memuji Tuhan kerana  “menanggalkan kemaluannya dalam dunia ini”. Dalam Mazmur Fasal 113 pujangga memuji : “Ia mendudukkan perempuan yang mandul di rumah, sebagai ibu anak-anak, penuh sukacita”. ini menunjukkan kesukacitaan sebagai seorang ibu.

Pemberian Tuhan kepada orang-orang yang takut akan Dia ialah : isteri seperti pohon anggur yang subur dan anak-anak seperti tunas pohon zaitun sekeliling meja (Mzm 128 ). Yesus berkata, sesudah anak dilahirkan, ianya adalah kegembiraan perempuan ( Yoh 16 : 21 ). Sebagai seorang ayah dan ibu, bukan saja ianya secara langsung merasa dan menunjukkan kasih sayang, bahkan juga merasakan kebaikan serta kebaikan menjadi ibu bapa. Sebagai seorang ayah, terutamanya ayah yang mempunyai beberapa anak, ianya menunjukkan bahawa ia adalah seorang yang kaya, kedudukan sangat tinggi dan daya pengaruh juga sangat besar di mana anak-anaknya akan menjadi pewaris pusaka rumahnya; ditambahkan, nama keluarganya akan terus kekal sampai turun-temurun.

Justru itu, semua suami isteri yang telah berkahwin amat mengharapkan berkat Tuhan agar dapat beranak-cucu dan bertambah banyak sehingga memenuhi bumi dan menaklukkannya.  ( Kej 1 : 28 ).

2.KELAHIRAN DAN ADAT ISTIADATNYA

Melahirkan anak merupakan satu perkara besar yang menggembirakan di mana saudara-mara dan jiran-jiran akan datang berkumpul untuk sama-sama menikmati kegembiraan itu.

Semasa kelahiran seorang bayi, terdapat seorang bidan yang menolong dan hal ini adalah sama dalam semua negara. Mengikut catatan buku Yehezkiel, kerja seorang bidan ialah memotong pusat tali bayi, memandinya dengan air, mengosoknya dengan garam dan membedunginya dengan lampin ( Yeh 16 : 4 ). Biasanya, bayi itu akan diberi nama selepas 8 hari kelahirannya.

Nama orang-orang Yahudi adalah sama dengan nama-nama kita, di mana masing-masing mempunyai maknanya. Misalnya, Yesus adalah “Juruselamat”; Musa ialah “Diterik dari air”; Yakub ialah “Yang menggenggam”. Bayi laki-laki akan disunatkan pada hari ianya diberikan nama. Upacara sunat ialah mengerat kulit khatan bayi tersebut dengan pisau dan ini merupakan tanda yang khas bagi bangsa Isreal menunjukkan mereka mengikat janji dengan Tuhan (Kej 17 : 9-14 ). Yohanes Pembaptis dan Tuhan Yesus juga disunat pada hari ke-8. Ketika Paulus mengakui dengan bangga bahawa dia adalah seorang Ibrani, ia juga menyentuh hal berkenaan sunat ( Flp 3 : 5 ).

Setelah anak dilahirkan, satu upacara pentahiran akan diadakan untuk mentahirkan perempuan yang bersalin. Sekiranya melahirkan anak laki-laki upacara akan berterusan selama 40 hari manakala melahirkan anak perempuan ialah 80 hari. Apabila genapnya pentahiran dari darah nifasnya, dia mesti pergi ke Bait Suci untuk menerima upacara pendamaian, barulah ia boleh mendampingi benda-benda yang bersih ( Im 12:2, 5-7).

Disebabkan hasil yang sulung harus diberikan kepada Tuhan, maka anak yang sulung akan dikuduskan khas untuk Tuhan. Pada masa lalu, korban persembahan yang biasa digunakan ialah anak domba yang penuh satu tahun. Namun, bagi keluarga yang miskin yang tidak mampu mempersembahkan domba, mereka akan mempersembahkan burung Tekukur. Ayah Yesus juga mempersembahkan burung tekukur bagi anak sulung mereka. Dari ini kita boleh menggambarkan keadaan hidup mereka.

3.PERTALIAN ANAK DENGAN BAPA

Kedudukan seorang anak ialah, ia adalah milik ibu bapa ( Kej fasal 27 ; Hab 11 : 39 ). Daripada peristiwa-peristiwa seorang ayah mempersembahkan anak sebagai bahan korban ( Im 18 : 21; 20 : 2-5; I Taw 23 : 10 ; Yeh 23: 37 ) ~ ianya menunjukkan kuasa dan hak seorang ayah atas anaknya. Namun, mengikut Ulangan fasal 21 ayat 18-21, kuasa tersebut ada hadnya. Anak-anak yang taat dan menghormati ibubapa merupakan perkara yang dangat disukai ( Kel 20 : 12 ; Im 19 : 3 ; Ul 27 : 16 ; Ams 1 : 8 ). Bagi anak-anak yang memukul dan mengutuki ibu bapa sendiri, akan dihukum mati ( Kel 21 : 15 , 17 ). Yang memandang rendah terhadap ibu bapa akan dikutuk ( Ul 27 : 16 ); anak-anak yang tidak menghormati orang yang lebih tua akan dihukum Tuhan ( 2 Raj 2 : 23-24 ). Kitab Amsal mempunyai banyak catatan yang menyuruh para ibu bapa mendidik anak-anak sendiri dengan tegas ( Ams 3 : 12 ; 13: 24 ; 15 : 5 ; 22 : 6 ; 29: 15 dan lain-lain ).

Kepercayaan serta kehormatan seorang anak kepada ayahnya dapat meneguhkan pertalian antara keduanya. Sekiranya seorang anak memandang rendah terhadap ibu bapa dan meninggalkan keluarganya, ianya akan kehilangan hak sebagai seorang anak ( Luk 15 :19 ). Umat Isreal tidak taat pada Tuhan, seperti mana anak-anak yang memberontak terhadap ibu bapa yang mengasihinya, mereka melakukan dosa yang besar sehingga nabi mengeluh dengan sedih atas hal ini dan berharap mereka akan bertobat ( Yes 63 : 8 -10 ). Harapan ibu bapa ialah anak-anak akan mengikut jejak mereka dan mencontohi mereka. Perbuatan dan sikap “Keturunan Abraham” juga mempunyai makna sedemikian.

Alkitab juga mencatatkan kisah- kisah kasih sayang yang indah antara seorang bapa dengan anak. Ketika Yakub menyangka Yusuf telah mati, anak-anaknya yang lain datang menghiburkannya, ia menolak dihiburkan (Kej 37 : 35 ), serta berkata : “Jika terpaksa aku kehilangan anakku, biarlah juga kehilangan!” ( Kej 43 : 14 ); ini disebabkan ianya sangat menyayangi anak yang lahir pada masa tuanya ( Kej 44 : 20 ). Dan,  jikalau anak bongsunya, Benyamin ditawan pasti ia merasa begitu hampa.

Setiap tahun, Hana akan membuatkan “jubah kecil” untuk Samuel ( I Samuel 2 : 19 ). Daud berpuasa bagi anaknya yang sakit tenat dan semalam-malaman berbaring di atas tanah untuk berdoa ( 2 Sam 12 : 16 ). Yesaya sangat mengasihi umat ketika terkenang akan anak kesayangannya ( Yes 8 : 18 ). Ketika seluruh bumi penuh dengan pengenalan akan Tuhan, ianya adalah seperti seorang anak kecil yang menyerahkan seluruh kehidupan dan alam sekitarnya kepada ibu bapa, di mana tiada lagi ketakutan di sekelilingnya, dapat hidup dengan aman di antara binatang buas, walaupun bermain dekat liang ular tedung, ia tidak akan cedera ( Yes 11 : 6-9 ). Zakharia telah bermimpi dan melihat Yerusalem di mana kota ini penuh dengan anak laki-laki dan anak perempuan yang bermain-main di situ — satu gambaran menunjukkan jalan-jalan kota penuh dengan kebahagiaan ( Za 8 : 5 ).

Pengarang Mazmur menganggap hati kanak-kanak yang murni adalah sesuatu yang sangat indah; dia menggambarkan keadaan hati dan jiwanya sendiri ketika di pangkuan ibunya seperti anak yang disapih (Mzm 131 : 2 ); pasti dia akan bertemu dengan Tuhan yang pernah berkata : jika kamu tidak bertobat dan menjadi seperti anak kecil ini, kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Syurga ( Mat 18 : 3 ) dan bersyukur kepada Bapa Syurga kerana menyatakan hal-hal Tuhan kepada orang kecil ( Mat 11 : 25 ).

Perkahwinan
|

Perkahwinan

1.KELUARGA MEMBERATKAN MATERNAL (PIHAK IBU)

Pada zaman purba, kebanyakan kaum mengamalkan masyarakat yang mementingkan ibu. Dalam masyarakat yang begini, anak yang dilahirkan adalah kepunyaan pihak ibu. Suami adalah kepunyaan isteri dan keturunan keluargaan biasanya diwarisi dari pihak ibu juga.

Dalam Perjanjian Lama, Yakobus telah mengahwinkan Rahel dan beranak, tetapi Laban menganggap cucu itu seperti anaknya sendiri (Kej 31:31,43). Begitu juga dengan Musa, di mana Rehuel suka Musa tinggal bersamanya dan berikan anaknya kepada Musa (Kel 2:21). Tambahan pula, semasa Sikhem ingin mengahwini anak Yakub, Dina, dia harus menurut adat pihak perempuan, disunat (Kej 34:15). Dari contoh-contoh ini, bolehlah difahami bahawa pengaruh pihak ibu adalah lebih kuat. Gundik Gideon adalah orang Sikhem dan anaknya Abimelekh pun jadi orang Sikhem juga (Hak 8:31;9:1-5).

“Seorang laki-laki akan meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya” (Kej 2:24). Orang yang memakai ayat ini tidak setuju dengan adat-istiadat dulu dan alasannya ialah semua sistem maternal telah dihapuskan semasa menulis buku ini. Adat memberatkan pihak ibu adalah paling umum di Arab. Bukan sahaja orang Arab, tetapi boleh juga dilihat adat ini di antara keturunan Sem. Pihak wanita akan menjadi tuan ramah atau pihak wanita yang menetapkan kedudukan cucu-cicit. Oleh itu, pengaruh ibu lebih besar daripada bapa dalam menghalang perkahwinan atau bertanggungjawab dalam perkahwinan juga. Ini juga telah mempengaruhi poligami, kerana semua isteri adalah satu kumpulan kecil tetapi mereka akan menjadi besar jika mereka bersatu.

2.PENENTUAN KUASA SUAMI   

Biasanya, isteri adalah hak milik suami. Suami adalah Baal isterinya (Hos 2:16) atau tuan. Isteri adalah “jodoh” suami (Yes 62:4). Anak yang dilahir adalah kepunyaan suami dan hanya suami berhak menceraikan isterinya.

Dalam zaman kucar-kacir, isteri adalah orang tawanan dari peperangan (Hak 5:30). Isteri hanya bahan untuk meriangkan suami, mesin beranak, hamba abdi dan harta untuk kecongakan lelaki. Sebaik sahaja wanita ditawan dan dibawa pulang, lelaki itu serta-merta boleh menjadi suaminya, tetapi mereka harus mencukur rambut dan memotong kuku mereka. Mereka harus menanggalkan pakaian semasa mereka ditawan dan bertangisan untuk kematian ibubapa selama satu bulan, barulah mereka dapat memasuki perkhawinan. Kemudian, jika suami tidak suka isterinya, dia boleh bebasnya isterinya, tetapi tidak boleh jualnya seperti hamba abdi (Ul 21:11-14).

Dalam catatan Hakim-hakim Pasal 21, wanita akan keluar menari-nari semasa perayaan, tetapi lelaki akan bersembunyi di kebun anggur mereka dan mencari isteri lalu merampaskan mereka. Perkara ini telah berubah ansur-ansur sehingga menjadi satu adat bagi generasi yang muda. Misalnya,kaum Batin yang mempunyai adat merampas pengantin, iaitu sahabat handai mempelai akan berlawan dengan mempelai. Mereka pura-pura ingin merampas pengantin. Kemudiannya, adat ini telah menjadikan mempelai itu harus membeli isterinya dan barulah mereka dapat berkahwin. Akhirnya, terjadilah harus bertunang dengan isteri sebelum berkahwin.

Adalah begitu penting sekali bagi keluarga bahawa bolehkah seorang wanita memperanak seorang perwira yang gagah. Oleh itu, haruslah berfikir masak-masak sebelum berkahwin. Biasanya pihak lelaki akan memberi banyak emas kahwin kepada ibu bapa pihak perempuan.

3.POLIGAMI   

Orang Yahudi mempunyai adat seorang suami berkahwin dengan beberapa orang isteri. Dalam Perjanjian Lama, tidak mempunyai poligami. Sebab-sebab yang menjadikan poligami ada beberapa butir :-

i. Untuk meningkatkan produktiviti dan taraf peperangan di dalam satu kaum, mereka mengharapkan boleh dapat lebih ramai cucu-cicit. Jika isteri pertama tidak mampu beranak, maka tugas ini dapat ditanggung oleh isteri kedua atau ketiga. Ini adalah disetujukan oleh orang ramai. Contohnya, Abraham pun mengahwini Hagar selain daripada isterinya Sarai.

ii. Apabila seorang lelaki berkedudukan tinggi, dia perlu ramai orang kepunyaan untuk menjaga kedudukan dan harta-bendanya seperti Raja Salomo.

iii. Disebabkan sistem hamba abdi, hampir semua hamba abdi wanita harus menjalankan tugas sebagai gundik di belakang khalayak ramai.

iv. Disebabkan peperangan yang tidak berputus-putus, populasi wanita telah melebihi lelaki. Oleh itu, sistem poligami adalah yang sementara sahaja.

Kecuali keadaan khas, semua sebab-sebab tersenarai di atas, harus mereka membayar “emas kahwin” yang banyak dan ini merupakan kuasa hak bagi orang yang kaya-raya. Sebabnya, hanya mereka yang mampu membayar “emas kahwin” itu.

Dalam Perjanjian Lama, Abraham, Yakub, hakim-hakim, raja Daud dan raja Salomo adalah beristeri banyak. Begitu juga dengan keturunan Isakhar ( I Taw 7:4). Bapa Samuel juga mempunyai Penina selain daripada Hana ( I Sam 1:2). Walaupun Yoyada adalah seorang imam, namun dia juga menerima sistem poligami juga ( 2 Taw 24:3 ).

Ini telah melanggar sistem perkahwinan yang ditentukan oleh Tuhan sejak penciptaan dunia. Sistem poligami ini adalah berasal dari kaum asing, Lamek. Dalam buku Ulangan juga ada mengingatkan raja-raja, “Jangan mempunyai banyak isteri, supaya hatinya jangan menyimpang” (Ul 17:17). Tetapi keturunan yang muda telah menetapkan seorang saja boleh mempunyai 18 orang isteri dan orang biasa boleh mempunyai 4 orang isteri. Namun, permusuhan antara isteri Abraham telah membawa kemalangan kepada keluarganya (Kej 21 ). Isteri Yakub, Rahel bermusuhan dengan Lea (Kej 29, 30 ). Keluarga Daud dan Salomo juga menunjukkan poligami memang mempunyai kesilapan besar.

Nuh, Ishak dan Yusuf hanya mempunyai seorang isteri. Begitu juga, dari Alkitab kita dapat lihat keluarga bahagia hanya datang dari monogami ( 2 Raj 4 ; Mzm 128 ; Ams 31 ). Struktur perkahwinan merupakan persatuan antara Tuhan dan umatNya. Ini juga bermaksud monogami adalah keadaan yang paling ideal.

Poligami ada yang melanggar hukum semulajadi, hanya monogami adalah bentuk perkahwinan manusia yang umum. Orang pada zaman purba pun memahami butir ini juga. Oleh itu, sejak dulu orang Ibrani tidak menghapuskan poligami tetapi mereka tetap tidak bersetuju dengan sistem ini. Begitu juga dengan pihak yang mempelajari hukum dan Taurat. Walau bagaimanapun, Herodes masih mempunyai 9 orang isteri. Kelayakan untuk menjadi penilik gereja “suami dari satu isteri” ( 1 Tim 3:2 ). Dengan jelasnya ada penilik telah mempunyai 2 orang isteri atau lebih. Raja Castini pernah menegur orang Yahudi pada zaman itu bahawa mereka telah mengahwini “ 4 atau 5 orang isteri” dengan “ mengikut kesukaan sendiri”.

Poligami tidak pernah dihapuskan dengan menggunakan undang-undang di masyarakat Yahudi. Begitu juga, banyak negara yang bertamadun di Eropah atau sebahagian orang-orang di negara timur masih mengamalkan poligami.

4.PERKARA YANG DILARANG DALAM PERKAHWINAN   

(I) Dilarang Mengawini Saudara Yang Rapat Perhubungan.

Ini adalah satu pertahanan diri untuk menjaga kewujudan dan kebaikan seluruh kaum. Pertahanan sendiri ini adalah untuk menghalang diri dari bersatu dengan orang yang hidup bersama kita. Perkhawinan antara saudara perdarahan rapat, secara ansur-ansur dianggap sebagai satu perogolan dan dibencikan orang.

Tetapi tiada tanda menghalang perkhawinan antara saudara rapat dalam Perjanjian Lama. Sebaliknya, orang Ibrani menegaskan harus berkahwin di antara satu keturunan. Pada mulanya, perkahwinan di antara keturunan pihak bapa masih dibenarkan,tetapi perkahwinan di antara keturunan pihak ibu telah dilarang dengan kuat. Seperti Abraham berkata kepada Abimelekh “dia benar-benar adikku, anak ayahku, hanya bukan anak ibuku, tetapi kemudian ia menjadi isteriku” (Kej 20:12). Begitu juga, anak Daud, Amnon ingin memperkosakan adik yang sama bapa tetapi berlainan ibu, Tamar. Tamar telah menolaknya dan berkata kepadanya “berbicaralah dengan raja, ia mesti tidak akan menolak memberikan aku kepadamu” ( 2 Sam 13:13 ). Yehezkiel ada mengatakan ada orang telah memperkosa adik yang satu ayah (Yeh 22:11). Nahor telah mengkahwini anak saudaranya (Kej 11:29 ). Amran telah mengkahwini anak bapanya (Kel 6:20 ) dan ada juga yang mengkahwini ibu tirinya. Yakub telah mengkahwini 2 orang adik-adik. Hukum Taurat yang tercatat dalam Imamat 18 : 7-18 ; 20 : 1-21 tetapi tidak melarang perkahwinan antara pakcik dengan anak saudaranya atau berkahwin dengan isteri saudara ibunya.

Catatan dalam Ulangan bahawa anak gampang yang sukar kepunyaan rakyat merupakan anak yang dilahirkan melalui perkahwinan antara saudara rapat. Untuk menjaga harta warisan dari moyang, mereka tidak dibenarkan berkahwin dengan orang yang asing dari sukunya itu (Bil 36 :6; 27:4). Senantiasa mereka dihalang berkahwin dengan orang berlainan sanak saudara (Kej 24:4).

Jodoh yang mereka ingin kahwin adalah saudara sendiri (Hak 14:3 ). Dari Adam hingga ketua bangsa zaman Nuh, semestinya berkahwin dengan saudara rapat. Dalam orang Yahudi, mereka yang berkahwin dengan saudara pihak bapa adalah 3 kali ganda daripada perkahwinan dengan orang asing.

(II) Dilarang Berkahwin Dengan Bangsa Lain.  

Alasan mereka ialah dari sebab sejarah dan agama. Kejadian 24,28; Imamat 12:1 serta Hakim-hakim 14:3 dengan jelasnya membantah perkahwinan dengan bangsa lain. Isteri Esau adalah orang Het dan telah menimbulkan kepedihan ibu bapanya (Kej 26 :34-35; 27:46). Perkahwinan Yusuf (Kej 41:45 ) adalah tidak dapat dinafikan.

Tetapi, Daud ( 2 Sam 3:3 ) dan Salomo (1 Raj 3:1 ; 11:1) telah diambil sebagai teladan. Anak Naomi (Rut 1:4), Betsyeba (2 Sam 11:3), Hiram ( 1 Raj 7:14 ), Amasa ( 1 Taw 2:17 ), Zabad (2 Taw 24:26 ) adalah anak campuran darah.

Orang Ibrani menghalang diri dari berkahwin dengan orang Kanaan (Kel 34:16; Ul 7:3), tetapi orang Edom dan orang Mesir diterima (Ul 23:7). Sebabnya semua orang berlalu demikian dan telah menyedihkan hati Ezra (Ezr 9:10-12) dan Nehemia (Neh 10:30; 13:23). Orang yang tinggal di Negara asing selalu meminta jodoh mereka menganuti agama Yahuda sebagai syarat perkahwinan dan mereka tidak berkahwin di tahun Yobel, jika mereka telah melanggar ini, mereka akan dianggap melakukan perzinahan.

Keadaan ibu bapa Timotius (Kis 16 : 1-3) adalah mengikut adat Asia Tengah. Paulus menegur orang Korintus “Isteri terikat selama suaminya hidup. Kalau suaminya telah meninggal, ia bebas untuk kahwin dengan siapa saja yang dikehendakinya, asal orang itu adalah seorang yang percaya.” ( 1 Kor 7 :39). Mungkin adalah kegagalan dalam perkahwinan antara umat dengan orang kafir. Ajaran yang tercatit oleh rasul, tidak semestinya cara yang terbaik dari segi masyarakat atau psikologi dan kita tidak akan bincangkannya. Tetapi perkahwinan antara Kristian dengan orang kafir haruslah kita mempertimbangkannya dari segi agama.

5.SISTEM MENGAHWINI JANDA SAUDARA

Dalam Ulangan 25:5-10 telah menetapkan, jika seorang mati tanpa tinggal anak, saudaranya harus mengambil janda itu sebagai isteri sendiri. Anak sulung itu akan terpulang kepada si mati untuk mewarisi keturunannya (Kej 38:9 ). Jika saudara yang hidup itu enggan mengambil janda itu, maka ia boleh menuduh saudara itu di depan para-para tua di pintu gerbang kota. Jika dia masih menolak, bolehlah berludah di mukanya dan bukakan kasutnya supaya semua kekejian itu kembali kepada saudaranya. Kemungkinan hukum ini diamalkan berdasarkan kepada adat istiadat di Mesopotamia.

Adat seperti ini juga diamalkan di India, Tufan, Madagascar. Hanya India menghadkan jika janda tidak mempunyai anak dan perkahwinan ini akan dibatalkan selepas anak dilahirkan. Kadangkala, perkahwinan ini hanya di permukaan dan disetujui oleh dua pihak sahaja. Ada juga keadaan lain yang tidak dihadkan di mana seorang janda dipunyai oleh beberapa orang saudara. Ini telah berkait dengan pikiran orang lain bahawa satu isteri mempunyai beberapa orang suami dan contoh ini tidak dikesan di Perjanjian Lama.

Di India, Persia, Afghanistan juga mempunyai adat ini yang berkaitan dengan menyembah kepada moyang. Ini adalah untuk menjaga kedudukannya semasa dalam persembahan keluarga, namun kita berasa curiga terhadap orang Ibrani bahawa adakah mereka mempunyai tujuan tersebut. Dalam Perjanjian Lama, sistem ini adalah untuk menjaga nama keluarga (melalui anak ia dapat disambungkan) serta menjaga supaya harta benda tidak akan dibahagi atau terpindah ke orang asing.

Dari perkahwinan Rut dengan Boas, isteri dianggapkan sebagai harta perseorangan dan akan diwarisi. Boas mengkahwini Rut adalah menebus harta “tetapi bukan disebabkan mereka adalah saudara rapat (Rut 3:9 ). Perkahwinan ini adalah untuk menebus harta benda di atas hukum sahaja. Ia memang tidak akan dibantah oleh kaum itu. Tetapi, anak pertama yang dilahir oleh mereka harus terpulang kepada keluarga suami yang telah meninggal. Perkara yang dilarang dan tercatit dalam Imamat Fasal 18 tidak termasuk kes khas dan orang umum pun menerima sistem mengkahwini isteri janda saudara.

Kemudiannya, orang Saduki bertanya kepada Yesus: “Jika seorang, yang mempunyai saudara laki-laki, mati dengan meninggalkan seorang isterinya itu dan membangkitkan keturunan bagi saudaranya itu. Adalah tujuh orang bersaudara. Yang pertama kahwin dengan seorang perempuan dan mati dengan tidak meninggalkan keturunan. Lalu yang kedua juga mengahwini dia dan mati dengan tidak meninggalkan keturunan. Demikian juga dengan yang ketiga. Dan begitulah seterusnya, ketujuhnya tidak meninggalkan keturunan. Dan akhirnya, sesudah mereka semua, perempuan itupun mati. Pada hari kebangkitan, bilamana mereka bangkit, siapakah yang menjadi suami perempuan itu? Sebab ketujuhnya telah beristerikan dia.” (Mrk 12:18-23). Dari sini bolehlah kami ketahui bahawa orang pada zaman itu tidak memegang kepada adat ini. Hukum yang tegas itu telah dibatalkan pada masa itu.

6.PERATURAN PERKAHWINAN  

Biasanya,kuasa perkahwinan tertaruh di dalam tangan ibubapa ( Kej 24:3; 28:1;34:4; Hak 14:2). Sebagai seorang anak hampir tidak mempunyai kebebasan untuk memilih jodoh mereka sendiri. Mereka tidak akan ditunang semasa kebudak-budakan. Sekurang-kurangnya mereka harus meminta persetujuan orang yang akan berkahwin dan kadangkala mereka minta kerjasama mereka (Kej 24:8). Memangnya ada yang tidak bersetuju dengan cadangan ibubapa (Kej 26:34). Kadangkala,mereka akan memaksa ibubapa supaya menuruti mereka (Kel 2:21). Walaupun mereka terhad oleh adat pada zaman itu, tetapi percintaan yang berasal dari emosi/perasaan semula jadi juga ada. Keadaan yang romantik di antara perjumpaan dua seks pun ada juga (Kej 29:10; 34:3; Hak 14:1; 1 Sam 18: 20), seorang gadis yang tidak berkahwin merupakan satu kekejian, tetapi Paulus telah memberi satu penyataan berlainan terhadap “anak dara/gadis” ( I Kor 7 : 34-38 ).

Pertunangan pada zaman dulu adalah lebih berkesan dan mempunyai had. Ini hanyalah upacara yang tunggal ditetapkan dari segi undang-undang orang Arab. Dalam Kejadian pasal 24 ayat 58-60, ia masih mempunyai rangka dulu dan berkat, terutama sekali, harus membayar “wang” kepada ibubapa atau wakil pihak wanita. Jika telah berdosa terhadap gadis yang belum berkahwin. Pihak lelaki akan diminta mengkahwini gadis yang belum berkahwin. Pihak lelaki akan diminta mengkahwini gadis itu dan tidak dibenarkan mencerainya seumur hidup. Tambahan pula, dia akan diminta bayar 50 syikal perak kepada bapa gadis itu (Ul 22:29; Kel 22:16).

Hemon, bapa Sikhem telah bersetuju memberikan tanah, hadiah dan wang kepada Yakub sebab anaknya telah memperkosakan Dina, anak Yakub dan mencintainya dengan begitu dalam (Kej 34:8-12). Hamba Abraham telah memberi Ribka banyak “alat emas, alat perak dan baju” dan “barang-barang bernilai” kepada abang dan ibu pengantin.

“Mas Kahwin” boleh juga dibayar dengan usaha kerja kami, seperti “Yakub bekerja untuk Laban” (Kej 29: 18-27; I Sam 18 :25 ). “Mas Kahwin” adalah untuk menyediakan segala hadiah perkahwinan pengantin, sebab ibu bapa pengantin harus memberi hadiah perkahwinan dan hamba perempuan (Kej 24:61; 29:24). Kaleb memberi tanah dan mata air sebagai hadiah perkahwinan anak perempuannya (Yos 15:19; Hak 11:15). Raja Salomo telah memberi sebuah kota kepada isterinya sebagai hadiah perkahwinan ( I Raj 9:16). Ada catatan lain bahawa ada yang membahagi separuh hartanya untuk hadiah perkahwinan. Jika bukan disebabkan berzinah, walaupun bercerai, hadiah ini tetap dijaga oleh isteri.

Hadiah diberi oleh suami itu menunjukkan murah hati dan cintanya (Kej 24:53; 24:12 ; Ezr 2:9). Upacara pertunangan, surat bukti (senarai hadiah) akan dihantar di depan 2 orang baru. Jika mereka tidak melalui cara ini dan terus tinggal bersama-sama, mereka akan ditegur. Tentang pasangan tunang itu, mereka adalah seperti suami-isteri, jika mereka tidak setia kepada pihak lain, mereka boleh dituduh berzinah (Ul 22:23 ; Mat 1 : 19 ). Selepas perkahwinan, mempelai boleh ditahan daripada menjadi askar selama satu tahun, “boleh tidak terikat dan menyukakan hati isteri” (Ul 24:5). Jika tidak memegang janji perkahwinan (I Sam 18:19 ; Hak 14 :20 ), ia akan dihina oleh orang ramai, tetapi ada juga yang terpaksa (Kej 29 :27 ).

7. UPACARA PERKAHWINAN 

Tiada catatan jelas dalam Alkitab, hanya dapat diteka dari catatan yang sedikit dan adat yang dipegang. Ada kalanya, upacara tidak dijalankan selepas pertunangan (Kej 24:63-67). Mengadakan satu jamuan pesta selepas pertunangan (Kej 24:54). Perkahwinan dan pertunangan dianggap sebagai satu “Perjanjian” dan masa di antara mereka tidak boleh melebihi satu tahun.

“Peranakan” adalah upacara pertama bagi upacara perkahwinan (Mzm 45:14-15). Ini adalah satu adat yang ditinggal dari “Rampas Kahwin”. Sahabat dan mempelai ( Yoh 3:29 ), waktu malam, mempelai membawa pengantin keluar ( Hak 14 :11,15,20 ). Jika perlu, pemilihan teman mempelai adalah saudara pengantin keriangan itu boleh kami rasa dari meninggalkan “suara mempelai” ( Yer 7 : 34 ; Why 18 :23 ).

Pengantin harus menganggap ini adalah perkara yang paling agung dalam seumur hidupnya. Ia harus berpakaian kemas dan berhias ( Why 21 :2 ). Pakaian haruslah kain rami yang bersih ( Why 19 : 8 ). Pakaian bersulam warna-warni (Mzm 45 : 13-15 ), ikat dengan barang hiasan dan tali berhiasan (Yer 2:32). Barang hiasan diperbuat daripada emas atau perak ( Kej 24:53 ). Mempelai harus memakai perhiasan kepala dan pengantin akan memakai perhiasannya ( Yes 61 : 10 ).

Pengantin harus melindungi mukanya dengan sapu tangan, semasa dia baru berjumpa suaminya (Kej 24 : 65 ), kita tidak pasti bahawa adakah mereka harus bermandi waktu malam seperti orang Yunani ( Rut 3:3 ; Yeh 23 : 40 ).

Dalam Matius Fasal 25 ada cerita tentang sepuluh gadis yang menyambut mempelai. Adakah mereka itu gadis mempelai yang menemani pengantin dan sedang menunggu kepulangan mempelai atau kawan pengantin yang menunggu kepulangan pasangan baru? Kami tidak pasti tentang ini, hanya kami ketahui bahawa perarakan perkahwinan diadakan pada waktu malam, mereka perlukan banyak pelita atau obor, dan buah-buahan serta bunga disediakan. Jika ada orang ingiin ambil bahagian dalam perarakan dibenarkan dan mengangguk kepala itu menunjukkan pemberkatan dia.

Yang berikutnya adalah jamuan pesta. Umumnya ini akan diadakan di rumah mempelai tetapi ada juga yang lain ( Kej 29 : 22 ; Hak 14 :10 ). Melayani sahabat-handai adalah satu pekerjaan yang agung. Ada pepatah berkata “ Dia tidak menjemput saya ke perkahwinannya, saya tidak akan menghadiri pengebumiannya”. Jika kami menolak jemputan adalah dianggap tidak berbudi (Mat 22 ). Tidak pasti adakah menyediakan  pakaian pesta. Yohanes Fasal 2 mencatitkan jamuan pesta bagi seorang yang sederhana keluarganya, mereka telah cuba sedaya-upaya untuk mengeluarkan yang paling bagus, “orang yang menguruskan pesta” adakah dia yang melayani mempelai? ( Hak 14 : 20 ) Tidak pasti.

Perkahwinan melambangkan bersatu di antara Tuhan dengan umatNya. Oleh itu, haruslah kita menjalankan dengan hormatnya, tetapi pesta itu bukanlah upacara agama, tetapi hanya satu jamuan sahaja. Upacara perkahwinan itu disahkan hanya selepas mempelai masuk ke dalam kemah pengantin (Kej 24:67; Hak 4 : 17 ). Mazmur Fasal 19 ayat 6 adalah memuji keriangan mempelai keluar dari kemah dan malam pertama serta pagi keesokkan. Sekarang orang berada di tempat itu masih harus berdiri di bawah kemah. Kemungkinan ini adalah berasal dari upacara perkahwinan lama.

Pesta dalam Perjanjian Lama hanya diraya pada malam pertama. Tetapi sehingga sekarang, di kawasan Syria telah merayakan selama 7 hari ( Kej 29 : 28 ). Hakim-hakim Fasal 14 juga ada mencatit dengan jelas pada malam itu, mereka akan minum dan makan serta melakukan permainan yang tidak begitu berbudi. Kidung adalah dinyanyi semasa berpesta, seperti fasal 7 ayat 1 telah memuji kecantikkan pengantin, pengantin akan menari untuk menunjukkan kesyukurannya. Pada masa itu, kedua-dua orang baru dianggap sebagai putera dan isterinya di kampong itu, dalam satu tahun itu dia tidak perlu menjadi askar selama satu tahun.

8. KEDUDUKAN SEORANG ISTERI

Bagi seorang isteri, suaminya adalah “tuan” dia. Hampir di semua tempat, dia akan dikawal oleh suaminya (Kej 3 :16 ). Isteri adalah “pembantu suami”, suami adalah tuan dan isteri harus menurutinya, berlahirlah sistem feudalism. Di bawah sistem yang begini, isteri hanya dapat berasa kewujudannya sendiri dengan wujudnya percintaan suami dan pandangan sendiri yang tinggi. Kedudukan isteri pada masa itu ada tercatit dengan jelas di dalam buku Hakim-hakim dan Amsal. Manakala, jika seorang isteri itu menjadi seorang ibu, kedudukannya akan dinaikkan juga. Oleh yang demikian,kedudukan seorang isteri yang tanpa anak adalah sangat kasihan sekali (Kej 16 :4; 30: 1-4; I Sam 1:6). Poligami memang akan melahirkan berat sebelah dan pergaduhan antara isteri-isteri adalah begitu dasyhat sekali.

Ulangan Fasal 21 ayat 15 ada arahan bahawa harus menjaga hak kesulungan bagi anak yang dilahirkan oleh isteri yang tidak disukai suami. Keluaran Fasal 21 ayat 10 mendorong harus kami baik-baik dengan isteri pertama jika kami ingin mengambil seorang isteri lain. Jika tidak suka isteri yang ditawan, harus membebaskannya (Ul 21 :14 ). Kedudukan isteri pertama adalah lebih tinggi daripada isteri lain, saudara-saudara akan menyokongnya dan dia boleh minta hak warisan untuk anaknya (Kej 21 : 10 ). Anak bagi gundik harus diterima oleh isteri pertama. Isteri dan gundik-gundik merupakan harta-benda sendiri, kadangkala harta boleh diwarisi oleh gundik juga. Tetapi, dilarang mengkahwini ibu sendiri dan ini diamal di Saudi Arab.. Yehezkiel juga ada menegur tentang adat ini ( Yeh 22 : 10 ). Ulangan 22:30 dan Imamat 18 :8 telah mencatat bahawa isteri itu boleh diwarisi.

Biasanya, janda tidak akan berkahwin lagi, tetapi ada pandangan yang hebat terhadap janda yang kahwin semula ( Luk 2 : 36; Artikal Yusuf ). Janda dilarang berkahwin adalah berasal dari idea isteri masih kepunyaan suami selepas suaminya mati. Tetapi, Paulus bersetuju mereka boleh kahwin semula ( I Kor 7 : 39 ) serta menerangkan keburukan janda itu berseorangan. Maka ia menasihati mereka harus kahwin semula ( I Tim 5 : 14 ).

9. PERCABULAN 

Pada masa dulu, orang Ibrani mementingkan kesucian seorang anak dara. Gadis itu akan dilempur batu sehingga mati, jika tidak dapat bukti bahawa dia masih seorang anak dara pada malam perkahwinan (Ul 22 : 21 ). Oleh itu, jika gadis itu masih seorang anak dara, tetapi dituduh oleh suaminya, bapa gadis itu boleh menuduhnya ke para-para tua dan keluarkan tanda perawanan sebagai bukti melindung anak gadisnya. Para-para tua akan melempar batu ke suaminya dan denda seratus syikal kepada bapa gadis (Ul 22 : 19 ). Jika ada orang memperkosa gadis, dia harus bayar “Mas Kahwin” dan mengahwininya ( Kel 22 : 16 ).

Jika terdapat anak perempuan imam bercabul, dia akan dibakar sehingga mati ( Im 21 :9 ). Perzinahan adalah dosa yang paling berat dalam masyarakat pada masa itu. Sebabnya ini akan melanggar hukum ketujuh dan kesepuluh. Sesiapa yang tidur dengan isteri orang lain akan dilempar mati bersama wanita itu ( Im 20 :10 ; Ul 22 : 22). Gadis yang sudah bertunang (dianggap telah berkahwin di sisi undang-undang), akan dilempar mati bersama-sama orang yang memperkosanya di dalam kota. Adakah kita berasa kasihan kepada gadis itu? Sebab dia boleh menjerit untuk menyelamatkan kesuciannya sendiri di dalam kota, tetapi dia tidak berlaku sedemikian. Ini bermakna ia rela hati berzinah dengan orang itu juga (Ul 22 : 23 ). Jika lelaki itu betul-betul memperkosanya dengan keganasan, maka lelaki itu sahaja akan dihukum mati (Ul 22 : 27 ). Di tanah Mesir, hukum api akan diadakan jika kes yang sama berlaku. Ini merupakan hukuman yang lebih awal lagi.

Buku Bilangan mencatat adanya cara untuk membuktikan perzinahan, jika seseorang suami sedang mengesyaki isterinya tidak setia kepadanya (Bil 5 : 11-31 ). Ia merupakan satu hasilan pengejaran psikologi di depan imam. Adat yang sedemikian ada wujud di antara semua bangsa-bangsa. Perjanjian Lama, berzinah dengan isteri orang lain merupakan pencurian harta benda orang lain. Jika seorang isteri itu berzinah, ia hanya merupakan satu dosa terhadap suaminya tetapi kesetiaannya tidak dapat dihakimkan.

Perzinahan itu adalah begitu umum sekali, sebab buku-buku nabi dan Amsal selalu menceritakan tentang perkara ini. Dalam Perjanjian Baru, “Emas Khawin” akan diminta balik dan isteri akan diceraikan jika terkesan keadaan yang sama berlaku ( Mat 5 : 31 ). Tetapi, ada catatan dalam buku Yohanes tentang hukum lemparan batu. Dalam Perjanjian Baru, tidak membenarkan dosa begini. Sebabnya mereka menganggap kelakuan tidak setia itu akan memalukan mereka di depan jiran-jiran dan ia telah melanggar Tuhan dan hati nurani sendiri ( Mat 5:27 ; Kis 15:29 ; I Kor 5 : 11 ; 6:9 ; Mat 5 :19; I Tes 4 :3 ).

“Orang tidak mencemarkan perempuan” ( Why 14 : 4 ) adalah ditujukan kepada orang yang berkelakuan baik dan setia suci, bolehlah direnungkan bersama dengan “jangan mengotorkan katil” ( Buku Ibrani ).

Terhadap kebebasan moral pada zaman rasul-rasul, kesucian merupakan hukum moral yang harus disebarkan oleh Kristian.

10. PERCERAIAN

Perceraian dibenarkan dalam Perjanjian Lama ( Im 21 : 7 ; 22:13 ; Bil 30:9 ). “Menceraikan isteri” merupakan satu tradisi ( Kej 21 : 14 ), tetapi harus dia menulis “surat perceraian” dan suruh isterinya pulang ke rumah bapanya ( Ul 24 : 1; Yes 50 : 1; Yer 3 : 8 ). Surat perceraian harus beralasan yang sesuai dan serahkan kepada hakim lalu serah kepada isterinya.

Boleh juga bercerai diam-diam untuk membatalkan pertunangan ( Mat 1 :19 ). Banyak langkah harus diambil untuk bercerai, mungkin ini adalah untuk mencegah perceraian. Sebabnya, tidak boleh kahwin semula bekas isteri lama jika seseorang itu telah bercerai dengan bekal isteri lama dan berkahwin dengan isteri lain. Maka langkah-langkah kompleks untuk tujuan ini, mereka harap kedua pihak akan bersabar dan tidak senang-senang bercerai dan berkahwin semula.

Jika seorang lelaki menuduh isterinya itu bukan anak dara, dan memalukannya, dia harus mengkahwininya dan tidak boleh ceraikannya buat seumur hidup ( Ul 22 : 19 ). Atau orang yang memperkosa gadis yang belum bertunang, dia harus mengahwininya dan tidak dibenarkan ceraikannya (Ul 22 : 29 ). Nabi Maleakhi telah menegaskan, “Tuhan telah menjadi saksi antara engkau dan isteri masa mudamu.” Begitu juga mengajar umat-umat “jangan tidak setia kepada isterimu” dan “Tuhan membencikan perceraian” ( Mal 2 : 13-16 ). Ramai Rabi menegurkan umat-umat juga, tetapi memang banyak perceraian berlaku juga.  “Mezna” berkata, perceraian itu adalah memecahkan persumpahan, melanggar hukum dan adat Yehuda. Orang yang melanggarnya, tidak kisah lelaki atau wanita akan ditarik rambutnnya dan memberitahukan kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, perceraian sebenar terus berlaku di mana-mana sahaja. Persoalan ini bukanlah berdasarkan kepada apakah yang betul atau salah, tetapi alasan apakah yang telah diberikan kepada lelaki untuk menjalankan hukum ini dengan menggunakan kuasa sendiri. Memang benar, ini hanya terhad kepada suami sahaja. Wanita di kelas Balmi dan Herodia akan mencari alasan sendiri untuk melindungi sendiri dan ini dianggap telah melanggar undang-undang orang Yahudi serta ia akan ditegur.

Yesus berkata: “Barangsiapa yang menceraikan isterinya lalu kahwin dengan perempuan lain, ia hidup dalam perzinahan terhadap isterinya itu. Dan jika si isteri menceraikan suaminya dan kahwin dengan laki-laki lain, ia berbuat zinah.” ( Mrk 10 : 11-12 ). Mengikut Hukum Taurat Yahudi pada zaman akhir (legenda dan hukum taurat Yahudi), jika suami telah menghidapi penyakit yang dibencikan,isteri pun berhak meminta perceraian. Tetapi Perjanjian Baru tetap membantah perceraian ( Mrk 10 : 11; I Kor 7 : 10,39 ). Dari pandangan Yesus, kebenaran perceraian di Perjanjian Lama merupakan moral yang rendah. Dari konsep perkahwinan, sejak roh dan jiwa telah bersetubuh dan tidak boleh diceraikan. Maka, perceraian itu adalah yang jahat.

Namun, perceraian disebabkan moral adalah lebih dikhaskan dan dibenarkan juga ( Mat 5 : 32 ; 19 :9 ). Paulus berkata jika teman yang tidak percaya ingin bercerai, maka biarlah bercerai ( I Kor 7 : 15 ). Selepas berkahwin, jika terdapat “Kekejian” terhadap isteri, bolehlah ceraikannya berdasarkan alas an ini ( Ul 24 : 1 ). Ini kemungkinan termasuk ia telah bersetubuh dengan orang sebelum berkahwin. Dalam masyarakat Yahudi, perceraian bukan sahaja memisahkan katil dan makanan serta minuman sahaja, tetapi adalah memberikan hak kuasa perkahwinan lagi, supaya ia terus “berzinah” ( Mat 5 :32 ).

Pakaian
|

Pakaian

1.BAHAN

Pada zaman purba, kebanyakan bangsa menggunakan kulit binatang sebagai pakaian. Dalam Alkitab, Tuhan telah memberikan Adam dan Hawa “baju kulit” juga (Kej 3:21 ). Kulit yang dipakai adalah kulit binatang liar atau kulit haiwan ternakan. Dalam zaman hakim-hakim dan nabi, mereka memakai kulit kambing dan domba (Ibr 11:37).

Di Palestine, penghuni-penghuni di situ khasnya suka menggunakan bulu domba dan kain rami untuk dijadikan pakaian (Ams 31:13 ). Ada yang memakai kain kapas,tetapi kain kapas yang berkualiti tinggi diimpot dari Tanah Mesir. Bulu kambing dan unta adalah nahan untuk kain kasar. Dalam Alkitab juga ada catatan tentang kain sutera (Yeh 16:10-13 ; Why  18:12 ). Kemungkinan ia ditujukan kepada kain rami yang berkualiti tinggi (Ams  31:22) . Dalam Hukum Taurat, kedua-dua bahan ini tidak dibenarkan ditenun bersama-sama, “dilarang memakai pakaian yang telah ditenunkan oleh 2 jenis bahan” (Im 19:19), “Jangan memakai baju yang ditenun oleh bulu kambing dan rami”(Ul 22:11). Idea ini bermakna kalau yang tulin adalah baik, kiranya sudah dicampurkan, ianya membawa makna kejahatan.

2.JUBAH DALAM

Dahulu, lingkungan pakaian yang paling luas,adalah merupakan kain pinggang yang dipakai oleh bangsa yang berada di kawasan yang tidak bertamadun, iaitu memakai kulit dan kain yang panjang untuk membalut pinggang. Selepas bangsa Yahudi memasuki dalam zaman sejarah, mereka telah membatalkan kain pinggang jenis ini. Pakaian harian merupakan baju yang ketat atau baju dalam yang panjang (pendek lengan dan panjang sehingga lutut). Dalam Perjanjian Lama, ada catatan tentang kain pinggang juga, tetapi mungkin telah digantikan oleh “tali”. Misalnya, semasa memperingati si mati, mereka biasa membalut pinggang dengan kain bulu. Di samping itu, nabi-nabi telah memakai jubah dalam pendek sebagai jubah dalam dan hidup dengan ringkas sahaja. Elia “memakai kain bulu,diikat dengan tali kulit”(2 Raj 1:8). Tali kulit tersebut bukanlah tali pinggang kulit hari ini, tetapi adalah tali yang lebih lebar. Yohanes pembaptis memakai dengan begitu juga (Mat 3:4;Mrk 1:6). Yesaya ada kalanya membalut pinggang dengan kain rami kasar (Yes 20:2). Yeremia membeli kain rami halus untuk mengikut pinggangnya, kemungkinan ia ditujukan kepada baju dalam (Yer 13:1).

Kisah Para Rasul Fasal 19 ayat 12 ada perkataan “kain” merupakan jubah yang pendek dan khasnya untuk hamba abdi dan pekerja. Dahulu, imam memakai jubah kecil yang dijahit oleh kain rami halus dan dinamakan “efod” (1 Sam 2:18). Apabila Daud menari di depan tabut, dia sedang memakai “efod”, tetapi ia merupakan pakaian lelaki yang seperti guan pendek (2 Sam 6:4). Biasanya imam herus memakai seluar pendek yang seperti seluar dalam dan ini adalah peraturan ditetapkan untuk imam.

Selain daripada orang dan tempat yang ditetapkan, semua jubah dalam yang dipakai oleh orang-orang yang dari semua kelas/kalangan masyarakat adalah yang berjenis panjang (Yoh 19:23 “baju dalam” [Tunic atau coat(Inggeris)]). Dalam tugu peringatan raja Syria, Sinaki,telah memberi gambaran abdi Yahudi. Dari situ, kita dapat melihat pakaian yang dipakai oleh lelaki dan perempuan adalah sama sahaja. Semua baju dibalut dengan ketat sehingga siku mereka (Ayb 30:18). Ini merupakan pakaian untuk penghuni dalam kota, tetapi peladang dan pekerja buruh pula memakai pakaian yang lebih longgar dan pendek.

“Jubah yang berlengan panjang” pernah wujud dalam Perjanjian Lama (Kej 37:3; 2 Sam 13:18; “pakaian warna-warni”). Zaman dulu, pedagang-pedagang keturunan Sem memakai jubah dalam yang berlengan dan berwarna, diikat ketat di bahu kiri, dan bahu kanan kelihatan; Adanya yang berlengan penolek sehingga siku, saya fikir pakaian bangsa Ibrani dulu pun begitu juga. Kemudian,mereka yang berada di kelas tinggi dan kaya memakai baju dalam yang panjang sehingga lantai dan lebar juga.

Zaman Yusuf pula, imam biasanya memakai jubah dalam yang dijahitkan oleh kain rami dan rakyat biasanya memakai jubah dalam yang tidak berlengan atau terus memakai baju dalam panjang di atas tubuh mereka. Hanya orang yang berkedudukan tinggi memakai sehelai baju luar di atas dalamnya semasa dia keluar. Di Taman Getsemani, Markus orang muda yang dikenal,telah meninggalkan baju kain rami halus dan melarikan diri dengan telanjang apabila dia ditangkap. Kemungkinannya yang sedang dipakai olehnya hanya baju dalam, sebab Hukum Taurat pada masa itu menganggapkan dia adalah telanjang sebaik sahaja baju dalamnya dilihat.

Fesyen dan rupa untuk pakaian adalah berbeza di antara lelaki dan perempuan (pakaian perempuan adalah lebih panjang, supaya dapat menutupi lebih banyak bahagian tubuh badan dan hiasan serta bahan minyak wangi mahal adalah keperluan perempuan juga). Oleh itu, telah ditetapkan bahawa perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian lelaki, begitu juga dengan lelaki (Ul 22:5). Biasanya ada 3 cara untuk menjahit sehelai baju dalam. (I)Menenum sehelai kain lebar dengan benang bulu atau benang rami halus, selepas itu, menjahit dari sebelah dan atas.(II)Menenum sehelai baju dalam terus dari mesin penenum dan tidak boleh memotongnya.(III)Seperti pakaian yang dipakai Yesus semasa disalibkan, tiada tempat lambungannya dan telah ditenun oleh mesin penenun yang khas.

3.TALI PINGGANG

Yang tidak boleh dipisah dengan baju dalam iaitu tali. Bahannya adalah kulit kain kapas atau kain rami dan lain-lain. Kulit merupakan tali yang paling ringkas. Ada banyak tali yang dari ringkas (Yesaya 3:24) hingga yang mewah, seperti dihias dengan emas dan permata dan juga yang dicatit dalam Wahyu “Tali Emas” (Wahyu 1:13;15:6). Tali merupakan tali yang paling penting,”Dapatkah seorang dara melupakan perhiasannya, atau seorang pengantin perempuan melupakan ikat pinggangnya?” (Yer 2:32).

Biasanya tali adalah sehelai kain yang panjang dan halus di mana telah dilipat beberapa lapis. Ia diikat di bahagian pinggang dan dibiarkan sahaja tergantung di bahagian depan. Apabila bekerja atau bergerak, harus mengikat tali itu dan melipatkan baju dalam yang panjang. “Ikat Pinggang” bermaksud siap sedia untuk melakukan sesuatu. Tambahan pula, ia bersifat bersedia dan berjaga-jaga (Ayb 38:3; Luk 12:35; Ef 6:14; I Ptr 1:13). Tali berfungsi mengikat pedang juga (2 Sam 20:8), ada juga orang mengikat tanduk binatang untuk mengisi dakwat dan beg wang. Yeremia telah mengumpamakan tali pinggang itu sebagai perkaitan di antara jemaat dengan Tuhan (Yer 13:1-11).

Tali yang dipakai oleh imam adalah dijahit oleh benang emas, biru, unggu, merah atau kain rami halus dengan corak yang cantik. Tali pinggang akan dipusingkan beberapa kali di pinggang dan diikat di depan, ekornya akan dibiarkan tergantung sehingga hujung kaki.

4.JUBAH LUAR

Bagi lelaki dan perempuan, jubah dalam adalah pakaian kerja waktu siang. Mereka mempunyai jubah yang lain iaitu jubah luar di mana ia mencegah sinaran matahari yang kuat, menjaga badan dan akan menutupi badan waktu malam pula (Kel 22:26-27). Kedua-dua jenis pakaian ini adalah begitu jelas dari berpatah “jika adalah orang ingin dapatkan jubah dalam engkau, bahkan kami harus biar dia mengambil jubah luar kami juga.” Jubah luar merupakan kain yang bersegi dan seluas 2 ½ meter hingga 3 meter. Kebanyakannya adalah ditenun oleh bulu dan ada yang khas dimana ditenun oleh kain rami halus.

Di empat segi kain itu akan dibubuh 4 benang biru dan terdapat jumbai-jumbai di puncanya, “supaya terlihat jumbai-jumbai itu akan memanggil orang ingatkan ajaran Tuhan. Ini adalah mencegah engkau dari menuruti hawa nafsu hati dan mata.” (Bil 15:38; Ul 22:12; Mat 23:5). Jubah luar ini tidak serupa dengan jubah dalam untuk dipakai tetapi ia akan diikat di pinggang dengan bermacam jenis juga. Sepertinya pakaian yang diguna oleh anak-anak Nuh untuk menutupi badan Nuh semasa ia telanjang (Kej 9:23). Begitu juga dengan “baju” yang diguna untuk membungkus tempat adonan semasa orang Yahudi keluar dari Tanah Mesir (Kel 12:34) atau pakaian bagus yang dipakai oleh Rut (Rut 3:3). Kesemua ini adalah jubah luar. Terdapat catatan tentang jubah luar di Perjanjian Baru juga (Mat 5:40; 24: 18: Mrk 13:16).

Pada masa itu, jubah adalah bagi orang yang berkedudukan tinggi dan imam, misalnya jubah raja Saul yang dipotong oleh Daud( I Sam 18:4), jubah yang dikoyakkan oleh Ezra (Ezr 9:3), jubah luar kecil yang dijahit oleh ibu Samuel ( I Sam 12:19), jubah luar Samuel yang dikoyak oleh Saul ( I Sam 15:27). Jika dikatakan jubah mereka ada berbeza dengan orang biasa, mungkin disebabkan jahitan jubah mereka itu lebih halus dan dihias dengan lebih cantik!

Efod yang dipakai oleh Imam Besar (Kel 28:3; 29:22) adalah berwarna biru, berlubang di tengah di mana boleh ditembusi kepala dan diikat dengan loceng atau jed oleh benang yang berwarna-warni. Tugu peringatan yang di Samaria dapat melihat bangsawan Samaria memakai jubah tanpa lengan di atas jubah dalam mereka. Kemudian, bahan berkualiti bagus diguna dan jahitan yang bagus. Ia telah menjahit jubah yang lebar seperti jubah kudus imam dan dipakai di luar jubah luar. Bahagian bawah jubah itu sampai ke gelang kaki. Pakaian ini adalah berasal dari Babel diturunkan ke orang yahudi melalui orang Kanaan. Pada zaman Yusuf, Imam Besar memakai jubah luar yang tanpa lengan dan tanpa jahitan.

Tentang jubah luar, pakaian nabi adalah lebih khas (Za 13:4). Terutama sekali, (jubah Bulu) jubah luar yang dipakai loeh nabi Elia (2 Raj 1:8) di mana seperti pakaian Yohanes Penbaptis (Mat 3:4;Mrk 1:6). Jubah bulu itu bukanlah kulit domba, tetapi adalah kulit kambing atau unta iaitu bahagian yang berbulu adalah di luar.

Jubah luar yang ditenum oleh mesin penenun di rumah adalah kain rami yang berwarna terang,berkualiti ringan yang seperti langsir atau tabir yang ringan.Jubah jenis ini merupakan jubah yang dijahit oleh kain lenan di mana telah dicatatkan dalam Perjanjian Baru(Mat 27:59;Mrk 15:46).Ia mungkin juga merupakan kain lenan bagus yang dipakai semasa member persembahan!(Hak 14:12;Yes 3:23).

“Jubah Merah” yang diberi oleh prajurit Roma kepada Yesus (Mat 27:28) adalah jubah luar bagi jeneral prajurit yang berpangkat tinggi. Begitu juga dengan jubah luar Paulus yang ditinggalkannya di Troas merupakan jubah luar bulat yang tidak berlengan. Orang Roma memakai jubah jenis ini semasa mereka pergi melancung berlengan. Orang Roma memakai jubah jenis ini semasa mereka pergi melancung ( 2 Tim 4:13 ). Jubah jenis ini diklipkan oleh klip leher atau pin.

5.JENIS TOPI

Orang Yahudi menyimpan rambut panjang dan tidak memakai apa-apa, tetapi mereka hanya memakai topi (Ketopong kulit) semasa berada di medan peperangan. Namun, secara beransur-ansur mereka memakai topi.

Topi yang paling tua adalah bersegi tiga di mana dilipatkan dengan menggunakan sehelai kain bersegi empat. Bahagian tengah topi itu akan menutupi belakang kepala, kedua-dua belahnya akan bergantung sehingga bahu dan diikat supaya ditetapkan ia adalah berada di ats kepala. Selepas itu, lelaki dan wanita pun mula memakai serban iaitu melipatkan kain sebanyak dua tiga kali dan menjadikan seperti rupa topi.

“Serban tahir” (Za 3:5) ditujukan kepada serban imam yang dicatatkan di Keluaran (Kel 28:4). Serban imam biasanya berbentuk nulat panjang dan digulung oleh serban biasa. “Topi” yang dicatatkan di dalam buku Daniel Fasal 3 ayat 21 iaitu topi orang Babel yang berbentuk kon. Bangsawan Yahudi di Antokhia pula memakai topi yang rendah dan lebar. “Mengenakan selubung pada kepala semua orang” (Yeh 13:18). Dalam zaman Perjanjian Baru, banyak jenis topi dipakai, tetapi bagi wanita masih memakai serban.

“Telekung” yang dipakai oleh Ribka semasa ia berjumpa dengan Ishak (Kej 24:65) dan pakaian kejandaan yang ditanggalkan oleh Tamar untuk bertelekung (Kej 38:14) mungkinnya adalah kain yang besar dan dapat membalut seluruh badan orang. Dalam Perjanjian Lama, tiada penerangan yang jelas di antara jubah luar dan telekung, hanya Musa sahaja yang memberi penerangan jelas tentang ini (Kel 34:33). Akhirnya, telekung wanita adalah dipengaruhi oleh negeri luar, dan terjadilah tabiat “kepala bertudung semasa berdoa” ( I Kor 11:5).

6.KASUT

Orang Yahudi berkaki ayam di dalam rumah dan hanya memakai kasut semasa berada di luar. Kasut yang mereka pakai adalah kasut tali kulit (Seperti sandal). Kasut yang paling ringkas adalah bahagian bawahnya yang rata diperbuat daripada kayu atau kulit dan diikat dengan tali bersama-sama kaki (Kej 14:23;Mrk 1:7). “Sandal”  yang dipakai oleh wanita pada zaman Yehezkiel (Yeh 16:10) adalah jenis yang membaluti kedua-dua belah kaki dan gelang kaki. Wanita-wanita bangsawan pula, akan menambahkan perhiasan yang cantik. Sepatu panjang yang dipakai oleh tentera adalah dijahit oleh tali (Yes 9:4).

Selain daripada orang miskin yang tidak berkasut, semua orang yang berkasut harus tanggalkan kasut mereka sebelum masuk ke dalam bilik. Harus tanggalkan kasut semasa bertangisan (2 Sam 15:30 ) atau memasuki tanah kudus. Oleh itu,imam Yahudi yang melayani Tuhan di Bait Suci adalah berkaki ayam.

Adanya resam bahawa hamba abdi bagi tuan rumah harus membukakan tali kasut tetamu dan mencucikan kakinya semasa ia sedang melawat tuan rumah itu. Ini merupakan pekerjaan yang paling rendah sekali bagi hamba abdi berpangkat rendah dan membasuh kaki adalah melambangkan rendah diri. Sebaliknya, membalingkan kasut kepada orang lain merupakan mengejikan orang itu (Mzm 60:10).

Membeli atau memindah hak kepunyaan, mereka akan menanggalkan kasut dan menyerahkannya ke sebelah lain sebagai satu bukti perjanjian(Rut 4:7). Ada satu adat yang ajaib lagi, iaitu adanya saudara yang meninggal dan tidak beranak, maka,saudara suami harus mengahwini janda itu dan beranak untuk saudaranya. Jika saudara suami itu tidak suka mengambil janda itu, bolehlah janda itu menghadap para-para tua-tua supaya berbicara dengan saudara suami. Jika saudara suaminya masih enggan mengambilnya, ia boleh menanggalkan kasut saudara suami itu dan berludah di mukanya, keluarga saudara suami itu akan dinamakan ‘kaum yang kasutnya ditanggalkan orang” (Ul 25:5-10).

7.BARANG HIASAN

Tongkat merupakan barang hiasan untuk kaum lelaki. Tongkat yang cantik diukir dengan bunga atau lain-lain. Kedua, cincin, disebabkan terdapat cop di atas cincin, maka ia harus disimpan dengan hati-hati. Cincin yang seperti cop itu boleh digantung di dada seperti rantai juga. Rantai yang dipakai oleh orang yang kaya adalah diperbuat emas atau permata dan sangat mahal nilainya.

Tidak kira di Negara mana, zaman apa, barang hiasan wanita memang lebih daripada lelaki. Dalam buku Yesaya semua barang hiasan dan pakaian telah disenarai “gelang-gelang kaki, jamang-jamang dan bulan-bulanan, perhiasan-perhiasan telinga, pontoh-pontoh dan kerudung-kerudung; perhiasan-perhiasan kepala, gelang-gelang rantai kaki, tali-tali pinggang, tempat-tempat wewangian dan jimat-jimat; cincin meterai dan anting-anting hidung; pakaian-pakaian pesta, jubah-jubah, selendang-selandang dan pundi-pundi; cermin-cermin, baju-baju dalam dari kain lenan, ikat-ikat kepala dan baju-baju luar.” (Yes 3:18-23). Mungkin yang tersenarai bukan semuanya dan memang ada yang lain. Anting-anting pula, ada yang bulat dan separuh bulat, ada juga yang bermutiara yang mahal. Kaum lelaki juga ada memakai (Kej 35:4; Hak 8:24) yang merupakan satu perlindungan. Gelang hidung masih dipakai di kawasan Timur, iaitu memasang di sebelah hidung atau memasangnya di tengah hidung. Kalung (Ams 1:9), “hiasan emas tulen”(Ams 25:12) adalah salah satu barang hiasan juga. Bukan sahaja gelang bulat emas atau perak, ia boleh dijadikan bentuk rantai atau tali dan disambungkan dengan barang hiasan lain. Kemungkinan gelang tangan yang dipakai adalah sama dengan yang dipakai di kawasan ini iaitu memakai di gelang atau lengan. Dan wanita ada memakai cincin juga.

Di tali pinggang mereka terikat dengan beg wangi atau jimat-jimat untuk menjadikan perhiasan juga. Begitu juga,wanita Timur yang memakai beg wangi di mana lebih mementingkan hiasan daripada fungsi yang sebenarnya. Rantai kaki diikat di kaki dan kedua-dua rantai di kaki itu akan diikat oleh rantai yang lain. Wanita memakai rantai adalah untuk melatihkan langkah kakinya yang lambat dan seimbang. Semasa dia berjalan, akan mengeluarkan bunyi yang merdu seperti “gemerencing dengan giring-giring kakinya”(Yes 3:16).

8. WARNA PAKAIAN DAN LAIN-LAIN

Warna putih melambangkan bersih, hitam melambangkan sedih atau sengsara. Orang yang berkuasa dan kaya memakai pakaian warna unggu, biru dan merah. Ini memang merupakan satu arus fesyen juga. Contoh dalam zaman Perjanjian Baru ialah orang yang sentiasa bersukaria di dalam kemewahan, suka memakai jubah “jubah unggu dan kain halus” (Luk 16:19). Pakaian jenis ini tidaklah hairan dalam zaman Daud. Awal zaman hakim-hakim, sudah ada wujudnya “kain berwarna jarahan” (Hak 5:30). Zaman Raja Yosia sudah wujudnya orang berjawatan “menguruskan pakaian'( 2 Raj 22:14).

Tentang segi penyalinan baju yang tercatat dalam Perjanjian Lama, bukanlah semua pakaian herus disalin. Tetapi kebanyakkan orang hanya menyalinkan jubah biasa kepada jubah ke luar semasa persembahan. Di tempat ini,tuan atau orang yang berkedudukan tinggi akan menghadiahkan jubah luar kepada orang bawahan sebagai satu kebiasaan dan kebiasaan ini telah diteruskan sehingga sekarang.

Apakah pakaian Tuhan Yesus semasa Dia masih berada di dunia? Kemungkinan semua orang pun mengambil berat tentang ini. Pada abad pertama, biasanya orang memakai kain halus putih sebagai jubah dalam. Sebenarnya, jubah dalam yang ditanggal oleh Yesus semasa Dia membasuhkan kaki muridNya (Yoh 13:4). Yang terdapat di dalamNya iaitu jubah putih dan diikat tuala di bahagian pinggangNya. Tiada sambungan langsung di jubah dalamNya dan Ia membalut leherNya dengan ketat dan jubah itu berlengan pendek juga. Tidak kira bahawa jubah itu adalah jubah dalam atau jubah putih, ia memang dijahit oleh kain rami halus putih. Jubah luar adalah sehelai kain yang berupa empat segi dan ini dicatat di dalam cerita tentang perubahan rupa (Mrk 9:3) dan ia adalah tenunan bulu yang berwarna putih. Tambahan pula, di empat penjuru jubah itu terdapat empat jumbai-jumbai juga!

Tiada catatan atau informasi tentang apa yang dipakai di kepala Yesus. Tidak kira apa yang di gambaran Yesus, bagi nabi Yahudi pada masa itu, mereka tidak akan memunculkan diri di depan khalayak ramai jika mereka tidak memakai apa-apa. Kemungkinan mereka membalut kain rami halus putih di atas kepala dengan secara ringkas dijadikan satu serban, dengan ekornya dibiarkan bergantung di belakang.

Teladan Baik Kita
| |

Teladan Baik Kita

Dalam Alkitab terdapat banyak pemercaya yang boleh kita meneladani, di sini diambil beberapa orang sebagai rujukan dalam penyempurnaan rohani kita.

  • Yusuf yang menyembah Tuhan dan mengasihi manusia.
    1. Kelakuan menyembah Tuhan (Kej 39:9; 50:19).
    2.   Berlaku baik terhadap saudara (Kej 45:15; 50: 15-21).
  • Daniel yang setia rajin bertanggungjawab dan tak bercelah.
    1. Melakukan kerja dengan setia dan tidak bersalah (Dan 6:4; 6:10,22).
    2. Bertekad memelihara kekudusan (Dan 1:8; 2Ptr 3:14).
  • Tiga orang berani yang setia sampai mati.
    1. Tidak menyembah patung emas (Dan 3:16-18).
    2. Menunjukkan tanda mujizat, memuliakan Tuhan (Dan 3:28-30).
  • Ishak yang menurut.
    1. Menurut sampai mati (Kej 22:9-12).
    2. Menurut perintah tidak pergi ke Mesir (Kej 26:1-6, 12).
  • Elisa yang menghauskan Roh Kudus.
    1. Menigkut Elia sampai akhir (2Raj 2:1-8).
    2. Hanya memohon Roh Kudus (2Raj 2:9-11, 15).
  • Paulus yang menginginkan anugerah syurgawi.
    1. Menganggap semua sebagai sampah untuk mendapatkan hadiah dari atas (Flp 3:14,8).
    2. Tersedia mahkota kebenaran baginya (2Tim 4:7-8).
Belajar Dari Hamba Tua: Taat Dalam Apa yang Diamanahkan

Belajar Dari Hamba Tua: Taat Dalam Apa yang Diamanahkan

Ayat Alkitab: Kej 24: 1-60

Pengenalan: Kerja mencari jodoh merupakan salah satu bahagian yang penting dalam kerja penggembalaan. Ia memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan para belia, iman kepercayaan keluarga jemaat dan juga rohani.

Tuhan mengilhamkan “Alkitab” mencatatkan peristiwa tentang hamba tua Abraham. Ini memberi inspirasi kepada para hamba yang melayani Tuhan, khasnya memberikan arahan yang nyata dalam kerja mencari jodoh.

 

Perlambangan:

  1. Abraham: Tuhan.
  2. Ishak yang bujang: Anak-anak Allah,  belia-belia yang belum bernikah.
  3. Hamba tua: Teman sekerja yang dipercayakan dan diamanahkan tugas dalam kumpulan mencari jodoh.

 

Hamba tua diamanahkan tugas mencari jodoh untuk Ishak:

  • Arah pencarian jodoh.
    1. Jangan perkenalkan perempuan Kanaan (orang kafir) (24: 3).
    2. Perkenalan di dalam negeri dan bangsa yang sama (Memperkenalkan seiman dalam gereja) (24: 4).
  • Prinsip pencarian jodoh.
    1. Tempat di mana mereka berada adalah tempat yang diberkati yang dijanjikan Tuhan (Gereja adalah Tanah Kanaan rohaniah).
    2. Tidak membenarkan Ishak meninggalkan tempat yang dijanjikan Tuhan (Mencegah iman kepercayaan seiman dalam gereja menjadi tawar, malahan diasimilasikan lalu meninggalkan gereja benar) (24: 5).
  • Sikap pencarian jodoh.
    1. Sehati bersandar kepada Tuhan pastinya akan dipimpin (24: 7).
    2. Berusaha sedaya upaya; berjaya atau tidak, itu urusan Tuhan (24: 8).

 

Hamba tua bersumpah akan menyempurnakan amanah yang diberikan: (24: 9)

 

Proses pencarian jodoh hamba tua:

  • Berdoa sepanjang perjalanan, menguasai semua perkara (24: 11-24, 26-27).
  • Memperhatikan dengan teliti, mengenalpasti kehendak Tuhan (24: 21).
    1. Adakah dipadankan oleh Tuhan (24: 14).
    2. Bagaimana akhlaknya (24: 14: kasih, memahami, sopan, rajin).
    3. Memerhatikan bagaimana Tuhan memimpin (24: 21: Apa yang dipimpin Tuhan pastinya berjaya tanpa halangan).
  • Tidak mahu dilayani sebelum menjayakan urusan yang baik (24: 33).
    1. Tidak berputus asa sebelum tugas diselesaikan, menampakkan ketaatan.
    2. Kerja tidak dapat berkembang dengan baik jika menerima layanan terlebih dahulu.
  • Gunakan kesaksian dengan baik, hapuskan keraguan (24: 34-50).
    1. Kesaksian tentang keluarga pihak yang lain diberkati (Berkat dari Tuhan, kepercayaan, dan kelebihan yang lain) (24: 34-36).
    2. Kesaksian tentang pernikahan dipimpin Tuhan (24: 37-50).
  • Mantap dalam tugas, baik dalam mengatur langkah.
    1. Kenal pasti sasaran (lelaki, perempuan), fahami keadaan terlebih dahulu (Terlebih dahulu memahami situasi Ribka) (24: 13–26).
    2. Merisik kepada ibu bapa (presiders) (24: 50).
    3. Minta pernyataan yang pasti dari pihak yang berkenaan (24: 58).
  • Hadiah ganjaran, kedua-dua pihak berpuas hati (24: 22, 53).
    1. Pihak lelaki rela hati.
    2. Pihak perempuan berpuas hati.
    3. Kedua-dua pihak mensyukuri nikmat Tuhan.
    4. Mas kahwin yang sederhana, bergantung kepada keupayaan.
  • Pantas dan cekap, tidak meninggalkan masalah untuk masa hadapan (24: 33, 54-60).
    1. Sesuai dengan kehendak Tuhan, tidak perlu bimbang.
    2. Mimpi yang banyak untuk malam yang panjang, takut memberi peluang kepada si Iblis.
  • Bersyukur setelah berjaya, memberi kemuliaan kepada Tuhan (24: 26. 52).
  • Tidak meminta ganjaran setelah berjaya, memainkan peranan yang baik (Rujuk 2 Raj 5: 15-17; Luk 17: 9-10).

 

Kesimpulan: Kerja mencari jodoh merupakan kerja suci agung yang menunjukkan kasih dan juga mulia di hadapan Tuhan. Kita seharusnya mencontohi hamba tua Abraham, melaksanakannya dengan taat dan teliti.

Dorongan Bersama Telangkai

Dorongan Bersama Telangkai


Pengenalan: Hendaklah kamu semua penuh hormat terhadap perkahwinan (Ibr 13:4).

Memahami Perkahwinan dengan Sikap yang Berhati-hati

  • Mengenali kasih sejati
    • Syarat-syarat kasih sejati
      1. Suka dengan kasih
      2. Menerima dengan kasih
      3. Kesanggupan dengan kasih
      4. Tanggungjawab dengan kasih
      5. Perjanjian dengan kasih
    • Mengenali peringkat kasih sejati
      • Tarikan semulajadi :
        1. Menciptakan lelaki dan perempuan.( Kej1:27)
        2. Padanan lelaki dan perempuan (1Kor 7:2 ;11:11)
      • Pergaulan sentimen perasaan : lelaki mengasihi perempuan, perempuan berahi akan lelaki.
      • Gerakan dalam roh : Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku (Kej2:23).
      • Sentuhan hidup yang mendalam :
        1. Cinta kuat seperti maut, air yang banyak tidak dapat memadamkan   cinta. (Kid 8:6-7)
        2. Teman pewaris dari kasih karunia (1Pet 3:7)
  • Mengenali perkahwinan
    • Tuhan mengasaskan perkahwinan.
      1. Tuhan yang menetapkan sistem perkahwinan.
      2. Tuhan menunjukkan firman tentang perkahwinan.
    • Tuhan yang memadankan perkahwinan
      1. Telangkai dalam perkahwinan
      2. Jurunikah dalam perkahwinan
      3. Saksi dalam perkahwinan (Mal2:14)
    • Fungsi dan tujuan perkahwinan
      1. Mewarisi – agama, iman kepercayaan, pelayanan( Kej 1:28; Mal 2:15; Yos 24:14-18)
      2. Saling membantu – kehidupan, pekerjaan, iman kepercayaan ( Kej 2:18; Pkh 4:9-12; Ams 31:10-11 )
      3. Berkongsi – kasih sayang, kejayaan, pengalaman
      4. ( Ams 5:15-19; Pkh 4:9; 1Pet 3:7 )
      5. Menguduskan – tubuh, jiwa, rohani ( 1Kor 7:2,9,13-16; 1Pet 3:1 )
      6. Rahsia – kepala dengan tubuh, suami dengan isteri, kristus dengan jemaat. ( 1Kor 11:2-12; Ef 5:22-23 )
  •  Perkahwinan merupakan lumrah dalam hidup
      1. Penciptaan Tuhan
      2. Tamadun sejarah manusia
      3. Harapan masyarakat
      4. Kehausan dalaman
  • Menerima perkahwinan dengan perasaan syukur
      1. Hadiah yang paling baik
      2. Rahmat yang terawal – Rahmat pada peringkat awal penciptaan dunia.
      3. Berkat yang kekal abadi – Berkat yang berterusan selepas Taman Eden.
      4. Memegang peluang yang baik – memegang peluang yang baik untuk mencipta kebahagian.
      5. Percaya dan memahami firman kebenaran serta menerima dengan syukur.  ( 1Tim 4:3-5 )
  • Memahami, mengambil berat, memberi tunjuk ajar
    • Perbezaan antara lelaki dengan perempuan :
      1. Fisiologi
      2. Psikologi
      3. Sentimen perasaan
    • Sebab-sebab perbezaan
      1. Unsur-unsur biologi ( hormon )
      2. Pengetahuan dan perkembangan
      3. Pelajaran dalam masyarakat
      4. Peranan yang dimainkan

Mengambil Berat Perkahwinan dengan Penghormatan.

  • Membimbing belia supaya membuat persediaan dalam perkahwinan
    1. Matang – Dari segi ilmu pengetahuan, keperibadian, kepercayaan.
    2. Tanggungan – Kedudukan ekonomi, pengurusan krisis.
    3. Perancangan – Perancangan masa depan, pengurusan keluarga.
    4. Berkomunikasi – Golongan senior, penggembala, telangkai, tunang yang belum bernikah.
  • Membina hubungan antara manusia yang baik.
    1. Memahami diri
    2. Memperlengkapi diri
    3. Memahami orang lain
    4. Menerima orang lain
    5. Menghayati orang lain
    6. Memuji orang lain
    7. Menghormati orang lain
    8. Berkorban dengan sukarela
  • Memberi galakan berkahwin dalam Tuhan
    • Prinsip Alkitab
        1. Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya. (II Kor 6:14-18)
        2. Apakah hubungan bait Allah dengan berhala? Kerana kita adalah bait dari Allah yang hidup. ( II Kor 6:14-18)
    • Peringatan tentang umat pilihan Tuhan
        1. Menentang hukum taurat Tuhan ( Kel 34:14; Ul 7:3 )
        2. Mengingkari perjanjian dengan Tuhan (Neh13:29; Im21:14)
        3. Menghujat kekudusan Tuhan ( Mal2:11, Ezr 9:2, Neh13:29)
    • Membina dasar komunikasi yang baik.
      • Iman kepercayaan yang sama dapat membina konsep hidup dan konsep nilai yang seragam.
    • Membantu dalam pemeliharaan dan pewarisan kepercayaan
        1. Kesamaan dalam kepercayaan mempunyai kesan positif dalam usaha agama.
        2. Kesamaan dalam kepercayaan mempunyai kesan positif dalam pewarisan hidup kepercayaan untuk generasi yang akan datang.
    • Memantapkan kesempurnaan dalam perkahwinan
        1. Kepercayaan dapat memantapkan nekad dan perlakuan kedua-dua pihak— Pengajaran Kebenaran, kesaksian perbuatan Tuhan, melalui                                                      doa.
        2. Kepercayaan dapat membekalkan penampilan kasih yang luas dan pengorbanannya — Merasakan kasih Kristusàbertimbang rasa, menerima, memaafkan, mengasihani, sabar, mengampuni, menyangkal diri, berkorban.
    • Bertumbuh dalam kasih
        1. Mengongsikan pengalaman ( Flp 2: 1-2)
        2. Bertumbuh seiring dalam jiwa rohani. ( 1Sam18:20; 19:8-17; II Sam 6:16,20-23)
        3. Sehati sejiwa ( Kis18:24-26, Rom 16:3)
        4. Saling menasihati ( Ibr3:13;10: 24-25)
        5. Saling membantu doa ( Luk1:13, Kej 25:21)

Memadankan Perkahwinan dengan Hikmat

  •  Syarat-syarat memilih pasangan.
    1. Jangan mempunyai banyak syarat-syarat yang banyak peluang semakin sikit. Jangan mempunyai syarat yang tinggi.
    2. Syarat yang tinggi peluang peratusan semakin rendah.
    3. Jangan mempunyai syarat yang aneh. Syarat yang aneh peluang bergaul semakin kecil.
    4. Jangan mempunyai syarat yang cerewet. Syarat yang cerewet susah dipadankan.
    5. Syarat-syarat yang harus ada.
    • Membezakan syarat-syarat kebahagian yang harus ada dan syarat-syarat yang tidak perlu.
      • Status keluarga yang sepadan – sifat kesamaan dan sifat kesepadanan yang tinggi senang mencapai kebahagian.
      • Tabiat keperibadian – lemah lembut, bertimbang rasa, humor, praktikal, ikhlas, tulus, kasih, iman.
      • Syarat-syarat yang realistik – latar belakang keluarga,  harta benda, tahap pendidikan, pendapatan, pekerjaan, wajah.
      • Syarat-syarat kreativiti – berjaya dengan berusaha gigih, mendirikan rumahtangga dengan tangan yang kosong, kerajinan mengisi kebodohan, berdaya usaha, berjimat-cermat.
  • Semangat telangkai
    1. Hidup oleh kebenaran
    2. Mempunyai hati yang jujur.
    3. Mempergunakan hikmat dengan baik.
    4. Berani bertanggungjawab
    5. Bersandar dan berserah kepada Tuhan.
    6. Contoh telangkai :
      • Hamba tua Abraham. ( Kej 20 )
      • Ibu mertua Rut, Naomi ( Rut 3)
  • Memberi bimbingan yang sihat dalam pergaulan
    1. Membuat pemerhatian dengan rasional dan tenang.
    2. Bergaul dengan jujur dan ikhlas.
    3. Mengawal dan menguasai diri.
    4. Memilih tempat temujanji dengan berwaspada.
    5. Berkongsi hobi/rekreasi yang pelbagai.
    6. Mengekalkan jarak anggota tubuh yang sesuai antara dua pihak.
    7. Mengelakkan bermalam di luar secara berdua-duaan.
    8. Menerima nasihat dan keprihatinan daripada golongan senior.