Adam
|

Adam

Ayat Alkitab: Kejadian 2: 7 – 5:5

  • Definisi  nama “ Adam”
    1. Tanah Merah
    2. Ciptaan
    3. Dicipta
    4. Muncul dari tanah

Manusia pertama dicipta, nenek moyang bagi manusia.

  • Asal- usul Adam
    1. Dicipta oleh Tuhan, menurut gambar dan rupa-Nya  daripada debu tanah. (Kejadian   1:26-27)
    2. Tidak dilahirkan menerusi seorang ibu.
    3. Maka dia adalah makhluk hidup ciptaan Tuhan secara langsung, tidak pernah melalui prosess pertumbuhan. (Kejadian 2: 7)
    4. Dia ialah anak Tuhan Sejati kerana bapanya ialah Tuhan yang sejati. (Lukas 3:38)

▲Dia adalah ciptaan Tuhan daripada debu tanah dan nafas hidup (Roh). (Kejadian 2: 7)

  • Hidup Adam
    • Kehidupan sebelum berdosa:
      1. Hidup Kekal.
      2. Mempunyai Roh Tuhan.
      3. Gambar dan rupa Tuhan: Kekudusan, Kemuliaan. ( Kejadian 1: 26-27; 5: 1; Efesus  4:24)
    • Kehidupan selepas berdosa:
      1. Hidup yang singkat dan fana.
      2. Roh Tuhan dikembalikan.
      3. Rupa bentuk dosa:, Malu, Kotor, Hina, Fana.

 

  • Kehidupan Adam
    • Kehidupan sebelum berdosa:
      1. Menjalani kehidupan dalam taman di Eden. ( Kejadian 2:8)
      2. Bermusim seperti musim bunga, bercuaca baik.
      3. Tiada kebimbangan, bersukacita, sejahtera dan tenteram.
      4. Tidak memerlukan pakaian, tidak berasa malu,  tidak kesejukan, tiada tiupan angin yang sejuk, tiada hujan diturunkan  ke bumi, ada kabut naik dari bumi dan sungai yang mengalir. (Kejadian 2: 6-10)
      5. Terdapat pelbagai pohon dari bumi dan hasil buahnya, serta pohon kehidupan  sebagai makanan, kehidupan yang bebas dari  kebimbangan.
      6. Diberkati oleh Tuhan.
    •  Kehidupan selepas berdosa:
      1. Hidup di padang gurun. (Kejadian 3:23)
      2. Cuaca menjadi sejuk. ( Kejadian 3: 8)
      3. Ada ketakutan, ada sungut-sungutan, ada malu.
      4. Ada kutukan, hidup dalam kutukan dan murka Tuhan. (Kejadian 3:16-19, Mazmur 90:9-10)
      5. Berpeluh mencari rezeki dari tanah, semak duri dan rumput duri menghalang, hidup dalam susah payah dan kebimbangan. (Kejadian 3:17-19)
  • Pekerjaan  Adam  (Kejadian 215)
    • Pekerjaan sebelum berdosa:
      • Dia ialah tuan bagi pekerjaan (harta), bekerja untuk pekerjaan sendiri, bernikmat dalam perkerjaan dan bekerja dalam kenikmatan; bukan bekerja sebagai orang asing, tidak memerlukan upah.
      • Kemuliaan dalam usaha (Kejadiaan 2: 15):
        1. Tugas “Memelihara” : secara teknikal
        2. Tugas “ Menjaga” : mengusaha, berkuasa
      • Perkerjaan tidak berkaitan dengan kehidupan.

    • Pekerjaan selepas berdosa:
      1. Dia ialah hamba bagi pekerjaan, bersusah payah dalam pekerjaan, bekerja dalam susah payah. (Kejadian 3: 17)
      2. Pekerjaannya adalah bersusah payah menanam, berpeluh mencari rezeki dari tanah.
      3. Pekerjaaan berkait rapat dengan kehidupan. Tanpa kerja, tiada makanan.
      4. Pekerjaan bersifat perhambaan, bersifat haiwan– Demi makanan, kehilangan sifat mulia dalam pekerjaan, segala jerih payah adalah untuk mulutnya, bekerja untuk makanan sahaja ( Di bawah penguasaan). (Kejadian 3:19; Pengkhotbah 6:7)

  • Pernikahan Adam Kejadian 218-25

    • Diasaskan oleh Tuhan: Tuhan ialah pengerusi majlis perkahwinan, telangkai, saksi pernikahan.
    • Isteri adalah diciptakan oleh Tuhan daripada tulang rusuk Suami.
    • Suami isteri adalah satu  roh,  satu haluan, satu anggota,  satu tubuh (keduanya menjadi satu daging), “ Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku”. = Inilah Aku.
    • Mereka adalah suami isteri yang mempunyai pernikahan yang sempurna: Gabungan dari segi roh dan daging.
    • Mereka adalah suami isteri yang mempunyai kasih yang sempurna: Kasih yang kudus, percintaan dan seks.
      1. Perempuan itu dibawa-Nya kepada manusia itu: Wujudnya kasih yang kudus
      2. Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku: Wujudnya percintaan.
      3. Suami Isteri = Keduanya telanjang, tetapi mereka tidak merasa malu = Wujudnya hubungan seks.

    • Pernikahan Adam sempurna kerana disertai Tuhan.

 

  • Keluarga Adam (Kejadian 224-2541-2 25-26

    • Hawa, Isteri (Kejadiaan 3: 20) ialah penolong, penghibur hati, dan kekasih Adam.
    • Anak Sulung bernama Kain: Pembunuh yang kejam, dihalau oleh Tuhan (Kejadian 4:13-14) (Petani).
    • Anak kedua bernama Habel: Bersifat baik dan sabar, dibunuh oleh Kain (Kejadian 4:8)   (Pengembala kambing domba).
    • Melahirkan lagi seorang anak: Set,pengganti Habel,kerana anak sulung, tahu berdoa         kepada Tuhan (Kejadian 4:25-26).
    • Tuhan mengasihi keturunan Set. Henokh, Metusalah,Nuh, Abraham,Daud,Kristus,adalah dari suku kaum tubuh jasmani yang sama (Kejadian 5:6 ; Lukas 3:29-38).
  • Hidup Umur Adam

    • Sejak kejadian memakan buah larangan, bermulanya penggiraan umur. Tanpa maut maka tiada penggiraan umur.
    • Mencapai umur sembilan ratus tiga puluh tahun, lalu ia mati ( Kejadiaan 5: 4) .
    • Sembilan ratus tiga puluh tahun adalah tahun-tahun dalam kekeluhan dan penderitaan ( Mazmur 90: 9-10).

  • Kegagalan Adam

    • Gagal dalam percobaan
      1. Mengabaikan perjanjian Tuhan yang kudus ( Kejadian 2 : 16-17),  melalaikan perintah Tuhan tentang hidup .
      2. Tidak memimpin isteri dengan baik ( Kejadian 3 : 2-3).
      3. Mengasihi isteri melebihi kasih terhadap Tuhan, cinta manusia mengatasi kasih yang kudus ( Kejadian 3 : 17), mendengar perkataan isteri tanpa memegang pada prinsip.
    • Kegagalan dalam percintaan
      1. Percintaan yang tanpa kebenaran (kebenaran yang sejati), (mendengar perkataan isteri dan memakan buah larangan) (Kejadiaan 3 : 6).
      2. Percintaan yang tanpa sebab (sebab yang munasabah), (mengabaikan tanggungjawab  sendiri, dan hubungan suami isteri, menyatakan alasan sendiri dan menolak tanggungjawab dosa ke atas isterinya) ( Kejadian 3: 12).

    • Kegagalan dalam peluang kasih karunia Tuhan. ( Kejadian 3: 8)
      1. Kelihatan Adam diberi peluang untuk mengakui dosa dan bertaubat melalui panggilan, pencarian, dan pertanyaan Tuhan ( Kejadian 3: 9, 11)
      2. Dia bersembunyi (Tidak menghadap wajah Tuhan), (Tidak berdoa, tidak berkebaktian dan tidak datang ke gereja) ( Kejadian 3:8).
      3. Menyembunyi pelanggaran, mengharapkan pengampunan dosa, salah faham terhadap maksud Tuhan ( Kejadian 3:12; Ayub 31:33; Amsal 28:13; 1 Yohanes 1: 9)  .
      4. Akhirnya  dihakimi sebagai yang berdosa, dikutuki seumur hidup, sehingga kembali lagi menjadi tanah. ( Kejadian 3: 16-19) .
      5. Mendatangkan celaka yang amat besar kepada manusia ( Roma 5:12, 14, 19).

    • Kegagalan dalam didikan terhadap anak-anak ( Kejadian 4: 1)
      1. Diri sendiri membelakangi Tuhan, tidak menjadi kesaksian yang baik.
      2. Anak-anak membelakanginya, tidak berdaya mendidik.
      3. Mendidik anak-anak dalam ajaran dan nasihat Tuhan, sehingga mereka taat. Adalah tanggungjawab Ibu bapa. (Efesus 6:4).
      4. Kain bersifat kejam, sehingga terjadinya pembunuhan adik sedarah dagingnya, ini adalah berpunca dari kegagalan Adam mendidik anak.

  • Sifat-sifat Adam yang baik

    • Tidak bersungut-sungut dan taat dalam penghakiman dan kutukan Tuhan. Kain tidak mengaku kalah dalam kutukan Tuhan walaupun dirinya telah berdosa membunuh manusia (Kejadian 4:13).
    • Kegagalan dalam didikan keluarga, belajar dari kesalahan dan berjaya mendidik Set.
      1. Kegagalan dalam didikan anak-anak, mempunyai anak seakan-akan tiada anak.
      2. Belajar dari kesalahan, mengajar anak supaya takut kepada Tuhan. Set adalah keturunan yang berjaya.

  •  Adam dan Kristus

    • Manusia pertama, Adam menjadi makhluk yang hidup. Kristus pada zaman akhir menjadi roh yang menghidupkan. (1 Korintus 15:45)
    • Adam, manusia pertama milik alamiah. Kristus pada zaman akhir milik rohaniah. (1 Korintus 15:46)
    • Adam, manusia pertama berasal dari debu tanah. Kristus pada zaman akhir berasal dari syurga (milik rohani) (1 korintus 15: 47-48)
    • Adam, manusia pertama adalah nenek moyang bagi manusia yang milik alamiah/tubuh jasmani.

Kristus pada zaman akhir adalah nenek moyang bagi manusia yang milik rohaniah.

      • Adam gagal dalam pencobaan, mencelakakan semua manusia yang milik Adam. Kristus menang dalam pencobaan, selamatkan semua orang yang milik Kristus. (Injil Matius 4: Ibrani 2: 18, 14, 15).
      • Adam – Dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang, dosa menjalar kepada semua orang, maka semua orang telah berbuat dosa. (Roma 5: 12-14).

Kristus –  semua manusia menjadi benar dengan begitu sahaja oleh satu orang. (Roma 5: 15-19)

      • Adam – satu orang memberontak, mendatangkan maut kepada semua manusia. Kristus – satu orang mentaati, mendatangkan hidup kekal kepada umat manusia. (Injil Yohanes 3: 16-18)
      • Adam berdosa dan diri sendiri menerima penghakiman dan kutukan dari Tuhan. Kritus yang tidak berdosa menerima penghakiman yang adil dari Tuhan demi umat manusia, roh dan tubuh-Nya menerima hukuman.
      • Adam pada asalnya adalah anak Tuhan, kehilangan hak sebagai anak Tuhan kerana membelakangi perintah Tuhan, menyebabkan manusia lain menjadi hamba dosa. Kristus adalah anak yang dikasihi Tuhan, melalui ketaatan-Nya, melepaskan manusia dari perhambaan dosa dan menjadi anak Tuhan.
      • Ciri-ciri yang penting kewujudan Adam  : Dicipta Bapa di Syurga daripada debu tanah. Ciri-ciri yang penting kewujudan Kristus: Dihamil dari gerakkan roh dan dilahirkan oleh seorang perawan.

Kesimpulan:

1. Mengapa Adam berdosa?

2. Adakah peluang untuk Adam selepas berdosa?

3. Apakah inspirasi anda tentang kegagalan Adam?

Tuhan Yesus Melatih Murid-murid
|

Tuhan Yesus Melatih Murid-murid

Pendahuluan : Tuhan melatih murid-muridNya melalui pelbagai cara.

 

  • Kekurangan makanan (Luk 9:12-13).
    • Reaksi murid-murid Tuhan:
      1. 5 roti & 2 ikan yang tidak mencukupi untuk mengenyangkan orang ramai.  (Luk 9:13)
      2. Roti seharga dua ratus dinar tidak cukup untuk mengenyangkan orang ramai . (Luk 6:7)

Keadaan tersebut memperlihatkan bahawa murid-murid Tuhan kekurangan iman.

    • Cara Tuhan mengatasinya:
      1. Mengucap berkat ke atas roti itu & mengenyangkan orang banyak. (Luk 9:14-17)
      2. Potongan-potongan roti memenuhi 12 bakul (Luk 9:17)
      3. Dengan adanya penyertaan Tuhan, kita takkan kekurangan selama-lamanya (Mat 6:31-32;Maz23:1)
  • Melalui angin ribut (Mat 8:23).
    • Reaksi murid-murid Tuhan:
      1. Rasa takut (Mat 8:25).
      2. Meminta tolong daripada Tuhan (Mat 8 :25).

Keadaan tersebut memperlihatkan bahawa murid-murid Tuhan kurang percaya.

    • Cara Tuhan mengatasinya:
      1. Tuhan meredakan angin ribut (Luk 8:24).
      2. Tuhan menegur Muridnya seorang yang kurang percaya (Luk 8:26).

Kita takkan ketakutan selama-lamanya dengan adanya penyertaan Tuhan (Yoh 16:33;Maz 46:1-3)

  • Menerusi orang yang berpenyakit (Mat 9:17,18).
    • Reaksi Murid-murid Tuhan:
      1. Bertengkar dengan orang lain kerana gagal mengusir roh (Mark 9:14,18)
      2. Bertanyakan kegagalan mereka sewaktu bersendirian dengan Tuhan (Mat 9:28)

Keadaan tersebut memperlihatkan bahawa murid-murid Tuhan adalah orang yang gagal.

    • Cara Tuhan mengatasinya:
      1. Mengusir roh & anak itu sembuh (Mrk 9 :25).
      2. Memberitahukan muridNya agar berdoa & berpuasa.

Tanda-tanda mujizat pasti dapat dilakukan dengan penyertaan Tuhan (Mrk 16 :17-20).

  • Pengenalan terhadap Tuhan yang cetek.

Tuhan adalah :

      1. Allah yang Perkasa (Yes 9:5).
      2. Bapa yang kekal (Yes 9:5).
      3. Raja ajaib (Yes 9:5).
      4. Allah damai sejahtera (Yes 9:5).
    • Murid tidak mengenali Tuhan (Yoh 14:9-11)
    • Pengenalan Paulus yang dalam terhadap Tuhan (2 Tim 1:12), mengucap syukur dalam segala hal dan tidak takut.

Penutup:  Tuhan juga akan melatihkan kita sama seperti Dia melatihkan murid-muridNya. Setiap kita perlu menerima latihanNya dengan rendah hati, sabar dan tahu bersandar kepada Tuhan.

Tuhan Mengikat Perjanjian dengan Abraham
|

Tuhan Mengikat Perjanjian dengan Abraham

Ayat Suci: Nehimia 9:7-8

  • Tiga janji Tuhan kepada Abraham
    1. Membuat dia beranak cucu sangat banyak ( Kej 17:6; 12:2; 15:4-5; 22:17)
    2. Memberikan tanah Kanaan kepada dia dan keturunannya untuk selama-lamanya (Kej 17:8; 12:7; 15:7; 22:17)
    3. Semua bangsa akan mendapat berkat kerana keturunannya (Kej 22:18; 12:3; 17:6)
  • Peristiwa Tuhan mengikat perjanjian dengan Abraham
    1. Secara lisan (Kej 12:1-4,7)
    2. Tuhan memberi bukti kepada Abraham:  perapian yang berasap beserta suluh yang berapi lewat di antara potongan-potongan daging (Kej 15:7,17-21)
    3. Tuhan menyuruh Abraham bersunat sebagai tanda perjanjian (Kej 17:9-11)
    4. Perjanjian: Tuhan adalah setia, walaupun berjanji secara lisan, sudah boleh dipercayai, tetapi untuk menjadikan Abraham percaya dengan sedalam-dalamnya, bukan sahaja menurunkan api sebagai bukti semasa mempersembahkan korban, selepas dia mempersembahkan Ishak, Tuhan bersumpah demi diri-Nya, mengatakan sekali lagi janjiNya, dan ini adalah perjanjian yang paling serius.
  • Penggenapan perjanjian
    1. Tuhan mengaruniakan anak kepada Abraham sebagai langkah pertama menggenapkan janjiNya, iaitu”membuat dia beranak cucu sangat banyak” (Kej 21:1-5)
    2. Keturanan Abraham berpindah ke Mesir, Tuhan mengutus Musa menyelamatkan mereka keluar, dan Yosua meneruskan kerja Musa memerangi dan mendapatkan tanah Kanaan, serta membahagikan kepada orang Israel sebagai milik pusaka. Ini menggenapkan janji yang kedua (Yos 11:16-12:24; 21:43-45)
    3. Semua bangsa mendapat berkat kerana keturunannya: Yesus Kristus merupakan keturunan Abraham (Mat 1:1). Dia datang ke dunia ini, demi dosa manusia, mati di atas kayu salib, telah membuka jalan keselamatan, supaya sesiapa yang percaya dan dibaptis dalam Kristus menjadi keturunan Abraham, menerima milik pusaka syurgawi yang kekal. Ini menggenapkan janji yang ketiga. (Ibr 10:19-29; Gal3:15-16,27-29)
  • Hubungan antara perjanjian dan manusia
    • Tuhan mengikat perjanjian dengan Abraham, apakah kaitan dengan orang kafir? Supaya manusia yang hidup dari iman diberkati bersama-sama dengan Abraham (Gal 3:5-9)
    • Apakah janji Tuhan kepada umat pilihanNya dalam Kristus?
      Mengaruniakan kepada mereka bahagian surgawi yang kekal (Gal 3:27-29; 1Ptr 1:3-4)
    • Bagaimana Tuhan mengikat perjanjian dengan umat pilihan zaman perjanjian baru?
      Yesus berkata:” Ini darah perjanjian-Ku” (Mat 26:27-28). Tuhan mengaruniakan syurga kepada umat pilihan bukan menggenapkan dengan perkataan, malah harus menumpahkan darah demi kita (Ibr 9:22). Oleh itu, Tuhan menggunakan darah untuk mengikat perjanjian dengan kita, ini bukan perjanjian biasa, malah merupakan perjanjian darah (Mat 20:28).
    • Bagaimana Tuhan menjadikan manusia menerima janjiNya?
      Percaya kepada pengorbanan Yesus dan kuasa penghapusan dosa Sakramen Pembaptisan, baru menerima Sakramen Pembaptisan. Setelah dibaptis dalam Kristus, merupakan keturunan Abraham, dan menurut perjanjian, boleh memerima warisan syurga. (Mrk 16:16; Kis 2:38; Gal 3:27-29)
    • Apakah yang dikaruniakan oleh Tuhan sebagai jaminan bahagian Surga?
      “Roh Kudus itu adalah jaminan bagian kita” (Ef 1:14). Roh Kudus  turun kepada manusia, dan dapat berbahasa Roh, ini merupakan pengalaman yang nyata, yang  boleh menjadi bukti (Kis 10:44-46; 19:1-7)

Kesimpulan:

Umat pilihaan perjanjian lama merupakan bayang kepada umat pilihan rohani perjanjian baru. Janji Tuhan kepada Abraham, dari segi tubuh daging telah menjadi kenyataan – beranak cucu banyak, pada zaman Yosua, telah mendapat seluruh tanah Kanaan. Tetapi tiada pusaka yang kekal di dunia ini, hanya percaya kepada Kristus, menerima Baptisan menjadi keturunan Abraham yang rohani, mendapatkan bahagian syurga yang kekal, dan janji Tuhan tidak akan jadi kosong. Dengan ini dapat menggenapkan janji semua bangsa akan mendapat berkat kerana keturunan Abraham.

Domba yang Mengikuti Tuhan
|

Domba yang Mengikuti Tuhan

Di atas jalan desa, gembala domba muda berjalan perlahan memimpin domba. Ketika dilihat pelancong keadaan gembala muda yang relaks, maka berkata: Sekiranya tidak diikatkan tali pada domba, ia akan lari.

Setelah didengar gembala muda, maka dilepaskannya tali itu. Namun, domba masih tidak meninggalkannya. Gembala muda berkata: Saya memberikan ia air dan rumput, juga menjaga ia dengan teliti, maka ia sanggup mengikuti aku.

Seekor domba mengikuti tuannya, bukan kerana diikat oleh tali, tetapi kerana anugerah yang diberikan oleh tuannya.

Bagaimanakah kita yang mengikuti Tuhan? Bukan kerana diikat oleh Hukum Taurat Tuhan, tetapi digerakkan kita oleh anugerah-Nya. Anugerah ini amatlah besar, yang disediakan demi kita semenjak permulaan penciptaan dunia; juga merupakan anugerah penyelamatan dan penebusan oleh pengaliran darah.

Namun, walaupun dengan adanya penjagaan yang sedemikian teliti, masih ada anak domba yang nakal, meninggalkan “rumput hijau” yang amat berkualiti, untuk mencari sukaria daripada “rumput liar” dalam semak duri. Perlahan-lahan, ia kehilangan  arah tuju dalam rumpun semak duri, membawa tubuh yang letih dan lapar, membawa luka-luka yang berdarah akibat dicederakan onak duri, mengeluarkan suara ratapan nyawa-nyawa ikan. Kita sama sekali tidak boleh menjadi kambing domba yang sedemikian menderhaka.

Yohanes fasal 10 mengatakan: domba-domba mendengarkan suaranya dan ia memanggil domba-dombanya masing-masing menurut namanya dan menuntunnya ke luar. Jika semua dombanya telah dibawanya ke luar, ia berjalan di depan mereka dan domba-domba itu mengikuti dia, kerana mereka mengenal suaranya.

Sebagai domba Tuhan, kita hendaklah memiliki tiga segi ini. Pertama, mengenal suara Gembala. Pada hari ini, terlalu banyak godaan, juga penyesatan. Kita juga terdedah kepada banyak firman yang seakan-akan benar, tetapi tidak. Oleh itu, kita hendaklah menbedakan, apakah suara Tuhan, yang merupakan kebenaran. Kedua, mengikuti Gembala. Jejak langkah Tuhan bagaikan tiang awan dan tiang api pada waktu umat Israel di padang gurun, memimpin mereka arah tuju di hadapan, maka mereka tidak akan menyimpang. Ketiga, sentiasa tetap terpelihara di dalam Tuhan, jangan cinta dan tamak akan dunia ini. Manusia, sekiranya mencintai dunia, maka hati yang mencintai Tuhan tidak ada dalamnya. Ketahuilah bahawa dunia akan membawa manusia ke dalam kebinasaan. Oleh itu, segeralah masuk ke dalam Bahtera akhir zaman !

Sekiranya Anda
|

Sekiranya Anda

Sekiranya anda tidak cukup kesabaran,

silakan duduk dan berbual dengan Ayub.

Sekiranya anda beriman lemah,

silakan menjengguk Elia di tepi Sungai Kerit.

Sekiranya anda tidak mempunyai nyanyian kidung puji-pujian dalam hati,

silakan dengar puji-pujian Daud di sebelah malam.

Sekiranya anda menghadapi kesukaran dari semua pihak,

silakan minta tunjuk ajar daripada Musa di tepi Lautan Teberau.

Sekiranya anda banyak menerima ujian dan latihan,

silakan berkawan dengan Yusuf yang telah dijual.

Sekiranya anda adalah seorang pegawai kerajaan,

silakan meneliti kehidupan Daniel.

Sekiranya anda adalah seorang hamba Tuhan,

silakan baca kisah riwayat Paulus.

Sekiranya anda percaya bahawa Tuhan memahami anda sepenuhnya,

maka anda tidak usah menghiraukan salah faham daripada manusia.

Sekiranya anda tidak memiliki apa-apa dalam dunia ini,

silakan menaiki tangga Wahyu,

untuk meninjau sekilas kepada tanah indah nan mulia masa kelak.

Sekiranya anda tidak mempunyai damai sejahtera dalam hati,

silakan bersujud di depan Tuhan Yesus,

Dia pasti mencurahkan damai sejahtera yang tak terhingga, penghiburan yang sungguh besar, pengistirehatan yang manis.

Sekiranya anda sanggup masuk ke dalam bilik tertutup,

anda akan menatap wajah Tuhan yang lemah lembut.

Sekiranya anda sanggup bertenang,

anda akan mendengar penghiburan dan panggilan daripada Tuhan.

 

Melakukan Apa yang Dapat Dilakukan
|

Melakukan Apa yang Dapat Dilakukan

Ayat suci: Ia telah melakukan apa yang dapat dilakukannya… (Markus 14:9)

Ketika Maria terfikir bahawa Tuhan akan menemui penderitaan, dengan segera dia “membawa suatu buli-buli pualam berisi minyak narwastu murni yang mahal harganya. Setelah dipecahkannya leher buli-buli itu, dicurahkannya minyak itu ke atas kepala Yesus.” Minyak narwastu itu adalah yang paling mahal, bernilai sekurang-kurang tiga ratus dinar lebih. Bagi dia, itu bukanlah satu jumlah nilai yang kecil. Kemungkinan adalah satu hasil penyimpanan bertahun-tahun.

Tetapi, asalkan ia ada sedikit kegunaan buat Tuhan, walaupun dipersembahkan kesemuanya, juga berbaloi. buli-buli itu adalah amat berharga, namun Tuhan lebih berharga. Tidaklah sayang kalau dipecahkan.

Rambut adalah “kemuliaannya”, namun dia menyeka kaki Tuhan dengan kemuliaannya, kerana dipandangnya layak untuk Tuhan. Dia mencurahkan keseluruhan kasihnya pada diri Tuhan! Oleh itu, Tuhan berkata: “Ia telah melakukan apa yang dapat dilakukannya.”

Janda mempersembahkan kesemua wang simpanan untuk sara hidup. Musa mempersembahkan usia 40 tahun. Yesus mempersembahkan nyawa-Nya demi menyelamatkan manusia. Sahabat, apakah yang anda persembahkan untuk Tuhan?

Walaupun kita tidak setanding mereka, namun kita boleh menyerupai mereka dengan melakukan sedaya kemampuan diri. Permintaan Tuhan terhadap kita pada hari ini, adalah kita melakukan apa yang dapat diri kita lakukan. Dia tidak meminta apa yang melebihi kemampuan kita, atau yang tidak mungkin pada diri kita. Dia hanya meminta agar kita melakukan apa yang dapat dilakukan oleh kita. Lima talenta menguntungkan lima talenta, dua talenta menguntungkan dua talenta, menerima upah yang sama, kerana mereka masing-masing telah melakukan apa yang dapat dilakukannya. Seandainya, satu talenta juga dapat menguntungkan satu talenta, dia juga akan menerima upah, kerana dia telah melakukan apa yang dapat dilakukannya. Maria telah melakukan apa yang dapat dilakukannya. Hati Tuhan dipuaskan.

Kawan, adakah kita telah melakukan apa yang dapat dilakukan?

Maria, mengambil kesempatan sebelum Tuhan meninggal dunia, telah melakukan apa yang dapat dilakukannya. Marilah kita, melakukan apa yang dapat dilakukan sebelum Tuhan datang!