Peraturan Ringkas Tentang AJK Telangkai

Peraturan Ringkas Tentang AJK Telangkai

  1. AJK ini tertakluk di bawah kuasa Jabatan Hal Ehwal Am Ibu Gereja Sabah.
  2. Jawatan kuasa ini adalah milik Ibu Gereja Sabah, dan seorang harus dipilih daripada kalangan AJK Eksekutif Ibu Gereja Sabah untuk memegang jawatan ini. Penguasa bagi setiap zon wajib menjadi AJK dalam jawatan kuasa telangkai ini. Bilangan ahli dalam jawatan kuasa ini adalah dicadangkan oleh Pengerusi Telangkai kepada Eksekutif Ibu Gereja. AJK dalam jawatan kuasa ini mesti terdiri daripada Penguasa setiap zon, penguasa sub-zon, diaken, diakenis dan saudara-saudari yang mempunyai karunia dalam bidang telangkai di gereja tempatan.
  3. Tugas-tugas bagi AJK adalah seperti berikut:
    • Menerbitkan senarai nama belia yang sesuai dan layak berkahwin setiap 3 tahun dan menyumbangkan maklumat  terkini bagi tujuan penelangkaian.
    • Menggalakkan seiman di gereja-gereja tempatan berkahwin dalam Tuhan dan mendirikan keluarga yang bercorak Kristiani.
    • Membantu zon dan memberi kaunseling kepada setiap telangkai di gereja tempatan untuk melaksanakan kerja penelangkaian.
  1. AJK ini akan diadakan mesyuarat setiap 3 bulan oleh Pengerusi, boleh mengadakan mesyuarat tergempar apabila perlu.
  2. Setiap zon mendirikan pusat telangkai
    • Melantik seorang pengerusi, zon akan melantik 1 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang ahli sahaja.  Tugas-tugas adalah seperti berikut:
      • Setiap 6 bulan mengumpul maklumat tentang perkembangan terkini kerja telangkai di setiap gereja tempatan dan dihantar ke ibu gereja untuk dibukukan.
      • Mengadakan seminar mengikut masa yang ditetapkan, mendorong setiap gereja tempatan untuk mengadakan minggu Perkahwinan, membina konsep perkahwinan Kristian yang tepat.
      • Mengadalan aktiviti persahabatan telangkai dan aktiviti yang berkaitan, memantapkan lagi kerja-kerja menggerakkan perkahwinan dalam Tuhan.
  3. Setiap gereja tempatan menempatkan 1 atau 2 orang telangkai dilantik oleh AJK Eksekutif dan berkhidmat selama 3 tahun, jika dilantik lagi maka akan sambung berkhidmat. Tugasnya adalah seperti berikut:(i) Melaksanakan perkara-perkara yang telah diputuskan oleh AJK Telangkai Ibu Gereja.
    (ii) Mengumpulkan maklumat terkini belia yang sesuai dan layak berkahwin setiap 6 bulan dan menghantar kepada setiap zon untuk dikemaskinikan.
    (iii) Menyertai persahabatan telangkai perkahwinan dan aktiviti-aktiviti berkaitan yang dianjurkan oleh Ibu Gereja dan zon.
    (iv) Membuat laporan tentang kerja penelangkaian kepada AJK Eksekutif pada setiap 6 bulan.
    (v)  Mengambil berat terhadap seiman supaya berkahwin dalam Tuhan secara positif.
    (vi) Memberi kaunseling tentang perkara-perkara perkahwinan.
  4.  Kerja penelangkaian harus memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:(i) Pihak lelaki dan perempuan harus merupakan pemercaya gereja.
    (ii) Sasaran  telangkai  mesti  memenuhi  undang-undang  negara, yakni mencapai umur 18 tahun dan ke atas, bujang, janda atau duda, dan orang yang menjaga kesucian sebelum kahwin.
    (iii) Tidak boleh melakukan penelangkaian dengan memperkenalkan 2 orang jodoh atau lebih pada masa yang sama sebagai pilihannya.
    (iv) Tidak boleh memperkenalkan jodoh yang lain bagi seiman yang sedang meminang, tidak boleh berebut untuk memperkenalkan jodoh.
    (v)   Harus menjaga rahsia bagi kedua-dua pihak sebelum dan selepas penelangkaian supaya tidak membawa kekacauan dan kesinggungan yang tidak perlu.
    (vi) Membuat penelangkaian berdasarkan keikhlasan dan kasih, mencari pimpinan Tuhan melalui doa.
    (vii)Memberi tunjuk ajar tentang perkahwinan yang tidak duniawi, tidak boros,  tidak kehilangan kesolehan serta menghormati aturan pihak gereja.
Pengetahuan Am Bagi Telangkai

Pengetahuan Am Bagi Telangkai

Yeremia 33:2-3

Pengenalan yang Seharusnya Ada Terhadap Kerja Penelangkaian:

  • Pemadanan perkahwinan adalah disebabkan kehendak Tuhan, bukan berasal daripada kebolehan telangkai, telangkai hanya menunaikan kewajiban sebagai seorang hamba.(Ams 3:5-6). Ini disebabkan segala sesuatu adalah yang ditetapkan oleh Tuhan (Ams 29:26; Pkh3:11). Tuhan juga mengenapkan segala sesuatu (Yer 33:2-3; Yes 34:16).
  • Tingkah laku dan pertuturan seharian telangkai harus berhati-hati, bersikap lemah lembut dan jujur, rajin, bertanggungjawab, barulah dapat memperoleh keyakinan daripada golongan belia dan ibu bapa mereka.  Oleh itu, jerih payah telangkai adalah seperti hamba tua Abraham. (Kej 24:1-4,10-34).
  • Harus sentiasa menjelajah gereja-gereja tempatan , melawat belia yang  sesuai dan layak berkahwin serta keluarga mereka, mengambil berat terhadap soal perkahwinan mereka, melalui doa memilih jodoh yang sesuai untuk melaksanakan kerja penelangkaian.

Mengumpulkan Maklumat Para Belia di Gereja-gereja Tempatan:

  • Berusaha memahami latar belakang, tahap pendidikan, pekerjaan, iman kepercayaan, kesihatan, bentuk badan, kebolehan, minat, serta penglibatan dalam kerja suci bagi belia yang sesuai dan layak berkahwin.
  •  Hanya bergantung kepada maklumat dalam senarai adalah tidak mencukupi, cara yang paling baik adalah berdepan secara muka ke muka dengan orang yang sesuai dan layak berkahwin, berbincang dengannya,barulah dapat menyelami keperluan peribadinya, ini lebih sesuai dan senang mencapai kejayaan.
  • Jangan sembarang mendedahkan “senarai belia”, atau pinjam kepada orang lain untuk dibaca, hanya boleh dibaca dan dijadikan sebagai rujukan telangkai sendiri.

Perkara-perkara yang Harus Diperhatikan oleh Telangkai:

  • Harus setia: Tidak    kira   apa   yang   kita  buat,  buatlah   dengan   setia   dan bertanggungjawab  (I Kor 4:2).   Kita   seperti   pengurus    rumah   dalam  hal perkahwinan, harus bertanggungjawab dengan setia.
  • Harus jujur: praktikal dan jujur (Flp2:15).  Inilah sikap sebenarnya bagi seorang telangkai, lakukanlah kerja ini seikhlas-ikhlasnya demi Tuhan.
  • Ada kasih: bermotifkan kasih dalam menjalankan kerja telangkai (RM  13:8,10), melihat  belia dalam Tuhan sebagai orang sendiri.
  • Harus gigih: telangkai adalah suat kerja yang susah. Harus ada kegigihan, Alkitab  mengatakan apabila sudah datang waktunya, kita akan menuai, jika kita tidak menjadi lemah (Gal 6:9).
  • Tidak serakah: Telangkai  tidak   boleh   menjalankan   kerja  telangkai semata-mata mahu menerima balasan (minta ang pow), supaya jangan tumbang dalam tangan iblis (I Tim 6:9-10).
  • Tidak boleh menjalankan kerja telangkai dengan cara memaksa (menggertak) supaya jangan orang itu tidak bahagia selepas kahwin.
  • Para telangkai tidak boleh saling merebut kerja telangkai, (II Tim2:24, Tit 3:2), lebih-lebih lagi tidak boleh mengutuki orang lain.
  • Tidak boleh menggunakan nada memberi arahan(Kol 4:6), pertuturan telangkai harus membawa kasih.
  • Seorang telangkai harus sering berhubung dengan pendeta dan telangkai-telangkai yang lain, supaya mendapat maklumat yang lebih tepat dan banyak.
  • Tidak boleh menjodohkan orang kafir(II tim6:14-16) kerana seiman memang tidak sepadan dengan bukan seiman.
  • Memahami keluarga kedua-dua pihak dengan lebih mendalam.
  • Memperhatikan umur kesesuaian berkahwin para remaja, supaya mereka jangan berkahwin dengan orang kafir.
  • Orang yang terbukti telah melakukan dosa maut, tidak boleh buat kerja telangkai untuknya, (hanya tahu selepas kahwin).
  • Tidak boleh membuat kerja telangkai dengan bermata duitan (mengutamakan yang kaya dan mengabaikan yang miskin).
  • Semasa dalam proses membuat kerja telangkai, banyaklah berdoa kepada Tuhan, mohon Tuhan memimpin dan mengatur, inilah telangkai yang sebenarnya, dan juga merupakan telangkai yang paling berjaya (Kej 24:12).
Hati Kesyukuran
|

Hati Kesyukuran

Ada sekali, rumah bekas Presiden Amerika Syarikat, Roosevelt telah mengalami kecurian, dan banyak benda telah dicuri. Setelah diketahui kawannya, maka segera diutuskan surat kepadanya untuk memberikan penghiburan, dan menasihatkannya agar jangan susah hati.

Dia membalaskan surat: “Sahabat yang dikasihi, saya berterima kasih atas suratmu yang menghiburkan saya. Saya kini amat tenteram. Syukur kepada Tuhan: Pertama, pencuri hanya mencuri barang saya, tidak mencederakan nyawa saya; kedua, pencuri hanya mencuri sebahagian barang saya sahaja, bukan kesemuanya; ketiga, yang paling disyukuri ialah, dialah yang menjadi pencuri, bukan saya.”

Kesyukuran, adalah sejenis cara hidup nyanyian, yang berasal daripada kasih dan harapan terhadap kehidupan.

Bersyukurlah dalam segala perkara, maka hidup bagaikan dipenuhi dengan cahaya matahari; bersungut-sungut terhadap Tuhan dan manusia, makan hidup bagaikan ditutupi dengan awan gelap. Perhitungkanlah segala kasih karunia, isikanlah perasaan hati dengan kesyukuran terhadap kehidupan, maka kita akan memelihara pemikiran hati yang sihat, personaliti yang sempurna dan semangat yang progresif.

Penulis England, William Makepeace Thackeray berkata: Kehidupan adalah sebuah cermin, kamu ketawa, dia juga ketawa; kamu menangis, dia juga menangis.

Sebelum Berjaya
|

Sebelum Berjaya

Ada seorang,

pada usia 21 tahun, dia mengalami kegagalan dalam perniagaannya;

pada usia 22 tahun, dia tidak terpilih dalam pilihan raya peringkat wilayah;

pada usia 24 tahun, sekali lagi dia mengalami kegagalan dalam perniagaanya;

pada usia 26 tahun, teman kasihnya meninggal dunia;

pada usia 27 tahun, dia mengalami gangguan mental;

pada usia 34 tahun, dia tidak terpilih sebagai perwakilan untuk dewan perwakilan persekutuan;

pada usia 36 tahun, sekali lagi dia tidak terpilih sebagai perwakilan untuk dewan perwakilan persekutuan;

pada usia 45 tahun, dia tidak terpilih sebagai Senat Persekutuan;

pada usia 47 tahun, dicalonkan sebagai Timbalan Presiden tetapi tidak terpilih;

pada usia 49 tahun, sekali lagi tidak terpilih sebagai Senat Persekutuan;

pada usia 52 tahun, dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-16;

dialah Abraham Lincoln.

Semasa dia mengalami tamparan, dia berkata: “Perjalanan ini adalah buruk dan rosak, juga senang terjatuh. Kaki saya yang satu tergelincir, kaki yang satu lagi juga turut tidak dapat berdiri dengan stabil. Namun, saya memberitahu diri saya, ini hanyalah sekali tergelincir sahaja, bukan kematian yang tidak dapat bangun semula”.

Banyak perkara kesukaran dalam dunia ini, kita tidak mengharapkan segalanya berjalan lancar, dan mendapat kemenangan dengan usaha sekali sahaja.

Ayub berkata: “Seandainya Ia menguji aku, aku akan timbul seperti emas.” (Ayub 23:10)

Kasih Ayah
|

Kasih Ayah

Ada seorang pemuda yang bakal tamat pengajiannya di universiti. Dia mengimpikan sebuah kereta lumba, selama itu. Dia memberitahukan ayahnya mengenai pemikirannya itu.

Menjelang tiba majlis konvokesyen, pemuda menantikan kejutan daripada ayahnya. Akhirnya, pada pagi majlis konvokesyen itu, ayahnya memanggilkannya ke bilik bacaannya, dan memberitahu kepadanya betapa ayahnya mengasihi dia, juga berasa bangga kerana anaknya seorang yang begitu cemerlang. Selanjutnya, ayah memberikan sebuah bungkusan hadiah yang cantik kepada anaknya. Pemuda berasa ingin tahu, dan pada waktu yang sama berasa hampa, maka dibukakannya bungkusan hadiah tersebut. Dia mendapati di dalamnya terisi sebuah buku indah yang berkulitkan bahan kulit, di atasnya diukirkan namanya dengan tulisan berwarna emas. Pemuda marah dan berkata dengan suara nyaring kepada ayahnya : “Sesungguhnya kamu tahu hasrat saya, namun diberikan saya sebuah buku? ” Dia membuangkan buku tersebut, dan terus lari keluar dari rumah.

Setelah beberapa tahun, pemuda tersebut telah mendirikan kerjaya yang berjaya. Hatinya telah menjadi tenang, dia mulai berasa kesal terhadap perbuatannya pada masa lampau itu. Dia ingin kembali ke rumah untuk melihat ayahnya. Semenjak hari konvokesyen, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan ayahnya. Ketika dia bersiap sedia untuk berangkat, tiba-tiba menerima telegram —- ayahnya telah meninggalkan dunia, dan meninggalkan harta pusaka kepadanya.

Ketika dia melangkah masuk ke bilik ayahnya, dia berasa amat menyesal dan duka. Dia mulai mengemaskinikan dokumen-dokumen ayahnya, dan menjumpai buku itu —- yang dihadiahkan ayah kepadanya. Dia membuka buku dengan air mata, dibelek satu muka surat demi satu muka surat. Tiba-tiba, terjatuh dari belakang buku itu sebuah kunci kereta, yang dilabelkan bersama nama agen penjual kereta, iaitu syarikat jenama kereta lumba yang diimpi-impikan. Di atasnya juga ada tulisan tarikh konvokesyennya dan perkataan “Pembayaran telah dijelaskan”.

Berapa banyak kalikah kita terlepas pertemuan dengan berkat, hanya kerana kebahagiaan tidak seperti bungkusan hadiah yang kita harapkan.

Tuhan mengasihi manusia, bahkan mengaruniakan anak yang tunggal untuk disalibkan di atas kayu salib. Kasih Bapa mendalam, lebih-lebih lagi kasih Bapa yang agung adalah panjang, lebar, tinggi dan dalam, yang tidak dapat kita ukurkan ! Oleh itu, asalkan percaya, janganlah ragu-ragu, selama ini Tuhanlah yang tidak berhenti-henti mengasihi anda, tunduk kepada Tuhan, menantikan kehendakNya yang indah yang digenapkan demi kita. Jangan menganggap diri sendiri berhikmat, hendaklah takut akan Tuhan, dan jauhilah malu dan penyesalan.

Sumber bahan: True Jesus Church New Life Alliance Network Center (Air Hidup Bil.7/2010)

Ketaatan
|

Ketaatan

Kita yang hidup di dunia ini,  dalam hidup tubuh daging, mempunyai keperluan jasmani. Sebagai contoh: keperluan kebendaan. Oleh kerana keperluan material ini, kita perlu bekerja, perlu berdepan dengan pekerjaan, berdepan dengan perkembangan masyarakat, berdepan dengan persaingan antara sesama manusia. Tekanan yang kita hadapi semakin besar, dan kita sesungguhnya mengharapkan satu pekerjaan yang relaks dan pada waktu yang sama bergaji lumayan. Dengan itu, kita menghadiri pelbagai jenis peperiksaan, latihan. Namun, apabila hasrat atau impian kita tidak tercapai, bagaimanakah kita menghadapinya?

Dalam Kitab Yakubus ada mengatakan “Karena itu tunduklah kepada Allah“.

Pertama, kita hendaklah mengetahui dengan jelas bahawa Tuhan adalah yang Mahatinggi dan tiada tandingan. Dialah yang bersemayam di tempat mahatinggi. Seandainya Iblis, juga tertewas di bawah kekuasaanNya. Apabila kita melihat Iblis mencubai Ayub, Iblis juga perlu mendapatkan persetujuan daripada Tuhan. Oleh yang demikian, kita dapat lihat bahawa Tuhanlah tuan  atas segala sesuatu, Dialah berkuasa atas segala perkara kita di dunia ini.

Kedua, kita hendaklah jelas bahawa Tuhan telah memilihkan kita, agar kita digelar sebagai anak-anaknya. Tuhan adalah murah kasih, Dia boleh melihat perkara yang belum terjadi. Dia mengetahui apakah pekerjaan yang sesuai dengan diri kita, apakah pekerjaan yang tidak patut diberikan kepada kita. Walaupun manusia merasakan Tuhan tidak mengaruniakan pekerjaan yang baik kepada kita, kita juga hendaklah tetap taat dan tunduk kepada Tuhan. Ada satu pepatuh yang hangat diperkatakan di Internet: Ketika manusia asyik mengambil berat tentang apakah anda berterbang dengan tinggi, siapakah yang juga pada masa yang sama mengambil berat mengenai adakah anda terbang dengan letih? Kebiasaannya, hanyalah ibu bapa kita sahaja yang mengambil berat tentang diri kita, apakah kita terbang dengan penat, adakah kita hidup dengan gembira. Oleh itu, kita mempunyai alasan kukuh untuk percaya bahawa Bapa kita di Syurga juga mengasihi kita dengan sedemikian.

Terakhir, sekiranya dalam hati kita tidak mentaati Tuhan, kita akan memberikan kesempatan kepada Iblis. Iblis akan mengambil peluang untuk menjarakkan hubungan kita dengan Tuhan, agar kita menuju kepada arah ekstrim, supaya kita meninggalkan Tuhan. Ketaatan adalah satu pembelajaran yang perlu kita belajari sepanjang masa. Kita boleh akur kepada seseorang dari segi lahiriah, namun tidak akur dari hati. Dengan itu, ketaatan dari hati terhadap Tuhan yang tidak dapat dilihat adalah satu latihan yang paling besar bagi kita. Semoga dalam proses latihan kita, Tuhan memelihara kita dalam kasihNya, supaya kehidupan rohani terus berkembang.

 

Sumber bahan: True Jesus Church New Life Alliance Network Center (Air Hidup Bil.8/2011)