Pedoman Kehidupan Manusia
| | |

Pedoman Kehidupan Manusia

Pedoman Kehidupan Manusia

[Lin Feng Lai]

[1]      Seumur Hidup Manusia Ditetapkan Tuhan

i. Contoh Daud (Mzm 139:16; 31:16).

ii. Contoh Yusuf (Kej 37:5-11;  42:9; 45:7-8; 50:19-21).

iii. Contoh Yeremia (Yer 1:4-10).

iv. Contoh Yohanes Pembaptis (Luk 1:5-25; 57-66).
v. Contoh Paulus (Gal 1:15-17, 1, 11-12; Kis 9:15-16; 26:19-20; I Kor 9:16-17; Kis 20:23-24; II Tim 4:6-8).

vi. Contoh Timotius (I Tim 1:18; 4:14).

[2]      Pedoman Kehidupan Manusia

i. Tunduk kepada kehendak Tuhan (Yak 4:13-17).

¨ Perkataan lazim Paulus (Rm 1:10, 15:32; I Kor 4:19; 16:7; Kis 18:20-21; ruj: Ibr 6:3).

¨ Pada mulanya Musa tidak berani menerima utusan lalu membangkitkan murka Allah (Kel 4:10-17).

¨ Yunus menentang perintah lalu dihukum (Yun 1:1-10).

¨ Paulus tidak berani menentang perintah (I Kor 9:15-18).

ii. Mohon Tuhan Tuntuni Jalan Yang Sepatutnya.

Yer 10:23 ~   Manusia tidak berkuasa untuk menentukan jalannya, dan orang yang berjalan tidak berkuasa untuk menetapkan jalannya.

Ams 20:24 ~ Langkah orang ditentukan oleh Tuhan, tetapi bagaimanakah manusia dapat mengerti jalan hidupnya?

Ams 16:9 ~   Hati manusia memikir-mikirkan jalannya, tetapi Tuhanlah yang menentukan arah langkahnya.

Ams 3:5-7 ~  Ia akan meluruskan jalanmu.

Mzm 25:12 ~ Kepadanya Tuhan menunjukkan jalan yang harus dipilihnya.

Mzm 48:15 ~  Dialah yang memimpin kita!

Mzm 131:1 ~  Aku tidak mengejar hal-hal yang terlalu besar atau hal-hal yang terlalu ajaib bagiku.

Yos 9:14-15 ~ Contoh: Gagal kerana tidak meminta keputusan Tuhan (ruj: II Sam 21:1-14)

Mzm 143:10 ~ Ajarlah aku melakukan kehendakMu.

Mzm 107:23-30 ~ DituntunNya mereka ke pelabuhan kesukaan mereka. Perkataan pelabuhan dalam Alkitab bahasa English ialah ‘haven’ yang bermaksud tempat perlindungan atau tempat perhentian.

iii. Percaya Tuhan menyediakan [Jehovah Jireh] (Kej 22:13-14; 24:12, 15-16; 26-27). Perkataan ‘providence’ dalam bahasa Inggeris, sebenarnya berasal dari perkataan Jehorah Jireh.

¨ Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia (Rm 8:28).

¨ Ia mengaruniakan segala sesuatu kepada kita bersam-sama dengan Dia (Rm 8:32).

iv. Jangan memegahkan diri (Ul 8:17-18; Yer 9:23-24; I Kor 1:26-31; II Kor 10:15-17).

v. Takdir hidup manusia terletak dalam tangan Tuhan (I Sam  2:3-8a; Luk 1:50-52; Mzm 75:6-7, 113:5-9).

vi. Perancangan pada manusia, penggenapan pada Tuhan (Kis 17:24-26;  Dan 4:17;  Ams 21:30-31;  Mzm 33:8-11, 16-22;  Pkh 9:11-12).

¨ Ams 16:13 ~ Serahkanlah perbuatanmu kepada Tuhan, maka terlaksanalah segala rencanamu.

¨ Ams 19:21 ~ Banyaklah rancangan di hati manusia, tetapi keputusan Tuhanlah yang terlaksana.

Bahagian Satu: Kehidupan Empat Puluh Tahun Di Padang Gurun
| | | |

Bahagian Satu: Kehidupan Empat Puluh Tahun Di Padang Gurun

Bahagian Satu: Kehidupan Empat Puluh Tahun Di Padang Gurun

Nas Kitab: Ul 8:1-5

Prakata

Di padang gurun selama empat puluh tahun ini dengan maksud merendahkan hatimu dan mencobai engkau untuk mengetahui apa yang ada dalam hatimu (Ul 8:2).

[1]      Bagaimana Mencobai (8:2-4)

i. Pencobaan berpegang pada perintah (2).

    Mengetahui apa yang ada dalam hatimu.

‚    Apakah engkau berpegang pada perintahNya atau tidak.

¨Sebab mereka ditewaskan ialah tidak memegang perintah (I Kor 10:1-3).

¨Perintah-perintahNya itu tidak berat (I Yoh 5:3).

ii. Pencobaan makanan (3).

    Memakan manna yang mereka tidak kenal.

‚    Pencobaan kelaparan.

¨Kata Paulus: “Sebab aku telah belajar mencukupkan diri dalam segala keadaan…” (Flp 4:11-12).

¨Roti yang dari Allah ialah roti yang turun dari sorga dan yang memberi hidup kepada dunia (Yoh 6:32, 33).

iii. Pencobaan perjalanan (4).

    Pakaian tidak menjadi buruk.

‚    Kaki tidak menjadi bengkak.

¨Janganlah takut, sebab Aku menyertai engkau ….. akan menolong engkau dengan tangan kananKu yang membawa kemenangan (Yes 41:10).

¨ Mencapai garis akhir (II Tim 4:7).

[2]      Harus Menaruh Perasaan Takut (8:3-6)

i. Memberi engkau makan manna (3).

    Memberi manna.

‚    Memberi ucapan perkataan (firman).

 ¨ Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari mulut Allah (Mat 4:4).

¨ Memakan gulungan kitab dan rasanya manis seperti madu di dalam mulut (Yeh 3:3).

ii. Pakaian tidak menjadi buruk (4).

¨Pakaian tidak menjadi buruk.

  • Sebagai orang tak bermilik, sekalipun kami memiliki segala sesuatu (II Kor 6:10).

iii. Kedua-dua kaki terlindung (4).

¨Kaki tidak menjadi bengkak.

Jiwaku melekat padaMu, tangan kananMu menopang aku (Mzm 63:9).
Sokonglah aku, supaya aku selamat; aku hendak bersukacita dalam ketetapan-ketetapanMu senantiasa (Mzm 119:117).

[3]     Kesimpulan (8:6)

i. Renungilah hajaran Tuhan.

ii. Berpegang pada perintah Tuhan.

¨Pada hari malang ingatlah (Pkh 7:14).

¨Bapa segala roh menghajar kita…… Supaya kita beroleh bagian dalam kekudusanNya…… menghasilkan buah kebenaran yang memberikan damai (Ibr 12:9-11).

Bahagian 11: Kehidupan Yang Kudus
| | | | | |

Bahagian 11: Kehidupan Yang Kudus

Bahagian 11: Kehidupan Yang Kudus

Nas kitab: 6:11 – 7:4

[1]      Sebab Musubab Menjadi Kudus (14-18)

i. Yang percaya dengan tak percaya adalah tidak seimbang “Kamu merupakan pasangan yang tak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya” (14a).

‘Pasangan’ – berkahwin.

Δ Allah berseru: “Janganlah juga engkau kahwin-mengahwin dengan mereka: anakmu perempuan janganlah kauberikan kepada anak laki-laki mereka, ataupun anak perempuan mereka jangan kauambil bagi anakmu laki-laki; sebab mereka akan membuat anak-anakmu laki-laki menyimpang daripadaKu sehingga mereka beribadah kepada allah lain. Maka murka Tuhan akan bangkit terhadap kamu dan Ia akan memunahkan engkau dengan segera” (Ul 7:3-4).

‘…tak seimbang dengan orang-orang tak percaya’.

Δ Terjemahan bahasa Cina: Jangan sama-sama memikul satu kuk antara yang percaya dengan yang tidak percaya (14b).

Δ ‘Sama-sama memikul satu kuk’ – ini adalah berdasarkan keadaan waktu tersebut di mana, lembu-lembu dan kuda-kuda memikul kuk secara pasangan: dua ekor lembu dikenakan satu kuk yang sama, mereka mesti jalan serentak mengikut arah yang sama, sama-sama memikul beban; kalau tidak kerja tidak akan terlaksana.

Δ Bagaimanakah umat kristian boleh sehala dengan orang-orang kafir? Sememangnya tidak boleh memikul kuk yang sama. Andaikata berkahwin juga secara paksa, akibatnya ialah penderitaan.

ii. Hal-hal yang tidak seimbang (14-16).

‘Persamaan apakah yang terdapat antara kebenaran dan kedurhakaan’ (14b).

Δ Versi terjemahan baru: Apakah yang baik dan jahat dapat bekerjasama?

‘Bagaimana terang dapat bersatu dengan gelap?

Δ Versi terjemahan baru: Apakah persamaan antara terang dengan gelap?

‘Persamaan apakah yang terdapat antara Kristus dengan Belial?

Δ Versi terjemahan baru: Apakah Kristus berharmoni dengan Iblis?

‘Apakah bagian bersama orang-orang percaya dengan orang-orang tak percaya?

Δ Versi terjemahan baru: Ada apakah persamaan antara orang-orang percaya dengan orang-orang tak percaya?

‘Apakah hubungan bait Allah dengan berhala?

Δ Bagaimana bait Allah dapat dibangunkan bersama berhala?

‘Kerana kita adalah bait dari Allah yang hidup’.

[2]      Dasar Menjadi Kudus ~ Permintaan Allah (6:16-18)

i. Allah berfirman: Menurut firman Allah ini.

Aku akan diam bersama-sama dengan mereka dan hidup di tengah-tengah mereka (16).

Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umatKu (16b).

Allah memerintahkan umat supaya keluar dari dosa (17-18).

“FirmanNya lagi: Keluarlah kamu dari antara mereka dan pisahkanlah dirimu dari mereka” (17a).

“Dan janganlah menjamah apa yang najis”; “Maka Aku akan menerima kamu” (17b).

Haruslah tanggalkan segala perbuatan lampau manusia lama.

Tetapi percabulan dan rupa-rupa kecemaran atau keserakahan disebut sajapun jangan di antara kamu, sebagaimana sepatutnya bagi orang-orang kudus (Ef 5:3-5).

ii. Berpadanan dengan identiti sebagai anak-anak Allah.

“Aku akan menjadi Bapamu” (18a).

“Dan kamu akan menjadi anak-anakKu laki-laki dan anak-anakKu perempuan (18b).

Rumusan: Demikianlah firman Tuhan, Yang Mahakuasa (18c).

[3]     Praktikum Kehidupan (7:1-4)

i. Memandangkan kita menerima janji, sepatutnya menjadi kudus.

“Saudara-saudaraku yang kekasih! Kerana ktia sekarang memiliki janji-janji itu, marilah kita menyucikan diri kita dari semua pencemaran jasmani dan rohani” (7:1a).

“Dan dengan demikian menyempurnakan kekudusan kita dalam takut akan Tuhan” (7:1b).

ii. Melayani orang, menguruskan perkara ~ sabar, rendah hati (2).

– Sabar dan murah hati terhadap orang (2a).

‘Berilah tempat bagi kami di dalam hati kamu!’.

Bersikap rendah hati dan suci (2b).

‘Kami tidak pernah berbuat salah terhadap seorangpun’; ‘tidak seorangpun yang kami rugikan’.

iii. Mengasihi dengan tulus hati (3)

– ‘Bukan untuk menjatuhkan hukuman atas kamu’.

 ‘Kamu telah beroleh tempat di dalam hati kamu’.

®    ‘Sehingga kita sehidup semati’.

[4]     Kesukaan Dan Penghiburan Menjadi Kudus (7:4)

  1. Merasa sangat girang dan terhibur kerana orang-orang Korintus berbalik: “Aku juga sangat  memegahkan kamu”.
  2. Kehidupan kudus girang tak terhingga: “Dalam segala penderitaan kami, aku sangat terhibur dan sukacitaku melimpah-limpah”.

 

Kehidupan Perkahwinan Yang Bahagia
|

Kehidupan Perkahwinan Yang Bahagia

A. Mengapakah kadar penceraian masyarakat kini meningkat dengan cepatnya? Adakah umat kristian boleh bercerai?

1.Tuhan Yesus berkata: “Apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia.” (Mat 19:3-9)

2.“Isteri tidak boleh menceraikan suaminya, dan suami juga tidak boleh menceraikan isterinya.” (1 Kor 7:10-13)

3.Umat kristian tidak boleh selalunya berkata-kata tentang “bercerai”, ini adalah perkara yang tidak dikenankan oleh Tuhan.

B. Lima Prinsip Utama Pengurusan Kehidupan Perkahwinan Yang Bahagia

1.Haruslah berusaha untuk menyelesaikan masalah/kesukaran yang dihadapi: Perang dingin dan bercerai bukannya cara yang sesuai.

2.Menjalin hubungan suami isteri yang baik hendaklah diutamakan.

3.Membuat perancangan kewangan keluarga yang baik secara berdikari: Membuat perancangan kewangan yang berdikari.

      • Merancang sumber kewangan:
      • Keperluan isteri? Pendapatan yang tetap? Pendapatan yang lain?
      • Berbelanja mengikut pendapatan :
      • Prinsip kehidupan yang ringkas dan berjimat-cermat:
      • Perancangan keperluan asas harian yang sistematik dan teliti.
      • Penguasaan diri (2 Ptr 1:4-6), berjimat-cermat dan tidak membazir (Mrk 6:41-43).

4.Elakkan menjadikan “Patut difahami” sebagai mod komunikasi yang tetap.

Sebelum berkahwin, betapanya bertimbang rasa dan taat, mendengar dengan sabarnya dan bertoleransi. Setelah berkahwin, seolah-olah semuanya sudah diselesaikan. Pemikiran “Patut difahami” dijadikan sebagai mod komunikasi yang tetap, lama-kelamaan akan menjadi “harapan dalam hati”, dan akhirnya akan menjadi perkara yang seharusnya berlaku.

5.Berusaha mengendalikan keseronokan dalam kehidupan(Pkh 9:9)

      • Bersama-sama melakukan perkara yang sama: Berkebaktian, pelayanan di dalam gereja, dan kerja suci yang lain.
      • Adanya humor. Menambahkan “kelucuan”.
      • Tiada kemarahan bagi laki-laki (1 Ptr 2:8).
      • Perempuan haruslah lemah lembut (Ef 4:1-2), dan berpakaian sesuai, terutamanya ketika di dalam rumah.
      • Mewujudkan suatu keadaan tempat tinggal yang bersih dan kemas, dan ditambahkan sedikit perhiasannya.
      • Mengekalkan hati yang bersukacita (Flp 4:4).
      • Janganlah khuatir (Mat 6:25, 27-29).
      • Berfikiran optimistik.
      • Janganlah memperbesarkan perkara yang kecil.
      • Saling mengasihi: Mengasihi sampai kepada kesudahannya. Mengasihinya dengan hati yang tulus ikhlas (1 Ptr 4:8).
      • Dapat bersabar tanpa sebarang syarat.
      • Dapat mengampuni tanpa hadnya (Mat 18:21-22).
      • Saling menghormati: Jangan lupa untuk mengucapkan “Minta Maaf, Terima Kasih, Sila” dan sebagainya.
      • Jangan lupa untuk memujinya (Ams 31:28).

C. Kesimpulan

1. Kehidupan perkahwinan umat kristian seharusnya bahagia (Ams 31:10-31).

2. Pasangan suami isteri Kristian haruslah dapat memuliakan Tuhan dalam kehidupan perkahwinan mereka.

3. Harus berusaha menjalani kehidupan perkahwinan yang bahagia.

Kehidupan Berdoa
|

Kehidupan Berdoa

Manusia hidup dalam dunia yang banyak kesusahan, membawa tubuh jasmani pasti akan ditimpa penderitaan dan kesukaran. Setiap hari pasti mempunyai banyak masalah yang harus diselesaikan atau menghadapi kesesakan dalam kehidupan, atau tubuh jasmani ditimpa penyakit, atau menerima tamparan dari segi rohaniah, atau menghadapi kegagalan dalam kerjaya, atau rintangan dalam percintaan, ataupun kemalangan dalam jalan raya. Semua ujian ini selain harus menghadapinya keseorangan dengan tabah, manusia akan mencari bantuan yang berfaedah pada saat kelemahan jasmaniah dan batiniah.

Raja Daud pernah mengarang mazmur kepada Tuhan di syurga: “Engkau yang mendengarkan doa. KepadaMulah datang semua yang hidup.” ( Mzm 65 : 3 ) Kerana masalah yang tidak dapat diselesaikan manusia, hanya berdoa kepada Tuhan di surga yang pengasih, Dia pasti mendengarkan permohonan kita, mencurahkan kasih karunia menolong kita.

1) Makna Doa

Doa bermaksud seruan dan permohonan kepada Tuhan yang Maha Kuasa sewaktu manusia ditimpa kesesakan demi mencari bantuan dan damai sejahtera yang khas. Dengan ringkas, doa merupakan “manusia berhubung dan berkomunikasi dengan Tuhan”. Seperti Mazmur yang berbunyi: “Percayalah kepadaNya (Tuhan) setiap waktu, hai umat, curahkanlah isi hatimu di hadapanNya, Allah ialah tempat perlindungan kita.” ( Mzm 62 : 9 ). Kesimpulannya, doa seperti pernafasan rohani, merupakan hal yang penting untuk meneruskan kehidupan rohani.

4 maksud yang terkandung dalam doa:-

  • Memuji dan mengucap syukur: Kerana Tuhan memberikan segala-galanya, menjaga kehidupan, menyembuhkan penyakit, mengampuni dosa manusia.
  • Berhubung dengan Tuhan secara rohani: Kerana Dia penuh kasih , adil dan kudus, merupakan Bapa bagi manusia.
  • Meminta bantuan Tuhan: Kerana Dia Maha Tahu, Maha Ukase, penuh kasih setia, berbelas kasihan.
  • Mengaku dosa dengan Tuhan: Kerana Dia menguasai segala sesuatu, membalas kebaikan dan menghukum kejahatan, adalah yang Maha Tinggi.

2) Motif Doa

Manusia merupakan binatang bertaraf tinggi yang rasional, berpemikiran, berhikmat dan bijaksana. Apabila melakukan sesuatu pasti membawa sebabnya. Motif manusia berdoa kepada Tuhan adalah seperti berikut:-

  • Keupayaan manusia terhad: Manusia wujud serentak dalam tubuh jasmani dan rohani, maka dihadkan oleh tubuh jasmani. Tak kira intelek, kekuatan tubuh, kepandaian atau kehidupan amatlah terhad. Maka tidak dapat berhadapan dengan semua kenyataan. Apabila memerlukan bantuan, akan memohon kepada Tuhan yang Maha Kuasa.
  • Tuhan Maha Wujud: Umat Kristian perlu berdoa, kerana mengenali Tuhan adalah roh, walaupun tidak dapat dilihat , tidak dapat disentuh, tetapi sememangnya Dia memenuhi segala sesuatu dengan sesungguhnya, di mana-mana dan bila masa pun Dia akan mendengar doa kita, dapat menghulurkan tangan memberi bantuan untuk menyelamatkan kita. Tak kira di lautan, daratan, udara, di atas gunung atau gurun tandus, Dia dapat menjadi tempat perlindungan kita.
  • Tuhan Maha Tahu: Tuhan mengetahui segala pertuturan, perbuatan, pemikiran dan isi hati kita. Maka Tuhan dapat memahami, merasai, membantu, menghiburkan dan menyelesaikan semua ketidakadilan, kegelisahan, kekuatiran, kesengsaraan dan ketakutan yang tidak difahami orang lain. Maka Dia merupakan kawan karib pemercaya, juga sandaran manusia untuk selama-lamanya.
  • Tuhan Maha Kuasa : Kerana keupayaan manusia adalah terhad, maka bantuan dari manusia juga terhad. Tuhan yang Maha Agung telah menciptakan langit dan bumi serta isinya, juga mencipta tubuh jasmani dan batin kita, pasti Dia berupaya menyelesaikan masalah kita. Hal yang mustahil bagi manusia adalah tidak mustahil bagi Tuhan. Asalkan kita memusatkan hati dan fikiran bersandar kepadaNya dan berdoa kepadaNya.
  • Dia merupakan Bapa bagi semua manusia: Manusia dan Tuhan mempunyai hubungan bapa dan anak. Jika manusia sentiasa berdoa, selalu berhubung dengan Bapa secara rohani, maka hubungan bapa dan anak yang erat ini akan mendapat penjagaan dan penyertaan Bapa sehingga memperoleh damai sejahtera.

3.Kesan Doa

Sifat keilahian dan kuasa kekal Tuhan Allah semesta alam memang tidak dapat dinafikan. Umat Kristian yang percaya kepada Yesus sebagai juruselamat, Tuhan yang Esa, dapat menyembahNya dengan roh dan kebenaran. Berdoa kepadaNya dengan mencurahkan isi hati, memperoleh anugerah yang menghairankan dariNya. Menurut pengalaman Gereja Yesus Benar, kesan-kesan doa adalah seperti berikut:-

  • Tubuh dan batin dipelihara sehingga memperoleh damai sejahtera.
  • Penyakit disembuh Tuhan sehingga memperoleh kelegaan.
  • Kerasukan syaitan diusir Tuhan sehingga menjadi waras.
  • Bahaya dilindungi Tuhan sehingga tidak apa-apa.
  • Perbuatan jahat diubah Tuhan sehingga menjadi baik.
  • Keras hati dipimpin Tuhan sehingga percaya Tuhan.
  • Melakukan kesalahan diampuni Tuhan sehingga memperoleh kesenangan.
  • Kesusahan ditunjuk Tuhan sehingga terlepas darinya.
  • Kebodohan diberi hikmat oleh Tuhan sehingga menjadi pandai.
  • Orang mati diselamatkan Tuhan sehingga dibangkitkan.

4. Cara-cara Doa

Allah itu Roh, kita harus menyembah Dia dalam roh dan kebenaran ( Yoh 4 : 24 ). Maka, tidak kira di tempat mana atau pada masa bila, harus berdoa kepada Tuhan Yesus dengan hati yang jujur serta menyebut: “Dalam nama Tuhan Yesus berdoa” (permulaan), lalu menyebut: “Haleluya ! Puji Tuhan” (berulang dan tidak berhenti) kemudian mengakhiri doa dengan menyebut: “Amin”, bermaksud perkenankanlah hendaknya dari hati yang ikhlas. ( Note: “Haleluya” merupakan bahasa Ibrani, digunakan secara menyeluruh, merupakan kata-kata untuk memuji Tuhan yang Esa di syurga. (ruj : Why 19 : 1)

Jika anda berada dalam kelemahan jasmani dan batin, amat memerlukan pertolongan Yesus, boleh menyebut “Dalam nama Tuhan Yesus berdoa” dan selepas itu menyebut dengan sungguh-sungguh: “Haleluya, puji Tuhan Yesus ! Mohon Tuhan Yesus mencurahkan rahmat dan membantuku”. Tuhan yang mendengarkan doa pasti akan menyelesaikan masalah anda tepat pada waktuNya.

Semasa berdoa harus berlutut (menunjukkan kesalehan) jika boleh, atau berdiri, dua tapak tangan berjabat dengan bersilang dan diletak di depan dada, mata ditutup supaya tenang, kemudian memulakan doa dengan hati yang ikhlas dan jujur.

1) Bahasa dalam doa

  • Berdoa dengan akal budi menggunakan bahasa yang difahami (1 Kor 14 : 15).
  • Berdoa dengan bahasa roh menggunakan bunyi gulungan lidah dari gerakan Roh Kudus (1 Kor 14 : 14 – 15 , Rm 8 : 26 – 27).
  • Berdoa dalam hati melalui roh kepada Tuhan (Yoh 4 : 24 , Neh 2 : 4).

2) Cara-cara berdoa

  • Berlutut (Kis 20 :36 , Luk 22 : 41 , 45).
  • Bersujud (Bil 16 : 22 , Why 4 : 9 – 10).
  • Berdiri (Mrk 11 : 25 , Mzm 135 : 2).

3) Masa berdoa

  • Pagi (Mrk 1 : 35 , Mzm 5 : 4).
  • Malam (Luk 6 : 12 , Mzm 77 : 3).
  • Menetapkan waktu (Dan 6 : 11 , Mzm 55 : 18).
  • Setiap waktu (Ef 6: 18 , Kej 24 : 11 , 12 , 26 , 27 , 52).
  • Tetaplah berdoa (1 Tes 5 : 17 , Mzm 71 : 8 , 88 : 2).

4) Tempat berdoa

  • Kamar (Mat 6 : 6 , Kis 9 : 40).
  • Bait Suci (Mat 21 : 13 , Kis 3 : 1).
  • Gunung / tempat yang sunyi (Luk 9 : 28 , 5 : 16).
  • Di mana-mana (1 Tim 2 : 8 , Yoh 4: 21 – 23).

5.Doa yang berkesan

Doa yang sama, mengapa terdapat doa seseorang dikabuli Tuhan dan berkesan? Tetapi doa seseorang tidak dikabuli Tuhan dan tidak mempunyai pengalaman? Ini bergantung kepada beberapa sebab berikut, ia merupakan syarat-syarat yang harus ada pada orang yang berdoa:

i) Beriman (Mat 21 : 22)

  • Percaya Allah ada, Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Dia ( Ibr 11 : 6 ).
  • Percaya kuasa Tuhan yang sepenuhnya ( Mrk 10 : 46 – 52 ).
  • Percaya janji Tuhan dengan penuh keyakinan ( Rm 4 : 20 – 21 ).

ii) Berkasih ( 1 Yoh 3 : 22 – 23 ).

  • Berdamai dan tidak membenci, doa baru berkesan ( Mat 5 : 23 , 18 : 35 ).
  • Orang yang melaksanakan kasih, doa pasti dikabuli ( Mzm 41 : 1 , Ams 21 : 13 ).
  • Sehati dan saling mengasihi, Tuhan pasti akan mengenapi apa yang diminta ( Mat 18 : 19 ).

iii) Dalam kebenaran ( Yoh 4 : 24 ).

  • Tuhan melihat hati ( 1 Sam 16 : 7 ).
  • Tulus ikhlas, tidak berpura-pura ( 2 Tim 1 : 3 – 5 ).
  • Bersungguh hati dalam kesetiaan ( 2 Taw 16 : 9 , Mzm 145 : 18 – 19 ).

iv) Harus rendah hati ( Yak 4 : 6 )

  • Allah menentang orang yang congkak, tetapi mengasihani orang yang rendah hati ( 1 Ptr 5 : 5 ).
  • Mengakui kelemahan sendiri, jangan meninggikan diri ( Luk 18 : 9 – 14 ).
  • Doa yang rendah hati akan dikasihani ( 2 Taw 23 : 10 – 13 )?

v) Bertekun ( Rm 12 : 12 ).

  • Sikap tidak malu, bergumul ( Luk 11 : 8 , Rm 15 : 30 – 32 ).
  • Doa dengan tidak jemu-jemu pasti dikabuli ( Luk 18 : 1 – 8 ).
  • Permohonan ikhlas dengan tangisan pasti dikasihani ( Yes 38 : 4 , 5 ).

vi) Melakukan kebenaran ( Yak 5 : 16 ).

  • Tuhan berkenan kepada doa orang jujur ( Ams 15 : 8 , 29 ).
  • Tuhan dengar doa orang benar ( Mzm 34 : 5 ) ?
  • Allah tidak mendengar doa orang berdosa ( Yoh 9 : 31 , Ams 28 : 9 ).

vii) Bersandar Roh Kudus ( Yud 20 )

  • Roh Kudus berdoa untuk orang kudus sesuai dengan kehendak Allah ( Rm 8 : 26 -27 ).
  • Berdoa dan memohon setiap waktu di dalam Roh Kudus ( Ef 6 : 18 ).
  • Berdoa dalam Roh Kudus supaya batin dikuatkan dan diteguhkan ( Ef 3 : 15 – 16 ).

 

Masalah Hidup Bujang
|

Masalah Hidup Bujang

Mencari Teman

Firman Tuhan jelas menunjukkan kepada bahawa kebanyakan manusia harus berkahwin. Ketika Tuhan menempatkan Adam di Taman Eden, Tuhan tidak berniat membiarkan dia keseorangan lalu berkata, “Tidak baik, kalau manusia itu seorang diri saya.” Lantaran itu memang tidak bersalah jika orang bujang berharap (ingin) berkahwin kerana itu telah ditetapkan oleh Tuhan. Ada orang yang menerima kurnia untuk hidup bujang tetapi ada pula yang dikurniakan untuk berkahwin. Seseorang itu telah berdosa, jika ia telah menerima kurnia hidup bujang tetapi tetap mahu berkahwin atau bersungut-sungut tentang nasibnya. Sama juga, jika seorang itu telah menerima kurnia untuk berkahwin tetapi tidak menggunakannya, dia juga telah berdosa. Oleh itu setiap orang harus mencari karunianya yang datang dari Tuhan dan hidup deminya. Karunia Tuhan itu tidak diberikan dengan sebarangan, manusia juga tidak boleh sebarangan menggunakan, apabila telah sedar akan karunia kita haruslah berusaha menggunakannnya, untuk melayani dan memuliakan Tuhan. Tujuan Tuhan memberi kasih karunia kepada manusia adalah demi mengenapkan kehendakNya serta memberkati umatNya sehingga mendapat faedah. Umat Tuhan harus mengaku bahawa karunia daripada Tuhan yang dibahagikan menurut kehendakNya itu adalah sesuai dan hanya mereka belum lagi melihat faedah karunia tersebut. “Bahawa Tuhan turut bekerja dalam segala sesuatu ( termasuk karunia Tuhan untuk hidup bujang atau berkahwin ) untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Tuhan.” (Rm 8 : 28)

Umat Kristian yang keseorangan (bujang) sentiasa tidak berpuas hati dengan keadaan hidup mereka, ingin kahwin dan sentiasa bersusah hati terhadap keadaan diri mereka sendiri. Bagaimaankah memperbaiki keadaan yang sering kelihatan terjadi ini ?

Terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan. Pertama jemaat harus mengaku bahawa peluang yang diberikan kepada umat Kristian yan muda yang belum berkahwin itu untuk bersama-sama adalah terlalu sedikit, jemaat harus bertobat (insaf) kerana perkara ini serta melakukan perkara yang berpadanan dengan pertobatan hati. Termasuk mula menyediakan dengan baik aktiviti-aktiviti bagi mereka yang hidup seorang diri seperti “Persahabatan Belia”, “Perhimpunan Bersukacita Bersama”, “Perhimpunaan Persaudaraan” – serta memberi perkhidmatan temu janji bagi pemercaya dan cara-cara yang baru demi membantu belia yang belum berkahwin mendapat jodoh yang padan (sesuai). Ibu bapa juga harus memikul tanggungjawab untuk membantu ataupun keluarga boleh menyediakan pelbagai tempat agar anak-anak dapat bertemu. (Sila ruj. I Kor 7 : 36, Ibu bapa memikul tanggungjawab yang penting dalam hal ini). Sekarang mempunyai banyak perkara yang boleh dilakukan.

Tetapi apa yang harus dilakukan bagi lelaki dan perempuan yang seorang diri? (Masalah perempuan lebih besar). Terutamanya perempuan Kristian yang belum berkahwin, apakah yang harus dilakukan? Ini merupakan masalah yang istimewa dan harus dihadapi secara langsung.

Terlebih dahulu, dia harus sedar akan kasih karunianya sendiri, kemudian dengan teliti menyelidiki diri sendiri berdasarkan I Kor fasal 7, ayat-ayat Alkitab ini menyatakan kebaikan seorang tetap diam seorang diri pada waktu penganiayaan (26–27). Ia boleh menyelidiki karunia diri sendiri, seperti hawa nafsu (2, 8–9). Perkahwinaan merupakan perkara yang biasa jika dalam keadaan yang aman (tiada penganiayaaan). Oleh itu biasanya gadis mempunyai karunia untuk berkahwin. Dalam keadaan demikian, ia harus mengembangkan karunia ini dan menggunakannya. Seterusnya kita akan lebih banyak membincang dalam segi ini. Sekirannya seorang gadis pernah mengalami karunia untuk hidup seorang diri, ia harus rela berbuat demikian dan bersedia berbuat demikian serta menyediakan diri dalam pekerjaan Tuhan dengan melakukan pekerjaan yang nyata diberikan Tuhan kepadanya. Dia seharusnya tidak takut menghadapi masa depan, juga harus faham bahawa ketika Tuhan memanggil anak-anaknya, sudah tentu akan memberi kekuatan kepada mereka dan membantu mereka demi menyelesaikan kehendakNya. Tetapi sekiranya seorang gadis itu telah berumur 26 – 27 tahun dan berharap berkahwin tetapi tidak dapat mencari seorang saudara seiman dalam Tuhan, apakah yang harus dilakukan? Sekiranya dia menganggap dirinya mempunyai karunia untuk berkahwin, sekurang-kurangnya ada tiga perkara yang harus dilakukannya.

1. Berdoa untuk hal ini, kamu membantah dan berkata, “Saya telah berdoa, adakah saya harus berdoa untuk hal ini sepanjang hari? Saya tahu kamu telah berdoa tetapi bukan setakat itu sahaja. Biasanya saudari yang belum berkahwin mempunyai sikap yang tidak bersesuaian dengan Alkitab, mereka fikir hanya berdoa sahaja dan gerak-gerinya yang lain tidak rohani. Ketika kamu berdoa bagi makanan seharian, adakah kamu berpeluk tangan sahaja dan duduk di bawah pokok untuk menanti buah-buahan jatuh dari langit? Kamu menjawab, “Bukan, tentu sekali bukan.” Baik, setelah berdoa, kamu pergi bekerja, makanan yang kamu makan setiap hari itu merupakan tindak balas daripada doamu, dan biasanya dia memberi jawapan melalui pekerjaanmu. Sebenarnya kamu harus berkata dalam doa, “Oh Tuhan! Berilah peluang untuk saya bekerja, berikanlah saya kesihatan untuk bekerja serta memberkati pekerjaan saya.” Kemudian doa itu harus ditambah dengan usaha, “Jika seorang tidak mau bekerja, jangan ia makan.” (II Tes 3 : 10). Sekiranya ia berdoa dengan mengatakan, “Berikanlah kami makanan pada hari ini.” Namun dia masih harus pergi bekerja. Begitu juga dengan gadis yang seorang diri. Dia seharusnya berdoa tetapi juga harus berusaha mencarinya (saudara), iaitu seperti dua butir berikut.

2. Buat persediaan diri bagi perkahwinan: Sekiranya kamu pasti bahawa Tuhan ada mengaruniakan kasih karunia untuk berkahwin kepadamu, haruslah kamu mula memelihara karunia tersebut. Cara melakukannya sekurang-kurangnya ada 3 perkara: Pertama, dengan sepenuhnya menunjukkan kebolehan dalam mengurus kerja rumahtangga, belajar memasak, menjahit serta mendampingi anak-anak kecil dan lain-lain. Kedua, mengusahakan diri supaya kelihatan lebih menarik. Sekiranya kamu mahu berpuasa, haruslah berpuasa dengan baik-baik. Jika kamu tidak tahu bagaimana memilih pakaian yang sesuai, ataupun tidak tahu apakah jenis hiasan rambut yang sesuai, haruslah belajar. Walau bagaimanapun janganlah hanya mementingkan perhiasan sahaja, hanyalah usahakan diri menjadi seorang yang lebih menarik. Sungguhpun mahu rupa kelihatan menarik (Why 21 : 2 ; 19 : 7 – 8), ini menunjukkan pengantin perempuan berhias untuk pengantin lelaki. Tetapi janganlah terlalu mementingkan aspek fizikal sehinggakan hanya mengutamakan kecantikan dalam hidup. Sila baca (Ams 31 : 30 dan I Ptr 3 : 3 – 5). Di sini telah mendatangkan butir ketiga yang terpenting, memelihara sikapmmu sebagai perempuan Kristian yang mempunyai tenaga hidup. Seorang umat Kristian yang bernyawa mempunyai kecantikan batiniah. Bagi seorang saudara Kristian (iaitu orang yang diharapkan kamu) adalah lebih menarik daripada seorang yang mempunyai rupa luar yang di dalamnya adalah kekosongan belaka. Sekiranya seorang saudari mempunyai kebolehan dalam mengurus rumahtangga dan rupa paras yang elok serta juga merupakan umat Kristian yang bernyawa ia tentu merupakan seorang gadis yang sangat menarik.

3. Maju menuju ke arah tujuan, “Apa” dengan terkejut kamu berkata, “Tidak mungkin saya sendiri yang harus pergi mencari seorang saudara?” Biar saya tanya balik, “Kamu tidak haruskah pergi bekerja mencari rezeki ?” Ingin menjadi seorang setiausaha, bukan saja harus berdoa tetapi harus menyediakan diri menjadi seorang setiausaha yang baik, pada masa yang sama, ia harus mencari satu pekerjaan, sama juga kamu harus mencari seorang suami. Tetapi bagaimana melakukannya merupakan suatu masalah yang besar. Terlebih dahulu, saya memberi amaran, kamu jangan menceburi persatuan perempuan seorang diri, di sini hanya menimbulkan masalah sahaja dan bukan merupakan cara untuk melaksanakannya. Ini hanya menimbulkan penderitaan, kekecewaan dan kamu tidak mempunyai masa melakukan perkara ini. Kamu seharusnya bekerja, sekiranya kamu telah menceburkan diri dalam persatuan demikian segeralah mengundurkan diri.

Pergilah ke tempat yang mempunyai saudara seiman, memilih suatu pekerjaan yang mempunyai hubungan dengan saudara seiman, tanpa mempertikaikan tentang gaji kurang. Juga harus mengikuti Persahabatan Belia dan Kelas Pengkajian Alkitab, agar berpeluang bertemu dengan saudara seiman. Sesungguhnya ini bukan merupakan tujuan tunggal kita megikutinya; (sekurang-kurangnya bukan tujuan utama), tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan salah satu sebab kamu mengikutinya. Kamu juga boleh menjemput pendeta menolong kamu; mencari saudari Kristian yang sesuai dalam perkahwinan. Keluarga Kristian di dalam gereja boleh juga menjemput saudara-saudari yang sesuai ke rumah mengikut kebaktian keluarga. Di samping itu, kamu juga bertanya kepada saudari yang kamu hormati yang telah berkahwin. Tentang kamu menghormati saksian keluarga Kristian mereka dan bertanya kepada mereka bagaimana menyelesaikan masalah ini. Dengan berbuat demikian kamu mungkin akan mendapat pendapat yang dapat membantumu.

Tidak kira apa yang kamu lakukan, haruslah mengutamakan keadaan kamu pada masa ini serta memperbaikinya dan juga harus menentukan apa yang kamu lakukan adalah memuliakan Tuhan dan memegang firmannya. Sekiranya Tuhan memberi kamu karunia untuk berkahwin dan kamu sendiri juga memelihara kebolehan mengurus rumahtangga, berusaha menjadikan diri sendiri lebih indah dan menarik, dipenuhi dengan kehidupan Kristus – kesemua ini kamu serahkan dalam doa di dalam Roh – maka ini merupakan sebab (alasan) yang dapat dipercayai bahawa Tuhan akan bila-bila masa mengutus seorang saudara yang sesuai kepadamu. Kemudian kamu boleh mempercayainya dengan tenang, menanti Tuhan bekerja. Kemungkinan Dia ingin menyediakan kamu dalam pelbagai segi, cuma kamu sendiri tidak faham.

Walaupun dalam penantian, kamu mengalami kekecewaan; tetapi sekiranya kamu sudah berusaha dan berdoa serta juga telah menyerahkannya ke dalam tangan Tuhan yang berhikmat. Maka dengan penuh yakin dapat menentukan bahawa akibatnya pasti dapat memuliakan Tuhan dan kamu sendiri akan diberkati.

Kesimpulannya: Sedar (insaf) akan karuniamu dan mengembangkannya serta menampakkan karuniamu.

Perkataan padan (bagai pinang dibelah dua) merupakan perkataan yang merbahaya, dalam Alkitab tidak menggunakan perkataan ini, biasanya ia dapat dilihat dalam hasil karya pada zaman sekarang serta sangat popular diperbincangkan, ertinya menyebabkan orang salah faham dan bersesuaian dengan Alkitab. Konsep “Saling Padan”, tidak kira digunakan dalam diri pemercaya Kristian atau bukan pemercaya Kristian, kemungkinan mengakibatkan nasib yang buruk.

Apakah erti “ Saling Padan” ini ? Biasanya ketika manusia menggunakan perkataan ini, ertinya menunjukkan kepadanan sikap, minat atau latar belakang bagi dua orang. Oleh itu ia dianggap kemungkinan memperolehi kebahagiaan dalam perkahwinan mereka lebih besar daripada orang yang tidak padan. Dalam Alkitab tidak dapat menjumpai bukti yang dapat membuktikan itu adalah benar. Cuba renungkan, mungkinkah kerana ekonomi mereka sama atau kedua-dua mereka suka bermain tenis atau bapa dari kedua-dua pihak suka memakai pakaian yang sama ketika bekerja ini dapat menjaminkan kebahagiaan dalam perkahwinan? Konsep ini tidak bersesuaian (menurut) dengan dasar Alkitab. Konsep “Padan” ini harus diselidiki semula.

Kenyataan dalam Alkitab menunjukkan tiada dua orang yang saling padan, tidak kira sama ada latar belakang mereka adalah sama. Kita dilahirkan oleh orang yang berdosa, ini menunjukkan dengan berdasarkan sikap kita, kita tidak dapat berpadanan dengan orang lain. Jika dua orang ingin dipadankan, terlebih dahulu harus menguduskan diri dan bersandar kepada Roh Kudus.  Melalui karunia Tuhan. Lama kelamaan akan saling berpadanan antara satu sama lain.

Jika demikian, bagaimana memilih teman? Hanya ada dua permohonan yang tidak boleh dikurangkan: 1) Pihak jodoh adalah pemercaya seiman, 2) Haruslah kamu berdua rela menggunakan firman Tuhan, cara Tuhan untuk menunjukkan kamu berdua makin lama makin dapat berhadapan dengan masalah, membincang masalah dan menyelesaikannya. Dalam perkahwinan, jika dalam segi ekonomi, bangsa, umur dan lain-lain berpadanan memang baik, tetapi ini bukan yang utama; sebenarnya itu hanya merupakan faktor sampingan sahaja dalam perkahwinaan. Faktor utama adalah kedua mereka itu menerima anugerah keselamatan. Kedua ialah dapat menggunakan cara yang bersesuaian dengan Alkitab untuk mengatasi masalah. Orang yang mempunyai kemampuan yang demikian sungguhpun mereka mempunyai latar belakang yang berbeza juga dapat sedar bahawa mereka sedang saling menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik. Masalah suka atau tidak bukan masalah yang penting. Sekiranya tidak mengharapkan kekuatan yang berdasarkan Alkitab dalam mengatasi masalah, mereka tetap tidak dapat dipadankan walaupun latar belakang kedua-dua orang yang berdoa sama.

Lantaran itu, sebelum menentukan sama ada berkahwin atau tidak; terlebih dahulu menguji diri sendiri: Adakah kita dapat bersama-sama menghadapi masalah dan mengatasinya? Umat Kristian berbuat demikian kerana tiada satu perkara lain yang lebih penting daripada perkara ini. Tidak kira telah berapa lama kamu menghadapi masalah, yang penting ialah , “Bolehkah kamu menggunakan cara Tuhan untuk menyelesaikan masalah?” Sekiranya pihak jodoh tidak rela menghadapi masalah serta menyelesaikannya dan tidak rela bersama dengan kamu menggunakan cara dalam Alkitab untuk memuliakan Tuhan tetapi pergi mencari “Pakar Tanya”, maka jangan bergaul lagi dengannya. Sekiranya ia tetap tidak berubah maka jangan berancang berkahwin dengannya, juga memberitahu dia sebab-sebab kamu tidak dapat bergaul lebih rapat; sekiranya ia tetap seperti dulu tidak mahu berdasarkan ketetapan dalam Alkitab untuk menyelesaikan masalah, maka carilah jodoh yang lain.

Sekiranya berharap berdasarkan ketetapan dalam Alkitab untuk menyelesaikan masalah tetapi kekurangan kekuatan melakukannya, sebabnya mungkin salah satu dari antara dua sebab ini: 1) Pihak jodoh bukan dengan hati yang rela mempelajari cara-cara Tuhan untuk menyelesaikan masalah ataupun tekad ini tidak cukup kuat. Sekali lagi menitikberatkan bahawa jangan bergaul dengannya jika keadaannya langsung tidak berubah. 2) Kemungkinan pihak jodoh tidak tahu bagaimaan mengubahnya. Alangkah baiknya jika baik, asalkan berusaha bersama maka lama-kelamaan pasti akan mencapai tujuannya. Dalam keadaan ini haruslah bersabar dan berusaha mendapatkan bantuan yang betul. Tetapi sebelum pihak jodoh menunjukkan apa-apa perubahan atau kemajuan, jangan berkahwin dengannya. Ingat, kerana Tuhanlah yang mengerjakan di dalam kamu baik kemahuan maupun pekerjaan menurut kerelaanNya. ( Flp 2 : 13 ; II Kor 8 : 10 )

Tentu sekali , segala ini berlaku ke atas dirimu, kecuali kamu juga berharap menggunakan ketetapan Alkitab untuk mengatasi masalah dalam pelbagai perkara dalam kehidupan manusia. Sekiranya kamu belum lagi bersedia, kamu masih belum sesuai untuk berkahwin.

Sumber: Buku Kehidupan Keluarga Umat Kristian