Kehidupan Yang Mulia
| | |

Kehidupan Yang Mulia

Kehidupan Yang Mulia

[Hsu Tong Lin]

Prakata

Secara amnya, manusia beranggapan bahwa kemuliaan ialah sewaktu hidup di dunia, kekayaan, pendidikan, jasa dan sumbangan serta kedudukan sendiri melebihi orang lain. Namun, bagi umat kristian kemuliaan ialah ditebus-selamatkan oleh Tuhan, dibenarkanNya sehingga beroleh pengharapan (Rm 8:30; Kol 1:25-27).

[1]      Kemuliaan Ialah Menjadikan Allah Sebagai Bapa (Ams 17:6; Mzm 62:8)

a. Kita adalah anak-anak Allah kerana iman di dalam Yesus Kristus (Gal 3:26).
b. Roh Kudus bersaksi dengan roh kita bahwa kita adalah anak-anak Allah (Rm 8:14-17).
c. Allah ialah kemuliaan abadi kita (Yes 60:19).

[2]      Kemuliaan Ialah Penglibatan Dalam Kerja Suci (II Kor 3:5-11)

a. Musa lebih suka menderita sengsara dengan umat Allah, dihina kerana Kristus sebab pandangannya ia arahkan kepada upah (Ibr 11:24-26).
b. Semangat Paulus berkobar-kobar bekerja demi Tuhan dengan tidak menghiraukan nyawanya sedikitpun, asal saja dapat mencapai garis akhir dan menyelesaikan pelayanan yang ditugaskan oleh Tuhan (Kis 20:22-24); ia percaya dengan yakin bahwa ia pasti menerima mahkota kebenaran (II Tim 4:6-8; Flp 3:12-14).
c. Janganlah hendaknya kerajinan kita kendor, biarlah roh kita menyala-nyala dan layanilah Tuhan (Rm 12:11; Kol 3:22-24); kerana kita tahu bahwa dalam persekutuan dengan Tuhan jerih payah kita tidak sia-sia (I Kor 15:58; Mat 25:21, 23).

[3]     Kemuliaan Ialah Menjadi Raja Bersama-Sama Kristus (II Tim 2:10-12; Why 5:10)

a. Hidup adalah Kristus (Flp 1:20, 21; Gal 2:20; 4:19).
b. Bersandar kepada Tuhan untuk mematikan keinginan daging (Rm 8:13; Kol 3:4-10).
c. Lawanlah Iblis dengan iman yang teguh (I Ptr 5:8-10; Yak 4:7-8).
d. Semangat sabar menderita, memerintah sebagai raja (II Tim 2:9-12; Kol 1:2-4).

[4]     Kemuliaan Ialah Meninggal Di Dalam Tuhan (Why 14:13; Luk 10:19-20)

a. Teguh berpegang kepada pengakuan iman (Ibr 4:14); dengan iman dan kasih di dalam Kristus, peliharakan itu dengan baik-baik oleh Roh Kudus yang diam di dalam kita (II Tim 1:13-14).
b. ‘Iman’ ialah dasar diselamatkan (Rm 1:16-17; I Yoh 5:4-5; Ibr 3:14).
c. ‘Kasih’ ialah dasar bukti penghakiman di masa nanti (I Yoh 4:17-18; Mat 25:31-46).
d. ‘Roh Kudus’ ialah dasar bukti nyata pengharapan juga kekuatan untuk memegang firman (Rm 5:5; 15:13; Ef 1:13-14; 3:16).

¨ Pegangilah firman kesabaran (Mat 24:13) supaya jangan kehilangan mahkota yang patut diterimakan (Why 3:10-11; II Yoh 8; I Kor 9:27).

Kesimpulan

Semoga kita tetap menjadi anak-anak Allah untuk seumur hidup kita, libatkan diri dalam pekerjaan suci, sehingga hidup adalah Kristus dan menganggap kemuliaan tatkala meninggal di dalam Tuhan (II Tim 4:6-8).

Kejarilah Kebahagiaan
| | |

Kejarilah Kebahagiaan

Kejarilah Kebahagiaan

[Hsu Tong Lin]

Prakata

Setiap manusia inginkan kebahagiaan, namun apakah itu ‘kebahagiaan’? Berikut disenaraikan beberapa butir sebagai nasihat bersama.

[1]      Kebahagiaan Ialah Mempunyai Keluarga Yang Bahagia

i. Keluarga bermula dari perkahwinan.

    Syarat-syarat asas memilih jodoh:

a. Iman kepercayaan yang sama.
b. Tubuh yang sihat.
c. Kerjaya yang betul.

‚    Pegangkan prinsip asas perkahwinan: dua orang menjadi satu daging (Mat 19:4-6).

ƒ    Suami-isteri saling menghormati, saling mengasihi, memahami (Ef 5:22-25; I Ptr 2:11-13).

a. Mengamalkan firman menghormati orang tua (Ef 6:1-4; I Tim 5:4).
b. Seisi keluarga percaya pada Tuhan: Takut akan Allah (Mzm 128:1-6); menjunjung besar Tuhan, jadikan Kristus sebagai kepala rumah, penuh sukacita (Kis 16:31-34).

[2]     Kebahagiaan Ialah Mempunyai Kehidupan Yang Stabil

i. Enam hari lamanya engkau akan bekerja tetapi peringati hari Sabat pada hari ketujuh, Allah pasti berkati (Kel 20:8-11).

ii. Setiap orang harus mempunyai pekerjaan yang baik [kerjaya] (Ef 4:28).

iii. Jangan mempunyai kebiasaan yang tidak baik: minum arak, berjudi (Ams 23:21; I Tim 6:6-10).

iv. Allah adalah Pelindung kehidupan (Kej 21:14-19; Yoh 21:4, 6, 11).

[3]     Kebahagiaan Ialah Kesejahteraan Tubuh

i. Tuhan memimpin ke jalan kesejahteraan (Luk 1:79). Di dunia ada penderitaan, di dalam Tuhan ada damai sejahtera (Yoh 16:33; 14:27).

ii. Mengenali Allah akan beroleh ketenteraman, berkat akan melimpahi kamu (Ayb 22:21-22).

iii. Menyukai firman Tuhan (Mzm 119:165, 105; 1:2, 3).

[4]     Kebahagiaan Ialah Konsep Kehidupan Yang Gembira

i. Menerima-fahami firman Tuhan: melihat menembusi segala hal; segala sesuatu mendatangkan kebaikan untuk orang-orang yang mengasihi Tuhan (Ams 15:30; Rm 8:28).

ii. Memahami kasih Allah: Bersyukur dalam segala hal (Ef 3:14-19; I Tes 5:19).

iii. Tuhan menyertai adalah Taman Firdaus (Kis 16:25; Rm 14:17; Yoh 16:24).

[5]     Kebahagiaan Ialah Kehidupan Yang Berpengharapan

i. Mati dan diam bersama-sama Tuhan – itu memang jauh lebih baik (Flp 1:23; Luk 10:20).

ii. Roh Kudus adalah jaminan pengharapan (Rm 5:5; 15:13; Ef 1:13-14).

iii. Yang bertahan sampai kepada kesudahannya akan selamat (Mat 24:13; Yak 5:7-11).

Rumusan

Semoga kita semua akan melalui hari-hari kehidupan yang bahagia, tetap hidup di dalam kasihNya adalah kebahagiaan (Why 14:13; Kol 1:23; Yud 20-21).

Kebaikan-Kebaikan Percaya  Pada Yesus
| | |

Kebaikan-Kebaikan Percaya Pada Yesus

Kebaikan-Kebaikan Percaya Pada Yesus

[Lin Feng Lai]

[1]      Menyembah Allah Yang Benar Dan Hidup

I Tes 1:9 – Berbalik dari berhala-berhala untuk melayani Allah yang hidup dan yang benar.

I Kor 12:2 – Berhala-berhala yang bisu.

I Kor 10:19-20 – Persembahan kepada roh-roh jahat.

Kis 17:22-30 – Beribadahlah kepada Tuhan Pencipta.

[2]      Yesus Adalah Juruselamat Dunia

Yoh 4:42; I Yoh 4:14 – Juruselamat dunia.

I Tim 1:15-16  – Kristus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang berdosa.

I Tim 2:5-6 – Pengantara yang Esa.

Yoh 3:16 – Isi kandungan Injil.

Kis 26:17-18 – Berbalik dari kegelapan kepada terang dan dari kuasa Iblis kepada Allah.

[Per: Terang – kebaikan, hikmat, kebahagiaan; Kegelapan – dosa, kebebalan, kecelakaan].

I Yoh 5:19 – Seluruh dunia berada di bawah kuasa si jahat.

Kol 1:12-14 – Terlepas dari kuasa kegelapan, dipindahkan ke dalam Kerajaan AnakNya yang Kekasih.

I Ptr 2:9 – Keluar dari kegelapan kepada terangNya yang ajaib.

Yes 49:6 – Tuhan menjadi terang bangsa-bangsa lain.

Luk 2:32 – Terang yang menjadi penyataan bagi bangsa-bangsa lain.

Kis 13:47 –   Para penginjil ditentukan menjadi terang bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah.

II Kor 4:4 – Cahaya Injil tentang kemuliaan Kristus.

Yoh 1:4, 9 – Tuhan ialah terang hidup.

Yoh 8:12 – Tuhan ialah terang dunia.

Mat 5:14 – Pemercaya ialah terang dunia.

Ef 5:8, 9 – Anak-anak terang.

[3]     Yesus Ialah Tuhan Penghakim

Kis 17:31 – Tuhan akan menghakimi dunia pada hari kiamat.

Kis 1:9-11 – Tuhan akan datang kembali.

Why 1:7 – Tuhan akan datang kembali.

Why 20:11-15 – Takhta putih yang besar.

Why 21: 8, 27; 22:12, 14-15 – Lautan yang menyala-nyala oleh api dan belerang.

II Tes 1:6-10 – Keadaan kedatangan kembali Tuhan.

II Ptr 3:8-15 – Langit dan bumi akan dibinasakan.

Ibr 9:24-28 – Para pemercaya akan beroleh keselamatan.

[4]     Menjadi Manusia Ciptaan Baru

Ef 2:1-10 – Diselamatkan oleh rahmat.

Ef 4:17-24; Kol 3:5-10 – Manusia ciptaan baru.

Flp 2:12-16 – Mengejarkan kerja keselamatan.

Gal 6:15; II Kor 5:17  –   Yang terutama ialah menjadi manusia ciptaan baru.

[5]     Berdamai Semula Dengan Tuhan

Rm 5:1-2, 9-11 – Diperdamaikan semula dengan Tuhan (Roh Kudus adalah tanda bukti sebagai anak-anak Tuhan: Rm 8:15-17; Gal 4:4-7; I Yoh 3:1-3).

Ef 2:12-18 – Kayu salib mendamaikan Tuhan dengan manusia juga mendamaikan sesama manusia.

Ef 1:2 –   Kasih karunia dan damai sejahtera datang dari Allah, Bapa dan Tuhan Yesus.

Ef 4:3; 5:21 – Kedamaian Jemaat.

Ef 5:22-23 – Kedamaian suami-isteri – keamanan keluarga.

Ef 6:1-4 – Kedamaian bapa dengan anak – keamanan keluarga.

Ef 6:5-9 – Kedamaian tuan dengan hamba – keamanan masyarakat.

Yoh 14:27; 16:33 – Tuhan memberi damai sejahtera.

Mat 11:28 – Tuhan memberikan kelegaan kepada orang yang letih lesu dan berbeban berat (Mzm 38:5 – Beban dosa; Mat 8:14-17 – Beban penyakit).

I Ptr 5:7;  Mzm 55:23 –  Serahkan segala kekuatiaran kepada Tuhan (beban kekuatiran).

Flp 4:6-7 – Jangan hendaknya kamu kuatir tentang apapun juga.

Ibr 13:5-6 –  (Ul 31:8; Mzm 118:6; 56:5-12): Penjagaan dan pertolongan Tuhan.

[6]     Akan Beroleh Hidup Kekal

Yoh 3:15, 36 – Percaya pada Yesus akan beroleh hidup kekal.

II Tim 1:9-10; Yoh 11:25 – Tidak akan ada maut lagi.

Why 14:13 – Berbahagia orang-orang mati yang mati di dalam Tuhan.

Why 21:4-5 –   Tidak akan ada lagi air mata, maut, perkabungan, ratap tangis dan dukacita.

I Tes 4:13-17; I Kor 15:50-54 – Rahsia kebangkitan dan pengubahan.

¨ Roh Kudus ialah tanda bukti kebangkitan dan pengubahan: Rm 8:11; II Kor 5:1-5.

¨ Roh Kudus ialah jaminan menerima warisan di sorga: Ef 1:13-14.

Bagaimana Percaya Kepada Tuhan Supaya Selamat
| | |

Bagaimana Percaya Kepada Tuhan Supaya Selamat

Bagaimana Percaya Kepada Tuhan Supaya Selamat

[Lai Yin Fu]

Prakata

Bagaimanakah seorang kawan simbaptisan menjadi percaya pada Yesus? Setelah percaya pada Tuhan, apakah yang harus diperbuat supaya dapat masuk ke dalam Sorga? Ini merupakan anugerah keselamatan Tuhan yang harus difahami dengan sejelas-jelasnya. (Nas ini boleh dibahagikan kepada dua kali khotbah).

[1]      Harus Ada Iman

¨ Orang benar akan hidup oleh iman (Rm 1:17), iman ialah dasar kepercayaan dan kekuatan mengamalkan firman (I Yoh 5:4).

i. Percaya pada Allah: percaya akan kewujudan dan kekuasaan Allah (Ibr 11:6), percaya pada Yesus ialah percaya pada Allah (Yoh 10:30; 14:1, 7-10).

ii. Percaya pada anugerah keselamatan: anugerah keselamatan digenapkan oleh kematian Tuhan Yesus (Ef 1:3-6; Kol 1:21, 22), percaya Yesus percaya juga pada anugerah keselamatan Tuhan  (Yoh 1:14, 17).

iii. Percaya pada gereja: gereja benar ialah tubuh Kristus; Kristus ialah Penyelamat tubuh, anugerah keselamatan digenapi melalui gereja (Ef 1:23; 5:23).

iv. Percaya pada baptisan: baptisan yang bersesuaian dengan Alkitab dengan darah bernilai Tuhan Yesus yang berkhasiat mengampuni dosa, disebabkan ada kesaksian oleh Roh, air dan darah (Kis 2:38; I Yoh 5:6-8).

[2]     Pertobatan Yang Benar

¨ Manusia ciptaan baru di dalam Kristus, haruslah tanggalkan yang lama, kenakan yang baru (II Kor 5:17).

i. Pertobatan dalam iman.

Ateis jangan lagi menafikan kewujudan Tuhan (Rm 1:19, 20).

Politeis jangan lagi menafikan bahwa Allah yang benar hanyalah satu (I Kor 8:4b).

Penyembahan berhala jangan lagi beribadah kepada allah palsu (I Tes 1:9).

Pemercaya denominasi gereja lain, jangan lagi percaya kepada firman-firman yang tidak bersesuaian dengan Alkitab dan gereja yang tidak disertai Roh Kudus.

ii. Pertobatan dalam perbuatan.

Buangkan kesemua kepercayaan karut, pantang larang, adat-adat tidak baik.

Ubah-baiki tabiat buruk: misalannya perkataan kotor, bohong, omongan kosong, merokok, meminum arak, berjudi, tari-menari dan lain-lain.

ƒHapuskan perbuatan dosa: misalnya percabulan, pelacuran, menggugurkan anak kandungan, mencuri dan lain-lain.

[3]     Berilah Diri Dibaptis

¨ Siapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan (Mrk 16:16); yang dibaptis ke dalam Kristus akan menjadi anak-anak Allah yang berhak menerima warisan kerajaan Sorga (Gal 3:26-29).

i. Di dalam nama Tuhan Yesus (Kis 4:12; 2:38; 8:16; 10:43, 48; 19:5).

ii. Seluruh tubuh diselami dalam air: dalam kata asal bahasa Yunani baptisan sebenarnya ialah ‘upacara menyelam’; setelah Tuhan Yesus dan sida-sida dibaptis, kedua-dua mereka ‘keluar dari air’ (Mat 3:16;  Mrk 1:9, 10; Kis 8:38-39).

iii. Tundukkan kepala: baptisan ialah mati bersama-sama Tuhan, kubur bersama-sama, bangkit bersama-sama; justru itu mesti menjadi satu dengan apa yang sama dengan kematianNya (Rm 6:3-7), sewaktu dibaptis mesti tundukkan kepala (Yoh 19:30; Mzm 38:5).

[4]     Terimalah Roh Kudus

¨ Roh Kudus ialah Roh Allah, Roh Yesus (Mat 3:16; Kis 16:7); tidak memiliki Roh Kristus bukan milik Kristus (Rm 8:9).

i. Roh Kudus ialah jaminan memperoleh bagian kerajaan Sorga (Ef 1:14; Yoh 3:5; Tit 3:5).

ii. Memohon secara langsung dengan hati tulus ikhlas dan secara tekun pasti menerima Roh Kudus (Yoh 14:14; Luk 11:8-13).

iii. Roh Kudus membantu pemercaya menghabisi jalan ke sorga.

Roh Kudus berdoa untuk kita (Rm 8:26, 27).

Menguatkan semula kekuatan batin (Ef 3:16, 20).

Dapat menghasilkan buah Roh Kudus (Gal 5:22, 23).

Oleh Roh Kudus kita menjadi kudus (Rm 15:16).

Menyertai selama-lamanya, mengajar, menghibur, melindungi, mencurahkan rahmat (Yoh 14:16-18).

[5]     Berusahalah Melakukan Firman

¨ Jadilah pelaku firman dan bukan hanya pendengar saja, maka kita akan berbahagia oleh perbuatan kita (Yak 2:17; 1:22-25).

i. Utamakan penyempurnaan rohani: Iblis sama seperti singa yang mengaum-aum, haruslah utamakan doa, membaca Alkitab, mendengar firman, menghadiri kebaktian, ujilah diri, pelihara diri, awasi diri, berjaga-jaga dalam doa, jadilah kuat di dalam Tuhan (I Ptr 5:8; Flp 2:12).

ii. Kasihi Allah dan kasihi manusia: kasihi Allah dengan memuliakan Allah dalam segala hal dan kasihi manusia dengan membawa kebaikan kepada orang (Mat 22:37-40; I Yoh 4:7, 8, 16).

iii. Giatlah di dalam kerja suci: pergunakanlah setiap kesempatan, bergumul selalu di dalam kerja Tuha, genapi kehendak Allah menyelamatkan manusia (I Ptr 2:4; Yoh 21:15-17; Mrk 16:15; II Yoh 8).

Penutup

Barangsiapa yang beriman dan percaya pada Tuhan, haruslah bertobat dan memberi diri dibaptis menganuti Gereja Benar. Bagi kita yang telah percaya pada Tuhan, beritakanlah Injil, gembalakan kawanan domba Tuhan sambil menantikan kedatangan kembali Tuhan.

Perihal Menerima Roh Kudus
| | |

Perihal Menerima Roh Kudus

Perihal Menerima Roh Kudus

[Lai Yin Fu]

Prakata

Roh Kudus merupakan syarat dan keistimewaan Gereja Benar; namun mengapakah sesetengah pemercaya yang beriman, mempunyai kasih serta mempunyai perbuatan yang baik, tidak-tidak juga menerima Roh Kudus? Sebaliknya, terdapat juga pemercaya yang telah menerima Roh Kudus pula menunjukkan perilaku yang lebih buruk berbanding mereka yang belum menerima Roh Kudus? Mengapakah ada yang awal menerima Roh Kudus manakala yang lain lebih lambat? Marilah kita kaji secara lebih mendalam soal tentang menerima Roh Kudus.

[1]      Janji Menerima Roh Kudus

i. Lebih kurang 800 sebelum masehi, Allah telah bernubuat melalui nabi Yoel: kemudian dari pada itu, Allah akan mencurahkan RohNya ke atas semua manusia (Yl 2:28, 29).

ii. Janji Yesus: Barangsiapa percaya kepadaNya, akan menerima Roh Kudus. Dari dalam hatinya akan mengalir aliran-aliran air hidup (Yoh 7:37-39).

Janji Tuhan: Dia akan minta kepada Bapa untuk memberikan Roh Kebenaran (Penolong, Penghibur), akan menyertai para pemercaya selama-lamanya (Yoh 14:16, 17).

[2]     Sebab-Musabab Awal Menerima Roh Kudus

i. Memohon dengan tekun dan sungguh-sungguh (Luk 11:8, 13).

ii. Allah mahu mengamanatkan kerja-kerja suci penting kepadanya (Ruj: Luk 4:18, 19).

iii. Ia akan mengalami pengujian, maka perlu memberikan Roh Kudus untuk membantunya (Rm 8:13, 26).

iv. Melaluinya Allah mahu memimpinkan seisi rumah percaya pada Tuhan atau menjadi giat semula (Yoh 16:13; Ef 3:14-17).

v. Membolehkan simbaptisan mengenali Gereja Benar, mengecapi penyertaan Allah lalu meninggalkan yang palsu berbalik kepada yang benar (Ef 1:23; I Yoh 3:24b).

[3]     Sebab-Musabab Lambat Menerima Roh Kudus

i. Sebaik saja pejamkan mata untuk berdoa, hati mulai berfikir sebarangan lalu tidak dapat memohon dengan hati yang suci dan secara tekun (Mat 5:8).

ii. Masih tidak cukup beriman mempercayai bahwa Allah akan mengaruniakan Roh Kudus (Ibr 11:6).

iii. Perbuatan sendiri tidak baik, tidak ingin pula bertobat (Ibr 12:14).

iv. Waktu Allah belum genap (Ruj: Yes 55:8, 9); beranggapan menerima Roh Kudus lambat tidak akan mempengaruhi imannya.

v. Waktu-waktu biasa sangat malas berdoa, persekutuan rohani dengan Allah tidak mencukupi (Ruj: Yak 4:8).

[4]     Buah Fikiran Tentang Pemercaya Tua Menerima Roh Kudus

i. Membuktikan janji di dalam Alkitab adalah benar (Kis 1:5; 2:38).

ii. Memohon Roh Kudus di Gereja Benar pasti akan terima (Ef 1:13)

iii. Kehendak Tuhan sememangnya baik, asal saja tidak henti-henti memohon, apabila waktu sudah genap pasti menerima Roh Kudus (Ruj: Kej 50:20).

iv. Sememangnya ada banyak saksi-saksi yang boleh dijadikan dorongan kepada orang-orang tua supaya jangan jemu-jemu berdoa memohon Roh Kudus (Ruj: Ibr 12:1).

v. Roh Kudus ialah jaminan mendapat bagian dalam Kerajaan Sorga (Ef 1:14), pemercaya tua haruslah beranikan diri untuk memohon Roh Kudus di hadapan mimbar.

Penutup

Setiap yang belum menerima Roh Kudus haruslah memohon dengan sungguh-sungguh manakala setiap yang telah menerima Roh Kudus harus memohon kepenuhan Roh (Ef 5:18).

Pedoman Kehidupan Manusia
| | |

Pedoman Kehidupan Manusia

Pedoman Kehidupan Manusia

[Lin Feng Lai]

[1]      Seumur Hidup Manusia Ditetapkan Tuhan

i. Contoh Daud (Mzm 139:16; 31:16).

ii. Contoh Yusuf (Kej 37:5-11;  42:9; 45:7-8; 50:19-21).

iii. Contoh Yeremia (Yer 1:4-10).

iv. Contoh Yohanes Pembaptis (Luk 1:5-25; 57-66).
v. Contoh Paulus (Gal 1:15-17, 1, 11-12; Kis 9:15-16; 26:19-20; I Kor 9:16-17; Kis 20:23-24; II Tim 4:6-8).

vi. Contoh Timotius (I Tim 1:18; 4:14).

[2]      Pedoman Kehidupan Manusia

i. Tunduk kepada kehendak Tuhan (Yak 4:13-17).

¨ Perkataan lazim Paulus (Rm 1:10, 15:32; I Kor 4:19; 16:7; Kis 18:20-21; ruj: Ibr 6:3).

¨ Pada mulanya Musa tidak berani menerima utusan lalu membangkitkan murka Allah (Kel 4:10-17).

¨ Yunus menentang perintah lalu dihukum (Yun 1:1-10).

¨ Paulus tidak berani menentang perintah (I Kor 9:15-18).

ii. Mohon Tuhan Tuntuni Jalan Yang Sepatutnya.

Yer 10:23 ~   Manusia tidak berkuasa untuk menentukan jalannya, dan orang yang berjalan tidak berkuasa untuk menetapkan jalannya.

Ams 20:24 ~ Langkah orang ditentukan oleh Tuhan, tetapi bagaimanakah manusia dapat mengerti jalan hidupnya?

Ams 16:9 ~   Hati manusia memikir-mikirkan jalannya, tetapi Tuhanlah yang menentukan arah langkahnya.

Ams 3:5-7 ~  Ia akan meluruskan jalanmu.

Mzm 25:12 ~ Kepadanya Tuhan menunjukkan jalan yang harus dipilihnya.

Mzm 48:15 ~  Dialah yang memimpin kita!

Mzm 131:1 ~  Aku tidak mengejar hal-hal yang terlalu besar atau hal-hal yang terlalu ajaib bagiku.

Yos 9:14-15 ~ Contoh: Gagal kerana tidak meminta keputusan Tuhan (ruj: II Sam 21:1-14)

Mzm 143:10 ~ Ajarlah aku melakukan kehendakMu.

Mzm 107:23-30 ~ DituntunNya mereka ke pelabuhan kesukaan mereka. Perkataan pelabuhan dalam Alkitab bahasa English ialah ‘haven’ yang bermaksud tempat perlindungan atau tempat perhentian.

iii. Percaya Tuhan menyediakan [Jehovah Jireh] (Kej 22:13-14; 24:12, 15-16; 26-27). Perkataan ‘providence’ dalam bahasa Inggeris, sebenarnya berasal dari perkataan Jehorah Jireh.

¨ Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia (Rm 8:28).

¨ Ia mengaruniakan segala sesuatu kepada kita bersam-sama dengan Dia (Rm 8:32).

iv. Jangan memegahkan diri (Ul 8:17-18; Yer 9:23-24; I Kor 1:26-31; II Kor 10:15-17).

v. Takdir hidup manusia terletak dalam tangan Tuhan (I Sam  2:3-8a; Luk 1:50-52; Mzm 75:6-7, 113:5-9).

vi. Perancangan pada manusia, penggenapan pada Tuhan (Kis 17:24-26;  Dan 4:17;  Ams 21:30-31;  Mzm 33:8-11, 16-22;  Pkh 9:11-12).

¨ Ams 16:13 ~ Serahkanlah perbuatanmu kepada Tuhan, maka terlaksanalah segala rencanamu.

¨ Ams 19:21 ~ Banyaklah rancangan di hati manusia, tetapi keputusan Tuhanlah yang terlaksana.