Views: 81

Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam sepanjang hayat manusia, umat Kristian haruslah menghormati perkahwinan (Ibr 13:4). Ibu bapa juga seharusnya mengambil berat tentang perkahwinan anak-anak mereka.

A. Sistem Perkahwinan yang diasaskan oleh Tuhan

  1. Sistem “satu suami satu isteri/monogami” (Kej 2:18,21-24, Mrk 10:6-9).
  2. Dalam zaman Perjanjian Lama, perkahwinan dengan orang yang tidak percaya (kafir) adalah dilarang (Ul 7:1,3, Neh 13:23-25).
  3. Dalam zaman Perjanjian Baru, perkahwinan dengan orang yang tidak percaya (kafir) juga adalah dilarang (2 Kor 6:14, 1 Kor 7:39).
  4. Tidak boleh bercerai selepas berkahwin (Mrk 10:9,11-12).

B. Mengapakah tidak boleh berkahwin dengan orang yang tidak percaya/kafir?

  1. Kemungkinan akan meninggalkan Tuhan dan berbuat dosa (Ul 7:4, Neh 13:26-27).
  2. Menjejaskan pelayanan dalam keluarga, contohnya berkebaktian, berdoa, pelayanan dan kerja suci yang lain.
  3. Ketidaktenteraman keluarga (Kej 26:34-35, 27:46).

C. Bagaimanakah menghormati perkahwinan?

  1. Ibu bapa dan pemimpin gereja haruslah mengambil berat akan perkahwinan anak-anak dan pemercaya (Kej 24:1-4).
  2. Ibu bapa haruslah banyak membantu doa bagi perkahwinan anak-anak mereka (Kej 24:12-14).
  3. Jika tidak dapat mencari pasangan di dalam Tuhan, maka rela memilih tidak berkahwin, dan tidak ingin berkahwin dengan orang kafir (1 Kor 7:8).
  4. Pihak berkenaan perlulah memahami kehendak Tuhan, dan percaya terhadap pengaturan Tuhan (Kej 24:57-58).

Kesimpulan:

Ibu bapa, telangkai dan pihak berkenaan perlulah memegang firman Allah, maka Tuhan pasti akan memimpin dan mengatur, barulah perkahwinan berbahagia.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *