Views: 184

Sekiranya anda tidak cukup kesabaran,

silakan duduk dan berbual dengan Ayub.

Sekiranya anda beriman lemah,

silakan menjengguk Elia di tepi Sungai Kerit.

Sekiranya anda tidak mempunyai nyanyian kidung puji-pujian dalam hati,

silakan dengar puji-pujian Daud di sebelah malam.

Sekiranya anda menghadapi kesukaran dari semua pihak,

silakan minta tunjuk ajar daripada Musa di tepi Lautan Teberau.

Sekiranya anda banyak menerima ujian dan latihan,

silakan berkawan dengan Yusuf yang telah dijual.

Sekiranya anda adalah seorang pegawai kerajaan,

silakan meneliti kehidupan Daniel.

Sekiranya anda adalah seorang hamba Tuhan,

silakan baca kisah riwayat Paulus.

Sekiranya anda percaya bahawa Tuhan memahami anda sepenuhnya,

maka anda tidak usah menghiraukan salah faham daripada manusia.

Sekiranya anda tidak memiliki apa-apa dalam dunia ini,

silakan menaiki tangga Wahyu,

untuk meninjau sekilas kepada tanah indah nan mulia masa kelak.

Sekiranya anda tidak mempunyai damai sejahtera dalam hati,

silakan bersujud di depan Tuhan Yesus,

Dia pasti mencurahkan damai sejahtera yang tak terhingga, penghiburan yang sungguh besar, pengistirehatan yang manis.

Sekiranya anda sanggup masuk ke dalam bilik tertutup,

anda akan menatap wajah Tuhan yang lemah lembut.

Sekiranya anda sanggup bertenang,

anda akan mendengar penghiburan dan panggilan daripada Tuhan.

 

Similar Posts

2 Comments

  1. Sekiranya rasa diri kekurangan, cubalah lihat kepada orang yang lebih kekurangan daripada diri kita.

  2. Sekiranya kita hanya ada peluang sekali untuk melayani Tuhan, mengapakah tidak mengambil kesempatan yang ada selagi masih hidup?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *