Views: 108

SEJARAH GEREJA PENANGAH
Penangah terletak di bahagian tengah pedalaman Sabah, iaitu satu kawasan terpencil yang mengamalkan cara pertanian pindah. Penduduknya hidup bergantung kepada pemburuan dan penangkapan ikan. Bersyukur kepada Tuhan, pada awal tahun 1992, benih kebenaran Gereja benar buat pertama kalinya ditaburkan di Penangah, iaitu melalui permintaan saudari Suliah agar menyebarkan injil kebenaran kepada kedua-dua ibu bapanya. Pada bulan Mei tahun 1992, atas pimpinan Tuhan, Diaken Wai bersama dengan diaken, diakenis serta saudara-saudari menaiki tiga buah kereta berkuasa empat roda (four wheel drive) pergi ke tempat itu. Jarak perjalanan adalah 210 kilometer. Pada 15hb Ogos tahun yang sama, kali pertama membuka pintu anugerah pembaptisan,seramai 32 orang pencari injil telah menerima baptisan. Para pemercaya berkebaktian di rumah ( rumah kulit pokok ) saudara Lumambai. Akhirnya pemercaya semakin bertambah ramai sehinggakan rumah saudara Limambai tidak dapat menampung pemercaya seramai 60 lebih orang .Setelah mendapat persetujuan saudara Lumambai dengan memberikan rumahnya sebagai khemah doa, maka kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 1995. Pada 20 Jun, khemah doa itu dipersembahkan untuk digunakan Tuhan. Bersyukur kepada Tuhan kerana sebuah khemah doa telah didirikan di Penangah. Buat masa kini, terdapat seramai 102 orang pemercaya. Berharap gereja-gereja tempatan akan membantu doa dalam aspek perkembangan kerja suci gereja ini. Kemuliaan dibagaikan kepada Tuhan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *