Views: 99
RUMAH DOA SERUDONG JAYA
Pada bulan Mei 1964, orang-orang Murut yang dipindahkan ke Skim PenempatanSerudong Baru dijangkiti dengan penyakit Kolera. Walaupun mereka diberikan rawatan tetapi wabak ini masih menjadi-jadi dan oleh itu mereka sangat menderita. Dn Gaius Leong dan pemercay-pemercay lain dari Rumah Doa Batu 17 telah dijemput ke Skim Penempatanan ini untuk menyaksikan kuasa agung Tuhan kepada para penduduk demi membebaskan mereka dalam masalah dan kekusahan yang dihadapi. Para penduduk, dalam keadaan yang ketakutan, selepas mendengar kabar baik meminta supaya mereka dibaptiskan. Pada 13 Mei dalam tahun yang sama, 129 orang telah dibaptiskan dalam Gereja Benar. Yang berpenyakit telah disembuhkan sebaik sahaja mereka naik dari air pembaptisan. Setelah digerak oleh Roh Kudus, 30 orang lagi dibaptiskan dalam nama Tuhan.
Selepas dua atau tiga tahun kemudian, sebilangan besar penduduk yang mendapati bahawa adalah susah bagi mereka untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru lalu beransur kembali ke tempat asal mereka masing-masing. Pada 1969 kebaktian Sabat dan kebaktian keluarga diadakan di rumah Sdra Sasi. Apabila bilangan jemaat telah meningkat mereka berpindah ke rumah Sdra Anjan untuk mengadakan kebaktian. Dengan bantuan kewangan, bilik tamunya telah diperluaskan dan kerusi dibeli untuk menampung 50 orang mnghadiri kebaktian. Disebabkan kekurangan penterjemah mereka mengadakan kebaktian di Batu 17 bagi kebaktian Sabat. Malangnya para pemercaya yang kekurangan pengetahuan mengenai kebenaran telah melibatkan diri mereka dalam kegiatan minum minuman keras dan merokok dan oleh itu mereka telah lalai untuk menyembah Tuhan.
Walaupun dalam 1983 beberapa saudara telah diutus untuk kerja menggembala, namun para pemercaya tempatan masih tidak giat dalam menghadiri kebaktian. Mereka telah diberikan dorongan namun mereka susah untuk menukar tingkah laku lama yang tidak baik. Oleh yang demikian adalah diputuskan untuk berdoa bagi Roh Kudus setiap hari Sabat pertama setiap bulan dan diakon-diakon membantu dengan meletakkan tangan ke atas kepala mereka. Syukur kepada anugerah Tuhan, selepas 6 bulan, bilangan yang hadir mula bertambah dan iman mereka juga mula pulih semula. Terdapat beberapa orang yang sedar akan utusan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dan telah membawa sahabat handai dan saudara mara untuk menghadiri kebaktian. Bilangan pemercaya semakin bertambah dan rumah doa kini telah tidak dapat menampung semua anggota. Bagaimanapun adalah dirasakan bahawa sesuatu rintangan untuk penyebaran injil adalah disebabkan perbezaan bahasa. Ini juga telah menghalang keteguhan iman dan pertumbuhan rohani para pemercaya.
Untuk memperbaiki keadaan gereja sekarang, satu permohonan untuk tanah telah dikemukan kepada Kuasa berkenaan dengan tujuan membina sebuah gereja pada bulan Julai 1983. Selepas menghadapi banyak rintangan permohonan tersebut telah diluluskan pada bulan September 1985 – syukur kepada Tuhan! Tanah yang berbukit telahpun diratakan. Disebabkan dalam tahun kebelakangan ini harga hasil tanaman adalah rendah, para penduduk telah terjejas dari segi pendapatan dan menghadapi masalah pencarian makan; oleh itu adalah tidak mungkin bagi mereka untuk membina sebuah gereja. Demikian sepucuk surat rasmi telah dikemukakan kepada Ibu Gereja meminta bantuan kewangan dalam pembinaan gereja. Dengan bantuan kewangan yang diberikan, gereja ini akan menjadi Gereja Bumiputera yang pertama di sebelah Residensi Pantai Timur. Dengan asuhan lebih ramai pekerja kerja suci, khasnya dari segi Pendidikan Agama mereka akan didorong untuk berdikari dalam menyebarkan kebenaran kepada kawasan bumiputera yang lain supaya nama Tuhan akan dimuliakan.
Pada masa sekarang terdapat 85 orang ahli dengan 60% hadir setiap kebaktian Sabat dan sebilangan besar daripada mereka adalah kanak-kanak. Satu Jawatankuasa Gereja telah ditubuhkan pada 20 Disember 1986 dan ahli-ahlinya adalah seperti berikut:-
Hal Ehwal Agama : Chang Chew Kong
Hal Ehwal Am : Anjak Anak Atam, Mingau Abang [ Penolong ]
Bendahari : Namong b. Inggil
Setiausaha : Adul Anak Umpang
