Views: 129
RUMAH DOA PENSIANGAN
Pensiangan adalah salah satu pekan yang paling terpencil di Negeri Sabah. Sebagai sebuah daerah kecil di Keningau, Residensi Pedalaman, ia terletak lebih kurang 231km dari pusat dan lebih kurang 386km dari Ibu Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Pekan ini tidak dapat dihubunhi melalui jalanraya. Jalan raya dari Keningau hanya sampai ke pekan Sepulot. Dari Sepulot, seseorang terpaksa menumpang outboat lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Pensiangan. Semua kawasan ini didiami oleh sebilangan besar kaum Murut. Mereka bercucuk tanam secara berpindah randahdan mahir dalam pemburuan secara tradisi.
Pada 1 September 1982 seorang belia bernama Juperin b Sumil, yang baru dibaptiskan di Gereja Keningau telah dipindah untuk bekerja sementara di Rumah Sakit Pensiangan selama 6 bulan. Belia ini mempunyai minat dan semangat bagi Tuhan dan mengambil peluang keemasan ini untuk membalas Tuhan atas kurniaNya. Setelah tiba dia dengan serta merta menyaksikan Kebenaran dan memperkenalkan injil gereja kepada rakan sejawatnya dan kemudian kepada sesiapa yang ditemuinya. Ramai orang yang mempercayainya. Pada 2 Mac 1984 Sdra Juperin sekali lagi dipindahkanbertugas ke Kg Pensiangan selama 6 bulan lagi. Ia berfikir bahawa perpindahan ini adalah suatu peluang bagi menyiapkan tugasnya yang masih belum siap. Bagaimanapun, mungkin yang dahulunya disebabkan oleh tentangan daripada beberapa orang,hasil pada kali ini adalah tidak sebaik dahulu. Namun demikian kambing yang dimiliki Tuhan akhirnya datang kepadaNya. Di bawah pimpinan Tuhan seramai 24 orang telah dibaptiskan pada 17 September 1984. Dua penginjil Ibu Gereja iaitu Pdt Titus Suyan dan Pdt Timotius Yakub telah datang ke situ untuk melakukan kerja penggembalaan yang pertama.dua hari kemudian rumah doa yang pertama telah ditubuhkan.
Pada masa sekarang bilangan pemercaya adalah 32 orang. Hari Sabat dipegang dan kebaktian diadakan dibawah pimpinan Saudara-saudara Mantoi B Anggayang, Ambaras B Anggayang, Kinon B Limpas dan Buluruh B Anggayang. Disebabkan tempat ini adalah sangat terpencil, Gereja Pensiangan masih belum dimasukkan dalam senarai lawatan para penginjil Ibu Gereja. Semoga Tuhan akan memberkati Gereja Pensiangan, yang masih bayi, supaya membesar dan matang di masa hadapan.
