Views: 131

GEREJA TUARAN

Gereja Tuaran terletak di simpang Jalan Tuaran yang menuju ke Kota Kinabalu, Tuaran dan Tamparuli. Ia terletak lebih kurang 31 km dari Kota Kinabalu dan lebih kurang 5km dari pekan Tuaran. Penduduknya terdiri daripada 40% Bajau dan sebilangan besar tinggal di kawasan pantai dan mereka adalah nelayan; lebih kurang 40% Kadazan yang tinggal di kawasan bukit dan hidup sebagai peladang/petani dan 15% Cina yang kebanyakannya adalah peniaga.

Dn John Tan ( Chin ) yang nama asalnya Tan Kim Sung adalah seorang peniaga di Tuaran. Pada bulan Jun 1930, ia membawa anak keduanya Ing Sing [ kini Dn Samuel Chin ] ke Fuchou, negara China untuk melanjutkan pelajarannya di sana. Kebetulan pada masa itu Gereja Yesus Benar telah wujud di situ. Beliau kemudian menerima baptisan dan seterusnya menerima Roh Kudus. Dn Luke Kao, Penguasa Gereja Fuchou telah melantikkannya sebagai Dn John Chin kerana beliau merupakan seorang ynag jujur dan amanah. Pada bulan Ogos tahun itu, Dn John Chin kembali ke Tuaran dan dengan serta merta beliau mendirikan sebuah rumah doa di tingkat atas kedainya dengan memasang papan tanda “ Gereja Yesus Benar “. Syukur kepada Tuhan, terdapat beberapa puluh orang menghadiri kebaktian di sana pada setiap Hari Sabat.

Tidak lama kemudian, Dn John Chin menghidap penyakit Batuk Kering [TB]. Dia bernazar kepada Tuhan bahawa jika penyakitnya disembuhkan dia akan mendirikan sebuah gereja kepada Tuhan. Syukur kepad Tuhan, doanya telah terkabul dan dengan segera dia telah membina sebuah gereja untuk kegunaan Tuhan di Daerah Tanjung Tuaran. Pada 15 Jun 1936, satu pentahbisan gereja dan kebaktian kebangunan rohani diadakan. Sejak ini ramai anggota menghadiri kebaktian Sabat di situ.

Dn John Chin dan isterinya dengan rajin memberitakan injil kepada sahabat handai dan saudara mara. Isterinya seorang Bumiputera adalh bertanggungjawab untuk menyebarkan injil kepada kaum Bumiputera. Melalui kuasa Roh Kudus, gereja Bumiputera pertama telah ditubuhkan. Kemudian, injil telah tersebar ke daerah Wangkod.

Semasa Perang Dunia Kedua, Dn Chin telah dipenjarakan oleh orang Jepun. Dia berdoa kepada Tuhan mengenai keselamatannya dan bertekad untuk menjadi petugas kerja suci. Sekali lagi Tuhan Yesus mendengar doanya dan dia bebas dengan selamatnya dari penjara.

Disebabkan kematian anak sulungnya dan masalah mengenai geran tanah, gereja telah bertukar ke Km 30, Jalan Tuaran, satu lot tanah milik anaknya yang ke-3, Yu Sang. Sebuah gereja telah dibina dan ditahbiskan pada 1 Jun 1957. Bersempena dengan ini satu Kebaktian Kebangunan Rohani diadakan. Dn John Chin adalah penguasa Gereja Tuaran sehingga 1964. Kemudian Dn Matthew Chong telah mengambilahli sehingga 1983. Kemudian Dn Samuel Chinmengendalikan tanggungjawab tersebut.

Oleh kerana dewan gereja dibina sudah lama lalu menjadi usang. Dewan ini telah diperbesarkan seluas 3.7m [ 12 kaki ] dalam tahun 1981. Selepas beberapa tahun yang berlalu, pembinaan sebuah gereja baru adalah diperlukan. Kini pembinaan sebuah gereja sedang berjalan. Ianya berukuran 22.5m X 12m. Kerja tlah bermula pada Februari 1987 dan dijangka siap pada November 1987.

Pendidikan Agama dimulakan pada 1969. Pada masa itu terdapat hanya sebuah kelas dan seorang guru. Sehingga awal tahun 1985 terdapat dua buah kelas. Kelas Bumiputera telah ditambah pada 1986. Kini terdapat 6 orang guru dan 25 orang murid.

Pada masa kini, terdapat lebih dari 350 orang yang berdaftar. Disebabkan penghidupan, sebilangan besar para pemercaya telah berhijrah ke Kota Kinabalu untuk mencari pekerjaan, dan ini telah mengakibatkan kekurangan bilangan pemercaya.  Kini hanya terdapat 110 orang pemercaya. Selain dari kebaktian Sabat ada juga kebaktian pada malam Khamis.

Ahli-ahli Jawatankuasa adalah seperti berikut:-

Hal Ehwal Agama         :           Samuel Chin, Chin Soon Thau [ Timbalan ]

Hal Ehwal Am              :           Tham Shen Pin, Thien Bin Hon [ Pembantu ]

Bendahari                     :           Chin En Nyen, Chin Pau Oi [ Pembantu ]

Setiausaha                    :           Chee Sin Fatt

 

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *