Views: 173
Ayat Suci: 2Kor 13 : 5; 2Tim 1: 5 Iman Tanpa Kepalsuan.
Prakata: Kepercayaan pemercaya berlandaskan iman sebagai dasar, melakukan sesuatu berdasarkan iman dan bukan dengan apa yang dapat kelihatan.
Iman sedemikian adalah kerana kita percaya kepada Tuhan Yesus terhadap perkara yang tak kelihatan, terhadap perkara masa kelak serta mempunyai iman dan pengharapan tanpa keraguan.
- Masa sekarang terdapat kepercayaan yang tidak murni di kalangan pemercaya, iaitu bukan mahu percaya kepada Tuhan Yesus tetapi memperalatkan Tuhan Yesus. Orang sedemikian tidak akan memperoleh apa-apa daripada Tuhan Yesus, kerana Tuhan mengetahui hatinya.
- Percaya: Kerana iman, tahu berserah kepada Tuhan Yesus tanpa keraguan dan menurutiNya tanpa kepalsuan. Mengutamakan Yesus sebagai Tuhan dan raja, mempunyai iman kepercayaan yang tidak berubah, iaitu melebihi pengujian masa dan kesusahan.
- Memperalat: Mengutamakan diri sendiri, tidak takut akan Tuhan, demi mencapai faedah hidup sekarang, sanggup memperalat Yesus untuk mendapatkannya.
Contoh:
- Untuk kesihatan tubuh.
- Untuk kesejahteraan keluarga.
- Untuk kejayaan pelajaran.
- Untuk kejayaan pekerjaan.
- Untuk kebahagiaan perkahwinan.
- Untuk mendapat anak lelaki dan perempuan.
Memperalat : Tidak bermaksud ibadah dan kepercayaan. Kelakuannya : Jika tujuan ada tercapai, maka memberi sedikit persembahan menandakan syukur, tetapi selepas itu tidak berhati untuk bersyukur lagi. Jika tujuan tidak ada tercapai, sifat asalnya akan kelihatan, mulai tidak percaya, berputus asa terhadap Gereja dan bersungut-sungut sehingga melepaskan kepercayaannya.
- Jika kerana semata-mata itu saja, mengapa pula Yesus perlu mengorbankan diriNya? Bukankah Tuhan juga mengaruniakan AnugerahNya kepada umat dalam perjanjian lama?
- Orang yang mempunyai kepercayaan murni akan diperkenankan Tuhan, juga akan tinggal di dalamNya, menikmati kesejahteraan dalam anugerahNya.
Dalam pandangan Tuhan, yang dianggap sebagai kepercayaan murni ialah seharusnya mempunyai motif kepercayaan yang murni, dan cara kepercayaan yang betul. Juga bererti: Mengapa seharusnya percaya kepada Yesus? Bagaimanakah percaya kepada Yesus? Kita haruslah merenungkan kedua-dua persoalan ini, untuk meluruskan dan memperbetulkan jejak kepercayaan kita supaya memperoleh kekuatan baru.
Mengapakah kita harus percaya kepada Yesus? (Tujuan yang tepat)
(I) Mengembalikan hubungan anak dan bapa di antara manusia dengan Tuhan.
- Manusia sebenarnya adalah anak-anak Tuhan, disebabkan nenek-moyang kehilangan indentiti ini, maka manusia telah menjadi anak yatim.
- Yesus mengambil rupa sebagai Tuhan yang mengasihi anakNya dan dilahirkan untuk dijadikan teladan.
- Percaya kepada Yesus dan menjadi anak-anak Tuhan. (Luk 3: 26; 4: 6)
- Kasih bapa adalah mengambil berat tentang anak-anak sendiri. (Mat 6: 31-34)
(II) Luput daripada dosa. (Yoh 3: 16-18)
- Asal-usulnya dosa (Rm 5:12).
- Akibat daripada dosa: maut, dunia orang mati dan hukuman (Rm6: 23).
- Penebusan Juruselamat di atas kayu salib mengalirkan darahNya menyucikan dosa, supaya kita dapat luput daripada dosa (Ibr 9:28).
(III) Melepaskan diri daripada setiap usaha yang jahat, masuk ke kerajaan Tuhan. (2Tim 4:18)
- Iblis bagaikan singa yang lapar, mengancam jiwa rohani dan tubuh badan kita. (1Ptr 5:8)
- Tuhan pasti menyelamatkan orang yang saleh daripada pencobaan. (2Ptr 2:9)
- Hidup kini bagaikan pendatang, tidak tahu bila akan berakhir.
- Barangsiapa yang dilahirkan daripada air dan roh, ia akan masuk ke dalam kerajaan Tuhan yang bahagia. (Yoh 3:5)
(IV) Percaya kepada Tuhan akan memperolehi berkat yang beratus kali ganda dalam hidup sekarang.
- Memusatkan Yesus Kristus di dalam keluarga, kehidupan, pekerjaan dan segala hal, maka semuanya dapat berjalan lancar dan memperolehi damai sejahtera yang di luar sangkaan.
- Saksian Ishak: (Kej 26 :1-5; 12-14)
- Saksian Petrus: Kedua-dua perahu penuh dengan ikan. (Luk 5: 1-7)
Bagaimanakah kita percaya kepada Yesus?
(I) Menyembah Tuhan dalam Roh dan Kebenaran, menerima Yesus sebagai Juruselamat. (Yoh 4:23-24)
(II) Bertobat dan berbalik kepada yang benar. ( Kis 2:38; Mat 3:3-10)
- Bertobat daripada kepercayaan yang salah dan kelakuan yang tidak baik.
- Bertobat di hadirat Tuhan. (Mat 3:6 Luk 18:13)
- Mengubah diri dan diperbaharui.
- Meninggalkan dosa lama. (kis 19 : 18-20)
- Pertuturan dan kelakuan dibaharui. (Efs 4:20-24)
(III) Menerima kelahiran kembali daripada air dan roh. (Yoh 3:5; Tit 3:5)
(IV) Menjalankan kehidupan yang rohani, hidup yang baru seharusnya ada corak kehidupan yang baru. (Yeh15:16)
- Doa.
- Menyanyi kidung.
- Berkebaktian.
- Mendengar firman.
- Membaca Alkitab.
- Saling berkomunikasi.
(V) Menghidupkan firman kebenaran. (Fil 2: 14-16)
- Firman disediakan untuk dilakukan oleh manusia. Percaya firman bertujuan memperolehi berkat daripada perbuatannya. (Ykb 1:25)
- Bertekad supaya hidup untuk Tuhan, mempertahankan firmanNya sampai kesudahannya.
- Harus bertumbuh besar. Anak-anak bersifat menyandar kepada orang, namun setelah bertumbuh besar, dia hidup berdikari.
- Ibr 5: 14 Sekarang Tuhan menghendaki kita membesar dan mendewasa supaya kita dapat hidup berdikari.
(VI) Mempunyai tekad yang berani dan kuat, menerima cabaran dalam penderitaan.
- Tekad yang tahan menderita (1Ptr 4; 1-2): Penderitaan dalam kehidupan (Luk 9: 57-58), penderitaan dalam peperangan rohani. (Luk 14 : 25-32; Ibr 12; 4)
- Percaya kepada Yesus harus mempunyai tekad yang kuat, menerima pencobaan (1Kor 3:12-15), sama seperti Daniel dan tiga orang sahabatnya.
- Sanggup memikul salib dan mengikuti Tuhan. (Luk 9:23; Mat 10:38) Kita harus mempunyai tekad dalam kepercayaan, jiak sudah menentukan arah dan jalan, maka haruslah kita berlari menuju ke hadapan dengan berani, jangan takut, percayalah saja! (Mrk 5 :36)
(VII) Insaf dan bertanggung jawab, memberitakan injil dan bersaksi demi Tuhan. (Mat 28: 19 Mrk 16 : 15)
- Menghidupkan kebenaran. ( Ada perbuatan baik)
- Menyebarkan injil. ( Injil yang baik)
- Prihatin dalam pelbagai pekerjaan suci.
Kesimpulan : Kepercyaan merupakan satu perkara yang sangat tegas, yang tidak harus diabaikan. Memandangkan kita mempunyai berkat dipilih oleh Tuhan, maka kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejarkannya dengan sepenuh hati. Kita percaya dengan hati yang murni dan percaya sampai kesempurnaan. Dengan itu, kita akan memperolehi mahkota mulia yang kekal pada masa yang akan datang. (2Tim 4: 7-8; Ibr 12: 28)
