GEREJA PAPAR
Papar adalah sebuah pekan yang kecil terletak 50Km dari Kota Kinabalu. Ianya boleh dihubungi melalui landasan keretapi dan jalan raya. Gereja Benar terletak di km 1 selatan Pekan Papar di tepi landasan keretapi. Sebilangan besar penduduknya adalah kaum Kadazaan dan Melayu. Kaum Kadazan bekerja sebagai petani sawah manakala kaum Melayu adalah nelayan dan peladang kecil ( kebun kelapa). Kaum Cina kebanyakkannya menjalankan perniagaan dan industri kecil dan ada juga yang menjadi petani.
Pada 1930, Dn Simon Chin meninggalkan Gereja “Seventh Day Adventist” dan memasuki Gereja Yesus Benar. Akibatnya beliau telah dibuang kerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah Anglikan. Dia telah berpindah ke Papar untuk meneruskan pekerjaannya sebagai guru di sebuah sekolah kerajaan. Pada tahun yang sama,di bawah pimpinannya rumah doa telah di tubuhkan di rumah ibu mertuanya ( Dn Anna Tsen) yang tidak jauh dari tapak gereja sekarang. Terdapat lebih kurang 30 pemercaya. Pada pernulaannya hal-hal gereja diuruskan oleh Dn Simon Chin dan dibantu oleh Dn Anna Tsen. Dari 1942-1945, kerja suci dihentikan kerana Peperangan Dunia Ke-2 sehingga bulan September 1945, bila orang Jepun menyerah diri.Kemudian Sabah di bawah pemerintahan British semula.
Pada 1948, Dn Silas Wong yang bekerja di Jabatan Keretapi Sabah di Beaufort telah bersara dan kembali ke rumahnya di Papar yang berhampiran dengan rumah doa. Oleh yang demikian, kebaktian hari Sabat diadakan semula tetapi bilangan pemercaya telah kurang.
Pada 1955, kedua-dua keluarga Sdra Wong Tet Nyen dan Sdra Ki Chin Fah berpindah dari Beaufort ke Papar untuk menanam getah. Berikutan itu, bilangan pemercaya telah bertambah. Dn Silas Wong mempersembahkan sekeping tanah seluas 0.2 hektar (1/2 ekar) sebagai tapak gereja. Setelah mendapat tanah ini, maka gereja mula membincang hal-hal memungut derma untuk mendirikan bangunan gereja. Akhirnya, pada 1960, sebuah bangunan gereja diperbuat daripada papan telah didirikan dengan muatan 100 orang. Pada 6 Mac tahun yang sama pentahbisan gereja telah diadakan di bawah pimpinan Dn Silas Wong dan dibantu oleh Dns Anna Tsen. Pada September 1964, Sdra Wong Tet Nyen dilantik sebagai diakon dan bilangan pemercaya bertambah hingga 40 orang.
Pada 1965, Dn Thaddeus Chang dari Gereja Kota Kinabalu telah berpindah ke Papar dan bilangan pemercaya bertambah hingga 50 orang. Pada 1966, Pendidikan Agama mula diadakan, dan bilangan kanak-kanak bagi kelas kanak-kanak ialah 10 orang. Kelas ini di bawah bimbingan Sdri Lily Wong, Sdri Yuan Yin Mei, Sdra Wong Thau Leong dan Sdra Wong Thau Wee.
Pada 14-19 April 1968 gereja mengadakan Kebaktian Kebangunan Rohani yang pertama bersempena dengan lawatan Dn Lin Fong Shen dari Ibu Gereja Taiwan. Semasa 3 hari Kebaktian beberapa orang telah mendapat Roh Kudus.
Pada 1969, Dn Thaddeus Chang dan keluarganya telah kembali ke Kota Kinabalu dan satu tahun kemudian Dn Silas Wong juga berpindah ke Kota Kinabalu. Ini telah mengakibatkan gereja kehilangan pemimpin dan bilangan pemercaya berkurang hingga 20 orang. Kelas Pendidikan Agama dihentikan kerana murid hanya tinggal 9 orang sahaja. Hanya pada April 1977, atas nasihat Penatua John Yang, Pendidikan Agama telah diadakan semula. Guru – guru terdiri dari bimbingan Ki Chin Fah, Wong Thau Leong, Wong Thau Wee dan Liew Kun Chin. Bilangan murid seramai 13 orang.
Pada 1978 Sdra Ki Chin Fah dilantik sebagai Dn Ki Hen Thau. Bangunan gereja papan telah rosak dan bangunan baru perlu didirikan. Oleh hal yang demikian tabung pembangunan ditubuhkan. Pada Mac 1982, tabung hanya mempunyai ½ dari kos perbelanjaan pembangunan disebabkan keadaan ekonomi merosot. Tetapi atas bantuan Ibu Gerja kerja tawaran telah dimulakan. Syukur kepada Tuhan, pada bulan Jun, kerja pembinaan gereja telah bermula. Pada bulan Disember 1982, pentahbisan gereja diadakan bersempena dengan Kebaktian Kebangunan Rohani. Gereja mempunyai muatan 200 orang dengan harga $73,000.
Keadaan Gereja sejak bulan Disember 1986 adalah seperti berikut:-
Diakon: 2 orang; pemercaya: 67 orang; bilangan kelas pendidikan agama:2 ; bilangan murid pendidikan agama: 13 orang; bilangan guru pendidikan agama: 5 [ termasuk pelatih] ; Penguasa: Liew Kun Chin dibantu oleh Dn Ki Hen Thau.
Ahli-ahli jawatankuasa gereja adalah seperti berikut:-
Hal Ehwal Agama : Ki Hen Thau, Kinson(Naib)
Hal Ehwal Am : Peter Wong, Liew Kun Chin( Penolong)
Bendahari : Wong Thau Wee, Chin On Tai( Penolong)
Setiausaha : Wong Thau Leong, Asang( penolong)